October 28, 2013

A Cheapskate's Travel to Bukit Tinggi and Temerloh, Pahang

Assalamualaikum...


Ahad semalam my sis ajak keluar breakfast..lebih kurang 8.30am gitu kami keluar. Memang menjadi kebiasaan kami akan breakfast pada setiap hari ahad di restoran pebret kami..Ali, Muthu dan Ah Hock. Menarik tau restoran tersebut. Locationnya adalah kat Ara Damansara. Tapi my sis tetiba dapat akal mana ntah..dia tukar arah pulak. Nak surprise sayalah kononnya. Dia selalu gitu..terkejut tergembaq gitu. Saya memang la tak bersedia apa sangat..pakaipun ala kadar jer..camerapun tak bawak. Papepun janji rock..hahaa. 

Mana tempatnya tu?? Hmm..Bukit Tinggi, Pahang. Ala..dekat jer..dalam 1 hour dari Kota Damansara dah boleh sampai. Memang cun lah naik ke Bukit Tinggi pepagi gitu..takde kereta lain pun ketika kami naik ke bukit tu dari highway. So senang la nak bawak relax2. Tak salah saya, dalam 10 -15 minit kita akan melalui jalan simpang-siur tu..

Kena byr RM12 untuk bersuka ria kat Bukit Tinggi ni.









Takde lah pape cter sangat kat tempat yang dipanggil Colmar Tropicale Berjaya Hills ni. Target kami time ni adalah nak breakfast gitu. Takde byk choice sangat..akhirnya kami singgah kat 1 cafe bakery

Orangpun tak ramai..saya pernah datang sini sebelum2 ni..bertahun2 dah la..manusia punya lah ramai..maybe awal lagi ni sebab tu takde orang sangat. Tenang tul hati..hehe. Kelihatan takde apapun yang berubah..semuanya masih sama. Hmmm..


Memang seksa bersandal yang ada heel kat lantai gini..tak selesa



Aktiviti wajib..hehe



Caya tak...camgini costnya adalah RM30..hmmm..memang tak kenyangpun..haha. Diskas2 punya diskas mys sis nk ajak lunch kt Temerloh..fuhh...kecur air liur bila teringat patin goreng..ohhh. Syok arr bila tau plan my sis tu..hehe



Dengan berkereta kami naik lg bukit untuk ke Japanese Garden..dalam tak sampai 5 minit dah boleh sampai kat parking area..yang jenuhnya nak kena menapak naik tangga 3 tingkat gitu lah..pastu jalan berslope pulak untuk ke situ. Gerun gak la memikirkan cmner la nak berjalan2 kat garden tu dengan sandal ala diva tu..hahaha. Bunga ni macam jenis bunga kat Korea..cantik sangat..dengan titisan embun..ohhh..love it



See? dah la slope..berlumut..dan licin. My sis terpaksa jadi tongkat saya..hahaha..memang kesian dia la..dah la kurus kering dia tu..hahaha..tapi dia gagah perkasa gitu..haha..ampun beb wa ckp lu gini!!!



Tak lah terseksa manapun nak cover garden ni..kecik jer. Tenang tul kat situ..hirup udara segar..dingin..ikan ni besar sungguh..



Saya suka sangat keadaan ni..small waterwall yang cantik..bunyi yang mententeramkan..hijau yang menyegarkan..kicauan burung menyanyikan lagu yang mengasyikkan..ohhh



Embun pagi :)


Mungkin semua tahu kita boleh try pakai kimono kt Japanese Garden ni..ada sebuah rumah ala2 rumah lama jepun gitu..masuk dlm tu jumpa la sorang amoi dan nyonya yg wat service kimono ni. RM20 untuk sorang. Dia bagi masa 10minit untuk bergambar di luar rumah tu. Anak cina ni dah nampak mcm org jepun..saya suruh senyum nak snap gambar dia..see? senyum tak ikhlas..hahaha.


Haippp!!..sayapun tidak ketinggalan berkimono tau..hahaha. My sis la paksa..


Dah puas kat garden tu..kami lawati souvenir shop pulak..my sis beli FM yang 1 pack ada 3 pcs..harga nak dekat RM10. Cute2 kan souvenir kt atas ni :)



Tetiba kat bawah nu haa ternampak Japanese stall ni..gigih menurun slope tu haa..my sis jadi tongkat lagi..hahaha..sian dia



OMG..teruja sebentar tgk stall ni..


