September 30, 2012

SePeTaNg Di TaMaN aLaM, KuALa SeLaNgOr

Assalamualaikum.....

Hai pembaca semua..every weekend sure terisi sepenuhnya kan?? Hmmm...macam saya..tak senang hati kalau asyik terperap kat rumah jer. Loan untuk kereta baru dah approved..so saya mesti jual kereta lama saya..nak kata lama tak sama sangat la masih barupun..baru 3 tahun pakai. Saya perlu kereta yang lebih stabil untuk balik kampung. 

Me and my sis dengan keyakinan yang jitu terus pergi ke arah Kuala Selangor..ntah apa yakin ntah yang banyak kedai used car kat area tu..hehe. Cari punya cari satu mendepun tak dapat. My sis gigih drive manakala saya gigih tidor...hahaha. Tiba jer satu tempat tu tetiba my sis cakap CENDOL BAKAR. Celik luas mata saya..apa taknya...makanan tu beb..bunyik plak agak pelik. Dengan penuh tekadnya saya cakap camnerpun saya nak try gak..ada drive thru tuh!! Wallaweh.
 
Giler ramai kat situ. Kereta Q untuk drive thru sampai jem jalan raya...perhh!!! Yang dalam geraipun penuh..maju sungguh perniagaan cendol ni. Tak salah saya dalam 15-20min juga la Q.

Untuk cendol ni ada 4-5 jenis. Saya pilih paling mahal yang masih murah harganya iaitu RM3.80. Pilihan saya tu adalah cendol durian pulut. Sedap sekali la..sebenarnya gula merah yang dibakar bukanya cendol kolor hijau tu..haha. Cmnernya bakarpun tak tau la. Selalu2 saya makan cendol pulut, pulutnya sure berketul2..tapi yang ni takpun..sedap sekali. Bila sekali hisap..masuk sekali cendol..ice blended santan dan gula melaka serta pulut..segar sekali time cuaca panas..keropok tu pulak keropok udang geragau..boleh tahan sedapnya.


Saya cakap kat my sis..tak jumpa la kedai used car..jom gi Taman Alam. Tupun selepas saya nampak ada singboard. Ticket untuk masuk taman tu adalah RM4. Time tu saya pakai sandal dan jeans..macam tak sesuai pulak bila tahu yang taman tu adalah hutan. Tapi penjaga tiket cakap xper..kena plak nampak 1 family cina just pakai sliper..so sayapun hentam gak la masuk hutan tu..hahaha

 Penjaga ticket cakap ada banyak burung dari tempat lain datang..so eksaitet la saya..hahaha

 Start masuk hutan tu jumpa area ni..gerun plak nak masuk..haha..ni dah kategori hutan belantara nih..aduh!!! Gigih gak masuk korang wei!!! hahaha. Sekali kena gigit nyamuk daa!!! memang penjaga ticket tu dh pesan ada 1 area ada banyak nyamuk..rupa2nya area ni daa!!!

 Dalam 200m harungi belantara tu..lega nampak area cam ni!!!

SEDIH tengok signboard ni..

 
 HAPPY tengok view ni..ada jumpa sekumpulan student tengah wat research. Area yang saya explored ni adalah Melawati..yang ada lighthouse tu kat situla Bukit Melawati yang kita boleh nek tram untuk naik ke bukit tu..dulu2 pernah la saya try naik tram tu..agak menarik.

Laluan ni berbentuk 'U' ...kita boleh melalui kawasan paya bakau. Sebenarnya ada 3-4 ekor monyet bertenggek kat laluan ni..tak berapa nak berani melalui geng2 monyet tersebut..kang kena ngorat plak..haha
Teringat plak mamat2 kat kampung yang suka melepak tepi jalan dan ngorat orang..haha

 Menara tinjau banyak disediakan

Selepas melalui area ni dalam 500m..kita akan jumpa balik bridge tadi dan masuk lagi sekali belantara..hahaa..tergaru2 saya bila dah jadi mangsa gigitan nyamuk..adoii!!!

