May 10, 2016

Hokkaido - Asahiyama Zoo (Part 7)

Assalamualaikum...

Seperti yang dirancang..our day 5 di Hokkaido..kami dah booked tour to Asahiyama Zoo. Akan excited la sebab 1st time nak ke winter zoo. Awal-awal lagi kami dah berada di Chuo Bus counter. Sampaikan breakfast pun tak sebab takut tertinggal bus. Yela...bayar mahal takut pulak burn ticket kan. Kami dah alert yang tour guide hanya akan bercakap Jepun..tak kisahlah sebab tour ni saja memudahkan kami nak ke zoo..kalau pergi sendiri macam complicated sikit. Untuk tour dah juga entrance fee Asahiyama Zoo adalah JPY4900.

Ada macam-macam tour pagi tu. Ada yang ke Niseko la..Hakuba la..nampak la dorang tu macam nak pergi main ski. Perlu alert jika dipanggil. Setiap tour akan diwakili tour guide sambil memegang card nak panggil para penumpang. Bahasa jepun digunakan..jangan terkejut. Setiap ticket akan tertera seat number. So..tak perlu berebut-rebut seat.

Selesa sungguh bus tu. Di sepanjang perjalanan..tour guide tu tak tau citer apa..satu pun tak paham dia cter apa. Last2 tertidur..Tapi awas!!! Bangun!!! View sepanjang perjalanan yang lebih kurang 4 jam tu teramatlah cantik. Kiri-kanan..tak tau nak tengok mana satu..hahaha. Snow agak lebat time tu..driver bus tu nampak drive berhati-hati. Saya duduk seat row ke 2..so boleh la tengok depan. Kelihatan snow mememutih kiri kanan jalan..hanya ada lorong berbentuk tayar kenderaan jer.
Semua kenderaan kelihatan berhati-hati sebab jalan licin



Ini asalah satu view sepanjang perjalanan


Nun di puncak bukit sana kelihatan orang bermain ski



Cuaca sepanjang perjalanan kadang-kadang cerah dan kadang-kadang gloomy
  

Setelah lebih kurang sejam lebih gitu..bus tu stop macam di R&R gitu. Cepat-cepat kami turun untuk makan nasi goreng Berahim. Pekena pulak kopi panas time tu...perhhh. Perjalanan di teruskan setelah 20min diberi masa untuk ke toilet dan sebagainya.



Dalam R&R penuh dengan mesin ni..ada utk drinks dan ada jugak untuk foods..nak sejuk ke..panas ke..semua ada..

Suara tour guide lembut jer. Tak kisah la xpaham dia cakap apapun..tapi suara lembutnya boleh menyebabkan saya terlelap..hahaha. Setelah sebih kurang 3 jalam lebih di highway..buspun terus exit Asahiyama. Tenteram betul bila tengok rumah-rumah ditepi jalan sepanjang nak ke Zoo. Suasana memang cantik. Mesti penduduk area situ hidup aman damai..hehehehe. Sampai jer zoo..kami diberi ticket..semuanya dah termasuk. Kami tak terikat dengan tour tu pun….kami semua dilepas buat hal sendiri...i love it!!! Apa yang membuatkan kami nak sangat ke zoo ni?? Hmmmm….nak tengok penguin lah…cute tau!!!.



Ntah kenapa ntah saya suka sangat photo ni..

Jom tengok haiwan apa dalam Asahiyama Zoo ni...


Sampai jer di zoo ni..matahari memancar terik..tapi sejuk memang tak dapat dikurangkan. 


Haiwan yang ditempatkan di zoo ini adalah haiwan yang bertahan ketika musim sejuk..kat belakang saya tu adalah salah satu daripadanya..eh..rusa Santa Claus?? Mana Santa?? Hehehe


heiii bangun dah siang...eh silap..burung hantu tidur siang..hehehe


Antara haiwan yang berbahaya


Ada sesetengah haiwan ditempatkan di adalam building..kesian sotong kurita tu sebab aquarium tu terlalu sempit untuk dia bergerak bebas


Kesian tengok monyet2 ni..muka merah sebab sejuk sangat


Polar bear ni boleh ditengok dari dalam building..tapi tak puas pulak..so kami keluar nak tengok dari luar


Sebenarnya ada 2 ekor..macam-macam aksi ditunjukkan oleh polar bear ni..


Tarikkan utama di zoo ni adalah penguin..tak salah saya...zoo ni dibuka ketika winter sahaja..iaitu Dec to Apr.

Selepas kami dah siap tengok semua haiwan dalam zoo tu..kami relax sekejap sementara nak tunggu activity seterusnya..iaitu...Penguin Parade. Apa tu?? itulah masa untuk tengok penguin dilepaskan..semua pengunjung diarahkan berbaris kiri dan kanan laluan penguin tu nanti. Ramai betul orang excited nak tengok penguin berjalan..hehehe. Sejuk time tu tak usah cakap..menggigil-gigil. 



Terkedek-kedek penguin-penguin ni berjalan..hahahaha. Memang sangat-sangat cute!!!

Selepas selesai penguin parade..cepat-cepat kami berlalu sebab kami takut tertinggal bus..kang kena tinggal...menangis..hahaha. Dalam pukul 4pm kalau tak salah..kami meniggalkan Asahiyama Zoo. 


Dari dalam bus...saya dapat melihat sunset...cantik betul!!

Sampai jer kami di Sapporo..kami lapar sangat. Berpandukam brocher halal food restaurant yang kami dapat dari customer service..ada 1 restaurant ramen halal di Sapporo Station. Cari punya cari..jumpala restaurant tu...rupa2nya bukan fully halal..hanya 1 menu jer yang dikhas kan untuk muslim. Siap ada menu pork lagi. So kami discuss lagi. Rupa-rupanya di area Nakajima iaitu berhampiran hotel kami ada hotel yang menyajikan halal food. Art Hotel namanya. So kami naik cab sebab lapar sangat sambil nak tengok view waktu malam. Driver cab memang tak tahu apa tu Art Hotel..so kami just suruh dia pergi Nakajima Koen Station. Tak sangka saya ternampak Art Hotel time jalan perjalanan tu..terus saya suruh driver cab tu stop..fuhhh nasib baik. 

Ada 2 restaurant yang kami boleh pilih..kami memilih restaurant ala western tu. Bila tengok menu..semuanya organic..takde alcohol dan pork. Jom tengok photo...



Ini my sis order..salmon apa ntah....sangat sedap!!!



Tempura saya order..macam-maca vegie!!!

Bila dah kenyang...kami berjalan balik ke Hotel..tak jauh pun rupanya..hehehehe. Kali ni my sis ajak ikut jalan lain pulak..hmmm macam dekat sikit disamping melihat view baru. 

Hmmm.....seharian kami di zoo. Sesuatu yang sangat menarik. Melihat haiwan di zoo yang dibuka hanya di waktu winter. Disamping itu melihat view yang sangat mengagumkan. Suatu pengalaman yang sangat bernilai!!! 

Kami masih ada satu hari lagi..satu hari tu kami gunakan untuk explore Sapporo. Nantikan maybe lagi 1 lagi entry dari saya :)