Kami pilih seafood tempura..aduhhh sedap bangat!!! murah jer 1 stick ni..RM3.00. Terliur sgt ni bila sy dok taip..hahaha. Dalam stick ni saya rasa ada sotong.. mussel dan fishball. Senang nak makan..tak tumpah yang merugikan pun..haha.

Ketika turun dari Bukit Tinggi..kelihatan banyak kereta nak naik. Pilihan kami naik waktu pagi amat terbaik..so pembaca semua kalau nak ke Bukit Tinggi..bagus la pergi waktu pagi :)

My sis dengan kegigihan beliau nak teruskan juga perjalanan ke Temerloh walaupun tengok kat highway signboard 75km lagi. Maksudnya dalam 1 jam lagi perjalanan. Semuanya semata2 nak makan ikan patin..haha. Dulu2 kami dah pernah merasa ikan patin ni siap beli yang mentah kt tepi jalan untuk dimasak di rumah. Isi ikan tu soft dan manis..Jom tengok gambar lg..



Taraaa..ini la ikan patin masak tempoyak..2 periuk besar ni tau. Ini kali ke-2 kami ke gerai ni. Kat mana nak cari?? hmmm..senang jer..cari Medan Selera Lurah Semantan..bersebelahan terminal bus dan juga petronas. Ada banyak gerai dalam medan selera tu..gerai ni duduknya bahagian belakang dan bersetentang dengan word "TEMERLOH" diseberang sungai Temerloh tu. Dan gerai ni paling ramai orang. Jangan nak harap orang serve ke apa ek..kena ambik makanan sendiri. 


My sis ambik ikan patin bakar..besar sungguh!!!
Makcik yang letakkan nasi tu baik..siap ajar cmner nak makan ikan ni..di suruh letak air asam tu.



Saya pulak ikan patin goreng..hahaa. Jauh2 datang makan ikan patin gini jer?? haaha..memang la..kami xleh accept rasa tempoyak tu..ikan tu rasa muak bila makan lembek2 gitu. Dulu dah pernah cuba sekali..tp this time kami tobat tak makan..haha. Tapi setiap meja wajib ada masak tempoyak patin..kami je takde..hahah. Harga makanan kami dalam RM20. Okay lah kan!!!

Habis sudah activity seharian kami di Pahang. Walaupun simple tapi enjoy!! Dalam pukul 4pm gitu kami sampai kat rumah. Saya congak2..tak sampai RM200 la habis untuk trip seharian di Pahang ni.. 


October 22, 2013

Thanks to My Sis..My Frenz Zai dan Nekcik

Assalamualaikum...

Setel sudah entry pasal Sabah..hope entry tu ringkas dan bg info sikit sebanyak kepada pembaca blog saya. Entry kali ni saya just nak share hadiah pemberian sahabat..kawan dan juga blogger. Sepanjang saya berblog ni..2-3 orang kawan blogger hadiahkan saya souvenir..ye saya sangat2 rasa dihargai. Dan saya juga sedih sebab belum berkesempatan nak ucapkan terima kasih yang bagi saya, saya perlu membalas perkara yang sama supaya hati saya tenang. Kepada blogger2 berkenaan..InsyaAllah i will find something to give to uols tanda perkenalan dan juga penghargaan ke atas kebaikan kailan. Jom tengok apa saya dapat..hehehe


 Yang ni my sis hadiahkan..ntah mana dia belipun tak tau..hahaha. Tag untuk luggage bag. Disuruhnya saya letak tags ni kat luggage bag saya padahal dah ada 1 yang sy beli kt Melbourne..hahaha. Mau bertergantung tag ni kat luggage bag saya...hahaha. Papepun wa suka sangat hadiah ni..dulu2 cari tak jumpa bila gi London dan Korea..kira bagus sangat dapat ni :)


 Selalu2 saya rajin nak letak frame dan watermark untuk photo dalam blog ni..ni saya tulis guna pc opis so xde software untuk edit photo..hentam saja lah ek..hehehe. My ex-opismate bagi mende kt atas ni..span kek gulung yang tak salah saya dari Trang, Thailand dan juga FM dari Krabi. TQ Zai..saya tahu awk kadang2 masuk membaca blog saya yang xseberapa ni. Semua hadiah awk ni saya suka sangat.



 Saya suka sangat2 kek span gulung yang ada cream ni...smooth je bila masuk mulut. Rasa pandan lagi..hehehe. 




