August 24, 2014

France (Jardin Du Luxembourg & Scare Coeur) - Part 4

Assalamualaikum...

Untuk pengetahuan uols..entry untuk Paris ni bakal sampai ke penghujungnya. Isk isk isk...leganya kan?? Hehehe. Saya sengaja panjangkan entry Europe ni sebab saya suka!! Hehehe. Suka apa?? Suka la...bercerita..share experience..share photo..dan juga share info. Kalau just masukkan photo tanpa berbicara...saya sendiri tengokpun tak best..kalo bercerita tanpa photo..lagilah tak best. Bila complete dengan photo dan cerita...bila diri sendiri baca balik, sorang-sorangpun boleh senyum..haha. Pengalamankan sesuatu yang berharga, hargailah ia dengan buat sesuatu keatasnya. Sama ada menulis blog, diari, create photobook ataupun bagi yang mampu...boleh bukak galeri photo untuk share dengan orang ramai photo-photo anda snap serata dunia. Bagi anda yang menjadi amat matang dengan pengalaman travel..boleh jugak jadi agent pelancongan..wahh terbaik tuh!!!

Amboii..cakap banyak pulak..hehe. Saya ni menulis memang macam cakap banyak..tapi kalau jumpa depan-depan, kurang cakap sikit..hehe. Okok..cerita kali ni refer to hari terakhir di Europe dan juga di Paris amnya. Hari tu kami ada masa dari pagi hinggalah ke petang untuk ronda-ronda Paris sebab kami akan pulang ke Malaysia. Awal-awal pagi kami dah pack semua barang dan check-out. Kami terpaksa ambik risk letak bag di underground floor hotel tu. Tiada bilik khas untuk letak bag.


Dapur hotel tersebut..terpaksa letak kat sini semua bag kami.


 
Untuk naik semuala ke ground floor..terpaksa panjat tangga sempit ni..hahaha...lift lambat sangat.


 
Awal-awal pagi bukan main lagi kami berdua..hahaha...nak merasa suasana orang Paris breakfast bagai...hahaha. Dapat free fresh orange tauu!!!


 Bad food!!! itu conclusion dapat kami bagi..roti dan croissant tu sangatlah keras...butterpun keras..hahaha.


 
Waffle..macam instant punya..akhirnya kami hanya minum jer


 
Dorang ni awal-awal pagi dah pakat minum wine sorang segelas...isk isk isk 

Lepas dah isi perut ala kadar..kami mulakan perjalanan untuk saki-baki masa di yang ada. HoHo bus untuk 2 days memang kami gunakan sehabis boleh. That day saya ada mood sikit nak snap building-building di serata Paris...jom tengok photo...


Gare De L'est station...funtionnya lebih kurang macam Gare Du Nord dan kedudukannya tak jauhpun dari Gare Du Nord


 
Rasanya ni adalah church


 
Adventure jugak naik HoHo bus ni...saper-saper tak alert ranting pokok yang ada tepi jalan, sure membahayakan..especially penumpang bahagian atas...kami nyaris-nyaris nak kena...hehehe.


 
Arch macam gini boleh jumpa di mana saja


 
 
 Tak sure ni puncak building apa...


 
Gaumont Opera


 
Palais Garnier or Paris Opera...agaknya ni lah tempat yang ada show orang nyanyi ala2 jerit-jerit sampai nak terkeluar anak tekak tu..hahaha

 
La Madeleine ni adalah church


 
Inipun tak sure building apakah


 
Kami macam tertarik nak turun kat sebuah taman yang dikenali Jardin Du Luxembourg...building yang belakang tu adalah kediaman janda King Henry IV yang dikenali sebagai Laxembourg Palace


 
Takde apa yang menarik kat sini..tempat orang melepak tengah panas jer


 
Bunga-bungapun tak banyak


 
Tempat shooting Rush Hour...


 
Tempat terakhir untuk kami tuju adalah...Sacre Coeur. Kami bukannya nak melawat church...tapinya just nak tengok satu building yang sungguh cantik architecturenya. Church ni duduknya di atas bukit ye. Untuk ke ke situ..kami perlu melalui dicelah-celah building yang sangat happening. Untuk pengetahuan semua...di sinilah tempat paling best nak beli souvenir. di celah-celah building nilah terdapat banyak kedai souvenir dan juga restoran halal.


 
Berpusu-pusu manusia shopping souvenir


 
Just mampu berjalan sampai sini ...hehehe. Kalau anda datang sini..silalah ke atas lagi ye...boleh tengok view seluruh Paris. Kat sini ramai mat black dok jual tali yang dorang pintal-pintal menjadi gelang ke cincin ntah..tak sure saya. Hati-hati ye..takut ada penyeluk saku


 
Really beautiful architecture


 
Dah puas bergambar...kami mulakan sesi shopping souvenir saat-saat akhir..tapi agak tergesa-gesa sebab takut terlepas flight.


