October 31, 2015

Hong Kong (Tsim Sha Tsui & Mong Kok) - Part 1

Assalamualaikum....

Sambungan dari entry yang lepas...

Pagi terakhir di Shenzhen dan merupakan juga hari terakhir di China...selepas breakfast ala kadar di hotel..kami sesaja nak jalan-jalan area hotel. Time tu masih awal..kedai-kedaipun ada yang masih belum buka. Banyak betul mall yang jual baju murah-murah. Kami plan nak check-out ngam-ngam masa yang diberi oleh hotel..so kami guna masa tu untuk relax2 sambil bershopping. Tak sangka betul terjumpa orang islam jual roti nan. Kami tanya dia ada ke restaurant halal area tu..then dia tunjuk arah nak ke restaurant tu. So, kami decide nak makan situ before gerak ke Hong Kong.


 Roti nan yang ditabur bijan tu saya dah pernah try di Guilin...so saya terasa nak try pulak roti yang ditabur kacang dan bijan kat atas...agak keras roti ni...tapi not bad


Dah puas shopping..kamipun balik la ke bilik nak packing. Program kami pagi tu ala santai-santai jer. Siap boleh tidor kejap...hahaha. That day amoi yang tau english tu takde...staff yang lain tak berapa pandai english. Agak susah jugak la nak paham. Luckily ada mamat cina Malaysia tengah check in...dia la jadi translator kami dengan staff hotel tu...hehehe. Shopping bag yang kami rembat dari bilik hotel tu kena bayar pulak...hahahaha. Disebabkan bag tu cantik...kami bayar la. Ingatkan free...hehehe. Selepas say bai kat mamat tu..kamipun bergerak nak ke restaurant yang dikatakan halal tu...tetiba...eh..ada restaurant halal rupanya berdekatan hotel kami. So tak perlu nak berjalan lebih jauh untuk ke restaurant yang diberitahu oleh penjual roti nan tu. Syukur sangat. Akhirnya dapat juga kami makan betul-betul.


 Kebersihan restaurant ni amat tip top



 
Nasi goreng my sis paling sedap!!!


Lepas dah kenyang..kamipun keluar dari restaurant...terus dapat cab depan tu jugak..hehee. Kamana kami seterusnya?? Kami perlu merentasi sempadan untuk ke Hong Kong. Don't worry…tak susahpun. Ala-ala nak lepasi sempadan Thailand jer cumanya sempadan China - Hong Kong ni lebih moden la. Semua process imigresen adalah dalam bangunan. Kami hanya perlu ke Louhu iaitu station terakhir MRT. Untuk mengelak sesat dan terlalu tired, kami memilih untuk naik cab. Bila dah masuk building imigresen, just ikut signboard.


 Jom ke Hong Kong :)


Sepanjang berjalan tu, saya tertanya-tanya macam mana lah nak cross ni. Berjalan memang lama tau…so standby tau…jgn galas beg berat sangat..kang semput. Naik turun building jangan guna tangga..ada lift. Orang pulat berderet-deret Q nak lepas imigresen. Kena Q dua kali lah yer..sekali imegresen China dan sekali lagi Hong Kong. Dua negara ni just dipisahkan oleh sebantang sungai kecik ala-ala longkang jer..hahahaa. Buildingnya bersambung. Lepas jer dari imigresen sampailah kita di  Lo Wu Station..pandai-pandai lah beli MRT ticket untuk ke destination masing-masing. Sangat-sangat sistematik.


 
Agak mahal ticket ni...lebih kurang 1hr jugak la nak sampai destination

Kami stop di MTR Tsim Sha Tsui. MTR station kat situ banyak giler exit..kena tahu exit yang mana satu supaya tak sesat. Nasib baik my sis dah siap sedia info cara nak ke hotel. Untuk lebih pasti kena lah banyak bertanya orang. Saya nasihatkan..tanyalah foreigner..mereka lebih polite dan membantu nak banding local. Hong Kong ni ala-ala London...banyak giler foreigner. Disebabkan hotel di Hong Kong sangat lah mahal, my sis just book guesthouse. Bila sebut Chung King Mansion...InsyaAllah orang sekitar akan tahu. Building yang tak salah saya 13 - 15 tingkat tu merupakan apartment. Banyak giler apartment yang di convert menjadi guesthouse. Untuk naik ke tingkat 12 guesthouse kami tu...kami melalui kedai-kedai didalam bawah bangunan tersebut. Mak datukk...giler ramai orang bangla dan india..seolah-ola pergi India pulak..hehee. Baupun boleh tahan lah india. Nak naik lift plak...mak nenek..dah la kecik..sekali naik main sumbat jer masuk. Terkepit...hahahha..dah la naik sama-sama tu orang bangla. Terpaksa la tahan nafas…hap hap hap.  

