September 28, 2013

Sabah Trip : Day 3 - Kota Kinabalu

Assalamualaikum....

Entry kali ini adalah untuk day 3 di Sabah iaitu di Kota Kinabalu. Lupa nak cerita kisah makanan untuk makan malam day 2 in KK. Ceritanya begini..selepas tengok Rainbow Fountain me and my sis nak cari la restoran. Sebenarnya my sis serahkan kepada saya untuk cari tempat makan best. So saya bg plan untuk ke Pasar Philipina. Saya cakap saya teringin nak makan lobster. Dari pembacaan saya dari blog, tempat tu memang wajib pergi. My sis terus cakap.."tempat tu macam pasal malam..nak ke makan situ" hah sudah..time tu saya dah nak sentap..akhirnya my sis mati-matian tak mo ke situ sebab dia tak percayakan kebersihan kalau makan kat situ. 

Dan akhir yang tak akhir sangat..kami bermasam muka dan balik hotel dalam keadaan perut kosong. My sis bukan tahan lapar dan cepat cool..so dia pujuk la untuk keluar makan..akhirnya saya mengalah. Dan dia ada plan bagus punya..dia nak bawak jugak saya ke Pasar Philipina tu. Dia nak buktikan kat saya dia betul rupa-rupanya. Memang terbuktilah tempat tu tak selesa untuk makan. Ianya adalah gerai-gerai. Kucing-kucing pulak bersepah sana-sini. So, tak makanlah di pasar tu. Dan yang paling akhir..kami makan di kedai melayu biasa..memang sedih arr malam tu..nak dapatkan seafood tak kesampaian.

Ok abis cter pasal tu. Pagi tu awal2 kami dah keluar hotel dan siap berpakaian nak ke island hopping. Tempat pertama kami singgah sebelum island hopping adalah Gaya Street..best sangat kat sini. Macam2 benda pelik boleh tengok..memang lain dari lain. Pasar ni hanya ada pada hari ahad ye. Memang crowded sangat tempat tu..sampai ke divider orang park kereta...haha. Dan my sis dia park kereta atas corridor 1 mini market yang belum buka..hahaha. Kami explore tempat tu dan make sure sebelum pukul 9am ada kat Jeseltton Point. Jom tengok gambor yooo..


Akak yang jual brooch ni ajar saya camner nak tahu mutiara betul atau mutiara palsu. Dia cakap mutiara ada 3 color jer..putih..hitam dan juga peach kalau tak salah saya. Dia tenyeh2 dua-dua mutiara, boleh nampak cam calar kan? lap2 sikit dengan jari dia akan balik ke asal..maksudnya mutiara ori la tu..hehe


Saya rembat 4 biji untuk anak-anak buah pompuan saya. Budak2..sebijik mutiara cukup lah kan..haha. Saya suka sangat bunga dalam kaca tu..lupa dah org pgl apa ntah..sebabkan saya ni 1st customer akak tu..dia bg discount baik punya..haha. Tak salah saya 4 biji RM10. Cengkerang itu digunakan untuk letak brooch yang kita dah pilih...menarik..hehehe


Banyak sayur dan lokan dijual gini-gini...takde mejapun


Kuih cincin..saya suka. Bahan2 yang digunakan untuk kuih cincin ni adalah gula nipah, guna melaka, gula pasir, tepung..fuhh punya byk gula..tapi tak lah manis sangat..ok ok jer


Sampai kat gerai ni...wow..kuih tradisional Sabah. Makcik tu punya bz sampai x sempat nak jawab soklan kami..yela kami tnya dalam ni ada apa..ni ada apa..tu ada apa..last2 pembeli lain yang cerita pasal kuih2 tu..bagus betul..hehe. Saya perhatikan daun yang digunakan untuk balut kuih ni macam sama je macam daun yang buat tikar mengkuang tu...hahaha


1 pack ada 6..saya survey2 boleh dapat paling murah RM13..tapi saya dah terbeli yang harga RM18


Semua ni dari dasar lautan..cantik2 sungguh!!


