February 26, 2019

Europe Trip - (Germany- Fussen) Part 2

Assalamualikum...

Bertemu lagi kita di entry seterusnya. 2nd day di Munich, Germany. Saya agak-agak jer that day maybe kami berdua akan sikit struggle..yela, nak ke castle nuu haaa di puncak bukit dan jauh dari Munich. So, kami make sure rehat betul-betul lah malam tu. Bila tengok weather forecast, snow akan turun that day. Seawal 5am saya dah terjaga sebab tido awal giler malam tu. Tak salah saya pukul 8pm dah tido. Saya dah siap-siap masak nasi malam tu...so, bila pagi, saya just buat nasi goreng untuk bekal kami ni Fussen nanti.

Fussen?? mana tu?? di Fussen lah terletaknya castle yang bakal kami pergi tu. Nama castle tu adalah Neuschwanstein Castle. Sila ikuti entry ni jika nak tau kenapa kami nak ke sana..hehehe.


Seawal 5am kelihatan snow memenuhi bumbung kereta. So, kami fikir di Fussen nantipun lebih kurang sinilah snownya..hehehe. Eh gelak pulak...xpe..teruskan membaca.



My mission nak buat nasi goreng tomyam dan juga telur mata.



See...sis berjaya buat telur mata menggunakan rice cooker yee ouls..hehehe



Minah ni excited nak jumpa prince charming di Neuschwanstein Castle

Kami berdua ke Neuschwanstein Castle ni berbekalkan info dari pembacaan kami. Normally standard price untuk train dari Munich ke Fussen adalah €56.80(return). Kalau kami berdua dah cost sebanyak €113.60. Mahai kan?? Mahai giler lah. So cmner nak save?? Bila pergi counter ticket DB tu...cakap nak beli 'BayernKarte,' or in English, "Regional Day Ticket for Bavaria." Cost just €25 (return) and add just €6 per person up to 5 persons. So, cost return ticket kami berdua menjadi €31. Siap cover ticket untuk naik bus bila sampai ke Fussen untuk ke Hohenschwangau. Jangan dok ternganga-nganga sangat menyebutnya yee...hahahha. Tapi ada syaratnya...ticket ni valid dari pukul 9am dan mesti balik ke Munich before 3am. Kalau naik train before pukul 9am..nanti kena halau turun dengan orang check ticket..hehehe. No reserve seat..duduk jer mana suka. Train ni akan last stop di Fussen. Kalau tak salah...train ke Fussen ni setiap sejam sekali.



Bila dah beli ticket...kami breakfast dulu..masih ada setengah jam sebelum train sampai. Tak salah saya time kami breakfast ni around 9.15am



Bukan train ni yer nak ke Fussen..pls tanya kat counter ticket platform no. Jangan nangis kalau staff kat counter tu garang..hahahaha. Nasihat saya bila deal dengan orang counter tu..standby jiwa dan raga jika dia layan lebih kurang jer...maybe dorang pun annoying hari-hari nak kena menjawab tourist soalan yang sama.



Taraaa...inilah train platform...kat bahagian luar Hauptbahnhof sikit. Memang sejuk giler lah time ni..nasib baik train sampai tak lama pastu. Sepanjang europe trip ni..pengangkutan dengan train paling saya suka...1st sebab view sepanjang perjalanan lawa-lawa, 2nd seat selesa, 3rd mudah..sebab most of our hotel dekat dengan main station



View sepanjang 2.5 hours perjalanan tu MasyaAllah cantik giler. Tak cukup tangan saya nak snap view..hahahhaa. Oh ye..trip kali ni my sis cakap sempena birthday saya..hehehe...so dia hadiahkan hp baru sebab iphone saya selalu jammed bila cuaca sejuk sangat. Melompat keriangan lahh...hehehehe. Beliau belikan pun same day kami nak bertolak ke KLIA. Sayapun tak sempat sangat explore hp baru tu..most of the photo saya snap dari hp baru tu. Saya puas hati dengan quality photo yang terhasil..



Dulu-dulu ketika di Hokkaido...susah saya nak snap view camgini sebab cermin train kotor dan train tu laju sangat.




