November 20, 2012

The Day of Pancakes


Assalamualaikum.....


Entry kali ni berkenaan makanan pula. Agak lama saya tak share tempat-tempat makan menarik. Saya nak perkenalkan sebuah restoran pancake. Ketika jalan-jalan area The Curve, Mutiara Damansara..tetiba terpandang sebuah restoran yang saya yakin menyajikan makanan yang pasti sedap..hehhe. Anda pasti tahu di mana Food Street, The Curve kan?? Pusing-pusing sekejap jer sure jumpa. Nama restoran ni Paddington House of Pancakes. Jom tengok apa yang menarik...


 
Pancake yang sangat sedap ni ketika 1st time saya kunjungi restoran tersebut. Pancake ni sangat lembut dan chocolate sauce yang tidak memuakkan!!!

 2nd time datang ke restoran ni, baru tergerak nak snap apa yang patut..yang kat atas ni adalah menu. Boleh dikatakan sebahagian menu disertai dengan gambar-gambar yang pasti membuatkan kita terliur..hahah.


 Cer tengok burger ni...mampu habiskan??


 Menarik...


 My sis punya pancake..mabelos tau!!!
Disertai chocolate sauce dan toffee sauce. Yang toffee sauce tu sangatlah mabelos...fuhhh!!!


Saya pulak..chocolate roll pancake. Pancake tu diletakkan chocolate, kacang serta peanut butter dan kemudiannya roll..fuhh..ada lagi chocolate sauce serta wipe cream. Strawberry tu pulak bila cicah dengan chocolate sauce tu...adohhh...sedap bangat..hilang masamnya!!!
Memang tak terlarat saya nak habiskan..dengan ice cream lagi...half roll jer saya boleh habiskan. Makanan-makanan kat sini banyak yang sesuai untuk tea time. Tapi saya punya tea time ni kenyang sampai malam..hahaha. Ada lagi 2-3 jenis menu saya nak try..pasti saya datang lagi..hehehe!!!

Aiikkk...ini apa pulak??? hahaha...sebenarnya pada pagi hari yang sama saya ada sediakan breakfast pancake jugak...hahaha!! Banana pancake. 
Saya just mixed pisang, tepung, susu, butter, asen vanilla, garam dan gula...kena guna flat pan yerr. Sauce nya adalah maple syrup dan sambal ijo. Sedap pulak bila dicicah dng sambal ijo tu..hahaha. Sebenarnya sambal ijo tu saya standby untuk makan bersama nasi..hehehe.

Sekian dulu entry The Day of Pancake...




November 14, 2012

Keukenhof, Netherlands and Tamil Movie

Assalamualaikum..


Entry kali ni takde yang special..suka-suka jer rasa nak cerita satu tempat ni. Semalam saya layan tamil movie dari tengahari sampai tengah malam.. haha..Deepavali lah katakan..hahaa. Tambah tolak dalam 4 movie juga lah best-best yang saya layan. 1 antaranya menarik minat saya.. dalam adegan tamil movie pasti ada nyanyi-nyanyi kan?? Dalam scene tu la saya terkedu tengok view yang cantik sangat di Tulip Garden. That time ada 'Flower Festival of the Keukenhof Gardens' on May 2011.  Cantik sangat tempat tu. Tulip berwarna-warni. Kalau la saya ada rezeki nak la jijak tempat tu. 









See video atas ni?? Ni la pelakon pujaan hati ku..Vijay..hahaha. Movie ni sebenarnya sebijik mcm movie Hindi yang 3 idiots tu..cerita semua sama cuma pelakon jer lain-lain. Tajuk movie ni adalah Nanban.

Photo tulip-tulip kat bawah ni saya copy dari website http://www.keukenhof.nl 

Tempat yang cantik ni adalah di KEUKENHOF, STATIONSWEG 166A, 2161 AM LISSE, THE NETHERLANDS


 Cantik kan?? boleh jalan atas tasik. 


Homepage
Kalo saya berkesempatan ke sana....boleh la snap tulip style cmni..hehee


Gigihnya tanam tulip sampai jadi rupa orang..hahaha


Macam-macam jenis ada..fuhhhh..


Cantik betul la..aduhh!!!




bertuah kalo ada pembaca blog saya yang pernah ke sini..kalo ada yang pernah ke sini..share la experience anda!!!



Sangat2 cantikk!!!



Yang last ni saya rasa unik sangat rupanya..cantik!!

Info yang saya dapat dari website Keukenhof, tulip garden ni buat masa sekarang tutup dan akan dibuka semula pada 21 March 2013 - 20 May 2013. Entrance ticket untuk 2013 pun dah boleh dibeli sekarang. So boleh agak la, kalo nak travel untuk tengok tulip ni boleh lah ke sana antara March to May. 

