May 28, 2014

Amsterdam (City) - Part 3 (Day 2)

Assalamualaikum...

Entry kali ini still di hari ke-2 di Amsterdam. Selepas bersuka ria dia Keukenhof, kami plan nak sightseeing di Amsterdam City. Sebenarnya bus no 197  dari airport tu tak menghala ke arah central..kami just nganga je dalam bus tu sampai lah ke last station. Just follow instinct gitu. Lepas sampai ke last station, kami tanya driver bus tu macam mana nak ke Amsterdam Central. Dia suruh kami cross bus station tu. Bus tu last kat mana?? Ntah..haha. Pelik-pelik nama-nama tempat kat Amsterdam ni..maunya nak ingat..haha.


Kami cross jalan dan tunggu bus dari arah ni. Canal kat Amsterdam ni mostly ginilah..takde langsung protection railing ke apa..kalau terjatuh...maunya lemas bagi tak pandai berenang.



Setelah naik bus yang tulis Amsterdam Centraal...makanya terus sampai ke tempat yang kami nak pegi nih..dasyat-dasyat...bodoh-bodoh naik buspun boleh sampai..haha.



Kami tukar salah satu free ticket dari Holland Pass kami dengan ticket canal cruise.



 
 Nampak building tu?? Itulah Amsterdam Centraal. Tapinya bus kami stop di seberang sungai sini..bukan sana. Dan HoHo buspun sebenarnya di seberang sini..amboi..sana sini macam main tunjuk-tunjuk pulak..hope anda paham ye..hehe

Jom tengok view sepanjang kami naik cruise...



Canggih building nih..



Ni pun canggih


Houseboat..macam mana lah agaknya sistem pembentungan houseboat ni?? Hmm



 
Layan... 



cruise muat masuk dalam tunnel ni


Parking untuk basikal..dasyat kan?? Maklumlah pengangkutan utama di Amsterdam


Sebenarnya banyak gambar saya snap..tapi tak berapa berquality sebab tak berapa pandai snap..yang ada kat atas jer saya sanggup share..ahaha.



Dah siap ber cruise...bergambar jap area Amsterdam Centraal




Kemudiannya kami plan nak beli souviner. Rupa-rupanya Damrak area tu jer..sepanjang jalan ni punya lah banyak kedai souvenir dan juga restoran. Kami berjalan sampai ke hujung dan berjumpa Dam Square. Wahh tak sangka tempat-tempat tourist attraction ni dekat-dekat jer (yang line color kuning tu...tu lah Damrak)


Kami makan berat time kat Keukenhof..my sis teringat-teringat sambal ikan bilis dan bawang goreng yang saya buat..dia angan-angan nak makan nasi kat bilik la. Saya pulak dah lapar time tu..so kami singgah kat 1 cafe yang yakin dengan makanannya. My sis gi order kat counter manakala saya jaga beg dan barang-barang lain.


 
Cafe yang berasaskan veggie


 
 My sis hantu fries..bahagia tul la dia dapat fries yang gemuk-gemuk tu. Dan dia belikan saya falafel..aduh sedapnya..1st time makan tu. Sampai sekarang masih terasa-rasa lagi kesedapan memakan falafel tu. Nampak macam meatball..bila gigit..terasa macam kacang daal yang direbus dan dilenyek..pastu ada a few veggies warna-warni..spice yang terasa macam jintan. Saya agak falafel ni lepas dikepal-kepal..di celup telur pastu dan di selaputi serbuk roti atau serbuk jagung. Rangup di luar..lembut didalam. Kena pulak makan bersama salad segar dan carrot..memang kena sangat makan ni.



 Ini kedai sebelah cafe kami makan tu..just jual fries sajer...see?? Ramai giler orang makan kat sini..dan semuanya berdiri sambil makan..maybe fries kat sini sedap sangat kut.


 Di sepanjang Damrak tu ada 1 kedai souvenir yang saya masuk yang mana owner atau pekerjanya saya tak sure boleh cakap melayu..tapi sikit-sikit lah. Rasanya dia mixed indon kut. Lepas dah dapat apa yang dihajati, kamipun menghala ke Dam Square untuk ke tram station. 



Shopping complex terbesar area tu - Magna Plaza (tak sempat masuk sebab tutup awal)

Sepanjang di Amstredam, kami agak familiar dengan tram No.2 dan No.5 sebab kedua-dua tram itu melalui area hotel kami.


