February 11, 2018

Balkan Trip - (Bosnia and Herzegovina - Sarajevo) Part 1

Assalamualaikum...

Bermula sudah cerita di Bosnia and Herzegovina. Untuk pengetahuan semua, saya tak pernah tahupun Bosnia ni adalah salah satu negara yang sesuai dikunjungi. Langsung tak pernah tahu Bosnia ni tempat yang sangat menarik. Saya start tahu pasal Bosnia adalah sejak last year bila my sis cerita mengenai Balkan. Balkan pun saya tak pernah dengar...hahahaha. Mula la my sis cerita itu ini pasal Balkan. Dia explain apa yang ada di Bosnia dan Croatia. Memula tu saya fikir Bosnia ni macam Vietnam jer...hahaha. Lebih-lebih lagi bila sedar yang Bosnia ni pernah mengalami peperangan 20 tahun dulu. Saya fikir takde apa dengan Bosnia ni. 

My sis bersungguh-sungguh explain yang Bosnia dan Croatia sangat cantik cuma transport jer tak berapa nak systematic. Berbulan-bulan jugalah my sis yakinkan saya. Akhirnya saya setuju bila my sis cakap kami akan ke Istanbul juga. Tak pernah terjangka secepat ini nak ke Istanbul. So, saya asyik study padal Istanbul dan ala-ala jer study pasal Bosnia and Croatia. My sis pelik lah tengok saya tak berapa excited sangat dengan dua negara tu. Sesungguhnya I underestimated kedua-dua negara ini. Jom baca pengalaman berharga yang saya kongsikan sini...ayuhhh!!!

Flight kami malam tu dari dari Istanbul adalah 7.30pm dan sampai di Sarajevo pada 7.30pm juga. Ehh...apakah?? Beza masa dua tempat ini adalah 2 jam, sebab tulah kami sampai 7.30pm juga..hehehe. Sepanjang flight memang aman tenteram. Bila saat Turkish Airlines ni nak landing..fuhh...kecut betul perut saya. Flight tu macam susah betul nak turun. Macam berlegar-legar jer di udara. Dan seolah-olah kejap turun kejap naik. Tangan saya dah berpeluh..macam-macam surah saya tahu saya baca, berselawat dan zikir tak henti-henti. Semua penumpang diam jer. Memang dah jelas kelihatan segala bentuk muka bumi Sarajevo tu, tapi flight tu tak landing pun. Pelik betul. Syukur kepada Ilahi sebab flight tu landing juga dengan selamatnya walaupun hentakan agak kuat ke permukaan landasan. Tepukan gemuruh oleh seluruh penumpang termasuk kami...hahaha.

 
Kami dihidang dengan veggie cheese sandwich. Sedap betul sandwich ni. Rotinya lembut dan cruncy di luar..just veggie bersama cheese sudah cukup menyelerakan. Blueberry mascarpone cheese tu pun sedap. 



Akhirnya jejaklah kaki saya di bumi Bosnia and Herzegovina ni. Hanya flight Turkish Airlines satu-satunya di dalam airport tu. Nak melepasi imigresen pun tak lama. Sunyi sepi keadaan dalam airport. Hanya kami semua yang baru turun dari perut Turkish Airlines. 1s time saya tengok airport sunyi sepi gitu. Tapi counter money exchange dan car rental ada jer dibuka. 

Benda pertama yang patut kami buat adalah withdraw duit dari ATM machine. Kami langsung takde Bam (matawang Bosnia). Bila dah withdraw duit, kami keluar nak cari cab. Semua manusia satu flight dengan kami dah hilang. Tinggal kami berdua jer depan airport tu...hahahaha. Sikit rasa kaget. Nasib baik ada jer cab. Untuk elak scam ke apa ke..kami betul-betul tanya driver cab tu berapa harga untuk ke Sarajevo Old Town. Banyak kami juga lah kami dok suruh dia ulang. Harga cab adalah 35KM.

Perjalanan untuk ke Sarajevo Old Town just setengah jam jer. Pakcik cab tu stop betul-betul depan Pigeon Hostel. Keluar jer dari cab, Saya tengok signboard tulis Pigeon Hostel tu macam kain rentang jer. Langsung tak nampak rupa hostel. Ada metal door tanpa glass tertutup rapat. Cahaya kat luar pun malap jer. Saya dah cuak. Saya pandang my sis...hostel apa gini?? 