Saya juga ada search any tour yang maybe boleh cover area lain selain tulip garden ni..jom tengok


A fairytale countryside laced with bike paths, windmills and charm


  • Wind your way through the cresting dunes and lovely neighborhoods of Haarlem
  • Traverse canals by wooden drawbridge in the seafaring town of Schermerhorn


Schermerhorn Holland no71311

Boleh tengok windmill ni Schermerhorn

  • Ferry to Stavoren and bike the quiet roads along Lake IJsselmeer to the old port of Hindeloopen
  • Pedal through dense forest to Giethoorn, coined the “Venice of the North” for its narrow canals, thatched houses and hump-back bridges












Giethoorn ni adalah Dutch village. Takde jalan darat kecuali jalan canal ni yerrr. Boleh tengok narrow canals, bridges & farmhouse, cantik kan??

  • Take in the sweet aroma of tulips, hyacinth and daffodils in the kaleidoscopic gardens of the Keukenhof, where over six million bulbs flower each spring
  • Choose from hundreds of different pancakes at a Dutch pancake restaurant in Odoorn
  • Sip a garden aperitif and savor fresh wilde zalm (wild salmon) andsalade van spinkrab (spider crab salad) before retiring to the comfort of the historic Ch√Ęteau de Havixhorst





Bestnya kalo boleh lalui semua tour kat atas ni. Angan-angan ni bagus sebenarnya tapi jangan la keterlaluan. Angan-angan ni adalah motivasi untuk dijadikan cita-cita, azam dan seterusnya laksanakan..InsyaAllah!!! Dan entry ni juga adalah proposal to my sis..mana tau dia suka pastu dia akan ajak gi sana...haahah!!!



Satu lagi movie yang saya tengok semalam... English Vinglish. Pun tamil movie..haha. memang menarik movie ni..ada moral of the story. Saya cter skit2 yer. Maybe dalam youtube belum ada full movie ni sebab movie baru. Sridevi yang lama tak nampak berlakon ni adalah housewife yang tak dihargai anak remaja dia dan husband dia. Semuanya gara2 dia tak tau english. Sampaikan 1 masa tu dia kena ke US sebab nak tlg kakak dia arrange wedding anak kakak dia. Dia datang dulu sebelum husband dan 2 anak dia datang. Macam awal 3 weeks gitu. 

Saya suka kekuatan watak Sridevi ni sebab dia gigih amik 4 weeks learn english class tanpa diketahui oleh kakak dia sebab kakak dia kan keje. Syok sangat bila dia kenal classmate dia yang kelakar yang juga tak berapa pandai english serta cikgu auuwww tu..hahaha. Mamat france sorang tu suka sangat kat dia..asyik merenung dia jer. Disebabkan mamat tu baru dia rasa untuk bangga pada diri sendiri sebab ada orang yang nampak kebaikkan diri dia jika nak bandingkan layanan buruk dari husband dia yang anggap dia macam kolot. Tapi dia xde la nak lebih2 dengan mamat tu..dia tolak mamat tu elok2. Ending cter ni bila dia ada bg speech in english dalam weeding anak sedara dia..terkedu husband dia dan anak dia rasa terpukul sangat. Akhirnya husband dia sedar kesilapan dia..movie ni macam satu motivasi dan ada kelainan serta boleh tengok view kat US..memang menarik!!!

Saya suka sangat tamil movie sebab banyak moral of story dari segi kekeluargaan serta kehidupan disamping hero-hero yang hensem..hahaha..kalo orang jahat ditumbuk hero sure terpelanting..hahaha




November 7, 2012

CeLoTeH AiDiL AdHa

Assalamualaikum...
Kom apa kombat,
Bat apa batmen,
Men ada mental..

Hahahaha...teringat pulak kecik2 dulu asyik main2 cmni...

Entry kali ni pasal Aidil Adha@raya korban,
Tahun ni kami tak buat korban,
Balik raya masa taklah terkorban,
Balik KL mak aii..banyaknya masa terkorban.

Dalam hidup jangan buat pasai,
Jom tengok biskut raya ai...

 Pergi ladang ternak biri-biri
Inilah tart blueberi


 Jalan-jalan sesuka hati,
Mami ai buat biskut ni sepenuh hati



Nak berkorban di raya haji tak kisahlah berapa kali,
Mami ai buat semperit ni exited sekali 


 Naik keretapi jangan silap gerabak,
Yang ai buat..nu ha makmur yang besar kedabak..



