July 25, 2014

United Kingdom (London) - Last Part

Assalamualaikum

Rasa sekejap jer
Ramadan dan nak tinggalkan kita. Entry Europe ni pulak terasa lama betul nak dihabiskan..ish ish ish. Kalau lah cerita saya ni masuk dalam drama..sure orang malas nak follow sebab lambat sangat nak tunggu episod by episod..hehe.

Last day di London..that day kami bakal ke next country dan merupakan last country dalam trip ka
mi kali ni. Kami bakal merentasi English Channel again dan berlainan pulak transportnya. Ketika dari Belgium ke London kami gunakan Euroline bus sebagai transport dan dari London ke Paris, kami gunakan Eurostar. Eurostar ni adalah sejenis train yang laju. Boleh menjimatkan masa. System train lebih kurang jer system naik bus yang mana perlu memasuki euro tunnel..berbezanya..Eurostar ni boleh terus je masuk manakala naik Euroline bus, perlu masukkan bus dalam train then barulah train tu akan masuk dalam Euro Tunnel. Aduhai..berapa banyak Euro daaaa. Sila jangan confuse..hehehe.

Pagi tu kami perlu travel dari Victoria ke St. Pancras International Station. Bila fikirkan macam mana nak tarik bag dalam tube station..tube station tu ada tangga jugak sikit2. Ngeri bila fikirkan..hahha. Nasib baik my sispun fikir benda yang sama..so kami decide nak naik double decker bus jer..yeeee!!! Dengan bantuan pihak hotel..dia print direction untuk ke St. Pancras International Station. Ada direct bus dari Victoria Station ke St. Pancras..fuhh...nasib baik tak perlu tukar-tukar bus. Everything smooth jer. 



King Cross just bersebelahan St. Pancras International Station


Keadaan dalam King Cross Station


Keadaan luar King Cross Station

Saya dah awal-awal inform my sis nak bergambar dekat platform dalam citer Harry Potter tu..hehe. Tapi dia minta saya sabar dulu sebab dia nak make sure dulu apa kami patut buat sebelum check in Eurostar. So kami berjalan dulu ke St. Pancras International Station. Rupa-rupanya ticket yang my sis beli online tu tak perlu ditukar dengan apa-apa ticket..boleh terus masuk jer dengan scan bar code kat entrance machine. 



Area untuk check-in Eurostar



Bila dah confirm step-step yang perlu..kamipun cari cafe untuk breakfast. Dah lewat tapi kami lum pun breakfast. Yang tak disangka-sangka..kami jumpa cafe yang sama ketika kami tea break kat Covent Garden..best betul. Jom tengok kami makan apa. Kat cafe ni ada free wifi...


 Hot coffee



 My sis order breakfast set



 Saya pulak order waffle..



 
 Keadaan dalam  St. Pancras International Station


Lepas dah isi perut..kami heret bag ke King Cross pulak. Asalnya nak letak kat tempat simpan duit..tapi harganya..mak aii...mahal bebenor. Tak berbaloi nak letak kejap sangat tu. What to do..dah saya nak sangat pergi platform Harry Potter tu..my sis terpaksa la ikut cakap saya..hehe. 

Sampai jer di tempat kejadian..ramai jugak orang dok Q nak bergambar bersama icon Harry Potter tu...iaitu troli yang menembusi dinding..hehe. Ada service bergambar kat sini..nak beli atau tak nak berserah kat kita. Saya tak belipun sebab my sis dah tolong snapkan. Kalo nak beli mahal giler..dekat 10 pound. Lepas bergambar..bolehlah visit Harry Potter Shop. Ada jual macam-macam benda trademark movie tu. Dasyat betul pengaruh movie tu..isk isk isk. 

 Sayapun join la dorang ni..hehe



 Ada orang khas akan pegangkan mafla tu sambil lemparkannya untuk hasilkan mafla yang mcm terbang la..hehe



Kedai souvenir Harry Potter ni tak jauh dari tempat troli tadi 



 
 Saya just masuk tengok-tengok jer..