 
Time ni agak lapar...makanya..terbeli lah macaroon yang colorful ni...hahaha. This is my 1st time rasa macaroon


 
Antara product yang dibuat dari chocolate...creative!!


 
Taraaa...macaroon yang berperisa berries..chocolate..orange..toffee..vanilla..caramel serta stobery...aduhh...manis dan sedap. Lama-lama ngap jadi muak pulak.

Tempat ni tak jauh pun dari hotel kami..naik HoHo bus kejap jer dah sampai. Sebenarnya kami nak makan area  Sacre Coeur tu..tapi terlupa sesangat...hahaa...makanya...terpaksalah makan di area hotel.


 
Last meal kami di Paris..my sis makan nasi bersama kentang goreng dan saya nasi bersama kebab ayam...wallllahhh.

Cukuplah takat sini dulu yerr...pasni saya akan share cost yang saya spent di Paris serta pengalaman pulang ke Malaysia..bai bai :)

August 17, 2014

France (Eiffel Tower & Champs Elysees) - Part 3

Assalamualaikum...

Gatal betul kaki ni nak travel lagi..tapi boleh kah? Lately ni macam-macam sangat kes flight terhempas..kena tembak..silap landing..cuaca buruk sampai terhempas. Yela..semua orang tahu mati itu adalah pasti cuma tak tahu jer macam mana cara nyawa seseorang tu diambil oleh Penciptanya. My parents contohnya..tak kan paham kalau saya explain macam manapun kat dorang. Fobia ke atas kejadian-kejadian flight ni buatkan parents saya susah dah nak lepas saya naik flight. Tapi bila saya balik penang naik flight dorang ok lah pulak..hahaha..maybe sebab dorang tahu tu jer cara paling cepat saya boleh sampai rumah kat kampung nu ha. Apa-apapun saya syukur sangat sebab bila fikir-fikir balik..sayangnya makayah saya kat saya :)

Ok lah..saya nak sambung citer kisah di Paris. That day is 15th May 2014...Selepas puas makan roti free kat Notre Dame, kami naik HoHo bus untuk ke Eiffel Tower pulak. Kali ni kami jumpa manusia yang sangatlah ramai. Antara negara-negara pernah kami pergi selama ni...di Parislah kami dapat saksikan tourist yang paling ramai. Kenapa ye?? Adakah sebab Paris ni cantik?? Adakah Paris ni simbolik percintaan?? Ataupun adakah Paris ni terlalu best?? Jika tanya saya..ketiga-tiga persoalan itu adalah tidak benar sama sekali. Nak kata cantik...tak sesuai kut..kalo unik tu maybe betullah sebab buktinya adalah building-building kat sana. Nak kata simbolik percintaan...hmmm..ntah lah. Eiffel Tower tu simbol percintaan?? Saya nak tengok Eiffel bukan sebab tu sama sekali..hehehe. Saya just nak saksikan hebat sampai macam mana tower tu. Jom tengok photo saya snap :)



 
Eiffel Tower disebalik rimbunan pepohon...


 Sanggup ke Q untuk masuk dalam toilet tepi jalan ni?? Sememangnya ada yang sanggup...panjang Q kat toilet ni..hahaha...saya tak sanggup :P



Boleh berjalan jer nak ke tempat-tempat kat signboard ni...dari tempat-tempat ni boleh bergambar berlatarkan Eiffel Tower dari kejauhan. Nampak minah baju hijau tu?? Nyampah tul..suruh orang sign apa mende ntah..bila orang tak mau nak tolak-tolak gitu. Really suspicious...


 
Ramai orang tengah Q nak naik Eiffel Tower ni. Kami?? Hmm...kami just visit kawasan sekitar jer.


 Transport style gini banyak terdapat kat Paris..dia boleh bawak 2 orang penumpang. Tapi punya la mahai..saya ada tanya..harga dalam 30 Euro kalau tak salah saya. Tak sure dia pusing-pusing area mana.


  
Dah sampai sini..wajib la ada photo bersama tower besi ni...hahaha. Dari bacaan saya, Eiffel Tower ni lebih kurang setinggi 80 lebih tingkat building. Engineer yang membina tower ni bernama Gustave Eiffel. Eiffel Tower ni adalah building paling tinggi di Paris.


 
See?? Ramai betul orang berjemur..kami pulak cari tempat teduh untuk lunch...hahaha. Dengan bekalan lauk Berahim dan roti..kami berjamu selera kat sini.


  
Dah kenyang, kami berjalan sikit untuk ke area di mana kita boleh bergambar di bahagian tengah-tengah Eiffel Tower. Kat sini boleh tengok bermacam-macam aksi orang nak snap photo..ada yang sampai berbaring kat rumput..haahaha. 


 
Pekena ice-cream..