Rumah-rumah orang Germany ni lebih kurang macam Austria dan juga Switzerland



 
I love this view



Bila dah sampai Fussen...kena pulak naik bus ye. Tak lama pun...just 15 mins gitu kalau tak salah saya. Cari bus no. 78. Nampak bus sebelah kanan tu?? Bus tu dah standby dah nak amik orang yang keluar dari train. Nasihat saya, kalau dah sampai..jangan nak berlengah gi toilet ke apa...terus naik bus tu. Dia takkan tunggu lama-lama. Jangan risau hal toilet..nanti bila dah sampai Hohenschwangau (pls tutup mulut lepas sebut...kang lalat masuk) ada jer toilet. Tapi kena bayar €0.50. Ohh ye...just tunjuk BayernKarte kat driver..so free lah. Hohenschwangau ni macam kampung lah di mana terletaknya Neuschwanstein Castle.



Bandar Fussen...the view is so lovely



Bila tengok this bad weather hati saya macam tak sedap jer..mampu ke kami sampai ke castle tu??



For info untuk balik nanti



Snow ni memang cantik dipandang..tapi hazabnya Allah jer yang tahu. Kami berjalan dalam 100m untuk ke ticket office sebab nak beli ticket masuk ke castle. 


Nak masuk castle ni bukan just masuk-masuk gitu jer. Kena ikut tour guide. Bila dah kena ikut tour guide...ada lah masa-masa tertentunya kan. Dan ticket ni adalah limited..kami bernasib baik sebab ada ada tour dalam castle tu at 1.50pm. So, kami ada lebih kurang 1.5 hours lagi sebelum tour bermula. Kalau kami lambat..ticket ni burn lah.



Ayuh ke depan lagi...ada kereta kuda untuk kami naiki. Time ni saya perasan my sis dah mula tunjuk ciri-ciri tak sihat..tapi beliau gagahi untuk bagi peluang saya melihat castle yang cantik tu.


Ni dia kereta kuda yang saya maksudkan tu. Saper yang mampu berjalan kaki dalam snow yang turun lebat tu adalah hebat...hahahaha. Boleh dikatakan 90% berjalan kaki...dorang memang hebat!!


Ketika kami tiba kat sini, kereta kuda ni baru start nak bawa orang ke atas. Saya kira-kira lebih kurang dalam 10-12 orang boleh muat dalam kereta kuda tu. Dan yang masih menunggu tupun bila dicampur kami..muatlah untuk 1 trip. So tunggu lah kami dalam snow yang lebat tu. Sejuk tu memang tak dapat nak gambarkan. Tunggu punya tunggu..dah melebih setengah jam..tak turun-turun pun kereta kuda tu. Saya dah panic...jatuh gaung ke kuda tu?? ada ke peluang saya nak tengok castle tu?? Ditambah lagi keadaan my sis yang makin teruk.

Disebabkan saya macam tak sabar dah..my sis maybe stress tengok saya. Dalam keterpaksaan dia agree kami jalan kaki jer. Kalau ikut kudrat manusia..around 1.5 hours berjalan. Tapi dengan keadaan my sis saya tak yakin 1.5 hours boleh sampai. Saya serba salah. Kami mula berjalan...dalam 50m gitu, saya terdengar hentakan kaki kuda tengah turun bukit. Apa lagi...saya dengan kuda tu beriringan berlari turun bukit. My mission is...nak chop barisan yang tadi. Hentakan kaki kuda dan kaki saya sama-sama laju..saya agak speed pun agak sama...hahahhaa. My sis memang tak semampu saya sebab kaki dia dah mula kejang sejak semalam. Akhirnya..kami berjaya juga naik kereta kuda tu.


Ticket ni untuk naik jer..untuk turun half price.



Turun jer kereta kuda..terus nampak ni...wahhhh...sampai jua saya akhirnya. Walaupun keadaan kelabu asap..nevermind and i don't care. Castle ni adalah real...bukan olok-olok macam di Disneyland tu!!!! I can't believe it. Tersergam indah nun dipuncak bukit. How brilliant the person who built it. Oh ye...ni belum sampai lagi yer..kena menapak sikit lagi.


