June 28, 2016

Tips Travel di Musim Sejuk

Assalamualaikum..

Kesempatan yang ada ni..saya nak share tips yang bermanfaat untuk semua. Disebabkan saya berkesempatan ke Hokkaido, Japan pada musim sejuk, so saya akan share tips based on my experience lah ye. Check it out…

1) Cost
Saya boleh katakan trips ketika winter agak memerlukan cost yang agak mahal. Cara nak atasi dibeban membeli bermacam-macam keperluan ketika trip, silalah beli barang berperingkat. Contohnya sekali dapat gaji, beli lah 1 barang seperti jacket. Gaji seterusnya beli pula boots dan seterusnya. Yang ada duit banyak memang no problem dah. Anytime nak shopping barang memang langsung takde masalah.

2) Kepenatan
Roda luggage bag kita tu takkan function bila ditarik ketika dibawahnya ada snow. Snow tu akan melekat-lekat di roda akan menyebabkan kita menarik beban yang berat. Kena pulak menilau cari hotel tak jumpa-jumpa..memang seksa lah. Ni saya cakap bila kita baru sampai di Hokkaido lah. Untuk elak masalah begini, naik lah cab. Kalau rasa boleh tahan, make sure tahu nak cari hotel supaya tak menyeksakan diri.

3) Kasut
Mesti ada boots!!! Baru-baru ni ke Hokkaido, rasa macam pakai sport shoes dah ok dah. Sekali sampai sana..kaki saya seolah beku bila asyik berjalan dalam keadaan sejuk. Nasib baik my sis suruh saya bawa boots yang asalnya saya nak pakai bila pergi site saja. Bila dalam luggage pun ada space lagi..saya bawa jugalah. Ala..beli kat Guilin..duit kita dalam RM70 kut. Hehehehe

Elak memakai spot shoes yeee

4) Handphone
Saya dengar dari kak Azian yang dia pergi Kashmir time winter kut..handphone dia asyik off. Lepas dia letak portable charger, boleh on. Saya fikir maybe sebab sejuk sangat. So, handphone akan off sendiri. Memang terjadi kat saya. Saya guna satu cara ni. Beli hand warmer. Kalau beli kat Daiso boleh dapat 1 pack tu dalam 4 pcs kut..lupa la saya.Letakkan hand warner tu dalam handbag dan tepi handphone. Dari kata lain kita panaskan handphone la..ternyata handphone saya panas dan tak off sendirinya.

5) Warmer
Jangan beli hand warmer banyak-banyak. Kadang-kadang takde masa nak letak tangan dalam pocket..kalau letak dalam glove pun susah gak...nanti nak buka glove, jatuh pulak.. Belilah body warmer banyak-banyak. Ia sangat-sangat membantu. Stick di bahagian belakang baju.
Contoh hand warmer



6) Penjagaan kulit
Untuk elak bibir kering dan pecah serta luka, tolong sediakan lip balm. Bila dah dalam bilik nak tidur waktu malam tu, lumur lah kat bibir dan kawasan luar bibir. Sediakan juga moisturiser cream. Sapukan bila nak tidur dan juga ketika nak keluar jalan-jalan tu. Saya letak seluruh badan. Saya guna product Himalaya..memang bagus. Badan saya tak terasa kering dan saya rasa selesa.

7) Kesejukan
Kalau boleh sila beli jacket yang ada hood. Bila snow tengah turun tu….aduhaiii..sejuk mencengkam otak. Nafas terasa tak cukup. Nak bercakap pun tak mampu. Walaupun dah pakai snowcap..memang tak membantu. Dan lagi satu..pakailah long jonh. Dulu time pergi London, saya ada beli long john, tapi saya tak selesa pakai. So bila di Hokkaidopun saya tak pakai. Seriously saya memang tak tahan sejuk.