 
Mini Eiffel Tower..hehehe. Saya perhatikan kat sini takde restaurant. Yang ada cuma kiosk-kiosk macam kat sebelah saya tu. Tempat ni memang lapang selapangnya.


 
Kalau nak naik cruise..just berjalan sikit jer...tapi kami memang tak plan nak naik cruisepun. 


 
Asalnya kami nak berjalan ke satu tempat..tak salah saya nama tempat tu adalah Concorde. Tapi kami berjalan halfway jer. Penat dan rimas sebab orang ramai sangat buat kami tak berapa teruja nak ke situ. Ketika ni kami sempat saksikan polis yang berbasikal kejar mat black yang menjaja souvenir..berselerak mat black lari. Tapi polis-polis ni macam acah-acah jer..hahaa. Yela..camner nak tangkap kalo mat black tu ada ramai orang.

Lepas diskas dengan my sis..kami decide nak ke Champs Elysees. Niat dihati nak shopping lah apa yang patut. Tempat ni lebih kurang macam Oxfort Street gitu. Tapi mahal-mahal lah barang kat Champs Elysees tu...kami just jalan-jalan jamu mata jer. Nak ber tea breakpun semua cafe penuh dengan orang...aish...mana-mana jer ramai orang...hahaha. Seriuosly..Paris ni manusia macam semut sedang hurung gula..wakakaka. Jom tengok apa snap kat Champs Elysees ni...


Kami hanya berjalan-jalan di deretan kedai di sebelah kanan. Jalan ni punya la besar..tapi jammed...isk isk isk.


Souvenir kat sini mahal..jangan beli yeee...

 Macaron...warna-warna yang menarik perhatian untuk orang memakannya. Time ni saya belum tergugat melihat macaron ni...hehehe

Selepas puas jalan-jalan..kami decide nak balik dan dinner di area hotel kami. Kamipun tunggulah bus route HIJAU. Kami perlu ke tempat di mana kami memula naik bus route HIJAU ni sebab kami perlu naik bus route KUNING untuk ke Gare Due Nord. Ketika tunggu tu...ada beberapa tourist pun dok tunggu. Fed-up betul tunggu bus tu..beberapa bus taknak ambik kami..maybe sebab service bus tu dah nak abis. Time tu jam baru pukul 6pm. Gelisah lah kami bersama-sama tourist  tu. Tetiba datang 2 bus sekali...bus yang 1st taknak bukak pintu..dia tunjuk suruh naik bus belakang dia. Berlari-lari kami pulak ke bus belakang....pun taknak bagi kami naik..suruh kami naik bus depan..lari pulak ke depan..lepas my sis explain dengan marah..baru dia bagi naik. See?? 

Sangat worse la service HoHo bus ni. Bila dah sampai Medaline..tak nampak rupa bus route KUNING langsung. Lama jugak kami dan tourist yang lain tunggu. Bila jer bus tu sampai..lain pulak alasan. Service bus tu dah abis..tapi time tu pukul 7pm..bila ditanya service abis pukul 8pm..grrrrr...geram betul. 

Nasib baik metro just tepi kami jer..so kami terpaksa lah turun ke underground station tu. Nasib baik staff metro layan kami. Dia explain macam mana kami nak balik semua..dan tolong belikan ticket guna mesin. Baik betul dia. Ramai orang cakap orang France ni tak pandai berbahasa inggeris..tapi sepanjang di sana..kami tak pernah bermasalah communication. Orang yang kami jumpa semua boleh berbahasa inggeris..maybe kebetulan kut :)


 
Takde banyak beza dengan underground tube London...time ni maybe orang balik kerja..aduhai..penuh padat dalam train ni. Kami dua-dua orang kepit handbag rapat..hahaha. Alhamdulillah takde apa perkara tak diingini berlaku.


 
Lapar betul time tu..kami terus ke restaurant halal area hotel kami tu. Tengok roti bertoppingkan cheese ni...nyum nyum nyum. Saya teringin nak makan kebab time ni


 
Taraaaa....my dinner. Memang terbaikk...fries tu terlalu banyak..half jer saya dapat habiskan. Kebab tu memang terbaik...cukup rasanya.


 My sis order nasi. Wedges goreng tu walaupun simple tapi sangatlah sedap. Digoreng bersama bawang besar..bila dimakan terasa manis bawang besar tu dan potato yang sangat lembut. Saya asyik curi makan makanan dia..hahaha

Berakhir sudah day 2 in Paris. Kami masih ada 1 hari lagi di Paris sebelum bergerak pulang ke Malaysia. Untuk keesokan harinya..saya dah inform my sis tempat yang saya nak sangat pergi. Dalam hati ada juga nak tengok Eiffel Tower diwaktu malam..bila fikir-fikir balik, malampun lewat kat Paris ni..kang nanti  tak dapat balik hotel pulak kalau public transport dah stop service...bahaya jugak tu. So, kami just relax jer malam tu.