December 9, 2015

Sepetang di Sekinchan, Selangor

Assalamualaikum...

Entry kali ni saya nak share activity sepetang hari di Sekinchan, Selangor. Dah lama teringin nak pergi. Bila my sis offer, saya terus masuk blog Supermeng Malaya. Pernah baca entry dia pasal Sekinchan. Saya pun check la musim apa time tu..ngam!!! Bulan October...padi menghijau...yes!!! Thank you to Supermeng sebab detailkan musim-musim padi. Agak jauh Sekinchan ni...tak salah saya 2 jam kut kalau dari Kota Damansara. 


Taraaaa...sampai sudah...signboard so cute.



Tak berapa nak sure port mana yang cantik untuk snap photo..semua tempat nampak cantik. Penuh dengan sawah padi menghijau..seluas-luasny sawah padi kat sini. Kampung saya di Penangpun tak sebesar ni sawah padinya. 


Closed up


Bila padi dah masak, lagi berat padi ni..


Time ni jerebu sangat teruk..tetapi tidak menghalang keindahan tempat ini..


Anak katak melompat-lompat


Ada satu tempat ni, siap sediakan basikal untuk disewa. Jangan ingat tempat ni semata-mata sawah padi yee...ada banyak bus persiaran yang bawa tourists. Can't believe it!!! Bukan setakat kami yang jakun nak bergambar berviewkan sawah padi..rupa-rupanya ramai lagi..hehehe. 

Lepas dah puas layan view sawah padi, kami lapar sangat. Teringat 1 rancangan tv ni...Remy Ishak makan mentarang kat area tu. My sis pulak tak pernah makan. Macam saya pernah makan, tapi tak berapa suka. Berderet stall dan restaurant jual mentarang tu. Ada yang jual mentah. Kebetulan kami terpilih restorant yang Remy Ishak pergi..hehehe. Restaurant tu macam gerai makan biasa jer. Kerusi meja semua dah buruk. Disebabkan nak try mentarang bakar, pejam mata jerlah..hehehe. Nama restaurant tu adalah Faridah Mentarang Bakar Sekinchan


Saya order gulai ikan sembilang. Sedap sangatttttt!!!! 






Taraaa...mentarang bakar


Cicah dengan sos special kedai tu...ohhh nooo...sedap sangat. Bila mak saya masak gulai mentarang ni..langsung saya tak suka. Bila yang bakar ni....aduhh sedap betu!!!



One day saya teringin nak stay kat homestay area Sekinchan ni. Maybe time padi menguning ke.

Ok...bai...cheers!!! 


December 2, 2015

Macau - Final

Assalamualaikum....


Cerita trip China - Hong Kong - Macau dah hampir nak tamat. Entry kali ni saya terus cerita pasal Macau lah ek..kami check out awal pagi that day. Kami just tinggalkan kunci kat bilik jer. Dari Tsim Tsa Tsui kami menghala ke Hong Kong Macau Ferry Terminal yang terletak di Hong Kong Island. Hanya dengan MRT kita terus boleh sampai ke destination. Kami tak perlu nak risau sangat pasal ferry ticket...sebab kami dah beli ticket dari Ding Ding Travel. Kami hanya perlu tukar ticket tu kepada ticket yang sebenar.


 
Ferry ticket yang kami beli di Ding Ding Travel. 


Kita hanya perlu ke counter ticket...ada beberapa company yang jual ferry ticket, Ding Ding travel hanya jual ticket atas nama Cotai Water Jet. Bila di counter...kita just cakap nak naik ferry pukul berapa. Kami memilih masa yang terawal...tak salah saya dalam pukul 11am gitu.





 
Lagi sekali nak merentasi sempadan ye...make sure bag jangan berat sangat...sebab nak kena turun tangga dan manusia memang ramai. 


Ada tempat untuk letak luggage



 
Ferry ni double storey..saya dapat tempat yang bawah dan tengah-tengah ferry. Setiap depan seat disediakan paper bag..untuk muntah agaknya...hahaha. Seriously saya hampir muntah. Laut giler bergelora. Sepanjang perjalanan saya pejam mata. Time tu sakit kepala tak tau nak cakap lah.