8) Coffee
Coffee adalah minuman yang boleh memanaskan badan. Vending machine di Japan ada di mana-mana sahaja. Saya baru tahu yang ada vending machine yang di dalamnya ada minuman panas di dalam tin. Hahaha..jakun betul. Disamping minum coffee..boleh la pegang tin minuman yang panas tu.

9) Snap Photo
Tangan sejuk bila dikeluarkan dari glove untuk snap photo dari handphone?? Kalau camera, tangan berglove pun takpe nak snap photo. Kalau handphone?? Sekarang ni ada glove yang boleh touch screen handphone. Tak payah dan nak buka glove untuk touch handphone. Tapi untuk pengguna iphone, anda boleh gunakan volume button tu untuk snap. Saya pernah mengalami keadaan yang amat sejuk di Otaru. Tangan di dalam glove terasa tak function. Nak tekan button camera pun tak mampu nak bengkokkan jari. Untuk keadaan gini memang takde solution...hahahaha.

10) Underground Station
Di Sapporo contohnya, ada underground station yang begitu banyak exit. Kita hanya perlu berjalan melalui underground tersebut untuk kemana-mana attraction places around Sapporo. Dengan cara ini kita dapat mengurangkan sedikit kesejukan. Mesti ada orang cakap...eh..dah pergi time winter..mesti la layan view snow bagai. Ni berjalan dalam underground pulak. Alaa….ikut suka la selesa yang macam mana kan. Ikut kesesuaian ye.

Kesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir batin buat pembaca blog saya serta kawan-kawan yang sesekali jenguk blog saya..hehehe. Saya balik penang..uols?? Hati-hati di jalan raya yeee..

Ini dulu dari saya..ada umur jumpa lagiiiii...baiii

June 8, 2016

Hokkaido - Sapporo (Part 8)

Assalamualaikum...


Tudiaaaaaa…merangkak-rangkak nak siapkan entry Hokkaido ni sampai habis. Ok..ok..ok..saya cerita betul-betul nih apa berlaku pada hari terakhir di Sapporo. Esok tu nak fly balik Malaysia dah. Saya sikit bangga bila my sis asyik puji-puji planning saya sepanjang di Hokkaido..hehehehe. Yela..selalu tu dia saja yang uruskan..saya lenggang-kangkung jer...hahaha. Sebenarnya tak semua tempat menarik kami terjah. Saya buat itinerary secara light saja. Kalau pulun nak cover semua...nanti tired..tak enjoy pulak. Kalau ikutkan hati, saya nak jer stay di dalam cabin yang diluarnya dipenuhi snow..just nak buat tu jer. Tapi my sis tak agree sebab dia fikir akan membazir jer buat gitu...betul juga cakap dia..hehehe

Ok..berbalik ke pada kisah last day kami di Hokkaido..teringin sangat nak tengok Reb Brick Bulding ataupun dikenali sebagai Former Hokkaido Government Building . Nasib kami that day baik sangat. Cuaca sangat cerah. Kami agak selesa dengan kesejukannya. Snow berkilau dengan cahaya matahari memancar. Snow semakin cair. Berjalan atas snow pun dah tak licin. Dah tak perlu nak hati-hati time berjalan dah.



Sungai berhampiran hotel kami di Nakajima beku dipermukaannya..


My sis ada baca experience forumer di forum cari makan shrimp sandwich di dalam Sapporo station. My sis pun request la nak makan kat Cafe Croissant ni...saya sebagai ketua rombongan (kononnya) agree la...perhhh sedap betul sandwich ni..tak cukup satu. 



Dah kenyang, kami pun menuju ke Red Brick Building tu..Terjumpa pula kedai dessert ni...glupppp..nasib baik belum buka, kalau tak saya mesti masuk dah...hahahah



Dari exit berapa saya tak sure, kita akan sampai ke sini..cantikk betul location building tu. Laluan ke building tu dihiasi deretan pokok tak berdaun ni. Kalau snow lebat, sure snow tersangkut atas dahan pokok-pokok tu..