Ikan-ikan ni semua kena awet..kesian. Mata saja palsu punya..


Setelah lebih kurang 1 jam setengah di Gaya Street..kami bergerak ke Jesselton Point. Nampak counter depan tu? Boleh pilih nak guna service yang mana satu. Ada banyak company tau. 


Okey..sampai sudah 1st island..dalam 15 minit juga la naik boat..tak jauh lah. Ini Sapi Island..panas sungguh time ni..kalo berjemur mau jadi ikan kering..hahha. T-shirt saya pakai tu beli kat Pekan Nabalu..ada gambar gunung kinabalu..lembut je kainnya..


Geram tengok air laut ni..tapi tak selesa nak mandi..manusia penuh sangat.


Malas nak fikir pasal kesesakan, kami lepak kat cafe. Tak sabar nak santap hasil belian di Gaya Street. Yang panjang lilit tu rasanya macam pengat...yang pendek sikit tu pulut udang...dan nasi lemak


baru ingat nak mandi-manda kat sini..sekali datang 1 geng bebudak muda dalam 20orang kat tepi port kami..argghhh benci!!! Dengan diaorang bising dan bakar ikan..merimaskan..pastu kami decide nak balik ke KK. Nak burn je 1 pulau tu..Manukan Island..memang mood dah xde nak island hopping. 


Agent boat kami memang ada kat island tu..kami bgtau la kami nak balik..xmo pegi Manukan Island lagi..tak kisah lah burn ke apa. Then dia arrange la boat ambik kami..boat yang amik kami tu perlu bawa customer ke Manukan Island..akhirnya kami terpaksa ikut tapi tak turun boat la..so dapat la snap sikit gambar


Jeti Manukan Island


Kelihatan island ni lebih sesuai untuk relax..Sapi Island sesuai kalau nak wat macam2 activity..


My sis dok pujuk saya...xper2..kita dah pernah pergi island hopping yang jauh best dari Sapi ngn Manukan tu...hahaha. Time balik ke KK hanya kami dan driver boat jer..menakutkan betul..yela boat tu kan dah xde orang sangat..ringan loh..fuuhh. Yang si driver boat asyik ini kali lah ini kali lah..hahaha..kelakar tul.

Untuk mengubati frust, kami pekena lokan bakar kat Jesselton Point. Lepas dah setel..makan ice-cream pulak..hahaha. My sis ajak balik hotel dulu untuk tukar baju yang basah. Kemudian kami round-round KK je. Motif adalah nak beli souvenir. Pasar Kraftangan KK yang kami pergi tu mmg rabun mata..aduhhh...mutiara merata-rata. Bangunan setingkat yang panjangnya saya rasa setengah kilometer dan didalamnya ada kedai2 3-4 deret...dan setiap kedai tu luas 4-5 kaki..boleh bayangkan? Amat lah banyak..semuanya jual benda yang sama. Saya spent sikit je untuk souvenir..memang gitu lah selalunya kalau travel...hahaha. Lama jugak la saya dalam tu..tak lah panas sangat..maybe tepi laut kut. Jom layan photo...


Ushar2 jer...tak belipun


Rumpai laut betul2 nih!!!


ni semua guna mutiara...saya just beli untuk ipar2..untuk diri sendiripun xde..huhuh..bukan taste sy pakai gini2..haha


 Untuk mummy..saya beli yang simple2 jer macam yang bahagian atas tu


Key-chain gini murah..singgit je 1 nih..


 Ini lah keadaan bahagian dalam Pasar Kraftangan KK.

Lepas dah shopping, kami lapar..kami ke Tanjung Aru. Ada foodcourt yang menunggu kami kat sana..hehe. My sis dah terer jalan KK...dia dah boleh hafal semua jalan..tak perlu lagi guna GPS..kecik ke KK tu...hahaha


Terjumpa ikan todak ni...wow..besarnya!!!