 Ada chelet2 kalo nak stay...dekat sangat dengan belantara tu..ada berani??

 Bersih tempat ni..saya kuar dari hutan tu dalam pukul 6 petang.

 Sebelah entrance Taman Alam, ada pulak taman ni..maybe next time datang lagi untuk explore taman ni pulak. Overall saya agak suka kawasan hutan ni..cuma pakaian dan kasut jer tak sesuai..dalam 1 jam setengah berjalan dalam hutan tu..kalo ada basikal maybe lagi bagus!!!

 
Time nak balik...jumpa pulak restoran ni...nasi goreng my sis sedap..saya nyer tak sedap...

Lama dah tak beriadah..berpeluh..bagus untuk kesihatan. Kena pulak boleh hayati nature. Saya rasa nilah aktiviti sihat patut saya lakukan at weekend. Dulu2 suka jugak jogging kt taman di Taman Tun Dr Ismail..sekarang slow sikit sebab sesak otak bila orang terlalu ramai kat sana..kadang2 nak joggingpun tak cukup space..haha. That means ramai rakyat Malaysia suka aktiviti sihatkan badan...bagus tu!! next time saya nak gi lagi Taman Alam ni..sangat2 tenang!!! 

Nantikan entry seterusnya mengenai travel di dalam negara jugak!!
Walaupun semua negeri di Malaysia ni saya dah jejak kecuali Sabah, masih ada lagi tempat yang saya tak explore..InsyaAllah dengan masa yang ada saya akan explore!!!

See Yaaa!!!


September 26, 2012

JoHoR - N9 - KeeL

Assalamualikum...

Macam-macam komen saya terima dari entry Tanjung Piai...hmmm..saya patut emailkan pendapat saya macam mana pihak resort Tanjung Piai nak improve condition dari segi kebersihan dan menjadi lebih menarik. Location yang jauh dari hiruk-pikuk kota amat sesuai dikunjungi. Ditambah lagi udara yang amat segar..terasa diri melayang2 atas udara..eh..over pulak...hahaha



Saya tinggalkan Tanjung Piai seawal pagi selepas breakfast. Cuba pandang-pandang di sebelah kiri jalan, anda akan jumpa satu kedai keropok. Jaafar Onn duta Lekor Chips tau. keropok ni memang sedap..jangan lupa singgah kalau lalu yee. 



Preparation memang zero...just refer signboard untuk ke mana-mana. next destination adalah Johor Premium Outlet. Dari Tanjung Piai just follow signboard JB..melalui Pekan Nanas. Kemudian follow signboard hingga masuk ke highway. Last sekali follow signboard Kulaijaya dan boleh nampak Johor Premium Outlet betul-betul sebelah kiri dan di highway pun ada signboard Johor Premium Outlet..


Ketika melalui Pekan Nanas...terjumpa beberapa gerai jual bermacam jenis sayur, buah dan hasil tanaman. Just stop beli nenas madu..


Taraaa...puas sudah shopping di Johor Premium Outlet. Punya banyak kereta bahkan bus rombongan Cik Kiah..haha. Semua orang dah mampu nak beli barang branded sekarang. Cuma saya jer tak mampu..photo atas ni menayang jer lebih..hahaha..my sis nyer. Saya tak beli papepun. Walaupun ramai orang kata barang branded kat sini murah-murah..tapi saya still cakap mahal. Saya lebih cenderong habiskan duit untuk makanan dan travel. Barang-barang saya seperti purse, handbag, sun glass saya tak ralat sangat beli branded sebab saya akan pakai 5 hingga 10 tahun ...hahaha. Kalau baju pulak..1-2 tahun dah lusuh takpun tak muat dah...sayang duit..haha. Saya dok angan-angan ada la t-shirt RM10...tapi hampeh...hahaha. 