Lagi dekat kita mendekati Red Brick Building ni..lagi cantik photo yang terhasil..eh..terpuji diri sendiri pulak..hahahaha..



Jom dekat lagi..saya ada masuk dalam building ni..takde yang menarik pun



Bahagian belakang..dah serupa rumah bangsawan..hehehe.


Perhatikan susunan red brick tu...bukan mudah nak susun brick sekemas ini..



Jari beku sejurus menulis di permukaan snow...hehehe



View yang jarang dapat saya lihat...syukur Ya Allah


Stream yang part of Odori Park pun beku permukaannya...


Photo ni buat kenang-kenangan jika saya rindukan keadaan di Hokkaido. Saat dan ketika ini, saya amat rindu suasa berjalan-jalan area Sapporo, menyentuh snow yang memutih, baling snow yang digempal-gempal menjadi bebola dan main baling-baling bersama my sis...kegembiaraan yang tak dapat nak digambarkan..hmmm :(



Hanya berjalan saja...kami menuju pula ke Sapporo Tower Clock. Nak masuk dalam ni kena bayar ye...



Ntah saper buat ni..eiiiii..takut!!!



Lebihan Yen banyak lagi..so kami nak habiskan untuk shopping lah. Menapak pula ke Factory Outlet..besar betul shopping complex ni. Tapi mahal-mahal la barang dijual disini



Sesaja jer nak tengok directory complex tu..tetiba macam tak caya jer..gosot-gosot mata..pejam celik pejam celik untuk memastikan kebenaran di depan mata tu..ada restoran TAJ MAHAL dalam complex tu..oh..no..we never know!!! Rezeki kami hari tu boleh makan lagi delicious food yang kami makan di Niseko...hehehehe  


Ni baru depan restoran..dah excited nak makan roti nan. Ramai betul orang makan di restoran tu. Kami terpaksa tunggu dalam 5 minit gitu. Tokey restoran tu berminat betul nak bersembang dengan kami. Rupa-rupanya restoran tu tumpuan orang Malaysia yang ikut tour.



Very the Indian style you know!!! Decoration dalam restoran ni totally Indian style..pekerja semuanya Indian dan ada sorang jer Japanese. Ehhh…kami ni berada di Japan ke India…hahahaha. 



Tengok meja..wahh penuh dengan herbs. Creative la dorang ni. Tengok roti nan tu..terbaik betul. Lagi sedap roti nan ni daripada roti nan di mamak. Saya order roti nan bersama prawn curry. My sis pula order roti nan cheese bersama fish masala tak salah saya. Puas betul makan dekat situ. Service pula sangat cepat.

Tak dinafikan kami lebih banyak makan Indian food berbanding Japanese food. Kami tak pernah pulak sampai india lagi..tapi dah tersuka dengan masakan mereka....hehehehe.  Lepas dah kenyang kami decide nak jalan-jalan sikit dalam complex tu. Tokey restoran tu ajak sembang-sembang lagi..sembang sikit pastu kami blah la.


Area ni dah macam Convert Garden di London



Saya betul-betul jatuh cinta kepada cheese tart ni. Saya pergi lagi beli sekotak..hahahaha. 


 
Setelah agak petang, kami decide nak balik bilik. Sebelum tu, kami singgah Nakajima Park dulu. Walaupun 1st day dah singgah, kami macam tak puas. Saya sangat sukakan park ini. Suasa senja menjadikan park ini sangat cantik dan mendamaikan

Kami balik ke bilik untuk berehat sebelum keluar mencari dinner. Dah tak lalu dan nak makan nasi berlaukkan Berahim product. Menunggu masa sesuai untuk keluar makan, kami siap-siap packing. Esok pagi kami bakal ke airport seawal yang mungkin. 

