HoMeMade PiZzA

July 13, 2011

Petang tadi tengah2 drive balik keje asyik fikir apa nak masak malam ni. Nak makan nasi tak terasa nak makan nasi. On da way nak sampai rumah singgah jap Pasar Segar Seksyen 5 KD. Pasar ni sebenarnya kat dlm 1 shoplot. Mcm2 ada jual kat sini. Ikan-ikan fresh. Buah-buahan berjenis-jenis. Nampak jer green pepper terus teringin nak makan pizza. So apa lg..kuar jap dr pasar segar tu..terus menuju ke Deli cafe yg selang 2-3 kedai nak order roti. Eh..apa plak order2 ni kan?? sebenarnya Deli cafe ni..cafe pluss bakery. Roti kat sini sedap dan lembut. Nak potong rotipun boleh pilih nak buang kulit ke..nak potong nipis2 ke..tebal2 ke.

Masuk je dlm kedai tu, saya minta drg potong roti tebal..seinci gitu then buang kulit. Lepas je ckp..saya kuar balik ke pasar segar sbb nk save masa. Nak potong roti tu sure amik 5min cmtu kan?? sementara tu leh la beli apa yg patut kat pasar segar. Saya just beli green pepper dan tomato...siap!!! Tetiba...wow!!! i see cherry..hah..apa lg...terus amik plastik then musukkan satu dan satu dan satu..dan tetiba baru tergerak nak tnya cashier..."mmmm...berapa ni harganya?" jwb cashier "sekilo RM60 kak"...terjojol mata saya dgr harga tu...hehehe...lastly saya terpaksa ambil 7-8 biji je. Nak tau harganya?? hah RM7. Giler tul. Sebab teringin sgt..saya beli gak.

Opppsss....terckp byk plak..jom layan pizza kita jom..

Ni bahan2 yg diperlukan..green pepper, bawak besar, tomato..semua ni potong mcm kat atas tu. Ayam dan udang potong ikut suka pastu goreng minyak sikit..campurkan garam, white pepper and black pepper..siap!!!!!

Sos resepi saya sendiri ni sapukan secara serata atas roti..make sure sos ni likat dan skit2 manis dan pedas then baru sedap.

Then..taburkan bahan2 tadi atas roti..

Letakkan plak cheese..pastu boleh la masukkan dlm microwave. Bakar dlm 3-4 min jer. Just bagi cheese tu cair je.

My cherry...aduh..sedap ni..tp rasanya xsemanis yg dijual di London..i miss london :(

Taraaaa....Sedia utk dimakan.


You Might Also Like

0 comments