KuCHinG - TopSport

June 01, 2011



Bila search dlm forum or blog, byk org rekemen dinner kat TopSport. Kena plak dgk dorg posted picture mcm2 seafood..terliur tgk. Makan mlm 1st tu pergi lah kat sana. 

Kena panjat tangga lebih kurang 4 tingkat gitu..xnampak la plak lift. Kedai2 mkn mcm atas bumbung..

Sampai jer kat atas...mak aii...ramainya org. Semua kedai plak tulisan china. Tempat tu mcm food court. Lebih dr 10 lot kedai mkn kt situ. Semua kedai kebanyakkannya tertera HALAL. Dlm diri ni tertanya2 cmner leh dpt cert HALAL kalo arak disajikan?? hmmmm...





Dlm byk2 kedai tulisan china tu, adalah tersesat 1 kedai melayu kt atas tu..so sayapun order lah kat situ. Akibat jauh skit tempat duduk dgn lot kedai tu, pakcik tu xnak antar..saya rayu kat dia.."pakcik saya tingin sgt nak makan ketam" wat muka sedih skit..cair lah pakcik ni..hehe.

Ketam ni saya ambik sekor jer sebab besar sgt. Meriah tul seafood kat sini..udang besar..ikan berbagai jenis..




Ni terubuk goreng..harga lebih kurang Rm20 lebih...xsusah sgt nak makan walaupun terubuk ni terkenal ngn tulang byk.




Sayur miden ni goreng belacan..kira2 mlm tu sekor ikan, sekor ketam, semangkuk sayur abis dlm RM50 cmtu

You Might Also Like

0 comments