Mungkin anda semua familiar dengan blogger nama Nekcik..ye..hadiah ni pemberian beliau. Blog beliau adalah http://terataknekcik.blogspot.com/
Seronok sangat dapat hadiah dari Nekcik..ditambah pula card yang cute yang terisi tulisan tangan Nekcik..suka sangat. Rasanya citarasa Nekcik ni adalah benda2 yang cute2. Terima kasih banyak2 Nekcik..saya sangat2 hargai hadiah cute Nekcik ni :)

Indah hidup ni kalau ada orang ingat kita kan? Terasa diri ni dihargai. Saya rasa menulis blog ni disamping share info kita boleh mendapat kawan. Kena pulak kawan yang ikhlas memberi hadiah itu ini..baik sungguh hati kalian..terharu pulak saya. Cik Anne, Prof Naramas, Jari Manis, Zai dan Nekcik..saya tahu kalian ihklas memberi hadiah kepada saya..sampai sekarang saya tercari2 apa yang sesuai untuk saya balas pemberian kalian..kalau boleh saya nak bagi sesuatu yang terbaik!!! Amboii...over tak..hahaha.

Entry travel lagi?? Hmmm...tak lama lagi ye..dalam sebulan lebih lagi saya nak terbang lagi..hahaha. My sis lanjer flight lagi sebab murah katanya.. RM200 ++. Oversea ye uols..hahaha. Tempatnya mcm biasa la..biarlah rahsia..saya kecoh skit je nk jenjalan ni..kalo kecoh sangat2 takut tak jd pergi pulak..merana kang :)

October 2, 2013

Sabah Trip : Day 4 - Kota Kinabalu

Assalamualaikum...

Dan akhirnya tibalah untuk entry terakhir trip Sabah ni...tepuk tangan semua..hehe. Hari terakhir di Kota Kinabalu kami takde lah apa sangat aktiviti. Cari restoranpun xde yang sesuai. Akhirnya kami tahan perut untuk makan kat airport. Jom tengok aktiviti yang tak berapa nak best sangat..


Kami ke Bukit Bendera Kota Kinabalu..bukit ni terletak area Padang Merdeka KK. Tak lah tinggi mana bukit ni..perlu melalui jalan bengkang-bengkok dalam 2-3km jer, then sampai lah kt port untuk tengok view ni. 


Atkinson Tower yang saya snap dari bawah bukit ni mlm sebelum ni..memang akan lalu dekat tower ni.



Dengan masa yang masih bersisa..kami lepak tepi laut yang bz..dasyat giler tempat ni, boat..ferry non-stop lalu-lalang area ni..fuhh..risau tengok kut2 boat-boat ni bertembung

Sesampai kat airport, kami makan nasi lemak. Senang betul urusan untuk naik flight..takde nya timbang-timbang beg bagai..kalo tak salah saya, time pergi Kuching, Sarawak dulu tak lah sesimple gitu. Kalo lah saya tau, shopping sakan lagi..hahahaha. Nak naik flightpun depan pintu masuk je..tak lah menapak sangat..senang-senang!!! Dah kenyang makan nasi lemak, atas flight tido je..terjagapun sebab hentakan ketika flight nak landing..hahaha. 

Naik Skybus saya tido lagi..hahaha...asyik tido jer. Bila Skybus smpai One Utama, kami makan dalam One Utama dan balik dengan cab. Kemudiannya berehat2 kat rumah sambil belek hasil shopping di KK. Jom sama-sama kita tengok...


Mummy saya ni suka simple2..nak cari brooch yang simple2 untuk mummy ai memang susah..harap2 mummy ai suke :)

For my sista2 in law...kedua kakak dan adik ipar saya ni pandai bergaya..so sesuai saya bagi ni..for myself xde papepun yang sesuai..haha


Ini untuk anak2 buah perempuan..cukup la sorang sebutir mutiara..bebudak lagi kan..haha


Ini untuk daddy 


Ini untuk anak-anak buah lelaki


Ni sesaja beli extra..tak decide lagi nak bagi saper :)


FM...maybe untuk letak kat umah mak :)


For myself


Untuk adik perempuan saya..materialnya memang bagus



Kuih cincin untuk opismate dan mak


Patutnya saya borong lagi brooch yang ada mutiara tu..rugi betul lah..hehehe. Bila tengok budget dah lari sangat tuh..isk isk isk. Eh..tak abis lagi k...ada lagi benda nk cter kt bawah ni..hihihi...



Ni cost di Tamparuli dan Kundasang. Oh tak lupa jugak cost utk flight dan juga transport nk pegi LCCT. KPR tu adalah Kinabalu Pine Resort. Semua ni utk day 1.



