May 31, 2011

KuCHiNg - Waterfront



Waterfront ni tempat tumpuan org ramai. Memang cantik kawasan tepi sungai ni..sesuai nak bersantai. Kat sini ada pemampang..kalo saya, panggil sampan. Pemampang ni kita boleh naik utk keseberang. 
Kalo dr 360 xpress just berjalan 10 minit dah boleh sampai area ni. Menakutkan jugak naik sampan ni. Just 3 minit cmtu dah boleh sampai keseberang dengan byr 50 sen one way.

Kat seberang ada Kampung Boyan. Kat kampung ni ada food court yg boleh kita mkn makanan Sarawak...bila jln skit dlm 2-3 minit..sampai lah Kampung Gersik. Kat kampung nilah kita boleh beli kek lapis MIRA dan terubuk masin. Harga kek lapis semuanya standard RM10 dan ikan terubuk 3 ekor RM10. Gambar saya letak ni aktiviti yg saya buat kat seberang ni...


Berjamu selera mee kolok dan laksa Sarawak..mee kolok sedap gak. Dagingnya sgt lembut. Laksa serawak ni kurang skit..perasa mcm serbuk mamee..hehe



Kmpg Gersik ngn Kmpg Boyan bersebelahan je



Ni lah kek lapis MIRA tu..mmg sedap..semua sample ni saya rasa...hahah



KuCHiNg - ThE TraVeL BegiN


Cter pasal London dan abis..ni cter psl Sarawak plak. Tak salah kita share pengalaman kan??

Cost utk flight dalam RM500 lebih. Saya booked lg 2 weeks nk pegi. Biasa la saya travel last minute dh jd kebiasaan..hehe. 1st time naik Fire Fly..kira ok lah tu...

Flight kul 11am, awal2 pg dah kuar gi One Utama...sekali terlepas skybus da...nak tunggu next skybus lambat 
sgt..kang terlepas plak flight. So terpaksa la ambil cab...Rm75 melayang. Cuasa baik sgt. Saja ambik seat dekat sayap..Allahuakbar!!!! cantik betul awan kalo kita dari atas. Xpuas pandang..mcm2 bentuk. lebih kurang sejam lebih atas flight..mcm2 awan saya snap.


Mata saya langsung xpandang benda lain, asyik kt luar je. Sempat snap pulau2..sikit terasa pelik kenapa 
nampak bercahaya keliling pulau tu?? maybe air laut dekat2 pulau color hijau...sgt mengagumkan.




































Ni lah pulau yg saya ckp bercahaya tu



Dr atas boleh nampak byk sgt sungai2...

Sampai jer, pihak hotel 360 Xpress dtg jemput. Kena byr la dlm rm6 sorg..tu kira murah sebab kalo cab drg ambil RM25 kalo xsalah. Dari airport Kuching ke hotel lebih kurang 20 minit cmtu. Hotel ni saya booked by fon..xpyh byr dulupun. Tahap kebersihan hotel ni memang bagus..i like :)


Hotel ni ada kedai runcit sendiri dan cafe sendiri. Staff hotel ni byk bantu bila saya bertanya interesting places kat Kuching. Mereka menyediakan perkhidmatan van ke Culture Village, Pasar Serikin dan lain2 lagi. Saya xambil apa2 pakej..semua survive sendiri..ni baru la adventure dan boleh save budget.

Saya sempat snap rupa bentuk hotel ni...konsep hotel ni adalah colorful..mmg cantik arr.




May 29, 2011

CaNTeK

AroMa IkaN BaKar, KuALa SeLaNgoR




Sekarang jom kita p makan ikan bakar pulak. Saya ke situ baru 1st time, tupun refer forum and internet baru tau ada tempat best ni. Perjalanan dari Damansara ke Kuala Selangor memang makan masa sikit lah, dalam 45minit cmtu. Tapi itu no hal lah kalo bab2 makan ni 2jam pun sanggup redah. Dalam kepala otak ni fikir tempat tu mcm restaurant2 melayu biasa jer, tp jangkaan meleset sebab tempat ni memang besar dan boleh muat 200 org gitu.






Jom tengok apa saya makan kt sini..hehe......

Ketam masak cili ni paling org suka...ahli2 forum la ckp. Sayapun apa lg, terus order mcmni lah..memang sedap sebab ketam ni masih segar ditambah plak sos yg sikit2 pedas dan manis ni. Saya ambil 2ekor sebab makan 2 org.


Ikan kerapu salah 1 ikan plg saya suka. Ikan ni saya minta dorg wat 3 rasa. memang rangup sebab ikan ni deep fried. Disalut plak dengan tepung..mmg lain dr lain betul. Kailan ikan masin biasa2 je mcm tempat lain..dan sotong goreng tepung mmg best sebab rangup tepungnya dan rasanya sukar nak explain..sedap sgt.