Zoom sikit. Castle ni tercipta hasil dari imaginasi Ludwig II



Lepas dah hayati kehebatan castle ni dari bawah sini...kami berjalan ke atas. My sis dah makin semacam jer. Saya tengok dia pun rasa takut. Dia mampu melangkah setapak-setapak..tupun dengan siksanya. Sampai tahap saya kena papah dia. Dia siap marah saya nape datang ketempat camgini. Saya dah panic..kami kat atas bukit ni..kereta kuda pun dah turun..ish...cmner ni?? Saya time tu dah decide..it's ok lah dapat tengok dari jauh pun..kalau turun balik pun takkan ralat. Maybe my sis kesian kat saya...dia degil nak daki juga bukit tu sampai ke dalam castle. Saya tanya kepada tourist yang sedang turun jauh lagi ke tak..dia cakap just 100m - 200m jer lagi. Memang dah tak jauh. Kami teruskan berjalan...time tu saya hanya fikir...masuk dalam castle my sis boleh panaskan sikit badan. Maybe dia boleh ok balik.



Sikit jer lagi...kata saya kt my sis. Dalam kepayahan dia melangkah..nafas diapun makin tak teratur.



Dan akhirnya saya dapat menyaksikan keindahan Neuschwanstein Castle dari dekat. Memang gah castle ni. 

Kenapa castle ni famous??? Castle ni mengambil sedekad untuk disiapkan hanya untuk seorang prince charming ni tinggal...gila tak gila?? Sampai 200 rooms tapi dia sorang jer nak duduk? Patutlah dia digelar the mad king. Boleh google nak tahu lebih lanjut pasal raja tersebut.



Akhirnya kami berjaya sampai ke pintu masuk. Budak-budak ramai menangis time ni...saya agak tired kut berjalan naik sampai setengah jam. Kami sampai ngam-ngam tour kami bermula.



Bila dah melepasi entrance gate...benda lain saya imagine..benda lain yang terjadi. Saya imagine dalam castle tu panas..ni lain terjadi. Panas memang langsung tak rasa tapi malang sekali kena panjat tangga ni ha...saya agak tangga nilah tower yang boleh nampak kt luar tu. Saya makin rasa bersalah kat my sis. Dia sampai menangislah memanjat anak-anak tangga ni. Kami jauh tertinggal kebelakang...group lebih kurang dalam 20 orang tu semua dah ke depan.




Lega bila sampai ke anak tangga terakhir.


Sebelum betul-betul masuk explore castle tu..tour agent tu brife serba sedikit mengenai castle tu. Kami tak dibenarkan snap photo dan juga backpack mesti dikedudukan di hadapan...maybe nak elak kami mencuri harga benda mad king tu...hehehe.



View saya snap dari jendela castle.


Kami dibawa ke beberapa bahagian dalam castle tu. Bila sampai bilik tidur the mad king tersebut..ehh..kecik benar katil tu..cam single size jer..takde queen ke?? Keadaan dalam castle tu memang menyeramkan sebab cahaya samar-samar jer. Pernah tengok cerita Merlin?? Haa..gitulah keadaannya.

Rupa-rupanya soalan yang berlegar dalam fikiran saya dibangkitkan oleh tourist dari China..ohh...rupa-rupanya raja tu tak kawen..oh so sad. Kenapa tak tunggu saya?? Huarghhh...



Ohh my prince charming..if you wait for me, mesti time ni saya dengan gaun Cinderella berlari-lari anak ke arah dia nun di hujung sana....oppsss..ter fairy tale pulak saya....hehehehe.

How the tour?? For me tak worth pun..tak masukpun takpe. Hahahaha. Paling penting..mesti tengok castle ni di bahagian luar. Saya terpaksa lepaskan peluang saksikan view castle ni dari satu bridge ni..keadaan tak mengizinkan. Saya jengok ke luar tingkap..keadaan kt luar tu macam ribut salji. Ehh...boleh ke kitaorang nak turun nanti. Susah betul hati saya. Takkan nak bermalam dalam castle tu?? Seram la

Bila berakhirnya tour tu..kami akan melalui souvenir shop dan lepas tu cafe. Time tulah kami buka bekal nasi goreng tomyam tu..hehehe. Just order hot coffee dan makan nasi goreng tomyam telur mata...kenyang baq hang. Energy my sis dah balik ke normal. Camgitu lah dia..cukup makan..cukup rehat..elok arr dia..hahahaha. Ehhh ckp kt dia..sayapun sama sebenarnya..hehehe.



