June 20, 2011

DiNNer - Spaghetti

Tengah2 lepak kat hotel time kat Melaka semalam, layan lah NTV9. Program masakan. Saya dah lupa nama resepi tu..tapi amat mudah. Tanpa berlengah sampai jer rumah pas mandi semua..terus ke dapur. Bahan2 yg digunakan semua memang dah tersedia ada dlm dapur, so xpayah la lagi nak ke Pasar Segar. Jom tengok cmner nak wat spaghetti ni.

Bahan-bahan:
Spaghetti
Udang
Cili
Bawang putih
Tomato
Nanas (ni xpayah sebenarnya tapi saya saja2 tambah)
Cheese
Air soda



Cara-cara:
1) Cincang cili dan bawang putih. Keluarkan kulit udang. Potong tomato dan nenas kecil2. Dalam rancangan masakan tu, dia pakai tomato cherry. Cheese tu akan di gunakan selepas masak.

2) Spaghetti kita kena rebuskan. Jangan lupa letak olive oil supaya ia tak melekat.

3) Tumiskan bawang putih dan cili sehingga naik bau, kemudian masukkan tomato, udang dan nanas. Jangan lupa garam ek. Masak sekejap, bila nampak udang dah bertukar color, masukkan spaghetti dan air soda..masak sekejap jer sebab spaghetti tu mmg dah masakpun.

Taraaaa..siap..xsampai 15min pun nak masak. Letakkan cheese time panas..kang xcair plak cheese tu..siap utk dimakan. Rasa dia masam manis..xpedas sgt.

No comments:

Post a Comment