January 20, 2014

Ali, Muthu & Ah Hock Restaurant

Assalamualaikum...


IMG_7397 featured photo

IMG_7392
Ali, Muthu & Ah Hock nama diberi,
Tempatku lepak di weekend hari,
Pagi, petang serta tengahari,
Tak tentu masa tapi tak pernah pi di malam hari :)


Berbagai bangsa tempat ini dikunjung,
Penuhnya orang sampai ke hujung,
Tempat duduk ku pasti di pintu hujung,
Mendapat layanan bagus sebagai pengunjung :)


Nasi lemak ayam berempah sedap sekali,
Mealnya besar boleh la makan dua orang sekali,
Saya jarang order ni hanya sesekali,
Kalau korang pi cuba la makan sekali :)



Inilah menu kegemaran hatiku,
Set roti, half boil egss dan teh ais pilihanku,
Rotinya sedap half boil eggs amat sempurna bagiku,
Harganya murah berbaloi-baloi buatku :)

Semua gambar di atas saya copy paste dari website http://eatdrinkkl.blogspot.com dan http://brunsfieldrealestate.com. Kalau anda ke restaurant ni, jangan lupa try roti cicah kari ayam..saya sangat2 recommended. Ada juga dijual kuih2 melayu seperti pulut udang panggang, kuih jala dan juga cucur badak. Saya pernah juga order nasi goreng serta gorengan lain..hmm..tak berapa nak sedap. 

Alamat restaurant ni adalah...
Jalan SS2/67, Petaling Jaya.
Ali, Muthu & Ah Hock,
Block B, Oasis Ara Damansara, 
Jalan PJU 1A/7, Petaling Jaya.

January 12, 2014

Final Bandung and Jakarta

Assalamualaikum...

Oh no..saya belum habis lagi entry Jakarta. Dah basi dah cerita Jakarta ni :( 
Dekat-dekat nak CNY ni memang busy sangat office ni. Nasib baik my project mencapai target untuk collect payment. Sekarang ni tertunggu-tunggu bonus jer..hehe. Bila dah ada bonus, baru boleh target nak kemana pulak lepas ni..hehe.

Entry ni mengisahkan hari terakhir kami di Jakarta. Gerun tengok traffic di Jakarta tu..makanya kami gunakan cab untuk ke airport. Ok jugak la traffic hari tu..maybe sebab hari ahad dan keadaan masih awal pagi. Jarak dari Jakarta nak ke airport macam dari Kota Damansara nak ke LCCT la..lebih kurang sejam jugak la. Melalui highway. Terkejut tengok meter cab..hampir 150,000 IDR

Masuk jer dalam building airport tersebut..aduhaii..minah2 indon bergelimpangan duduk bersila atas lantai. My sis tak berapa lalu makan time breakfast kat hotel tu..makanya kami makan dulu sebab masa masih awal untuk check-in. Saya dah tak sabar nak naik flight yang belum pernah naik..iaitu Malindo Airlines. Airport di Jakarta ni agak besar..toilet bersih...kedai2 yang terdapat dalam tu menarik. Masa yang kami ada memang cukup untuk menjamu mata kat kedai-kedai dalam tu. Kami tak jumpa apa souvenir sepanjang di Jakarta..dan Alhamdulillah jumpa di airport. Tapinya..harga aduhaii..berganda2 mahal la. Setakat nak beli 1-2 jenis..pejam mata jer lah..hehe.


 
Menu kat Dapoer Mie mostly adalah mee segera..hehe. Saya teman my sis makan sambil curi-curi rasa sikit. Pedas giler mee tu..yang sup bakso tu biasa jer. My sis pun makan sikit jer sebab tak tahan pedas. Nampak level kepedasan kat menu tu?? Kalo boleh just pilih yang 1st level jer..yg 2nd level my sis pilih tu nak makanpun tak boleh sebab pedas sangat..


Kami antara orang terawal check-in..yang bestnya naik Malindo ni..30kg free untuk masukkan beg dalam kargo. Walaupun beg kami taklah berat mana..kami ambik kesempatan lah check-in luggage supaya boleh lenggang kangkung naik flight..hehe. Setelah check-in..kami still ada sejam setengah untuk naik flight. Dikesempatan itu..kami window shopping dalam complex airport tu.



Saya dah lapar sebab waktu tu dah tengahari. Nak cari restoran yang makanan heavy takde lah pulak..so kami singgah satu cafe. Oh ye..sebelum singgah cafe tu, saya ada beli coklat brownies kat Starbuck. So..saya just order drink dan my sis order toast with chocolate and cheese. Melihat presentation toast tu..menggamit pulak customer dari Brunei untuk order..hehe. Memang sedap..roti very thick and soft.