 
On the way nak ke guesthouse. Dalam 5min berjalan jer


Dah sampai pintu guesthouse..my sis call la ownernya…just tunggu kejap diapun datang. Ohhh gitu rupanya guesthouse..owner tak tunggupun..call yer kalau perlu service dia. Dia tunjuk bilik yang kami booked…giler sempit..,..takde tempar letak beg pun kecuali bawah katil. Toilet kecik sesangat..dia tengok riaksi kami, dia bagi option bilik untuk 3 orang. Kamipun gi la tengok..haaa...ni ok skit..so kami agree nak bilik tu dengan bayar extra sikit. Lepas selesai process bayaran..kamipun relax-relax la. Kaki sangat sakit sebab banyak jalan. Oh ye...untuk air nak minum...ada disediakan refill mineral water.



 
Bilik ni adalah untuk 3 orang...1 master bed dan 1 single bed.



 
View dari luar tingkat. 

Lepas dah rest...kami mulakan mission. Dengan berpandukan blog Leez..kami akan ke DingDing Travel. Ada apa kat situ...mai cheq nak habaq. Kita boleh dapat entrance ticket untuk few attraction places in Hong Kong ni...sebagai contohnya yang kami beli..Disneyland, Peak Tram & Sky Terrace 428  dan juga ferry ticket untuk ke Macau. Untuk direction ke situ..sila refer blog Leez ye...amat membantu...ni linknya Leez@HongKong. Boleh juga tengok berapa banyak kita save kalau beli kat sini.



 
Memula sekali kena buat....belilah Octopus card ni ye. Ada dijual dimana-mana MRT station.



 
Menuju ke DingDing Travel office. 



 
Ticket yang sedia untuk pergi bila-bila jer sepanjang kami di Hong Kong



 
Dah sampai area Mong Kok ni...janganlah lepaskan peluang untuk jalan-jalan di Ladies Night Market. Ada bad experience kat sini...saya di jerkah oleh mamat penjual slipper. Baru jer sekali mintak kurang harga...dijerkahnya dengan cakap kuat-kuat harga sliper tu sambil renung tajam kat saya....eeeiiiii kureng tui. Sampaikan kawan dia satu stall dengan dia pun pandang-pandang dia. Something wrong betul la. Last-last dapat juga slipper yang murah.



 
Fridge magnet...semuanya cantik-cantik. Penjual kat sini semuanya kurang ajar. Semuanya jenis tak respect customer. Teruk-teruk betul la. Kalau tak jadi beli...nak marah-marah. Minta kurang..marah-marah. Pastu bila orang dah blah tak jadi beli...perbodohkan orang pulak dia kurangkan sampai 70-90%. Bila orang patah balik nak beli...dia wat tak tau pulak...eiiii geram tui. Nasihat saya...kalo nak serius beli ter boleh nak tanya-tanya atau mintak kurang harga..



Cantik betul gelang ni



Ada deretan restaurant dia night market tu...disebabkan terlalu lapar dan tired..kami memilih restaurant makan Turkish ni



 
Tengok dessert ni mengancam betul...harga mahal terlampau...so terpaksa lupakan 



 Fries bersama terung...sedap jugak



Nasi berlaukan grilled chicken...amboi bagi nama sendiri pulak...hahaha...sorry la lupa menu ni nama apa. Untuk dapat nasi ni...kami terpaksa tunggu dekat 1 jam..lambat giler. Tapi bila makan...sedap...rasa berbaloi tunggu lama.