3D model Neuschwanstein Castle



Bila my sis back to normal..barulah saya berkesempatan nak berposing hehehehe. Diapun baru ada mood nak bergambar.



Jam sudah menunjukkan pukul 3.30pm kalau tak salah saya...pengunjung masih mendaki untuk ke castle ni.



Sorry ye jika banyak saya nak kena baca apa saya tulis..sebab kisah that day banyak sangat...hahaha. Saya hal lagi untuk turun pulak. Hati saya asyik syak yang kereta kuda tu dah takde dah. Tapi my sis masih ada instinct  kereta kuda tu on the way. Kami tunggu lah kat station kereta kuda tu. Sempat berkenalan dengan couple dari Singapore. Dorang pun macam kami..tunggu kereta kuda. Saya makin susah hati tengok masa makin berjalan. Saya takut kalau-kalau tunggu lagi..hari akan makin gelap..giler dalam hutan nak turun  bukit gelap-gelap?? Saya berjalan turun dalam 100m gitu..dengan niat nak tanya tourist lain yang berjalan naik. Bila dah tanya..dorang cakap langsung tak nampak kereta kuda tu naik atau turun sepanjang dorang berjalan tu. Ohhh no..so saya buat assumption kereta kuda tu dah takde.

Saya pun inform my sis..dia agree kami berjalan turun. Tapi couple Singapore tu masih menaruh harapan kereta kuda tu akan datang..tup tup bila berjalan 50m gitu terdengar pulak hentakkan kaki kuda...whatt?? sekali kali saya menghentakkan kaki saya untuk balik ke station kereta kuda tu. Lagi sekali saya dan kuda beriringan menghentakkan kaki. Syukur kami boleh turun dengan kereta kuda. Mesti


Saya berharap kampung saya tak macam Hohenschwangau village ni...terseksa sangat sejuknya. Cuma harapan saya..saya boleh bina rumah camgini kat kampung..hahahaha. Building ni tak salah saya adalah hotel. Cantik kan??

Kami terus boleh naik bus untuk ke Fussen station..cun jer bus tu dah nak jalan. Bila dah sampai Fussen station..kami masuk kedai dalam tu belek-belek souvenir.



Hati saya berkira-kira nak ke tak nak beli ni...last-last tak jadi beli pun..



Ada hikmahnya saya tak beli souvenir tu. Sebabnya train ni dah hampir nak jalan..kalau terlepas..jenuh pulak nak tunggu. Ngam-ngam jer kami masuk train ni terus jalan..hahaha..syukur.

Mostly penumpang dalam train tu tertidur..maybe letih memanjat bukit..hahaha. Seriously..memang meletihkan. Sampai jer bilik saya terus masak maggie pecah telur....fuhhhh!!! My sis habiskan nasi goreng yang masih ada balance tu. Malam tu menang dua-dua orang pengsan...hahaha.

Kami masih ada half day di Munich keesokan harinya..so, next entry saya akan share apa kami buat saat-saat akhir di Munich sebelum ke Salzburg, Austria.

Bai...

February 23, 2019

Europe Trip - (Germany- Munich) Part 1

Assalamualaikum...

Hai...


Dah lama tak menulis blog..rasa kekok pun ada..hehehe. Walaupun saya lama tak update blog, saya masih lagi jengok-jengok blog saya sendiri ni. Ada kala nak imbas balik memory trip-trip yang lepas..saya baca penulisan saya sendiri...hehehehe. Ada 2 perasaan berbeza antara tengok gambar dan membaca pengalaman diri sendiri. Haishh..indah betul memory..

Kita letak ketepi memory trip lama-lama dulu..kita fokus trip yang baru jer abis yer..hehehe. 