Puas betul that day..dan tak sangka betul impian nak ke Keukenhof tercapai. Saya suka Amsterdam, keadaannya seolah-olah macam Melbourne..senang nak naik transport, tak perlu underground2 bagai. Lagi satu saya suka suasana Amsterdam city..building..orangnya..canal..bermacam-macam lagi. Dan juga rasa selamat bila berjalan kemana saja. Oppss..terbuat conclusion pulak padahal entry pasal Holland belum pun siap lagi..hehe. Ok lah..nantikan next entry mengenai 1 lagi tempat menarik di Holland :)

May 25, 2014

Amsterdam (Keukenhof) - Part 2 (Day 2)

Assalamualaikum...

Saya nak sambung cerita di Amsterdam. Pada hari ke-2 di Amsterdam saya terjaga jer kepala saya berdenyut-denyut sakit tapi saya gagahkan diri untuk goreng nasi lebihan nasi semalam tu untuk tujuan bekalan kami hari tu. My sis lagi kesian...semalaman kaki asyik cram.

Saya guna perencah nasi goreng Adabi..dan tambah sikit sambal ikan bilis. Asalnya nak beli telur..tapi area hotel saya tu 1 kedaipun tak nampak. Lepas dah tapau nasi goreng dan bersiap..kamipun keluar untuk naik bus yang sama kami naik dari Schipol Airport tu. Untuk pengetahuan semua, dari pembacaan saya, kita hanya boleh ke Keukenhof dari airport sahaja. Keukenhof ni adalah tempat impian saya untuk visit setelah tengok tamil movie last year..hehe. 


Disebabkan harga ticket bus sehala adalah €5.00 (mahal)..kalau return dah €10.00..makanya kami beli 1 day pass yang berharga €7.50..boleh tahan 24 hours. Untuk dari ke-2 di Amsterdam, kami dah rasa familiar dengan sistem transport kat situ..bustop untuk tram dan bus ada yang berasingan dan ada yang disekalikan. Untuk saya citerkan secara detailpun takkan membantu anda sangat, perlu laluinya sendiri. Kenapa saya cakap gitu?? Sebabnya saya dah baca study dari web tu web ni..bila sampai sini, macam blur pulak..hehe..cara terbaik, laluinya dan pasti akan paham sendiri.

Jom saya citer pasal Holland Pass ye. Saya beli Holland Pass dengar harga €52.00 with 5 free tickets. 5 free ticket tu kita boleh guna ikut apa yang kita nak. Kami dah discuss time kat Malaysia lagi nak gunakan untuk apa 5 free tickets tu..so kat bawah ni saya buat comparison antara guna 5 free tickets dan tak beli langsung Holland Pass. Cuma 1 jer saya masih blur..kata dapat 5 free tickets..tapi kenapa kami dapat 6?? Hmm..saper-saper leh explain..please explain ye :)

Bila saya buat comparison gini..kami untung dalam €21.50. Bagi saper yang nak convert to RM..agak-agak lah darab dalam 4.6 ye. €22.50 untuk Keukenhof tu adalah combi ticket antara transport ke Keukenhof dan juga entrance fee. Kalau yang datang selain musim spring, maybe tak perlu beli Holland Pass ni.


Dah beli Holland Pass, make sure suruh staf tu tukarkan tickets yang berkenaan dalam bentuk yang sepatutnya..apa kah itu?? hmm..memula tukarkan free ticket tu kepada bentuk ticket bus ke Keukenhof, bus ke Zaanse Schans dan 1 day pass untuk transport. Manakala untuk entrance Keukenhof, cruise dan hop on hop off tak payah tukar pape..bila nak gunakan just show kat tempat-tempat berkenaan. 

Ini ticket yang kami tukar dari free ticket tu..semuanya untuk transport.


Ni lah bentuk Holland Pass card..kami tak gunapun..tujuan beli pass ni adalah nak dapatkan 5 free tickets tu jer..kalau rajin masuk museum yang banyak giler tu..lagi untung la pakai card ni..boleh la dapat discount sikit sebanyak. Sebelum pergi tu saya tak berapa nak paham sangat pasal Holland Pass ni..lepas gi sana dan dapat explanation dari staff Holland Pass tu..baru lah paham. 



