October 16, 2012

SeHaRiaN Di PeRaK

Assalamualaikum....

Berjaya akhirnya saya spend sikit masa untuk taip entry seharian di Perak ni. Travel kali ni macam biasa la..tidak dirancang. Passed 2 weeks..my sis ada hal di utara. Dia tetiba call suruh naik jer apa yang ada untuk jumpa dia di Ipoh. Fuuhhh..fikir punya fikir..peluang baik ni..tak pernah lagi explored Perak, so apa salahnya ikut jer cakap dia. Dengan geliganya paler hotak saya..makanya sayapun ke Mailbox untuk beli ticket bas. Semua orang tahu kan di Mailbox kita boleh beli tiket Transnasional tak kisah nak naik kat mana-mana station bus. Murah jer harga bas ke Ipoh..tak sampai RM20. 

Untuk menanti keesokkan harinya...sayapun book la cab. Kemudiannya search la kat google mana2 tempat best kat Ipoh dan kawasan-kawasan kewaktunya. Banyak yang keluar..taman dan gua...aduhh!!! Yang team park tu tak hendak la teman..uihh...tercakap Perak pulak..hehe. 

Sesampai jer kat station bus Ipoh..my sis dah tunggu kat tempat baeekk punya..hanya 3-4 tapak dah boleh naik kereta..hihihi. Dan lama tak naik bus..sakit kepala pulak..adehh!!

 Memula kami pusing bandar Ipoh seround dua..kemudiannya cari stadium Ipoh pulak..plan nak makan situ. Nasib baik jumpa. Restoran yang agak ok dijumpai itu kalo tak salah namanya Restoran Sabar Menanti. Tengok nama cam suspen plak..kang order kang nak kena sabar menanti makanan..hahaha. Rupa-rupanya ada nasi campur daaa...lauk2nya mabelos. Saya ambik pari bakar..udang galah kepala besar dan acar. Silap ambik acar tu sikit..sedap. Nak gi amik lagi malu pulak..hehe.


Kemudiannya terjumpa Taman Rekreasi D.R.Seenivasagam. Ni taman 
 Jepun...jom masuk!!!


View dalam taman...bila saya sambung photo ni...nampak cam bentuk love kan?? Ye kan jelah...hahaha



Station keretapi..ahhh..bosannya!!! tak tau nak gi mana!!



Kobar2 nak gi hotsprings bila nampak signboard..lagi kagum bila tengok yg kat atas ni...tak sabar2 nak rendam kaki dalam air panas padahal hari panas membahang..cam bodo kan?? hahaha...masuk jer...ala..tak boleh sesuka ati masuk daaa...tempat orang kaya nih. 1 malam stay kat tempat ni cecah ribuan ringgi...fuhhh!!! SEDIH!!



My sis ajak ke Kellie's Castle..hentam sajerlah labu.



Castle ni terletak di atas puncak bukit yang tak berapa tinggi...perlu cross satu sungai untuk ke castle tu



Photo atas ni boleh dilihat dari castle..nak beli tiket semua dari sana yee...





Saya ni sebenarnya tak berapa nak minat tengok benda-benda lama macam muzium tu. Fobia sebenarnya. Pernah dulu-dulu masuk muzium..tengok real janin yang di awet. Balik rumah tak boleh tidor..fuhhh..fobia tau. Macam castle ni saya ingat tak payah nak masuk-masuk naik tangga setiap floor..tapi my sis berkeras nak masuk. Saya ni tak suka naik tangga..tercungap-cungap la. Kosong jer castle ni sebab tak sempat dibina habis bila owner castle ni meninggal..boleh search dari google untuk baca detail pasal castle ni.


Sedih arr tengok bila tahu tarikkan sebenar castle ni adalah dari segi mistik gitu..malas saya nak citerkan kejadian2 mistik tu..just layan photo jerlah ek...



Fridge magnet...



Nampak photo ni?? hehehe...kesini pulak selepas tu..Menara Condong, Teluk Intan. Nilah 1st time saya ke sini. Jauh2 datang..snap gambar ni jer...hahaha..


Punya la pusing cari restoran terbaekk...tak jumpa daaa. Hentam masuk satu restoran ni. Agak sedih dengan layanan pemilik restoran ni. SEDIH


 
Walaupun sedih..makanan patut dimakan..sup tulang dan nasi goreng..huhuhu

Overall pasal travel kali ni ok ok jer..nothing special. Kadang-kadang tak tahan tengok orang lain non-stop travel ke oversea. I want too!!! Teringin sangat nak ke Korea..China..and London again. Terfikir juga kadang2 macam mana orang lain dalam setahun boleh cuti  banyak kali..adakah pekerjaan mereka takde commitment? 

Macam saya dalam pekerjaan..peredaran masa seolah2 membunuh..terlepas pandang..nahas!!! Semua dateline membuatkan saya stress..sesekali MC pun boss dah pandang hina..ahh. InsyaAllah performance yang bagus akan bagi peluang untuk saya cuti sekali sekala..segala tiket murah terpaksa dipandang saja..kalo ada rezeki next year nak ke NZ takpun Korea!!!

October 10, 2012

AnOtHeR CooMinG SooN (*_^)

Assalamualaikum...

Nak tayang lagi entry cooming soon..hehehe. Kenangan manis ni pasti memberi senyuman sepanjang menaip entry. Masa belum ada lagi nak taip..so tayang dulu..hehehe. Tengok view bawah ni sure semua dah boleh agak kat mana. Masih fresh lagi di ingatan sebab baru last weekend. Dan ada yang akan muntah bila saya akan masukkan photo2 seperti gambar di bawah sekali..hehehe!!

See yaahhh!!!



October 9, 2012

CoMinG SooN :)


Assalamualikum...

Entry saya seterusnya ala-ala saja..just nak habiskan masa lapang..hehhe..nantikan yerrr!!!