Memang agak berserabut sebelum trip tu. Tetiba pulak saya di assigned 2 new projects. Sebagai QS, salah satu kerja saya adalah preparation of subcon awarding. Memang tak sempat nak study keseluruhan negara-negara bakal me and my sis terjah tu. Hari-hari terpaksa stayback..sabtu dan ahad kena kerja. Satu hari 2 cups kopi pekat saya hirup..hahaha. Yang para manager pulak mengelabah sepanjang ketiadaan saya..haishh. Seminggu jer kut yang saya takde tu..yang lagi seminggu tu cuti CNY...apa daaa.

1 Feb 2019..lepas jer balik kerja terus siap-siap ke KLIA. Condor Airlines ni tak sama macam flight yang saya pernah naik sebelum ni...sebagai contoh seperti Saudi Airlines, Turkish Airlines, Emirates, Thai Airlines dan sebagainya yang mana kita boleh pilih nak menu apa ataupun seat apa. Kalo nak pilih-pilih menu, seat, bahkan entertainment dalam TV kecik tu pun nak kena bayar. Mahai pulak tu. Nasib baik luggage allow sampai 20kg free. Dan lagi sedih..takde makanan halal disajikan. Bab makanan saya cerita jap gi.

Selepas selesai process drop luggage, kami menuju ke boarding gate. Rata-rata penumpang adalah mat & minah salleh. Saya agak dorang ni transit dari US ke Germany. Seat kami adalah di bahagian tengah. Nasib baik seat kitaorang sebelah-sebelah. Satu seat lagi diduduki oleh entah mamat US atau Germany. Annoying giler dia tu..kaki dia smpai ke space kaki saya...pastu on volume video dari hp kuat-kuat. Nasib baik tak lama pastu battery hp dia nak habis dan USB port charger kat tv kecik tu tak function...siap nak pinjam usb port saya untuk charge. Then saya tak bagi. Pastu ntah cmner dia buat dia dapat pindah seat..best arrr...hehehehe.

Seat pun selesa..macam seat baru pun ada. Movie nak layan pun ada 1-2 jenis jer..yang lain semuanya kena beli..cis. Bila movie pun abis layan..kami berdua main-main tengok map kat tv kecik tu. Pastu discuss pulak pasni nak ke negara mana...ekekeke..ntah pape jer..belum lagi sampai Frankfurt dah discuss next destination...dasar tamak..hahahahaha.

Makananpun tibalah untuk disajikan. Agak lapar lah jugak. Alangkah malangnya ayam yang disajikan. Stewardess tu pulak paham soal halal dan haram..dia cakap memang takde menu veggie untuk kami. Then kami return balik dan just ambik cake, roti dan juga buah. Sekali ditambahnya roti. Berbunga-bunga hati saya tengok roti..saya ni hantu roti..hahaha. Tak cukup dari tu..secekak dia bawak datang pisang dan apple. Syukur betul kami jumpa orang camgitu.

Bila tiba time breakfast..stewardess lain serve kami. So sad..kami dapat roti, buah dan juga ham ke apa ntah. Makanlah saya roti dengan cheese. Tetiba stewardess baik tu datang bawak pulak secekak roti dan strawberry jem berbotol-botol dan butter. Syukur tak terhingga..boleh jadi bekal kami 2-3 hari tu..hahahha.

Saya ni jenis degil tak dengar my sis cakap supaya letak jacket siap-siap dalam backpack. Ye la...saya ingat bila kuar dari flight terus masuk airport..sekali, tidakkk. Kena naik bus dulu. Paling malangnya..ada dua orang polis terpacak depan pintu flight. Time tu lah dorang nak tengok passport..nak tengok detail flight balik Malaysia..tanya itu ini. Apa lagi...menggeletar kesejukan lah saya. Just sarung sweater jer time tu. Dah lepas polis tu..cepat-cepat turun tangga dan masuk dalam bus. Sementara nak tunggu pintu bus tutup..terseksa sejuk.



 Our flight sepanjang 12 hours..time ni tak salah saya dalam pukul 7.30am gitu.


Part 1 punya cerita ni memang panjang sikit berbanding photo..so dengar lagi yer saya punya coleteh..lom siap..heehheehe.