Ini pulak cost untuk day 2, dari Kundasang..lalu Tamparuli dan sampai di Kota Kinabalu



Ini pulak day 3. Item yang no.2 tu adalah cost untuk ke Sapi dan Manukan Island. Boleh je nak 1,2,3 atau 4 island. Macam2 activity boleh dibuat di Sapi Island..tapinya bayaran lain pulak lah je..Lokan bakar tu harga untuk setengah kilo plus drinks. Sepanjang di Sabah, kami spent sebanyak RM70 untuk petrol. Untuk ke Kundasang, full tank viva amatlah berlebih-lebih..dalam RM60 tu, mungkin RM40 jer yang digunakan.



Dan paling akhir..day 4. Tabung bencana tu hasil tabungan me & my sis selama beberapa bulan..tak lah rasa terbeban sangat kalo share2 kan. Untuk diri sendiri saya spent RM1,085.00


Untuk penutup entry trip Sabah ni, saya nak cerita sikit la pendapat saya tentang Sabah ni. Hmm...saya suka sangat Kundasang. Patutnya saya stay 2 malam di Kundasang. Walaupun tempat tu macam sunyi dan xde restoran best2, tapi saya rasa tenang sangat ketika disitu. Keliling semuanya bukit-bukau, gunung-ganang dan semua tu diselaputi kabus..sejuk mata memandang. Tempat tu jugak tak crowded kalau nak bandingkan Cameron Highland. Pagi ketika di Kinabalu Pine Resort, ada couple dari Japan yang naik ke balcony bilik kami nak bergambar dengan Gunung Kinabalu. Memula saya ingat dorang dari Korea sebab nampak sticker beg Air Asia tertulis Incheon. Bila tanya dorang cakap Japan. Means dorang ke dari Japan ke Korea kemudian ke KK. Wahhh...semata2 nak tengok Gunung Kinabalu dorang sungguh sanggup..hehehe. Tapinya..Gunung Kinabalu tu memang mengagumkan!!! 

Sepanjang di Sabah, makanan paling puas saya makan adalah di Mango Garden Restaurant..tempatnya bersih dan makanannya seperti dimasak dengan kasih sayang..hehe. Untuk cover KK bagi saya 1 haripun dah cukup..tapinya kena pilih hari ahad la untuk berada di KK sebab kita boleh ke Pasar Gaya yang sangat best. Untuk shopping pulak, saya recommend pegi Pasar Kraftangan KK..macam2 ada situ. Untuk tempat makan best di KK, tak banyak saya jumpa..maybe saya tak berapa cari betul2 mana tempat makan best sebelum ke Sabah. Cuma itulah..seafood yang saya makan kt food court Tanjung Aru. Restaurant cina banyak lah..merata-rata..

So kesimpulannya Kota Kinabalu, Kundasang dan lain-lain yang kami lawat tu memang patut dilawati oleh anda semua..alamilah keadaan yang tenang dan fresh di Kundasang..perasaan senang di Kota Kinabalu yang trafficnya smooth dan orang2nya polite serta memberi kesempatan kepada diri sendiri untuk merasai makan-makan traditional Sabah serta menghayati keindahan pulau-pulau yang tak jauh dari Kota Kinabalu dan akhir sekali  melayan sunset yang cantik ketika senja di tepi pantai. Semua pengalaman yang saya lalui seolah-olah berada di kawasan gunung-ganang, lautan dan bandaraya. Semuanya pengalaman yang mengagumkan..percayalah!!

Dan juga penutup segala penutup, saya nak share masakkan special kat bawah ni :)



Taraaa..teringat2 butter crab kat KK..makanya terciptalah resepi ini..Mr. Butter Crab..tepuk tangan semua. Resepi ni saya reka sendiri tau..memula gaulkan crab dengan telur...di plate yang lain, campurkan tepung jagung + black paper + garam + kunyit. Crab yang disalut telur tu dilumur2 kat dry ingredients tu, goreng!!! Goreng kejap2 je. Di kuali lain..cairkan butter..make sure apinya slow takut butter hangus ye. Tumiskan garlic + daun kari + cili padi..bila puas ati...masukkan susu..gaulkan tepung jagung dengan sedikit air..dan tuang dalam masakkan..garam letak sikit je sebab butter tu dah masin...bila agak likat, masukkan crab yang dah di goreng...bila dah sebati....done!!!

Untuk refer entries yang sebelumnya..sila click link di bawah :