Bila dah sampai Macau...nak kena Q untuk melepas imegresen pulak..Q punya la panjang. Dah selesai semua...kami naik cab untuk ke hotel. Di Macau ni kami just singgah untuk balik Malaysia. Di samping singgah tu...boleh la explore sikit-sikit. Lagipun..dari Macau jer kami dapat harga murah untuk balik dengan menggunakan Air Asia.



 
View sepanjang perjalanan


 
Taraaaa...our room...perfect. Alangkah bestnya kalau boleh bawak balik fridge kecik tu...hehehe
 

 
Bilik ni sangat selesa..malangnya 1 malam jer :(



 
View dari luar jendela...takde view yang cun pun. Selepas rest sekejap...kamipun mulakan mission untuk explore Macau. Saya memang dapat rasa keadaan sikit panas di Macau...so sayapun tak pakai la jacket.


 
Berpadukan guide daripada hotel staff...kamipun berjalan lah ke 1st destination kami iaitu Ruins of Paul's. Tempat tu sebenarnya adalah church yang telah terbakar. Yang tinggal hanyalah bahagian depan. Saya yang langsung tak tahu menahu pasal tempat tu..excited lah nak tahu ada apa. 


 
Don't worry...ada banyak signboard untuk ke sana. Hazab jugak lah berjalan. Memang jauh giler. Tak salah saya dalam 15 - 20 minit jugaklah. Dah la jalan berbukit-bukit dalam gambar kat atas ni.


 
Bukan setakat kami jer berjalan...ada jugak orang lain.


 
Sebelum sampai  Ruins of Paul's...kami melalui Senado Square. Tempat ni macam satu dataran untuk apa-apa function. Ada 1 water water fountain di tengah-tengah tempat ni...nampak tak belakang saya tu?? Saya time ni agak pelik...apa benda dorang ni buat ramai-ramai gini...xde apapun situ..hehehe. 


 
Senado Square ni dikelilingi building-building pengaruh dari Portugis.


 
Kami perlu berjalan lagi..adoii...manusia berasak gini nak gi mana ni??? Memang pelik saya tak habis-habis nih..hehehhee. Bila kami lalu lorong yang ramai orang ni...ada banyak kedai jual biskut dan juga portuguese egg tart. Setiap kedai kat lorong ni membenarnya customer merasa product dorang. Time tu memang lapar sebab belum lunch. Setelah meneliti ingredient...kami yakin...then kamipun rasa la biskut-biskut tu. Bukan setakat rasa..makan sampai kenyang tau...hahahaha. 


 
Taster yang baru masakpun ada...nikmat tul...hahaha 


 
Disamping merasa biskut...boleh juga shopping sourvenir...rambang mata. 


 
Dan target saya nak makan portoguese egg tart tercapai. Setelah make sure betul-betul ingredient dari mamat yang jual ni..baru beli. Sedap betul...dekat Malaysia ni ada satu bakery yang jual tart ni dengan rasa yang sama...bakery tu bertempat di Citra Mall, Ara Damansara..lupa pulak namanya.


 
 Sampai jer...hahahahha..tergelak pulak saya...orang berduyun-duyun sebab nak tengok church yanag tinggal dinding sekeping...hahaha...eh jahat pulak saya...isk...tak baik. Tempat ni merupakan 1st attraction must see kalau ke Macau.


Dah puas makan free dan possing sana sini…kamipun bergerak nak ke Venice buatan…amboi…apa tu?? Sebenarnya kami nak ke Venetian. Macau ni dah ala-ala Las Vegas..tempat berjudi. Venetian nipun salah tempat famous untuk berjudi. Tapi kami bukannya nak pergi berjudi...hahahah...kami nak merasa experince naik gondola. Area Ruins of Paul's ada 1 building tourist information. Kami just tanya macam mana nak naik bus untuk ke Venetian…selepas dapat direction yang sepatutnya..kamipun berjalan ke main road yang tak berapa jauh pun dari tempat tu. Perjalanan dalam setengah jam gitu kalau tak salah saya. Time nak bus ni..best la tengok building tinggi-tinggi di Macau ni. 


Tempat tunggu bus...agak confius nak tunggu kat sini atau kat hujung sana..