Departure hall yang selesa..nasib baik takyah menapak dan naik tangga bagai untuk ke flight..Oh ye..kami landing kat KLIA 



1st time for me naik flight ada monitor kat depan gini..hehe. Sepanjang dalam flight saya layan movie Jack The Giant Slayer..tapi sayangnya sikit lagi nak habis cter ni..flight ni dah nak landing..so sad.



bye bye Jakarta



our snacks dalam flight..dapat free mineral water and oreo..



Nasi uduk..indonesian meal..kami beli dan share..

Kami landing dengan selamatnya di tanah air tercinta..dengan gunakan airport limousine kami terus balik ke rumah..Alhamdulillah semuanya smooth..jom tengok saya beli apa..hehe



Ni saya beli dari penjaja jalanan ketika di Bandung


Ini dapat free ketika di Toko 3...tapinya kena beli barang baru dapat free ni :)


Sebenarnya saya beli 2 pcs t-shirt Bandung dan 2 pcs t-shirt Jakarta



Ini pula saya beli kat airport Jakarta..mahal tul harga..


Terjumpa ni kat airport Jakarta..terus beli..hehe


 Taraaa...masa untuk share cost bagi trip Bandung dan Jakarta. Kami stay 3 malam di Zodiak@Sutami dan 2 malam di Amaris Thamrin City. Kedua-dua hotel ni my sis booked dari booking.com. Bahagi sendiri lah ye untuk 1 night berapa


 Untuk Day 1 takde sangat cost involve sebab kami sampai waktu malam..so saya share cost untuk Day 2 terus yee...pls tengok betul2 cost yang tak dicover oleh supir tu supaya tak terkejut beruk time gunakan service dorang serta mengelak salah paham..sekian :)



Nampak 50k IDR? Kena byr extra utk ke Kawah Putih..time ni la kami tersalah paham pasal cost yg dikenakan..nak tak nak kena bayar jugak la sebab Kawah Putih antara tempat yang kami nak sangat pergi.



Ini pulak cost hari terakhir di Bandung dan juga hati 1st di Jakarta.



Ini pulak cost untuk 2nd day di Jakarta. Cuma that day saja kami spent untuk explore Jakarta.



Ini pulak hari terakhir di Jakarta :)



RM1,240..plus minus cost yang mengalir seperti food, transport, entrance fee and misc. Saya just bagi duit untuk my sis control duit2 ni. Main expenses seperti flight, hotel and train termasuk dalam cost RM1,160. Overall cost RM2,400 adalah cost untuk 2 orang. Personal cost?? Hmm..saya bawa RM1,000..tak habispun..lebih kurang half jer habis..


Clear tak cost ni? bab costing2 serta record2 ni dia mmg bagus..heheh. Sy share cara dia tabulate cost ni ye..memula dia asingkan duit dlm 4 envelopes..1 envelope untuk food..1 envelope untuk transport..1 lagi untuk entrance fee dan yang terakhir untuk miscelleneous.  Dia yg control smua duit sepanjang kat sana serta report time to time to me supaya saya boleh boros ke tak...haha. setiap cost yg keluar straight away dia catat kt envelope yg berkenaan. Tak susah utk dia wat semua tu sbb dia sorg yg cermat serta ada masa ketika dlm kereta atau cab ataupun dlm restoran. Setiap resitpun disimpan utk refer kalo tak sempat catat.


 See?? Hahaha...dia guna 2nd hand envelopes jer..haha. 

Ok semua..thanks kepada yang membaca cerita mengenai Bandung dan Jakarta yang tak seberapa ni. Moga-moga  dapat memberi gambaran kasar untuk anda yang bakal ke sana. Bersedialah melalui pengalaman di kedua-dua tempat ni kerana kepadatan penduduknya amatlah dasyat. Untuk keselesaan 100% mungkin anda takkan dapat di sini...so janganlah berharap semuanya elok2 sahaja. Memang setiap orang nak semuanya smooth and perfect..semua tu harapan  dan doa kita..kenyataan yang bakal terjadi tak seindah harapan dan impian kita. So...bersedia lah dengan apa jua kemungkinan...

Next entry...saya nak share photobook baru saya..hehehe. Baru balik dari Jakarta..terus upload gambar buat photobook..hehe..over kan? Ok..bai semua..

January 2, 2014

Jakarta - Part 2 (Day 2)

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dapat lagi kita bernafas di tahun baru 2014. Mungkin anda semua sudah set bermacam azam untuk tahun baru...bagus bagus. Jangan jadi macam saya..berkobar-kobar nak wish happy new year jer tapi tak tanam pape azampun..hehehe. Saya ni suka berazam (dari kata lain..angan-angan) ikut mood jer..takpun nak tunggu tahun apa dan tahun apa. Camner kan?? Hehehe. Camgini sebenarnya..kalau saya angan-angan nak wat pape..saya terus usahakan..kadang-kadang mendadak..kadang-kadang step by step. Saya ni macam susah jer nak jadi macam anda semua...awal tahun setkan azam..sepanjang tahun usahakan azam..saya doakan azam anda semua tercapai lah this year. Azam yang baru saya set 3-4 jam lepas adalah nak fikirkan where I'll be going for my next trip...hmmm..tengah menyusun tempat menarik untuk difikirkan.

