April 30, 2013

Hai Malaysia...Saya ada di Korea (^_^)

Assalamualaikum...




Saat ini dan ketika ini saya berada di Seoul, Korea
Sepanjang berada di sini, cuaca sangat baik dan udara nyaman sekali.
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah.
InsyaAllah saya akan share pengalaman kat sini pada masa akan datang..

Saya share sedikit sebanyak gambar yerr..hehe




Inilah salah satu impian saya..nak tengok bunga ni.Walaupun bukan musim bunga ni merimbun, saya bernasib baik dapat tengok sesetengah pokok yang merinbum..

Bai bai..cu :)

April 25, 2013

Itinerary Krabi



Assalamualaikum

Baru-baru ni ada beberapa rakan blog dan juga bukan rakan blog bertanyakan itinerary Krabi. Dalam masa beberapa minit terhasilah itinerary tersebut. Kebetulan dah ada..makanya saya nak share lah kat blog saya yang tercinta ini. Trip saya ke Krabi yang berlaku dulu kala ini..adalah trip terkejut tergempaq. Ia juga diberi nama roadtrip...aaahaaa!!!

Trip ini sesuai untuk sesiapa yang belum beli flight ticket dan nak melalui pengalaman adventure gitu. Bila guna kereta sendiri ke Krabi ni banyak faedahnya. Antaranya senang nak bergerak kemana-mana dengan keadaan yang selesa. Dan kena ingat..make sure petrol tu siap-siap taruh full tank ketika masuk ke sempadan Thai. Minyak kat Thai berganda-ganda mahai tau!!

Nak tahu lebih lanjut trip saya ke Krabi, boleh click link-link yang sebelah kanan blog saya ni.


Ini adalah kos untuk dua orang..iaitu me and my sis.
Cantek kan?? ini salah satu view dan di salah satu 4 island yang saya pergi ketika ke Krabi.
InsyaAllah..kalo ada rezeki saya akan ke Korea esok pagi.
Sekian..terima kasih..bai bai


April 5, 2013

Satay House @ Kota Damansara

Assalamualaikum....

Entry kali ni pasal jalan-jalan cari makan yerr!! Kalau saper-saper yang stay kat Kota Damansara ni sure tahu Satay House. Hmm...sebenarnya restoran ni wujud dari last year. Entah kali keberapa saya ke restoran ni baru semalam tergerak nak snap rupa satay kat situ...hehehe. So hari ni saya nak share la sikit pasal Satay House ni. 





Restoran yang ada trademark memang boleh maju!!


Satay House ni sangat dekat dengan rumah saya. Restoran ni hanya bersebelahan dengan San Francisco Pizza. Nak order satay ni ada syarat-syaratnya...amboi..over pulak bunyiknya kan!!! hehehe. Kalau saya lah kan..5 cucuk satay dah cukup sebab secucuk satay banyak isinya..takde lemak langsung. Malangnya kat sini minimum order adalah 5 cucuk. So, kalo saya nak 5 cucuk dan campur-campar ayam dan daging..makanya tak boleh la. Kena order 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..tak larat nak habis. Tapi nasib baik la pegi dengan my sis..boleh dia 5 cucuk daging dan 5 cucuk ayam..share-share gitu. 




Nyum nyum..terbaek lah satay ni!!!
Saya suka satay daging lagi dari ayam sebab dagingnya sangat lembut dan manis..penuh dengan rasa. Ayam macam kering sikit dan bahan-bahan perap macam tak serap ke dalam. 
Harga satay ni lebih kurang RM1.20 - RM1.50



Taraaa...ini lah mee rebus. Harganya RM6.00
Nampak simple kan?? Tapi kalo gaul semua sekali...fuhh best!!!



Yang teringin nak ke sini..kat bawah ni addressnya. Kalau ada yang nak saya bawakkan..contact2 lah yer..hehehe. Kalau sorang dua boleh la saya belanja sambil kenal2. Kedudukan restoran ni betul-betul berhampiran Segi Kolej. Kalau ke sini..terus ke counter untuk order dan terus bayar. 


Satay House 
No.7 Jln Teknologi 2/1C , 
Kota Damansara Signature Park 
47810 P.J Selangor