Sakit kaki saya menjadi-jadi. Lupa pulak nak bawa balm. Lepas makan kamipun menuju ke satu kedai ubat cina ni...tiger balm kalau kat Malaysia ni dalam few ringgit jer...kat sana sampai dah nak mencecah 40-50 ringgit. Gila betul la. Last-last saya pun tak mau la. Alhamdulillah ada jual di building guesthouse kami tu di sebuah kedai runcit india. Bila dah sakit kami ni...mood dah kemana-mana. Nak nikmati keadaan tempat orangpun agak terganggu. Pemilihan kasut yang sesuai amat penting ye...jangan jadi macam saya. Ok guys see you next entry...sama-sama saya untuk menikmati kegembiraan di Disneyland Hong Kong..cheers!!!!


October 19, 2015

China (Shenzhen) - Part 7

Assalamualaikum...

Setelah 12 jam di atas sleeper train..kamipun sampailah ke Shenzhen. Tujuan kesini adalah untuk persinggahan ke Hong Kong. Agak tergesa kut kalau terus masuk Hong Kong sejurus sampai Shenzhen kan…so kami stay 1 malam di Shenzhen. Bila keluar dari perut train..kamipun berpusu-pusu berjalan keluar bersama penumpang lain. Ramai sungguh orang...fuhh. Untuk ke hotel kami perlu naik cab. Jaga-jaga teksi sapu..ada teksi sapu yang bagi salam kat kami..tak pasti kami dia tu islam ke tak. Kami memilih teksi yang memerlukan kita beratur. Just tunjuk address hotel..driver cab tu dah tahu. Kami ditinggalkan 1-2 block building...terpaksa berjalan kami..driver cab tu ada jugak tunjuk jalan..bila halfway berjalan..macam confuse pulak. Just 3 minit gitu berjalan..sampailah kami. Maybe driver cab tu tak mau masuk area hotel kami tu sebab dia kena pusing jauh kut. Saya agaklah..hehehe. Area hotel tu agak happening dengan mall sekeliling area tu. Keadaan lebih moden jika dibandingkan Guilin City


 
Shenzhen yang lebih kurang KL


Hotel ni berada tingkat 4 kalau tak salah saya. Ada lift khas untuk hotel ni jer. Jom tengok bilik!!!


Memang sangat selesa bilik ni...ada meja untuk saya senang memasak.


 Masuk jer bilik...saya terus prepare makanan..tahap kebulur time tu. Travel cooker saya guna untuk panaskan nasi lemak Brahim manakan kettle yang ada dalam bilik tu saya gunakan untuk penaskan sambal ikan bilis terus dari pack aluminium tu.


 Nikmat tak terkata bila dapat makan..hehehe

Selepas makan..saya cakap kat my sis saya nak jalan-jalan area dekat-dekat tu jap sementara dia mandi. Plan saya nak buat surprise untuk my sis sebab that day adalah birthday dia..hehehe. Kononnya nak cari bakery la untuk beli cake. Staff hotel tu bagitau saya direction untuk ke bakery...confident giler time tu..sayapun mulakan mission. Keadaan time tu memang sangat sejuk..tapi saya berpeluh cari bakery tak jumpa-jumpa..hahaha. Akhirnya saya kembali ke hotel..syukur sangat time tu..amoi staff hotel tu sanggup keluar untuk teman saya beli cake. Sambil-sambil berjalan tu kami sembang-sembang la. Walaupun tergagap amoi tu nak speaking, boleh jugak lah saya paham sebab tak kurang juga saya..gagap speaking..hahaha.

Agak sedih sebab tak dapat beli sebiji cake. Semua cake besar-besar. Mahu kembung perut my sis makan cake kalau beli besar-besar..hahaha. Akhirnya saya terpaksa beli cake berlainan flavor sebanyak 3 slices. Selepas ucapkan thanks kepada amoi tu...sayapun masuk la bilik. Takde surprise manapun sebab my sis dah boleh agak saya keluar beli something untuk dia..hehehe.