My sis termasuk dalam 1 jalan ni sebab nampak sebuah restoran ditepi jalan..dia macam nak wat U-turn la..ketika itu terjumpa rumah atas air ni...wahh cam best kan?? Ni saya snap dari atas kereta..tapi amatlah terkejut bila nampak part  lain..sila tengok bawah


 Terkedu saya tengok keadaan ni..akhirnya my sis ckp lupakan lah restoran tu..jom pegi restoran yang kita nak pegi tu..



 
 Nak makan lobster tak kesampaian..dalam 1 gerai ni ada sekor je lobster, tanya harga..adoi mai aii..rasa nak pitam...hahaha. Sebesar lengan saya berharga nak dekat RM200. Gluppp...diskas punya diskas kami setuju nak ambik udang galah dan ketam nipah...RM80++ . Yang lagi best..my sis boleh tawar-menawar dengan mamat gerai tu..senang betul dia kurangkan harga makanan kami..hahaha..syukur!! Meja kamipun cun...boleh nampak laut..anginpun segar jer..



 sementara nak tunggu order siap..kami makan satay ayam ni dulu..sedap!!


 
 Taraaa...agak lama tunggu..dan berbaloi tunggu..hehe


 Perkenalkan Mr. Udang Galah masak 3 rasa..ohh sedap dong!! Udang ni sangat fresh


Ini pula saya kenalkan Mr. Ketam Nipah..masak butter..dah biasa makan ketam bunga, rasa pelik sikit makan ketam ni..tak suka tak suka habis jugak ngap..hahah


 Lepas makan kami dah xde hala tuju..hahah..akhirnya kami ke Lok Kawi Wildlife Park. Entrance fee RM10..ok lah tuh. Tak jauhpun dari KK..dalam 20minit dah boleh sampai.


 Best sangat bagi rusa makan..dengan batang rantingpun dia boleh kunyah..fuuhhh..



 pastu tengok gajah berkasih-sayang dengan mak dia..hahaha.


 Ketika balik ke KK kami akan susur tepi pantai ni..tempat ni sangat cantik..kami just stop kereta tepi jalan


Lepas puas snap sunset kami teruskan perjalanan


Gambar terakhir sebelum kami balik ke hotel..Atkinson Tower area Padang Merdeka

Satu entry lagi maybe saya boleh habiskan cerita pasal Sabah ni..hopefully dapat share info pasal kos. 

September 22, 2013

Sabah Trip : Day 2 - Gunung Kinabalu & Kota Kinabalu


Assalamualaikum...

Wahh..entry untuk day 2 pulak. Pukul 5.30 pagi kalau kat Sabah ni kita dah boleh nampak sikit2 sunrise. Bila baca dari pengalaman orang lain, awal-awal pagi je boleh nampak Gunung Kinabalu..kalau nasib tak baik tak nampak langsung. Bila keluar je dari bilik...wahhh..itu rupanya gunung kinabalu..Subhanallah..gahnya gunung tu. Hari masih agak gelap..cahaya matahari masih malu-malu nak tunjukkan rupa. Kami turun dari balcony bilik dan menghala ke salah 1 port yang cun..tak jauhpun dari bilik. 

Pagi yang dingin tu macam kat kampung saya..saya still boleh tahan kesejukan pagi tu. Kesegaran udara memang tak dapat dinafikan. Saya tunjuk view saja lah ek..nak letak gambar saya tak berapa best sebab lom mandi..hahaha. 

   
Saya snap view ni seawal 5.45am. Boleh dilihat jelas Gunung Kinabalu. Kelihatan dipuncak gunung batu-batuan gunung perlbagai bentuk..sungguh menakjubkan. Gunung-ganang yang boleh nampak memang hebat tak terkata dek perkataan. Hebat sungguh ciptaan Allah.


Ini pula selepas pukul 6am..credit to my sis



Pabila di zoom..credit to my sis


 
 Tertarik dengan bunga-bunga yang ditanam sekitar resort. Embun pagi masih kelihatan di atas bunga dan daun..syok sungguh keadaan tu.