Lepas puas round kat Johor Premium Outlet..saya and my sis pecut hala ke Keel. Belumpun masuk Melaka kami dah lapar. Exit satu toll nak cari makanan..sekali tengok semua restoran meja dihurung lalat. Pekena la hai. Tak jadi..masuk balik highway..stop pulak kat R&R..beli buah..dengan buah2 dihurung lalat...adohh. Banyaknya lalat. Masuk pulak toilet..lagi la...adoii. Caya tak kami bertahan lapar sampai ke Port Dickson?? Ha!!!! hahaha



Lamanya tak datang Port Dickson..2-3 tahun lepas tiap2 bulan ke sana mandi-manda..hehe. Kat sini ombak tak besar..air macam tenang jer. Kalau kuak kupu-kupu takpun kuak lentang ok gak ni...hahaha. Tetiba rasa shahdu pulak sebab patutnya kami ke sini bukannya ke Tanjung Piai saya nu haa..isk isk isk. Nape ek saya ke sini..teruskan baca..hehe



Taraaa...nak ke sini sebenarnya. Seafood lagi daaa iaitu retoran terapung..hehe. Jenuh gak la pusing cari restoran ni..gigih tui!!! Anda perlu ke bandar Port Dickson yee..

Pinjam dr blog org..hehe. Sila refer map ni kalo nak ke sana.



Stay kat resort terapung...sekarang makan kt retoran terapung pulak..haha. Air kat sini sikit kehijaun...

View dari restoran ke restoran darat..sinipun ada beberapa restoran. Tempat ni bersih..maybe sebab masih baru

1st sekali masuk restoran ni sila la hala ke sampan ni..macam seafood ada!! Apa yang ada...tgk bawah..



Tak besar manapun udang ni...sekor RM9



Dah puas makan kat Tanjung Piai..rasanya stop dulu ambik ni..hehe



2-3 hari sebelum ni saya dah masak macam2 dengan lala ni..so tak ambik gak..



Muscle ni my sis suka sangat..saya tak suka..so ambik!!



Semua ikan2 ni besar2 kedabak..tak baik membazir..so tak ambik..


Sambil nak tunggu makanan layan view dulu. orang tak berapa ramai..so dapat tempat yang agak cun. Bridge ni saya agak nak loading barang2 dagangan dari kapal2 besar..I think la..haha



Ni agaknya jeti untuk nelayan..agak yakin ni memang jeti nelayan :p



Yeee..makanan dah datang..muscle ni masak cili..


Black pepper prawn..



sotong bakar...paling saya suka..lembut jerr..

Lepas kenyang kami terus cabut balik. Travel kali ni agak suka dan duka sikit tapi saya gagahi mengharunginya...hahaha. Target nak panjat Gunung Kinabalu..amboii yaya O jer..haha. 

September 24, 2012

Di hUjUnG BeNuA aSiA - Tanjung Piai, Johor

Assalamualaikum...

Apa khabar smua pembaca blog AkuLoveTravel? Mudah-mudahan sihat walafiat. Sekarang ni saya ada hobi baru..hehe. Keterujaan yang amat tak dapat dibendung. Hari-hari ada saya idea nak bake apa...haishh. Tapi hobi travel takkan diabaikan..hehe. Macam mana minatpun..career should be no 1. Jadikan career sebagai hobi jugak..then baru la ada fuluss nak travel..tul tak??

Ok..kali ni saya nak share experience travel at our country tanah tumpah darahku. Macam biasa..travel terkejut-tergempar. Bag semua dh pack..masuk kete..gi breakfast..decide dalam kete nak gi mana. Decisionpun dibuat..iaitu ke Johor. My sis gigih bawak magazine LIBUR dia. Tengok dalam LIBUR cam best jer tempat tu. 

Cara-cara nak kesana..ikut NKVE dan exit Simpang Rengang, Johor. Kemudian ikut signboard Pontian


Kuih2 ni boleh dapat di Pekan Pontian. Tepi jalan..senang nampak.


See karipap ni?? Giler besar..RM3. Kulit rangup dan isi cukup bahan. Ada daging, fish ball dan telur rebus serta kentang kari..memang terbaekk!!!



Donat ni pulak sangat lembut. 