 Layan sajalah gambar ini,
Harap-harap anda taulah apa ini :P


My sista creative sekali,
Sekali makan nak makan berkali-kali.


Ai campak bahan my sista guna sudip goreng-goreng,
Inilah bihun Singapore goreng...



 Budak kecik sambut besday di hari raya,
Lagilah meriah kami semua di hari raya. 


 Petang raya takde dah tetamu datang,
Akhirnya ai ke bendang.



 Udara segar nyam sekali,
Terasa ingin datang berkali-kali...



 Anak padi menari-nari ikut irama angin,
Oppsss..jangan ya merata-rata buang angin :P


Christina officemate yang sangat baik,
Balik office dapat ni, dia kata FM paling terbaik.


Aunty cleaner tak kurang baiknya,
Dapat key-chain yang dibeli di Korea oleh anaknya :)


November 1, 2012

Me & FaMiLy aT CaMeRoN HiGhLaNDs

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha..

Nampaknya saya baru berkesempatan nak update family trip to Cameron Highlands ni. Kalau tak salah saya, dah nak dekat sebulan kami sekeluarga berjimba dia Cameron. Semua ni plan dari my big bro la..dah lama dok proposed pasal trip ni dengan tujuan nak bawa bonda dan ayahanda serta dinda dan kandanya join sekali. Dan perlu diingat..jangan saper2 nak pandai wat pandai dalam trip ni..hahaha..ha kenapa?? My big bro ni ada penyakit skit..kalo sper2 nak pandai2 dari dia...dia akan terus undur diri cam merajuk gitu...so kami sekeluarga semua ikut telunjuk beliau sehingga sehabis-habisnya..hahaha. Sayapun sikit2 tau la tempat best kat Cameron ni..tak berani nak bagi idea..haaha...fobia! errkk..hopefully dia tak tau adik dia ada blog..kang!!! grrrrrr...

My family dengan 2 buah kereta datang dari Penang manakala saya dari KL terus berjumpa kat toll Simpang Pulai. Adik laki saya baru jer beli kereta..masih tak berapa cekap drive la..so saya masuk kereta dia la nak tolong tengok jer..haha. Saya tak confident nak drive kete besar2..kalo compact saya terer la. Wife dia disebelah dia saya dengan adik perempuan saya duduk belakang..fuhhh..pening kepala tau..selalu gi Cameron duduk depan..rasanya ok lagi..lagi teruk kalo di belakang. My mami dan family my big brother satu kereta. Dadi tak ikut and my kakak sulung anak dia nak PMR..tak complete la family saya yang join :(

Panjang berjela pulan taip..hehe...jom layan photo..maybe photo terlalu banyak..tapi tak per..saya suka..haha


Tempat 1st my big bro bawak adalah taman lebah..terhegeh2 saya turun tangga dan panjang tangga setinggi 4 tingkat bangunan untuk ke taman ni..hahha. Cantik jugak la taman ni..


Ni honey..satu ni singgit..



Besar-besar kedabak strawberry ni..my sis in law ada beli..MASAM!!


Inilah rupa apartment yang kami stay untuk 1 malam..3 bilik dan semuanya double bed. Master bedroom ada toilet..besar sungguh apartment ni..siap boleh masak..satu malam RM220



1st time saya nak try buat meatball nak letak dalam sos spaghetti. Alhamdulillah jadi!!! Our lunch adalah spaghetti saya..hehehe. Photo atas ni before masuk oven..



 Taraaa...camni la rupanya..

Selepas letak barang semua kat apartment..kami ke Mardi..tergedik2 saya sebab saya pernah tengok photo2 big bro kat Mardi..cantik tempat tu...


Dari Mardi ni boleh nampak apartment yang kami duduk tu...nun tinggi atas bukit..




  
 


Aduhhh...giler betul saya tengok bunga-bunga kat sini..bermacam-macam sangat. Yang tak pernah tengokpun ada..



Family saya tak berapa sporting bergambar..especially mak



Rosemerry pun ada...berimbun2..boleh snap my mami curi2 camni jer


My big bro cakap ni cili



 Yang baju merah tu la adik bongsu saya..see my bog bro?? caring father tau...sepanjang di Mardi ni dia la dukung baby dia tu..yang pendek tu anak my big bro yang sulung



 Ikan2 ni kami bagi makan marshmallow...hahaha 


Muka adik laki sya terlindung pulak..hehe...yg kanan tu wife dia. Anak buah paling saya suka susah tul nak senyum..haha. Handbag tu mami i punya...kasut..handbag..smua big bro i beli macam mak datin..hahaha. nak jaga hati anak punya pasal..mami i pakai jugak. Kalo saya, saya beli ikut taste dia sebab kami dua orang taste sama..beli pape sure kena beli dua..haha. 