Bus macam tak betul-betul masuk area Venetian tu..akhirnya kami turun bersama orang lain. Kalau tak turun ntah-ntah kami kena berjalan lagi jauh. Dari bustop tu kami menapak la sikit. Masuk jer area tempat tu..banyak giler bus dalam tu. Banyak betul rombongan datang main judi...hahaha.

Bila masuk jer dalam building tu..aduhaii…mewahnya interior. Pijak carpetpun lembut…macam nak guling-guling atas carpet tu…hehehehe. Nyonya dengan apek pakat main judi. 1 table judi ada sorang staff jaga…kadang-kadang nampak staff tu menguap. Mengantuk kut sebab nyonya dengan apek main tak reti nak stop...hahahaha.


Bukan main lagi…bersyilingkan langit dan awan berlantaikan tiles dan berudarakan air-cond…hahaha. Langit dan awan tu memang nampak macam real jer. Tempat ni seolah-olah complex yang menjual barang branded dan juga terdapat food court



Inilah food court nya. Ada 1 kedai halal kat sini. Kami time tu agak lapar..so kami makan jer kat situ

Inilah gondola yang saya maksudkan itu. 


layan show kejap...



My sis dah tak tertahan-tahan dah nak naik gondola tu. Saya rasa macam kelakar pulak nak naik benda tu…hahaha. Saya just ikut jer..lagipun kami masih ada budget.



Sebenarnya membazir naik gondola tu. Agak mahal dan tidak berbaloi dengan hiburan yang kita dapat. Apa-apapun kami sempat berkenalan dengan amoi-amoi korea ni. Si pendayung ni akan hiburkan kita dengan nyanyian..kami naik ni ada kut dalam 10 minit gitu...hahahaha. 


Photo terakhir before kami meninggalkan tempat tu. 

Di Venetian ni ada banyak free shuttle bus untuk ke sesuatu tempat. Kena banyak bertanya untuk pastikan shuttle bus tu melalui tempat yang sesuai untuk balik ke hotel atau kemana saja kita nak. Dengan bantuan staff yang menguruskan bus tu, kami berjaya sampai ke 1 station ni...lupa dah apa namanya. Bila sampai di sana..akan ada orang arrange naik shuttle bus yang lain. Yang memang blur..ingatkan shuttle bus tu boleh jer stop mana-mana kita nak. Rupa-rupanya shuttle bus stop di hotel. Shuttele bus ni berperanan bawak customer untuk berjudi. Nasib baik hotel kami tak berapa jauh dari hotel berjudi tu. Memang nikmat tul orang berjudi kat sini...transport pun disediakan free. Siap link dari tempat judi lain dengan tempat judi lain. Kalau kalah judipun tak perlu risau takde duit nak balik....ahahahahahha



Venetian menjelang malam



Cilok my sis punya photo. Dia snap guna hp jer...Sony Experia memang menghasilkan photo yang berkualiti. Kalau camera saya, waktu malam memang langsung tak nampak rupa photo...hahaha.


Photo terakhir sebelum kami meninggalkan Macau...keadaan pagi di Macau. Ini saya snap dari bilik. Time sampai pandang depan jer...tak pandang tepi skit...rupa-rupanya boleh nampak laut...hehehe.


Dengan itu..berakhir sudah entry China - Hong Kong - Macau. Rasanya tak perlu kut saya nak panjang-panjangkan entry my time sangat limited untuk menulis. Thanks to my sis yang lagi sekali arrange trip kali ni. Disebabkan saya terlalu bz dengan dengan...my sis tertungkus lumus sorang-sorang untuk book hotel, transport dan manage itinerary. Kadang-kadang nak dia agak discuss pun saya takde masa. 

Lepas ni saya sambung entry Vietnam pulak ye. Walaupun pada hari pertama di Vietnam perkara buruk menimpa saya....saya tetap habiskan percutian dengan berfikiran positive. 

Bai..cheers!!!

November 21, 2015

Hong Kong (Dim Sum & The Peak) - Part 3

Assalamualaikum...

Entry kali ni adalah untuk 2nd day kami di Hong Kong. Plan that day adalah nak makan dimsum. Memang favorite saya tuh…hehee. Dari pembacaan beberapa blogger cara nak ke Islamic Centre Canteen di daerah Wan Chai ni macam agak merumitkan. Boleh refer blog Syarliz untuk detail. Cara saya ke Islamic Centre Canteen tu agak berbeza dari beliau, tapi saya dah lupa refer blog mana....hehehe. Nasib baik kami jumpa sorang indon, dia lah bawa kami ke situ ketika tercari-cari Islamic Centre Canteen tersebut.