Saya letak map ni senang utk refer. Tanjung Piai ni dikenali sebagai penhujung benua asia. Kalau dilihat dari map..memang kedudukannya adalah dihujung tanah besar benua asia ni. Hebatkan bunyinya?? Hehehe...jom tgk photo seterusnya..



Tempat utama kami nak tuju adalah Resort Tanjung Piai. Exitednya saya bila tahu saya akan stay kat resort atas air. 1st time in my life tau..hehee. Bila tengok 1st view ni..saya siap2 nasihat diri sendiri..don't expect to much special kat sini..heehe. Kereta kena park jauh dari bridge ni..ada la dalam 300m dari bridge ni. Kawasan Tanjung Piai ni adalah kampung. Time sampai sini saya agak terkejut la ada geng2 bikers..macam sesak pulak. Dan kemudian ada lagi 2-3 geng pelajar sekolah dan officer gitu. Dalam hati fikir..crowded pulak tempat ni nanti..



Sebelah bridge boleh nampak tempat parking boat nelayan :P



Ada lighthouse. Laut sini ada banyak kapal-kapal besar..ni la gunanya lighthouse ni 



Baru pukul 5pm..air laut tengah surut time ni. Nampak building ijau tu?? tu la bilik saya..




Lupa nak cter...bila sampai kat sini..memula sekali kita akan disambut oleh monyet :P




Harga bilik ni RM200/nite. Bila tengok condition bilik rasa cam tak berbaloi bilik camgini. Teruk sangat la keadaan bilik ni. Bau ubat gegat kuat giler. Bantal dah pecah boleh nampak isi dalam..haish. Call receptionist nak cancel. Dorang akan bayar half jer. pack2 semua nak keluar..tengah jalan jumpa budak perempuan reception tu..dia pujuk masuk bilik lain yang ok skit..kalau ikut hati nak keluar terus..tapi bila tengok cara budak tu yang ikhlas nak tolong..kami cakap ok la. 
Tempat ni cantik..tapi perlu improve sikit dari segi keselesaan dalam bilik.



Ni family room. Ada 1 double bed dan 2 single beds. Punya luas..gerun plak rasanya..hahah. Bilik ok..tapi toilet pulak tak memuaskan. Paksa gak diri duduk..haish


Dari bilik boleh nampak ni!!!



This place saya amat2 recommend kecuali bilik lah..hehe. Udara amat2 fresh. Duduk relax kat salah satu pondok memang best. Sambil bukak lagu..betul2 menenangkan!! Kelihatan dihujung bridge ni ada orang memancing. Time ni sikit2 air dan naik. Angan2 nak tengok sunset..tapi tak mulcul2 pulak. Maybe sebab jerebu teruk.



Kami dinner kat restoran resort tu..menu wajib la seafood kan!! Ni telur dadar sempoi..sedap walaupun rupa amat sempoi..hehe



Ada sotong goreng tepung..tak de gambar pulak. Ni sup ketam. Cayer tak harganya RM9? ada 4 ekor ketam besar2 pulak tu. Jenuh saya nak habiskan...hahaha

Malam tu saya tidur awal sebab tak tau nak watper. Kalo bawak novel sure best..suasana dah la tenang. Walaupun guest ramai..takla bisingpun.

Seawal 7am saya dah kuar bilik layan view. Angin pagi dan petang tak banyak beza..amat fresh sekali. Di hujung sana tu la Singapore. Hah..lupa nak pesan..yang ada internet plan tu..minta2 off yer..sebab nanti anda terpakai internet Singapore. Happen to me. Tetiba dapat sms saya dah pakai RM20 internet Singapore..adoiii!!!



Saya siap awal nak keluar bilik. Yang datang bergeng2 tu dah conquer makanan breakfast. Malu pulak nak join. Makanya budak perempuan semalam yang baik tu offer nak hidangkan kat kitaorg..syok2..hehe. Mcm VIP pulak..haha. Nasi goreng sebagai menu utama..



Apam gula hangus yang sedap sekali!!



Seperti datang..begitu juga balik..kami di hantar oleh monyet2 ni..haha. Cute sangat anak monyet tu..dok peluk2 mak dia..

Nantikan sambungan...