Dah puas bergambar..kami ke counter untuk return Oyster Card. Bila return card tu..boleh dapat balik deposit 5 pound. Jangan lupa simpan envelope card tu untuk kenang-kenangan..hehe.



 Bye bye London..ada rezeki jumpa lagi :)



System Eurostar ni lebih kurang macam nak naik flight la..kena melalui immigration..chop passport. Ruang menunggupun cantik dan bergaya. Kena alert gate no semua takut silap naik train pulak..hehe. Bila tiba masa untuk masuk dalam train..baru lah tahu rupanya train tu ada bahagian atas building



Tengok-tengok train tu..mak haii..panjangnya. Kena pulak kami duduk gerabak nak dekat-dekat last gitu..haha. Rasanya panjang train tu dalam 500m kut. Kena la cepat masuk takut space nak letak bag dah penuh dengan bag oranglain. Nasib baik kami cepat. Seat Eurostar ni memang menyelesakan


Sepanjang perjalanan di kiri kanan train disajikan dengan permandangan country side. Disebabkan train ni terlalulah laju..tiada gambar yang sesuai untuk dishare. Nak compare country side on the way ke Paris dengan country side ke Cotswold, lagi cantik country side ke Cotswold...percayalah..hehe. Time bila masuk Euro Tunnelpun tak taulah..tengok-tengok dah sampai ke France..hehe. 3 jam perjalanan..serupa dari Bandung ke Jakarta masanya..haha. 

Ok..masa nak share cost ketika di UK pulak. 





Semua cost ni adalah untuk dua orang..Saya tak masukkan personal expenses dalam cost ni.

Pejam celik dah nak raya dah tak berapa hari lagi. Macam tahun-tahun sebelum ni..saya sorang diri akan menepuh jam kat highway untuk balik penang. Haish..what to do. Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Lepas raya nanti saya akan bat entry France pulak yer...InsyaAllah :)



July 9, 2014

United Kingdom (London) - Part 5

Assalamualaikum…


Saya nak sambung entry ketika di London pulak. Saya ni kalo snap photo memang senget benget..1st time ke London dulu, photo my sis yang saya snap memang tersenget sana tersenget sini..hahah. Bukan apa…time tu saya main ambik jer..tak focus betul-betul. So kali ni saya nak tebus kesilapan dulu-dulu. Makanya hari ke-3 di London, kami akan ulang balik ke tempat-tempat yang sebelum ni kami dah pergi disamping imbas balik kenangan dulu-dulu tu. Awal-awal pagi kamipun berjalan la keluar ke Victoria Station. Sementara nak tunggu pukul 9am lebih..kami breakfast dulu. 

That day adalah hari bekerja..nak elak sesak dalam underground tube, kami memilih untuk naik tube lepas pukul 9am. Dah make sure masa sesuai untuk mulakan journey, kamipun naklah ke tempat tujuan…tetiba org kerumun kat area nak masuk ke underground. Ramai giler..rupa-rupanya ada problem dalam underground station. Semua orang tertanya kenapa bagai. Kami dua org pun ternganga-nganga la dok tunggu nak turun ke underground station tu..dekat 10 minit tunggu..kami mcm tak sedap hati nak stay kat crowd tu..takut2 ada penyeluk saku. So, kami decide nak naik jer bus. Keluar jer dari Victoria Station, dengar siren polis, ambulance sana-sini. Uihh..what happen?? Ada apa-apa terjadi kat underground tube ke?? Teringat kes bom dulu-dulu tu gerun pulak..mintak simpanglah semua tu.


Keluar jer dari Victoria Station tu, ada jer person in charge untuk bus yang berkeliaran area bus stop Victoria Station. Kami just cakap nak ke Westminsterdiapun explain la macam mana. Cepat betul explain..saya memang tak dapat tangkap..tapi my sis ok jer..haha. My sis memang pick up..sebab tu saya tak pernah risau kalau travel dengan dia. Saya sangat suka naik double decker bus..boleh layan view. Jom tengok apa photo saya snap that day....   


That day sejuk boleh tahan lagi...so saya decide nak pakai jacket biasa2 jer. Just standby bawak mafla kut-kut hujan, boleh lilit kat leher. Dengan cara tu boleh kurang sikit sejuk.