Kami tak berapa sangat nak explore kawasan sekeliling hotel tu. Malam tu macam tergerak nak jalan-jalan sambil mencari restoran yang sesuai. Tak sangka sangat kami terjumpa restoran yang hanya menyajikan seafood. Menu utamanya berasaskan king crab. Langkah kanan lah kami...hehehe. Tengok di bahagian luar restoran, ada tulis fully booked. Tapi kami hanya cuba nasib bertanya..syukur kami diterima. Kami dilayan oleh seorang amoi ni..dialah yang bawa kami dari bawah..naik lift dan masukkan kami dalam bilik khas, bilik yang hanya untuk kami berdua....amboii...best gila lah...hehehe. Restoran tu berkongsepkan tradisional. Semua waitress memakai kimono. Jom tengok kami makan apa.



Saya order nasi yang disteam dalam pot ni..ada isi king crab dalam nasi tu. Nasib baik waitress sini paham english..kami explain yang kami tak boleh makan makanan diletak alcohol. 



My sis pula order grilled king crab..wahh sedap sangat..isi crab tu fresh dan manis



Grilled king crab ni disediankan untuk menyenangkan kita makan


 
Kekeyangan kami malam tu..hehehe


King crab ini memang dibela oleh pemilik restoran itu..cara dibelapun bukan didalam aquarium..wahh bagus betul. Kalau ada nak ke Hokkaido dan nak try makan kat sini..cer tengok nama retoran ni kat banner tu..Sapporo Kani Honke..pandai-pandai google lah ek..kami ni terjumpa je..hehehe 

Lepas dah kenyang kami kembali ke hotel. Bag semua dah pack..dah pun pesan kepada hotel staff untuk call cab untuk esok pagi. Sayang betul nak tinggalkan tempat yang lebih seminggu kami berkampung. 

Seperti yang diplan, cab sampai tepat pada samanya. Keluar jer dari bilik, suasana memang gelap-gelita lah. Yang paling tal disangka, lebih kurang pukul 5am tu saya dapat menyaksikan ribut salji. Salji yang turun bukan seperti yang saya tengok sepanjang di Hokkaido. Labat betul dan angin agak kuat. Kami hanya minta driver cab hantar kami ke Sapporo Station jer. Kami akan menggunakan JR Train untuk ke airport. 

Bila sampai airport, dan bila kami selesai melalui imigresen semua..tak lama lepas tu baru lah tahu flight kami delay. Rupa-rupanya time tu cuaca sangat buruk. Maybe saya boleh katakan berlaku ribut salji di luar. Bukan setakat flight kami, ada juga flight ke Thailand dan Korea tak salah saya. Habis semua orang bersepah lepak di airport tu. Sepatutnya depart pukul 9am akhirnya berpanjangan sampai pukul 1pm tak salah saya. Letih betul menunggu. 



Keadaan di luar airport. Syukur kerana keadaan ini tak berlaku ketika kami berjalan-jalan di Hokkaido. Time ni memang salji lebat giler...macam tak normal keadaannya.


InsyaAllah kalau ada masa saya akan update pula cost kami sepanjang di Hokkaido, Japan. Apa yang saya boleh cakap, cost banyak untuk makan. Makanan di Hokkaido ni agak mahal. Disebabkan saya ni jenis travel & food..saya mesti cuba makanan yang belum pernah saya cuba..for me tak salah lah...hehehe. Kemudian entrance fee tak berapa banyak duit yang kami spent. Cost untuk transport pun boleh lah tahan. Opinion saya, kalau dah ada duit lebih kurang RM2,500 ke RM4,000 dah boleh ke Hokkaido ni. Trip ke sini pun agak convenience..sebab system transport yang sangat efficient..local people yang menghormati kita..suasana yang menarik. Jika diberi kesempatan saya lebih suka nak tinggal di Hokkaido ni. 

Yang belum pernah experience seperti saya ni, bila lagi?? Saya sangat-sangat recommend Hokkaido ni. Silalah terjah ye :)