Jalan 10-20 langkah dari office tu..terus jumpa bus. Bus ke Keukenhof kalau tak salah saya 30min 1 kali. Kami masuk kejap jer..terus jalan. Pagi tu kepala saya sakit sangat-sangat. Nasib baik opposite GWK Travelex office tu ada farmasi..saya terus beli panadol dan telan. Sepanjang perjalanan ke Keukenhof yang terletaknya di Lissie tu..saya tido jer. Terjagapun bila my sis kejutkan saya yang kami dah sampai. Turun jer bus...fuhh..ringannya rasa kepala. Maybe panadol tu dah berkesan dan saya cukup tido dalam bus..hehe. 


Untuk pemegang free ticket dari Holland Pass, tak payah que ye..guna jer laluan special..hehe. Kat entrance tu jalan lupa ambil map Keukenhof tu :)

 
Tulips yang cute-cute berhampiran entrance..time ni saya tak sabar sangat dah nak masuk ke dalam taman tu

Kedatangan kami di sambut oleh music, udara nyaman, matahari memancar terang dan bau harum. Tak sabar tul time tu nak explore tempat tu. Time tu my sis nak ke kiri saya nak ke kanan..dia nak kesitu saya nak kesini..hahaha. Dia yang tak minat bunga terus jadi excited kat situ.. Sebenarnya kami dua orang lapar... Lepas beli coffee di cafe berdekatan, kami pun santap la bekal nasi goreng sambil ditemani itik jinak..kicauan burung..bau wangi bunga-bungaan dan keindahan taman. Memang best sangat!!!


Brunch kami...hehehe


Bahagian ni kelihatan tulip-tulip yang makin berkurangan.



Makin ke dalam...makin hati dilonjak kegembiraan melihat pelbagai warna tulip..putih bersih..kuning menawan...macam-macam angle dok snap tulip-tulip ni dah lagak photographer dah..haha. Orangpun tak berapa ramai..terasa taman tu saya yang punya..hehe







 
Kemudian jumpa pula tulip yang boleh match dengan warna jacket saya..hehe..saya betul-betul fall in love dengan tulip-tulip ni. Time dok tunggu hari-hari untuk kesini saya sikit kerisauan kalau-kalau tulip ni dah dipotong..tapi Alhamdulillah tulip-tulip ni tunggu saya...


Dari atas ginilah rupa tulip-tulip tu

Hehehe...



Bukan saja tulip kat sini...berbagai jenis bunga lain pun ada.


See? Tulip yang dah layu di buang. Pakcik yang baju hijau tu muslim..dia bagi salam kat kami dan kami menjawabnya



Cantik kan??



 
Menghayati keindahan ciptaan Tuhan


Ini antara tempat saya teringin nak bergambar...akhirnya tercapai.



Angle untuk snap tulip yang saya idam-idamkan selama ini...hehe



Taman tu memang sangat luas..3 jam kami berjalan tapi rasa macam sekejap je. Kami langsung tak rasa letih ...haha.


Saya dan bermacam-macam jenis tulip..I really fall in love



Kami singgah makan pancake comel tu..sedap sangat. Kat Keukenhof ni ada free wifi..my sis asyik dengan handphone, akhirnya dia sempat makan 2 pcs je pancake tu sebab saya tak sedar asyik ngap-ngap sensorang...hahaha


 Mungkin dah ada yang nyampah asyik gambar bunga je..hahaha. 



 Suka tengok bunga ni...

Satu jer yang saya kecewa..tulip field dah takde. Sedihnya. Semua tulip tu dah dipotong untuk dijual agaknya...dah gondol :(



Sumber : google 
Inilah tulip field..rasanya masa paling baik untuk ke sini adalah bulan April. Every year Keukenhof ni dibukak untuk orang ramai pada March hingga May saja..Time saya pegi ni macam penghujung taman ni nak ditutup. Apa-apapun syukur ada kesempatan untuk ke tempat idaman ni :)

Lepas dah puas tengok tulip..kami naik bus yang sama kami datang untuk balik ke airport. Dan dari airport, dengan bus yang sama kami datang..iaitu bus bernumber 197, kami menghala ke Amsterdam City. Kami perlu merehatkan kaki kami yang dah berjam-jam berjalan..kami pastikan energy yang ada tak dibazirkan sebab terlalu banyak lagi kaki kami tu diperlukan..hehee...makanya, kami decide nak naik cruise untuk menghayati keunikan Amsterdam City dari canal. Untuk next entry..nantikan pengalaman kami di Amsterdam City