Oyster card memang penting kalau travel di London

Location dan possing ni adalah cilok idea Syeida..ehehe. Macam mana awak boleh pusing-pusing badan tiap kali bergambar ek?? Saya try sampai sakit pinggang wooo..hehe


Houses of Parliament...kalo ke London memang wajib ke sini. London taxi dan bus memang kerap lalu kat Westminster Bridge ni..boleh combine 2-3 icon London dalam 1 gambar..hehe


Dari Westminster Bridge ni..sebelah kiri boleh nampak view London Eye dan sebelah kanan boleh nampak House of Parliament

Untuk pengetahuan semua..toilet memang susah nak jumpa kat London ni. Tips dari saya...kalau dah anda datang area House of Parliment atau London Eye ni..masuklah building area London Eye tu. Ada McD dalam tu. Dalam McD tu ada toilet yang bersih...free lagi tau. Dan kalau di area Oxford Street pulak..masuk jer 1 shopping complex yang besar sikit..pasti ada toilet. 


Dah puas berpoya-poya kat Westminster, kami taknak lepaskan peluang untuk lunch kat Jom Makan iaitu sebuah restorant melayu kat area Trafalgar Square. Sebelum ke situ, kami singgah dulu kat Horse Guard ni..dari sini boleh jalan terus ke Trafalgar Square. Time ni dah start hujan..payung kami sebenarnya dah teruk sangat...nazak dah..haha. Yela dari Holland ke Belgium kami asyik guna payung..kena pulak angin kuat..payung tu dah berapa kali nak tercabut..haha. Gigih betul kami pakai payung tu sampai habis trip..fuhh.

Sampai jer area Trafalgar Square..eh..mana restaurant Jom Makan?? Macam tak caya jer restaurant tu takde..so saya masuk la bertanya kat office Malaysia Tourism. Sorang pompuan melayu entertain saya..dia cakap restaurant tu dah tutup. Aduhh frust betul. Then dia tanya nak makan ke?? Saya cakap la ye..so dia bagi 1 address restaurant tak jauh dari situ. kat bawah ni addressnya...


Kuala Lumpur Cafe,
1st floor, 57 Charing Cross Road, 
WC2H 0NE London, 
United Kingdom

Staff Malaysia Tourism citer macam dekat jer..tapi mak aii..jauh jugak la berjalan..haha. Tak salah saya dalam 5 minit kut kami berjalan. Dah la hujan. Dalam berjalan tu..saya perasan macam pijak something sampai bunyi prut prak gitu..rupa-rupanya hujan yang turun tu adalah hujan ais. Sebab tulah bila hujan menimpa payung bunyi kuat sangat. Butir-butir ais tu tak lah banyak sangat..seolah-olah ais dan air bercampur. Bila dah tahu ais..makin best pulak pijak..hahaha. 
  


Bila dah jumpa Kuala Lumpur Cafe ni, rasa mcm nak lompat jer bila tengok lauk-lauk ni. Berbaloi jalan jauh-jauh sebab lauk sedap-sedap.



Cafe ni duduknya dalam complex..rasanya macam khaskan untuk orang Asia jer. Sebelah cafe ni ada salun orang Melayu..bila tengok keadaan complex ni, macam keadaan kat Building Mara kat KL tu.



Happy betul my sis dapat minum nescafe ais..hehe



See?? Nampak sedap tak..hehe. Nasi lemak..saya letak udang, sotong dan asam pedas ikan merah..memang puas lah makan kat sini. Boleh la cover kesedihan tak dapat makan nasi kat restaurant Jom Makan tu..hehe



Complex tu dekat jer dengan underground Leicester Square Station


Kemudiannya kami patah balik ke Trafalgar Square sebab nak bergambar di depan National Museum. Ada show pelik-pelik kat sini..macam kat Harrod ritu ada orang tertungging..ini ada orang duduk hang gini pulak...haha. Menakutkanpun ada..gelipun ada. Dia asyik dok buat bunyi kentut..haha. Nampak macam impossible boleh hang mcm nikan?? Rasanya ada besi tiang tu disekalikan dengan 1 seat muat-muat untuk dia duduk. Connection besi dan seat tu ada dalam lengan baju mamat ni. Bila tengok gini memang real habis dia tergangtung.