Time tu saya nyaris-nyaris nak mintak my sis cari hotel lain. My sis tak peduli saya, dia tekan intercom ditepi pintu dan pintu terbuka. Kami masuk. Lagi sekali saya cuak. Keadaan di dalam langsung tak nampak macam hostel. Yang ada ketulan batu..lantai berhabuk dan gelap. My sis kuat semangat betul. Dia tenang jer. Kami naik tangga yang ada kat situ. My sis suruh saya biar jer luggage di bawah. Lega betul tengok keadaan 1st floor. Baru nampak rupa hostel. 

Rupa-rupanya hostel tu tengah renovate di bahagian depan. Pekerja hostel tu tolong angkat semua luggage kami. Dia ajar macam mana nak kunci metal door kat bawah semua. Sementara dia terangkan semua benda kepada my sis...saya pun belek-belek lah keadaan hostel tu. Semua bilik ada kunci diluar pintu. Maksudnya takde orang lain stay di hostel tu selain kami. Seram pulak saya rasa...lagi-lagi pekerja hostel tersebut akan tinggalkan kami. Hanya time summer ada 24 hours staff. 



Suasana dalam hostel


 
Syukur dapat bilik yang selesa walaupun hati dupdap dupdap



Keadaan toiletpun boleh lah..



Bila selak curtain...taraaaa...bilik kami betul-betul depan attraction utama di Sarajevo ni...Old Town. Tengok keadaan macam meriah jer kat luar ni. Tak salah saya time ni dah pukul 8.30pm gitu. Kami takde rasa nak keluarpun sebab tired dan dah kenyang. Time ni saya takde nak excited apa sangat lagi..cuma rasa lega bila tengok keadaan bilik yang ok.

Saya terjaga seawal 5am. Saya tidur betul-betul nyenyak. Dari pukul 5am saya memerhati keadaan di luar tingkap. Dari keadaan susana gelap, slowly keadaan menjadi cerah dan menenangkan. Seawal 5am manusia mula keluar untuk pergi kerja agaknya. Depan jalan tu ada tram station. Dapatlah saya saksikan tram tertua di dunia. Memang nampak  buruk rupanya...hahaha. Kicauan burung mula memenuhi setiap ruang. Syoknya tengok buruk berterbangan riang. Kedai-kedai di Old Town pun mula dibuka seawal 6.30am.



 
Bila matahari menyinari alam..terbentang indah view ini di mata saya. Macam-macam style saya snap photo ni, satupun x menarik sebab cermin tingkap agak berhabuk. Sekali my sis yang dok baring-baring bangun terus buka tingkap...hahaha. Mati-mati saya ingat tingakap tu tak boleh dibuka..hahaha. Dan inilah photo terhasil.Menakjubkan betul rumah-rumah di lerang-lereng bukit tu.



 
Time ni saya betul-betul tak sabar nak explore tempat ni. Tetiba hati saya rasa lain. Ala macam selalu lah..setiap tempat saya sampai..perasaannya mestilah lain-lain..apa raaa..drama lebih...hahaha. 

Mission pertama pagi tu adalah cari breakfast. Tengok weather forecast...cun betul weather that day. Sejukpun boleh tahan dalam 7 degree calcius gitu. Let's explore Sarajevo... 


 
Suasana sekitar hostel. Check betul-betul keadaan hotel yang ingin dibook..takut-takut berbukit sangat..susah nak menapak. Hostel yang my sis book ni betul-betul dekat dengan attraction places, tram station dan juga cab. 


Bilik kami betul-betul atas kedai nama Konzum tu



 
Nampak bangunan kayu comel belakang saya tu?? Itulah Sebilj yang merupakan sebuah fountain yang berada di center of Baščaršija Square. Air dari fountain tu boleh diminum. Dan ia merupakan simbol bagi Sarajevo. Pepagi camgini memang belum ramai lagi orang memenuhi tempat ni. Tunggu tengahari sikit..penuh orang kat sini. Burung-burung merpati kat sini memeriahkan lagi suasana.Maybe hostel yang kami stay tu namanya Pigeon Hostel sempena merpati-merpati yang banyak giler area ni.



 
Tak banyak kedai yang buka time ni dan hanya kami pelancong yang berkeliaran area ni...hehehehe. 


 
Dalam banyak-banyak restaurant yang kami lalu...saya tertarik dengan restaurant ni. My sis tanpa soal ikut jer kemahuan saya.  


 
Taraaa...makanan yang kami order. Simple and nice. 1 yang pelik pasal restaurant ni, dorang takde serve drink. Bila order drink, dorang akan ambik dari restaurant sebelah..haahhaaha. My sis mintak hot water pun takde. Dia mintak sebab nak tambah air sikit dalam coffee yang agak bagi dia agak pekat tu. Tak berapa nak puas minum coffee di Bosnia ni. Dorang serve dalam cup kecik-kecik. 