Selepas keluar dari MRT station (sorry tak ingat namanya..hehehe) kami terus ambil bus no. 789. Bila sampai Wan Chai..kamipun turun la.


Penumpang tak berapa ramai time ni..bus ni ala-ala double decker london bus. 


Dah turun bus...teruja pulak tengok tram kurus-kurus gini.

Dari sini kami perlu berjalan dalam 5 - 10 min gitu. Memang blur jugak lah nak jumpa. Tanya orang Hong Kong, sorangpun tak layan..berjalan menonong jer ignore kami..nasib baik jumpa minah indon..dia suruh kami ikut dia..syukur sangat. Canteen yang menjual dim sum ni terletak di 5th floor ye. Cara nak order..kena ke tempat dim sum tu..dan tunjuk kat menu yang terletak di dinding nak yang mana...lepas kita duduk la kat meja, dorang akan hantar.


Inilah hasil pilihan kami...


Dalam ni ada ayam tak salah saya..


Dalam ni pulak adalah udang...agak plain rasanya.


Popiah ni sedap :)


Pau red bean memang kesukaan saya...



My sis suka sangat dim sum goreng ni..isi ikan kalau tak salah saya


Cili cicah ni spoilkan selesa saya...pedas gila. Pedas..pedih..pijar..ntah apa lagipun rasanya tak tahu saya nak explain. Akhirnya saya terus stop makan sebab kesan pedas tu tak mau hilang..rasa lidah terbakar...hahaha. My sis memang tak larat nak habiskan..so dia mintak tapau je.


Selain dim sum...ada macam-macam menu lagi..disebabkan time tu awal pagi..saya belum betul-betul lapar lagi..so makan dim sum jer lah. Dah siap makan...kami decide nak ke The Peak



On the way nak naik bus, terjumpa stall pizza ni....dipandang sepi jer sebab dah makan..hehehe



Time nak ke The Peak ni...aduhaii..kena berjalan gila jauh dari MRT station. Dah la jalan macam kena panjat bukit...ditambah time tu hujan. Memang rezeki kami hari tu tak berapa nak bagus.


 
Time ni dalam tram untuk ke The Peak...see?? berkabus kan?? Memang kami takde rezeki nak tengok view yang lawa dari puncak...viewnya adalah building-building pencakar langit. Dah alang-alang beli ticket di DingDing Travel tu..kena lah guna..



 
 Bila dah sampai puncak...kita akan memasuki building tak salah saya 5-6 tingkat jugaklah untuk ke rooftop. Dalam building tu ada banyak restaurant, souvenir shop, kedai baju dan macam-macam lagi...macam mall lah. Di setiap floor tu...kita boleh keluar...tapinya angin kuat giler dan hujan lagi. View memang tak nampak apapun.


Inilah floor yang terakhir tu...ada sebut rooftop lah ek. Time menggigil sejuk...gerun pun ada bila dengar bunyi angin..ada 1 service untuk snap gambar kita dan dorang akan edit seolah-olah ada background sebenar jika cuaca elok...hehehe...sikitpun tak teringin..hmmm


 
Kemudiannya kami singgah 1 cafe untuk sambung makan dim dum yang kami tapau tak abis tu..


 
 Sebelum beredar...possing-posing sikit


 
Jika langit biru...maybe lagi cun tempat ni


Sebelum masuk bilik...kami singgah dulu makan di kedai yang kami pergi semalam sebelum tu...saya order bihun goreng..rasa macam dorang letak kunyit..tak sedap..tak boleh nak telan
 

Akhirnya saya share makan nasi my sis...dia order seafood curry. Lagi 1...tea o ais punya la pahit..dah berapa kali tokey restaurant tu letak gula..tak manis-manis..hahahaha. Tea india memang gitu kut...nasib baik that day adalah our last day..esok tu kami dah nak tinggalkan Hong Kong. Boleh dikatakan makanan di Hong Kong ni tak kena dengan selera saya.