Suasana sekitar Trafalgar Square. Time ni hujan dah stop dan matahari memancar.  



Admiralty Arch



Next destination kami adalah Tower of London. Kali ni kami naik underground tube pulak. Underground Trafalgar Square ni penuh dengan lukisan-lukisan sejarah..menarik.



Keluar jer dari underground station Tower of London ni..wahh..hujan bukan main lebat..menggigil sejuk. Kami terkandas tapi still boleh nampak castle ni. Tujuan kami ke sini adalah nak bergambar berlatarkan castle yang mana dikenali sebagai Tower of London.



Stop jer hujan..berposing lagi..haha. 



Untuk bergambar berviewkan Tower Bridge..area Tower of London nilah yang paling sesuai. Disebelah kanan adalah Thames River, sebelah kiri adalah Tower of London dan di depan adalah Tower Bridge. Jom pegi dekat lagi..hehehe


Memang tak menentu betul cuaca kat London ni..bestnya bila cuaca bertukar cerah. 


The Shard..the tallest building in Europe. Time 2011 saya datang building ni rasanya belum ada. 


Bahagian Tower of London yang facing Thames River



Tower Bridge



On the way nak berjalan ke arah Tower Bridge tu..lalu pulak 1 café ni. Glupp…scone lagi…haha. Scone tu memanggil untuk memakannya..bila tgk gaya café tu macam standard sangat..so saya dengan sedihnya melupakan hasrat :(



Kacang yang disalut karemel...sedap. 1 cup tu 2 pound



Lepas puas bergambar atas Tower Bridge ni..kamipun beredar ke bustop berdekatan. Kebetulan dari bustop tu boleh terus ke Covent Garden yang kami belum pernah pergi sebelum ni.



Bus ni lalu dibahagian belakang London Eye...



Bus tu betul-betul stop depan Covent Garden Market ni..berjalan sikit jer dah sampai. Ada apa sini?? Sini ada kedai-kedai..restaurant dan kios-kios jual souvenir.



Bahagian dalam..ada music show



Dorang ni main music sampai terlompat-lompat..hehe



Jualan hasil seni di gerai-gerai



kad ucapan..menarik kan?? Boleh dilipat dan bila dibuka berbentuk gini..


Menarik dan mahal



Orang jual nasi goreng seafood..fuhh..harum nasi goreng tu memenuhi ruang building tu. Nasi goreng mat salleh ni selalunya letak wine bagai. Leboh-lebih lagi ada seafood, selalunya dorang nak hilangkan rasa hanyir seafood, dorang tambah wine. 



Uitt..ada cafe Jamie Oliver...terasa nak makan fish n chip dalam face ni..malangnya fish n chip ada diletakkan beer. Baru saya teringat..mat salleh ni suka letak beer untuk rangupkan tepung yang menyaluti ikan. Benda yang patut alert time makan fish n chip kat oversea.


Nasib kami baik..ada 1 cafe yang berasaskan bahan organic dan juga merupakan bakery. Kena pulak time tu petang..sesuai la nak tea time dengan scone lagi..hehe



Saya order ice coffee dan my sis order hot tea



Pelbagailah dessert kat sini..tak tau nak pilih yang mana..akhirnya my sis pilih banana toffee tart..sedap sangat!!!


Saya pulak...of cos la scone..besar sungguh scone ni..tak larat nak habiskan



Me..travel and food..cannot be separate..heheh

In one day kami dapat cover most interesting places in London. That day seolah-olah kami takde nak rush apa-apapun..macam betul-betul free and easy. Tea time kami terus merangkap dinner sebab sangatlah kenyang. Lepas dah puas round-round tempat tu..kamipun balik ke hotel. Perlu standby pack bag semua sebab keesokkan harinya kami akan ke sebuah lagi negara iaitu France. Nantikan perjalanan kami ke France in next entry..