 
My sis order grilled vegies bersama cheese dan chicken ham. Time nilah kami berdua jatuh cinta dengan grilled vegies. 



Lupa pulak nama meal ni. Roti ni rasa macam cakoi..hahhaa. Kena cicah dengan sour cream + cream cheese. Agak pelik cicah gitu. 


 
Last2 my sis ambil keluar serunding ikan bilis yang saya buat..dicicahnya penuh selera. Dia cakap barulah sedap cicah gitu..hahahaha. Total cost makanan kami ni around 12KM.

Lepas breakfast, suasana menjadi semakin cerah....langit membiru dan sedikit berawan.

 Dah kekenyangan...kami round sebahagian Old Town. Saya berada di copper alley yang menjual barangan yang diperbuat dari cooper...sebahagian dari kedai belum pun buka lagi.


 
Set untuk coffee..diperbuat dari copper 



 
Terasa seperti suasana di Turkey


Disebabkan kedai-kedai souvenir di Old Town belum habis semua dibuka lagi..kami pusing-pusing kawasan sekitar. Aman tenteram Sarajevo ni. Udarapun sungguh nyaman sekali. Sesekali angin sejuk menyapa...terasa sejuk sampai menggeletar.  

 
Suka tengok rumah-rumah di lereng-lereng bukit...teringat Bergen di Norway. Nun di puncak bukit sana..kelihatan seperti istana. 

 
Kami berjalan-jalan di sepanjang Miljacka River sambil layan view sekitar.



Love this view


 
Nasional Libary. Very nice architecture. 


 
Nun di sana adalah Latin Bridge. Kenapa bridge ni menjadi salah satu attraction places must see in Sarajevo?? Kalau tengok macam biasa jer bridge ni..sebenarnya ada kisah di sebalik bridge ni. pada tahun 1914, Gavrilo Princip menembak mati Franz Ferdinand, pewaris takhta Austria-Hungarian. Tragedi pembunuhan itulah menyebabkan permulaan World War I.


Saya bagi idea kat my sis untuk layan view Sarajevo dari atas. Sebelum trip lagi saya dah target nak ke The Yellow Fortress atau Yellow Bastion atau Zuta Tabija. Sebenarnya boleh jer berjalan ke tempat tu. Memandangkan jelmaan diva merasuk jiwa saya, saya decide nak tahan cab...hahaha. My sis ikut jer..saya tanya pakcik cab tu harga ke tempat tujuan kami tu. Dia cakap around 6-7KM 1 way. 2KM bersamaan 1 Euro (RM5). Ok lah tu kan. Kalau nak menapak jenuh jugak sebab berbukit kut...sejuk lagi. Kami minta pakcik tu tunggu kami dalam 15 minit gitu. Dan meter cab tu berjalan lah..

 
 Rupa-rupanya Yellow Fortress ni area deretan rumah atas bukit yang saya tengok dari bawah tu. Kelihatan dengan jelas Miljacka River


 
Tenang jer suasana di Sarajevo ni...yang putih-putih tu adalah batu nisan dari perkuburan islam. 


 
I really enjoy the view 


 
Padat betul rumah-rumah area lereng-lereng bukit...time ni kami berdua jer atas ni.

Dah puas layan view dari Yellow Fortress, kami minta pakcik cab hantar kami ke Old Town. Dan total tambang adalah around 17KM. Saya request kat my sis nak try minum Bosnia coffee. Dia macam biasa lah, bab makan serah kat saya...hehehe. Sambil-sambil tu kami sambung explore Old Town sebab awal pagi tu banyak kedai belum buka.



 
Bosnia baklava  ni lain sikit dari Turkish Baklava, macam ada sos lepas tu tak cruncy. Kalau Turkish baklava cruncy sikit. Yang saya order ni pistachio baklava...sedapppp



 
Yang my sis order ni nuttela baklava...sedappppp



 
Taraaaa....inilah Bosnia coffee yang saya nak try sangat tu. Waitress tu siap ajar lagi macam mana nak minum. Ada beza sikit bosnia coffee ni dengan brew coffee. Coffee ni tak ditapis dan sangat pekat betul rasanya. Ianya dihidangkan dalam quantity yang sedikit. Disebabkan coffee ni pahit, perlu gigit candy yang diberi setiap kali menghirup coffee ni. Must try tau!!! 


 
Saya ada beli sebungkus..tak mahal sangat. Aroung 8KM kalau tak salah. Bila balik Malaysia saya try minum coffee ni, sama jer rasanya dengan coffee yang kami minum di Sarajevo. Ada sebuah kedai area Old Town menjual coffee ni.