Saya ada gak order kerang bakar..bila fkr2 balik xlarat nak makan semua ni..lalu saya minta pelayan tapau. Sambung plak makan kt umah..Dlm RM50 lebih ni saya rasa sgt2 berbaloi..memang puas. Susah nak cr masakan ketam kt mana2 restaurant..kena plak Kuala Selangor ni dekat ngn laut, lg arr segar ikan2nya. Time nak balik sempat gak tgk sunset..
































JoSePh KiTcHen

1 restaurant favorite saya adalah Joseph Kitchen. Itali coffee kt sini memang terangkat abis. Kat rumahpun ada ada stok coffee ni...mmg best. Food pulak beraneka dengan harga boleh tahan..











beef kebab ni antara makanan yang cukup lazat. Dengan harga xsampai RM20, kita boleh dapat set kebab ni yg come with coffee, starter (soup or salad or onion ring) dan ice cream sbg dessert. Beef yang dimasak bersama black pepper dan diletak bersama kepingan cheese serta red pepper yg segar memang lazat.






Omelet ni dipanggil turkey omelet ..rasanya harga dlm RM 6 lebih. Dlm ni ada turkey, red pepper, tomato and cheese.




Ini plak island burger. Taktau lah apa sebab nama cmtu. Burger biasa jer tetapi roti burger ni lembut dan manis dan dagingpun sedap.







Gill moza chicken..harga RM18. Grilled Chicken breast with herbs and melterd mozzarella cheese, served with salad and potatoes..wallah


Grilled marinated boneless chicken with the choice of black pepper with salad and fries. Harga Rm13.00. Black pepper yg tiptop..susah nak jumpa mcm ni.

May 24, 2011

CoNe PizZa


Saya nak kongsi 1 tempat makan best, iaitu cone pizza. Sini pizza tak macam pizza2 lain. Pizza kat sini bentuk cone. Selain pizza ada lagi makan lain seperti cake, cheese bake rise, spaghetti, etc. Drinks pun best2..yg paling saya suka hot chocolate...perhh...pure coklat. Dulu ada kat kota damansara, sekarang dah xde dah...nape ntah. Tp kalo pegi puchong atau bandar sunway maybe ada lagi..syg betul dia tutup..tu salah satu restaurant tetap saya sebab xramai pergi, rasa selesa skit kalo org xramai.






























 Yang ni cheese bake rise seafood..mmg lazat.



Kalo ckp psl harga plak..boleh la tahan. Macam range harga pizza hut gitu. Drinks kebanyakkannya cecah rm6-rm7. Food plak mostly RM10 ke atas.







PorT diCkSoN




Semua org sure pernah pergi Port Dickson kan? saya suka sangat laut. Walaupun tak pandai berenang, tp saya suka laut...rasa syok jer kalo ombak pukul kat badan dan tarik ke dlm laut..kdg2 kalo dalam smpai bahupun saya berani..satu jer hotel saya suka stay. Hotel tu nama Regency Tanjung Tuan Beach Resort. Ada balcony facing to beach, senja2 boleh tengok sunset view. Banyak resort tepi pantai ala2 service apartment. Jgn lupa ke Coconut Grove restaurant. Sini boleh dapat mcm2 makanan. Dr balcony boleh tgk satu small island yg ada sebijik bungalow..ada org kata rumah tu milik seorg lawyer yang kaya.

Map ni maybe boleh bg direction kalo berminat nak stay kat sinilah..memang best sini. Beach kat sini antara beach yg bersih. Swimming poolpun ada.



Gambar kt sebelah ni yg saya sempat snap. Ni antara gambar paling saya suka. Time ni tengah mandi laut. Rendah sangat org ni turun..










Waktu2 petang plak, boleh minum teh kt coconut grove ni..syoknya sambil hirup udara segar..susah nak dapat kt KL suasana cmni. Jgn lupa try marble cheese cake..sodap wa ckp lu. Saya suka sangat minum earl gray tea..waktu malam dinner kt sini lg best..siap ada entertainment music lg..

May 6, 2011

Travel & Food

Semua org ada cara nak enjoy the life, cara saya travel and food. Travel maksudnya berjalan2 kat negeri atau negara org. Macam2 boleh learn dengan hobi travel ni, tapi kena korban duit sikit la. Jangan fikir travel ni macam bazir duit, anggap pengorbanan dari segi duit ini untuk membuka minda serta fikiran kita untuk berfikir lebih kedepan dan positif. Tanpa sedar saya sedikit teruja nak bekerja keras nak kumpul duit nak travel serta lebih berfikiran positif untuk menjadi seperti org sekeliling saya. Saya juga tak nak hari2 saya sama saja, saya perlu ceriakan hari2 saya dengan berlainan. Dengan travel, ia akan menjadi satu memori yang akan terpahat dalam minda dan akan menjadikan saya segar setiap hari.

Food satu lg hobi saya. Saya akan ceria bila makan makanan yg sedap serta berlainan hari2. Saya bukan saja suka makan luar tp suka masak juga. Saya selalu cuba resepi2 baru yang saya pernah rasa atau tgk kat tv. Kadang2 saya pandai2 modify. Saya suka gak jamu org makan. Dan xlupa nak dorg komen la..mmg syok bila org puji.