Menarik la buaian ni.


Saya cakap kat big bro saya nak makan scone..so dia bawa la ke Cameron Valley yang kita boleh jumpa jika lalu jalan ke Tapah. Tak sempat rasa teh rempah ni..



Semuanya sedap!!!


Agak kecewa tengan scone ni..creamnya adalah wipe cream bukannya cream yang lagi original tu. Scone ni berkecai..bila masuk mulut terasa sangat magerin.. not my taste la Perut sudah kenyang...jalan2 kat ladang teh bawah cafe tu..
Ke night market pulak kami..hehe. Punya la jem area ni. Nak parkingpun susah. Ada banyak sourviner shop area ni..fridge magnet just singgit jer..


Baby big bro i yang comel. Suka orang snap photo dia pastu minta nak tengok..haha



 Cucur goreng ni mostly peniaganya adalah cina..nasib baik ada 1-2 dua melayu. 




 Mami i nampak ni terus nak..haha. My big bro decided nak beli ni untuk semua orang..haissh semuanya dia tentukan. Semuanya dia ambik drumstick just mami jer nak wing..memang kitaorg kecik besar suka drumstick termasuk dadi i..sepesen.
Mami asyik bekenan nak beli bunga..akhirnya saya beli jugak la bagi beliau..tapi sangat sure nanti kat rumah sure mati..bunga2 yang ada jual kat sini sebenarnya sesuai dengan cuaca sejuk jer.



 Tak sedap!!!


Taraaaa...see?? semuanya drumstick dan 1 wing..udang goreng tepung tu RM10..memang puas la makan..besar2 sangat.


Sebelah malam pulak saya cakap kat big bro nak makan jagung bakar..gigih dia, saya dan family dia kuar..round punya round tak jumpa orang niaga jagung bakar. Last-last makan walfer chocolate dari kedai mamak. Sedap sangat. Mamak tu ada area Starbucks Tanah Rata. 



Keesokkan harinya..pukul 5am semua dah bangun...grrrrr...sejuk sangat. Menang tak boleh tidur..patutnya ada heater..hehehe..lebih2 pulak..hahaha. 
Kami sekeluarga just lepak2 sampai pukul 7.30am dan kami keluar dari apartment tu. Breakfast kami adalah di foodcourt area Brincang..nasi lemak dan ayam lagi..haishh. Saya angan2 boleh jamah scone ke..roti bakar ke..apa boleh buat..kena follow semua arahan boss.

  
Lepas kenyang..shopping sayur pulak. Mami i macam tak berapa nak minat beli sayur..saya ambil mana2 yang patut jer.
See jagung bakar ni?? Fuhhh...manis sangat..anak2 buah saya tolong jadi model..haha


 Singgah kedai bunga2 dan cactus pulak...gila lagi snap photo..jangan muntah yerr..cuci2 mata jer..hihi


Dan akhir sekali sebelum balik..singgah lagi makan scone..


Akhirnya dapat juga makan scone yang agak sedap...yeeee!!! Creamnya best dan jem strawberry yang sedap!!!

 Saya ajar mak camner nak makan..hahaha..



Saya suka cafe ni..menarik. Maybe masih awal..keadaan langsung tak crowded

Saya langsung tak bawa apa2 dari sana...just fridge magnet jer. Yang saya beli semuanya bagi mak bawa balik..

Alhamdulillah semuanya selamat dan smooth jer activity..suka tengok mami happy..tak rasa tired kalo di tempat sejuk. Pagi2 sejuk la..bila dalam pukul 10am camtu dah panas dah. Malam pulak sejuk cam kat London..fuhhh!!!

Angan2 pasni nak bawa dadi cuti2 kat mana2 chelet yang dekat2 jer..kalo tepi laut lagi best..dan that time semua kena join. 

Banyak sebenarnya plan saya time trip cameron tu..saya nak ajak family makan steamboat time malam tapi big bro tak yakin yang kami sekeluarga boleh makan mende tu sebab tak pernah makan..hahaha. Kemudiannya nak jungle trekking..tapi boss tu nak kuar bilik awai2 pagi. Maybe next time saya pulak arrange semua..hahaha!!!

Akhir sekali saya ingin nyatakan bahawa saya suka sikap abang yang walaupun tegas tapi dia seorang yang bertanggungjawab..yang lagi best dia akan beli henpon dari saya selepas saya bosan guna..hahaha!! Setakat ni dah 2 kali beli..sekarang dok tanya bila pulak saya nak jual kat dia henpon yang saya guna sekarang..adoii..hahha