Selepas selesai surprise my sis..sayapun mandi. Memang tak sempat nak rest pun sebab kami perlu keluar untuk ke Window of The World (WOW). Saya memang tak study untuk trip kali ni…semuanya depend to my sis. Kekadang kesian jugak dia…dialah yang kena fikir semua..dia juga kena layan perangai saya kekadang tired pastu moody. Saya pasti takkan ada orang lain sanggup travel dengan saya bila tahu perangai saya...hahahaha..my sis jer sanggup. Kadang-kadang budget terover sebab nak layan perangai mak datin saya nak naik cab bagai sebab tak larat nak jalan..nak makan itu ini. Percayalah..saperpun takkan sanggup...hahaha. Sebenarnya saya boleh jer tahan berjalan atau susah skit..tapi kalau dtg mood ntah apa-apa tu..memang kesian my sis..

Dah dah..cakap..stop hal saya tu...hehehe. Setelah dah bersiap semua…kamipun berjalan lah nak ke MRT station. Dah terbiasa dengan beberapa subway di beberapa negara, taklah rasa blur-blur nak naik subway di Shenzhen ni. Don't worry…machine untuk beli ticket friendly user. Segala handbag perlu scan belum melalui entrance gate ke apa ntah orang panggil tu.



Just touch destination...then harga ticket akan tertera..token nilah ticket ye. Untuk start mission ke Window of The World...cukup lah tahu mana station untuk kita stop...ianya adalah Shi Jie Zhi Chuang Station...bila dah sampai...keluar ikut Exit F.



Selepas memalui tempat scan hangbag...baru boleh masuk area station mengikut tempat yang nak pergi. 




Dari dalam MRT station.



Ayuh lah kita...



My sis tengah beli ticket...sambil-sambil tunggu..saya snap sana sini.



Dekat luar dah nampak menarik..apatah lagi bahagian dalam



Taraaaa....dah ada ticket...untuk harga semua...saya share nanti2 jerlah ye



Window of The World (WOW) ni seolah-olah taman tema yang dibina untuk menggabungkan trademark buildings dari serata dunia. Buildings yang dibina seakan-akan meneyerupai bangunan asal tapi ianya adalah lebih kecil.



Kalau tak salah saya ni Achor Wat...tak sure sangat sebab belum pernah pergi.


Baru jer jalan sikit...dah lapar..hahaha..kami berjamu selera cake yang saya beli khas untuk my sis birthday. Semua cake ni sedap-sedap belaka..hehehe



Jom masuk tempat yang dikhaskan untuk negara Japan jer..siap ada show lagi...tapi kami xberapa sempat nak layan..sebab dah nak abis.



Mount Fuji di tengah kota raya...hehehe



Sakura itu adalah fake yer...dari jauh memang nampak real



Suka tengok bunga ni!!!



Taj Mahal...tingginya maybe dalam 3-5m gitu



Errrr....ni saya tak sure building ni melambangkan negara apa




Tempat ni memang tenang..bunga-bunga dimana saja...



Sampai di Holland pulak...hehehe. Menarik betul. Kat sini tempat yang paling happening



Gila best bagi ikan koi ni makan...air kolam pulak jernih...memang syok duduk sini



Mengalami pengalaman seperti Lara Croft ...dalam cter Tom Raider tu..hehehe



Dalam setengah hari boleh pergi macam-macam negara nih...amboi hai sakan...hahaha. Yang kat atas ni kononnya kat Paris lah. 



Kalau tak salah saya ni garden yang somewhere in France



Stonehenge...sampai sekarang belum berkesempatan nak pergi. Maybe tunggu next trip.



Church di Moscow.


Window of The World ni tersangatlah besar. Memang sakit kaki lah nak jalan. Kena pulak kami asyik berjalan ketika di Guilin..memang sakit giler kaki. Saya time tu tak sabar nak balik sebab sangat tired dan sakit kaki. Patutnya kami tunggu sampai malam...sebab macam ada show. Time tu ditambah dah start hujan dan saya tak tahan sakit kaki dan juga sejuk..maka my sis terpaksa ikut cakap untuk balik ke hotel. Sebelah malam kami hanya duduk dalam hotel. 

Berakhir sudah seharian di Shenzhen. Untuk next entry saya akan share perjalanan kami merentasi sempadan untuk Hong Kong. Untuk cover beberapa negara dalam 1 trip memang tired. Disebabkan pengalaman Europe Trip last year sangat smooth..maka kami tak teragak-agak nak buat lagi trip sebegitu. Ada adventure kat situ. Apa-apapun, kepuasannya sangat-sangat tak terkata.