My sis asyik dengan activity snap Gunung Kinabalu di macam2 angle..hahaha..saya pulak gi mandi dan siap pack barang2 semua sebab lepas breakfast kitaorang nak terus explore Sabah lagi. Sedih arr tinggalkan KPR yang best sangat tu. Lepas selesai semua, my sis gigih pulak nak snap gambar saya berviewkan gunung kinabalu..hahaha.

 
 
Saat-saat akhir nak meninggalkan Kinabalu Pine Resort. I will miss this place
  

Memang tak lama gunung ni nak tunjuk rupa..lama-kelamaan awan makin menyembunyikan puncak gunung ni...yang kelihatan cumalah bukit-bukau

Dalam masa setengah jam gitu...Gunung Kinabalu memang totally covered by cloud..



Selepas puas bergambar semua, kami berjalan menuju restoran resort tersebut. Breakfast included. Makanan yang disajikan not bad. Selepas kenyang, kami balik bilik untuk angkat beg semua. 

Selepas check-out kami decide nak singgah War Memorial Park. Ntah macam mana tersalah paham, my sis drive sampai naik bukit yang menghala ke Dairy Farm yang kami pergi sehari sebelum tu. Kemudiannya terus lagi naik bukit sampai ke golf club...haha..tak jumpa-jumpa. Akhirnya kami tanya seorang ahli club golf. Rupa-rupanya kami dan silap jalan. War Memorial park tu sebenarnya kat bawah...hahaha. Sian my sis kena patah balik. 


 Time sesat tu jumpa waterfall ni...suka sangat!!!


Dan masalah pulak bila patah balik. Alahaiii...ada excavator nak tergelincir dari lori yang membawanya. Sebabkan lori tu belok tajam gitu kut. Yelah jalan bengkang-bengkok. Dah la takde jalan lain..Kereta kami yang 1st Q tunggu kejadian tu settle. Berjanggut jugak la..hahaha..Boleh caya tak 3 jam kami nganga dalam kereta? Kejap hujan kejap panas..aktiviti mnyetelkan masalah excavator tu tak settle2. Candy Crush saya asyik divine..delicious.berlevel-level jugak la boleh sampai..hahaha. Yela, xde mende wat dalam kete tu. Nasib baik bawak biskut..boleh la makan. Yang bestnya kejadian tu ada agak menarik..rakyat Malaysia ni baik-baik orangnya..ada mamat yang tolong bagi idea untuk membolehkan masalah itu selesai. Sanggup dia berhujan nak tolong. Mamat tu salah seorang yang stuck macam kitaorang la. Masalah tak setel jugak..akhirnya datang pulak mamat cina tolong bagi idea..akhirnya berjaya!!!  


 Sebenarnya orang2 ni nak turunkan excavator ni dari lori. Kalau tak turunkan mungkin excavator ni boleh terbalik. Hebat sangat orang yang kendalikan excavator ni...ainya dapat diturunkan dengan penuh skill. 


 Lepas dah diturunkan, excavator ni tolak belakang lori untuk senangkan ia bergerak. Saat-saat akhir kejadian ni memang ramai la orang kerumun..hahah. Alhamdulillah, boleh jugak kami bergerak. Masa kami dah habis banyak sebabkan kejadian tu..so, kami decided nak bergerak terus ke Kota Kinabalu. Ada beberapa tempat kami terpaksa tak pergi untuk kejar masa ke Kota Kinabalu


 
 
   On the way balik kami singgah Kinabalu Park. Sekejap je kami kat sini...just pusing-pusing taman dengan kereta dan bergambar sikit2...kemudiannya kami sambung perjalanan




 
 On the way ke Kota Kinabalu juga kita boleh singgah kat sini...Pekan Nabalu. Saya nasihatkan jangan beli souvenir kat sini...mahal yang amat...aduhhh. Better beli kat KK. Saya berhabis kat sini dalam RM70++ beli t-shirt dan FM...bila tengok kt KK lagi murah dong...aduhhh!!!





Kami singgah lagi Mango Garden Restauran seperti yang dijanjikan. Lapar benar time tu...hahaha. Saya pilih mee tamparuli kalo tak salah..ohh sedap sekali. Setakat 2 kali makan kat restoran ni, memang tak mengecewakan..