Untuk melepasi imigresen pun satu hal..1st lah in my life kena layan imigresen camgini. Nasib baik dia layan kami berdua terus..kalau saya sorang jer..mau nangis..hahaha. Imigresen ni nak tengok semua hotel booking sepanjang di europe. Nasib baik my sis dah save in pdf semua booking dalam iphone dia, so boleh show semua booking. Then, nak tengok pulak cash kami bawak...dah kumpul2 duit kami berdua, kami pass kat dia..dia kira then pass balik. Credit card pun nak tengok. Nasib baik tak suruh login saving acct nak tengok duit...hahahha.Very very 1st time in my life lah.

Next..kami berjalan untuk naik train ke Munich...4 jam jugak lah nak sampai Munich. Kenapa kami tak stay Frankfurt dulu dah alang-alang sampai Frankfurt?? Sebabnya nanti nak balik Malaysia pun dari Frankfurt...so last port adalah Frankfurt lah.  



Train station di airport untuk long distance train.



View sepanjang jalan..walaupun tired..mata rasa fresh jer sebab tengok view. Dalam train ni pun ada free wifi dan juga cafe.


Sampai jer Munich Hauptbahnhof...manusia berpusu-pusu keluar dari pelbagai jenis train. Manusia tu takpe lagi...anjing pun terkedek-kedek sama keluar. Semua hotel my sis booked berdekatan hauptbahnhof (central station). So, just berjalan jer dah boleh sampai hotel.




Munich menyambut kami dengan gloomy day. Di Munich ni ada tram, bus dan juga subway.

Time travel ni, paling saya tak suka..first..duduk dalam flight terlalu lama..2nd..kena trasit..3rd uruskan hal luggage. Annoying betul tarik luggage. Dalam map show 2-3 minit jer berjalan dari Munich Hauptbahnhof..end up jadi 10 minit sebab kena tarik luggage.


Taraaa...our room for 2 nights. Boleh dikatakan sepanjang trip kali ni, this is the best hotel yang kami stay. Alfa Hotel namanya


Tak salah saya kami sampai di hotel around 1pm..patutnya check-in around 3pm. Syukur kami dibenarkan check-in awal. Lepas dah rehat-rehat sekejap, kamipun mula explore Munich. Ketika kami berjalan keluar tu..kami ternampak ada sebuah restaurant halal tak jauh dari hotel. So, kami decide nak makan petang tu.

Tempat pertama yang kami tuju adalah area Marienplatz. 



Marienplatz ni macam central square..bangunan dalam photo atas ni adalah City Hall. Manusia memang ramai jer kat area ni. Risau jugalah takut ada penyeluk saku.




Fountain area Marienplatz



Shopping street...time ni my sis macam dah start tak berapa nak sihat. Something wrong dengan kaki beliau..so kami decide nak balik ke hotel jer.



Photo terakhir sebelum tinggalkan Marienplatz


Bila sampai area hotel..kami singgah di restoran halal yang kami nampak tadi. Selalunya kalau restaurant doner kebab akan jual kebab jer kan...lain sikit restaurant ni..ada jual nasi dan juga mee. Bila tengok signboard baru tau rupa-rupanya restaurant tu adalah Uyghur Restaurant. Jom tengok kami makan apa.



Kalau ke oversea..saya suka kebab yang jenis roti bulat  gini. Nampak sambal merah tu...fuhhh pedas melesing baq hang. Tapi sedap!!!



Sementara tunggu order my sis sampai..saya snap photo ni. Lauk pun tengok mengancam...



My sis punya order. Memula tu saya ingat ka spaghetti goreng..salah rupanya. Inilah mee tarik. 2nd day di Munich baru saya perasan ada orang buat mee tarik kat kitchen. This is the best menu kat sini...saya makan half jer kebab saya...pastu dok curi-curi makan mee my sis ni..hehehe. Portion ni memang sesuai untuk 2 orang.

Ok guys...sampai sini dulu..saya nak mengarang the next entry pulak..hehehe. Tak sabar nak share experience di tempat ala-ala fairy tale gitu...Neuschwanstein Castle.

Bai...