Assalamualaikum..
Setelah lebih kurang 1 month balik dari Europe, saya baru berjaya update 2 negara iaitu Holland dan Belgium. Ada 2 lagi negara nak habiskan..hehe. Best la menulis ni..boleh share pengalaman, info dan imbas balik kenangan.
Di Belgium saya tak sempat nak merasa public transportnya kecuali cab. So saya tak dapat nak komen sangat efficient atau tak transport kat sana. Kalau suruh komen makanan..fuhh..memang best!!! Hehe..
Ok..jom kita tengok overall cost kat Belgium nih...

Cost yang di control oleh my accountant a.k.a my sis. Cost di atas adalah cost untuk 2 ORANG. Makanya cost untuk SEORANG adalah RM573.81. Dan cost ini TAK TERMASUK PERSONAL EXPENSES. Tak salah saya, saya spent untuk diri sendiri dalam 30 EURO.
Pada malam tu..bermulalah perjalanan kami untuk merentasi English Channel. Macam biasalah..my sis nak saya cepat-cepat untuk dapatkan seat depan dan dia akan uruskan luggage bags. Sekali saya naik..orang dah penuh. Maybe bus dari station lain dan singgah ambik kami kat Brussel Noord Station. Dalam bus tu 70% orang kulit hitam, 20% orang kulit putih dan 10% orang kulit tak gelap sangat tak cerah sangat iaitu kami dua orang..haha.
Kami tak dapat nak duduk seat sama-sama tapi still bersebelahan dan dipisahkan oleh lorong. Kedua-dua orang sebelah kami adalah perempuan kulit hitam. Risau tul time tu takut orang curi duit saya. Nak tidopun tak nyenyak. Kami akan melalui sepanjang waktu malam untuk ke London. So kami save duit untuk hotel pada malam tu.
Asalnya saya ingat bus yang kami naiki tu akan naik atas ferry tapi salah rupanya. Bus tu sebenarnya masuk dalam perut train pastu train tu akan melalui tunnel dasar laut sepanjang English Channel. Boleh bayangkan?? saya time tu takleh nak bayangkan camnerpun sebab tak nampak apa benda pun.
Sebelum bermulanya sesi merentasi English Channel tu..kami perlu keluar dari perut bus tu sebanyak 2 kali..perhhh. Giler tul time tu. Memula chop passport sebab keluar dari Europe dan 1 lagi chop passport nak memasuki UK. Bukan kami jer keluar..begpun kena keluarkan. Takde masalah sangat nak jalan ke imigresen tu sebab bus tu park tepi building tu jer..masalahnya..sejuk yang amat sangat. Angin kuat betul. Saya sejuk sampai tak boleh nak jalan..terketar-ketar. Bila masuk dalam building boleh la tahan sikit. Memang pengalaman tak dapat nak dilupakan time tu..haha. Agaknya tepi laut kut..dats why sejuk sangat.
Saya sempat snap keadaan bus ni masuk dalam perut train yang akan melalui English Channel. Setiap kenderaan dimaksukkan mengikut compartment masing-masing dan ditutup pintu..setiap satu kederaan diasingkan seolah-olah 1 bilik 1 kenderaan. Semuanya automatic. Lepas setengah jam dok nganga tunggu apa seterusnya..tetiba train tu ada technical problem..makanya keluar pulak bus ni..masuk dalam train lain pulak. Tetiba sorang wanita kulit hitam nak buat susu untuk anak dia..dia gi la kat driver bus tu dan tak tahu lah cmner driver bus tu boleh panggil staff train tu. Rupa-rupanya pompuan tu pun fikir bus tu akan naik ferry..bukan kami saja fikir begitu rupanya..hehe. Malangnya dia tak dapat air panas. Kesian. Tapi tak dengarpun anak dia merengek lapar ke apa.
Tak sedarpun rupanya kami dah masuk France..dari situlah kami cross English Channel.
Saya berminat sangat nak tahu sistem tunnel tu. Memang mengagumkan. Memang tak sedar apapun dalam tu sebab tak nampak. Boleh Google untuk tahu lebih banyak hal tunnel ni. Kalau saya citer takut tak salah info pulak..hehe

Cross section tunnel tu. Dasyat kan?? Ntah macam manalah construction tunnel ni. Construction tunnel ni bermula pada tahun 1988 dan dibuka pada tahun 1994. 13,000 pekerja involved dalam construction nih..fuhh.
Berakhir entry ni maka berakhirnya cerita padal Belgium. Pasni saya nak share pulak experience saya kat UK. Walaupun dah 2 kali termasuk kali ni ke London..masih tak puas lagi..haha. Maybe nak pegi lagi.