Eh..melalut plak...hehe..ok guys..ai nak sambung next entry pasal Jakarta yang masih tergendala..hehe. Lepas kami settle kat Kota Tua..kami decide nak ke ANCOL yang recommended by hotel's staff. Kami ambil cab untuk ke sana. Hmm...kena naik cab jer saya rasa barulah kita boleh masuk ke dalam. Rasanya bajai tak dibenarkan.


Entrance fee ni just masuk ke kawasan ANCOL jer dan bukannya entrance fee untuk pape activity dalam tu..so jangan salah sangka ye. Untuk cab adalah free. Kami tak studypun ANCOL ni..gamble jer masuk. ANCOL ni lebih kurang macam USS Singapore atau Genting..yang bezanya location team park..aquarium dan sebagainya adalah berlainan dan perlu transport untuk bergerak dari 1 tempat ke tempat lain. Ada free shuttle bus dalam ni. Untuk layan semua benda dalam ni..rasanya 1 hari tak cukup. Kami memilih untuk ke aquarium..so kami gunakan free shuttle bus untuk ke desination. Dalam 15min jugak la nak sampai.Untuk more details pasal ANCOL ni..anda boleh visit website.



Dengan keadaan blur2..kami beli la tic ni..ingat ka aquarium..rupanya team park untuk bermacam-macam show...oh best giler.



Ini lah antara show2 yang terdapat dalam teampark ni. Ada a few yang kami tak terlayan sebab dah penat..hahaha



Kami sampai tepat pada masanya..Pentas Anika Satwa ni baru jer nak start..layan la...haha. Setiap show ada DJ yang berinteraksi dengan lelaki yang wat show dengan binatang masing2. Ada 3-4 jenis binatang yang buat show ni..belum habis show ni kami dah bergegas untuk ke show yang lain pulak sebab masa clashed. Dolphin's show..saya tak pernah tengok..so tergedik2 la nak tengok..haha



Kolam ni sebenarnya atas building setingkat. Kena naik tangga untuk sampai atas ni. Kagum betul saya tengok dolphins yang bijak2 ni..pandai buat kelakarpun..mana2 show semuanya ada DJ yang menjadikan show ni tak boring. Seriuosly..semua orang yang ada kat team park Samudera ni takde orang Malaysiapun..semuanya indon..bahasa yang digunakan oleh DJpun bukan english sebaliknya bahasa indon


Dolphins ni berkeadaan gini sehingga pusing 1 round kolam..fuh terer sungguh..saya sangat2 kagum..seriously!!!



Keadaan memang panas..tapi rasa selesa sebab banyak tumbuhan hijau kat sini



Selepas siap tengok dolphin..kami Q nak tengok 4D movie..tengah2 Q tu my sis cakap macam kelakar tengok 4D cartoon Dora..haha. Berpandukan schedule show yang diberi ketika beli ticket tu..kami pilih nak masuk Scorpion Pirate. Fuh...masuk2 orang dah penuh..nasib baik row yang kedua di depan masih kosong. Show ni sikit ganas..dramatic dan action..so dinasihatkan budak2 jangan masuk..dan seat yang kami duduk plak adalah seat yang senang terpercik air ketika show..fuh berdebar betul..hahha



Pelakon2 dalam dalam show ni semuanya macam pelakon aksi...ganas2 betul. Untuk suara lakonan..mereka hanya gerakkan bibir sebab dialog akan dimainkan oleh perakam. Syok sangat time ni sebab kami dapat tempat cun untuk layan show ni.



Pirate2 ni gunakan motoboat dalam tasik ni. Hebat sunggu sorang mamat ni..dia meluncur terbang dengan menggunakan papan dalam tasik tu..kemudian menjunam masuk dalam air dan timbul balik dengan hebatnya. Memang  dasyat. Bom tanganpun digunakan..dan bunyinya macam mecun la..kalo bunyi macam bom betul tu..arwah dah semua penonton.. haha..haippp!!



Inilah para pelakon lagak ngeri tu..yang ketua pirate tu di akhir2 show dia gi baling bom tangan kat penonton...menjerit la semua termasuk saya sebab dia balingpun dekat2 dengan saya..haha..giler. Inilah show paling best kat sini..jangan lepaskan peluang tengok show ni kalau ke ANCOL


Show terakhir kami adalah singa laut ni. Bagus betul orang yang train singa laut ni..memang terbaik!!!