 
Fridge magnet


Disebabkan attraction places hanya around hostel kami stay jer..kejap jer dah siap cover semua..hahaha. Saya sempat tidur kejap. My sis bg idea untuk kami try naik tram. Kemungkinan esok tu kami akan naik tram untuk ke train station untuk ke next destination.

Katanya tram di Sarajevo ni adalah the oldest tram in the world. Nampak bahagian luar tram memang buruk giler. Di dalam boleh la tahan. Ada tram yang buruk dan ada yang elok sikit. Dua-dua jenis tu saya berpeluang naik.



 
Jalan-jalan dalam shopping mall di Sarajevo City Center



 
Bangunan ni masih kelihatan kesan tembakan..ada kesan tembakan yang di plaster.
 


 
Sarajevo City Center




Air sungai dari Miljacka River sebenarnya sangatlah jernih. Disebabkan batu di dasar sungai ini berwarna kuning, air sungai ni nampak seolah-olah seperti teh ais..hehehe. Kami hanya berjalan-jalan tanpa tujuan di Sarajevo City Center.

Hari masih awal untuk kami akhiri exploration di Sarajevo ni. My sis tanya saya, apa lagi tempat dalam map yang hostel bagi tu kami belum pergi. Then saya cakaplah Old Clock Tower. Rupa-rupanya Old Clock Tower tu berada di celah-celah bangunan di Old Town. Ke Old Town lagi lah kami...hahahaha.



 
Old Clock Tower..saya tak sure kita boleh masuk ke tak dalam tower ni. Besebelah tower tu adalah Gazi Husrev-beg Mosque

 
Gazi Husrev-beg Mosque

 
Sekitar Gazi Husrev-beg Mosque

Dah masuk area ni, baru kami sedar Old Town tu masih belum kami cover habis. Fuhh besar betul Old Town ni. 


 Berdekatan Gazi Husrev-beg Mosque, kami jumpa deretan kedai souvenir dalam building ni. Lebih selesa shopping dalam building ni sebab tak berapa sejuk.



Saya sempat beli 2 helai shawl dalam ni...tahan jer nak beli lagi sebab nak reserve duit untuk beli di Istanbul nanti.



 
Stall menjual buah berangan



Ada sebuah kedai roti ni menarik perhatian saya. Ramai betul orang Q time ni. Apa lagi...saya pun Q jugak lah

Trdelnik...ntah macam mana nak pronounce pun tak tau lah...hehehe. Saya perhatikan cara pembuatan roti ni. Memula doh dililit di rod besi. Kemudiannya diletakkan atas pembakar roti special mcm dalam gambar ni. Bila dah garing, roti ni akan dikeluarkan dari rod besi tu kemudiannya dilumur dengan gula yang dicampur cinnamon dan juga almond. Saya order yang ada filling nutella


Atas kesabaran menunggu...makan panas-panas memang yummy sungguh. Bila post dalam IG...ramai yang cakap roti ini adalah makanan traditional Prague. Saya tahan makan banyak-banyak sebab kejap je lagi kami nak dinner. Saya belum lagi merasa cevapi...makanan yang must try bila ke Bosnia.



 
Restaurant ni macam menarik untuk dinner kami. Bila berasa di dalam...kami langsung tak dengar bunyi bising dari luar. Cozy betul.


 
My sis order tuna pizza...habis dia makan sorang..hahaha. Sedap katanya. Saya tak try pun sebab kenyang makan makanan yang saya order kat bawah ni



Taraaa...berpeluang jugak saya order cevapi. Cevapi ni takde pape sos pun...hanya sausage daging, roti dan bawang. Sausage daging yang digrilled tu lembut betul dan roti ala-ala nan tu garing dan kenyal.



 
Penuh betul activity kami sekitar Sarajevo. Rasa puas explore tampat ni. Walaupun baru pukul 5pm...suasana dah makin gelap tapi orang ramai masih memenuhi tempat ni. Kami pun dah kekenyangan...tak larat dah nak jalan-jalan lagi. So kami decide nak balik bilik dah packing sebab esok tu kami akan bergerak ke Mostar pulak. Dan esok tu juga kami memerlukan energy yang luar biasa, sebab hanya ada 1 full day di Mostar dan kami nak kena explore banyak tempat sekitar Mostar.


Thank you Sarajevo, we have very good experience here. Thank you Ya Allah for the good weather and thank you Sarajevo people for being nice to us...such a lovely people you are.


Malam tu kami tidor awal sebab esok tu kami perlu bangun seawal 6am untuk ke train station. Nantikan kisah menarik kami sepanjang di Mostar in next entry...thank you spend masa membaca kisah saya setakat ini...bai