My sis pilih nasi goreng ikan masin. Ikan masin byk diletak tapi taklah effect masinnya...memang perfect rasanya. Setiap suapan akan rasa ikan masin


 
 Dessert tu mesti..haha..banana chocolate...wahhh terbaikkk!!! Waitress restoran ni baik sangat...happy dia bila nampak kami dtg lagi..hahhaa. 

Perjalanan diteruskan. Saya tak dapat nak beri gambaran sangat untuk ke sesuatu tempat di KK. Sebabnya adalah..sepanjang di sana kami hanya bergantung kepada GPS. Motif kami selepas lunch adalah..mencari hotel yang telah dibooked. Yang peliknya, GPS dah show sampai destination, tapi Switz Paradise Hotel tak nampakpun. Bila call pihak hotel baru lah tau rupa-rupanya hotel itu di dalam complex. Kena pulak naik ke parking tingkat 3. Memang tak sangka ada hotel style gitu..hahaha. Time my sis booked pun dia tak sedar gitu..haha. Bila difikir2kan balik, selamat kalau nak parking semua..park kete, jalan sikit je dah leh masuk hotel. Jom tengok rupa bilik..




Saya suka kebersihan bilik ni..cumanya kecik lah..tapi no hal..bukannya nak wat tarian ballet pun...hahaha



Ni bahagian depan katil..yang pintu tu pulak menghala ke toilet



Semuanya bagus-bagus!!


Selepas selesai semuanya kami mula nak explore Kota Kinabalu. Kedudukan hotel kami ni berdekatan dengan Center Point KK dan kawasan-kawasan shopping yang lain. My sis membuat pilihan untuk sewa kereta selama kami di Sabah. Memang mudah jugak la ketika nak jalan-jalan. Nak parking pun senang je walaupun dimana kami pergi. Yang paling best, traffic di KK ok sangat..tak lah jem sangat dan pemandu2nya berhemah..honpun jarang dengar. Bila kita tanya jalan ke apa ke..mereka jawab dengan berhemah..setakat di sana, takde pun jumpa orang yang menyakiti hati..wahh bagus betul kan.



Tempat pertama kami tujui adalah Pantai Tanjung Aru..dari town hanya 10-15 minit je sampai. Jalannya adalah menghala ke airport KK. Ada signboard, so tak payah risau ye. Kalau silap jalanpun takpe..sana banyak roundabout..silap jalan senang nak pusing..haha. Serius saya cakap..byk betul roundabout..sekecik dan sebesar-besarnya..hahaha. Ketika kat sini hari nak hujan..so kami duduk kejap je lah..nak ke pantai dari parkingpun agak jauh..so kami decide nak ke tempat lain.




Kami menghala pula ke Jesselton Point. Kami nak booked island hopping untuk esok. Kalau dari town untuk ke sini tak jauh manapun..dalam 5-10 minit boleh sampai. Semuanya berpandukan GPS ye..susah nak cerita jalan apa dan apa. Dekat sini menarik sangat..suasana sangat bersih dan sedap mata memandang. Nampak bot-bot belakang saya tu? Bot-bot tu digunakan untuk Island hopping. Tempat ni lagi senang boleh disebut jetty..ada ferry yang terus boleh pergi Brunei.



Boleh tengok sunset dari sini..suasana nyaman dan tenang..tempat ini juga boleh memancing..




Diwaktu malam pulak..kami menghala juga ke arah airport untuk tengok Rainbow Fountain.. locationnya adalah Perdana Park. Perlu masuk dalam 1 kawasan building..manusia time tu teramatlah ramai. Ada beberapa restoran dalam kawasan tu..semuanya western food. Time kami sampai ni show tu dah start..kami sempat tengok dalam 5 minit je..setiap show berjalan selama 10 minit jer..dia akan mula balik setiap setengah jam..kami decide cukup lah tengok gitu..show ni menarik sangat sebab ada music..pergerakkan air tupun ikut music!!

Ok guys..see uols in the next entry..baibai!!