Part ni di singa laut ni cium mamat ni...haha..memang kelakar sangat. 



Paling akhir kami buat kat sini adalah..ke aquarium. 


Aquarium ni sangat gelap..benda yang berwarna putih jer akan bercahaya..



Kalau kat Korea banyak crab camgini..hmmm..buat masak lomakpun sedap nih..hehe



Saya suka tengok ikan..


Muncitnya...hahaha



Dugongpun ada..memula saya dengar announcement sebut duyung..erkk...gi tengok rupa2nya dugong..saya sound trouble rupanya..hehe



Escalator akan susur ke lorong ni...tak letih sangat nak jalan..kagum betul tengok ada macam2 ikan besar..jaws..ikan pari..kenyang la jaws tu....hahaha





Kami singgah souvenir shop..hmm...mahal semua. Say paling teringin nak beli mug tu..aduhai..mahal betul...harga tak logic





 
Bila dah terkinja2 dalam aquarium..kami lapar la pulak. Food court dalam ni sangat bersih termasuk toiletnya...see my fried chicken?? Baru goreng..panas..rangup...ala...mcm kfc la..haha. Bila jamah makanan ni..tetiba rindukan Bandung yang makanan2 yang sedap :(



Puas hati..hehe...kami spent dalam 4 jam dalam ni kalau tak salah saya. Dan bazirkan sejam untuk dapat cab untuk keluar dari area ANCOL tu..hah...seksa betul. Nak kena berebut2 dengan oranglain. Bagi yang nak ke sini...make sure dapatkan no fon cab..memang susah nak dapatkan cab. Tapi Alhamdulillah la kami dapat. Kemudian kami kena redah jammed pulak untuk ke Pasar Baru. Serabut betul tengok jammed di Bandung dan Jakarta..hahaha..



Taraaa...ke sini pulak kami..hehe. Yela masa masih awal. Tempat ni berbumbung seperti Petaling Street tapi ada bumbung yang dah tertanggal..hehe. Yang tak bestnya..ada pemandu moto dan kereta gunakan laluan nih..dah tu laju plak tu. Patutnya laluan ni adalah untuk pengunjung berjalan. Memang kena berhati2..


Kami disambut oleh group pemain music ni



Keadaan dalam...kiri dan kanan adalah kedai2..di celah2 bangunanpun ada stall2 yang jual barangan kulit serta beg. Bagi saya semua kedai2 ni tak berapa menarik..saya lebih tertarik dengan 1 mall yang namanya kalau tak salah saya MATAHARI. Keadaannya macam SOGO. Membeli juga lah saya dalam sebab IDR masih banyak..haha.


Peniaga ni sambil buat kuih sambil smooking..isk isk isk



Kami balik ke Thamrin City dengan bajai. Hujan + jammed..memang dasyat. Driver bajai tu pulak tak cilok dalam lorong2..so kami tersadai dalam jammed..maybe dia tak berapa nak familiar dengan tempat tu. Bila sampai ke desination..kami menghala ke ES Teler yang terdapat dalam mall tu. Familiar dengan nama restoran tu..rupa2nya restoran tu la yang kami pernah makan di Melbourne. Tapinya..menu di Melbourne lebih macam2 berbanding kat situ. Makanan pulak macam fast food..hanya panaskan jer. What to do..makan jerlah. 

Rasa fresh selepas mandi..badan memang penuh dengan habuk dan peluh..haha. Kami packing siap2 malam tu sebab esoknya kami dah nak balik ke tanah air tercinta. Asalnya esok nak ke Tanah Abang untuk tengok apa ada kat situ...tapi staff hotel macam tak recommend kami wat macam tu sebab dia takut kami lambat ke airport. So..takpe lah..tak pentingpun nak shopping (ayat pujuk hati) hahaha...

Ok guys..saya akhiri entry ni dengan gambar fireworks yang saya snap malam new year baru-baru ni...so sad sebab ter parked kete area tiang lampu :(
Saya cuba hide lampu jalan tu yerr... silau pulak tengok gambar yang ada cahaya lampu jalan tuh..layannn!!



 
 
 
 
 

Agak bodoh saya ni..haha..baru malam tu perasan camera saya ada SMART system. Patut la gambar dalam keadaan gelap tak menjadik..tak pandai guna camera rupanya..haha. Gambar yang terhasil ni biasa2 jelah..camera compact lah katakan..ahahah. 

Ok  guys..jumpa lagi dalam next entry..di entry yg paling last nanti..saya akan share cost trip saya kali ni...mana tau leh bg info sikit2 kat uols :)

Happy New Year..moga tahun ini anda lebih sukses!!!