Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 4) - Part 8

May 31, 2013

Assalamualaikum..


Bertemu kita lagi di day-4. Wahh anda begitu hebat sebab sampai saat ini masih mengikuti cerita saya di Korea ni. Yang mungkin ada baca cerita-cerita korea di blog-blog lain sure rasa bosan baca blog saya..saya minta maaf la kalau saya membosankan anda. Saya akan sehabis boleh tidak membosankan anda :)

Pagi tu hujan mencurah-curah..gusar betul dalam hati kalau hujan tak stop. Kalau masih hujan, macam mana kami nak bersukaria di Nami Island. Pagi tu kami hanya makan roti di dalam bilik. Pada waktu pagi Monica akan bertugas dan di waktu petang hingga malam diambil alih oleh Don. They are very helpful .terer english tau. Sebelum bergerak kami tanya opinion Monica jauh tak nak ke Top Gol Park dimana terletaknya station bus untuk ke Nami Island. Monica advise kami guna subway sebab awal pagi gitu jem katanya. Tapi kami tak berupaya nak guna subway, dengan keyakinan yang ada kami naik juga cab.

Nasib kami baik sangat sebab driver cab tu bersungguh-sugguh nak antar kami sampai station bus. Dia dah tunjuk park tu tapi kena cross jalan la..dia suruh tunggu untuk dia U-turn. Dia turun dari cab untuk tengok adakah park tu adalah Top Gol Park..makanya dia betul la. Dia terus stop kami di belakang bus yang bakal kami naik tu...Alhamdulillah mudah betul dan tak jem pun. Bus tu penuh dengan "sister" nak pergi picnic kat Nami Island..hehe.


Kami spent 23,000/person untuk ticket bus dan ferry ke Nami Island. Bayar kat driver. Saya booked bus tu dengan cara email to na230@naminara.com. Justb nyatakan nama, bila nak ke Nami Island dan saya juga tanya cara dari guesthouse yang kami stay ke station bus. Kalau boleh buat reservation sebulan awal..pihak bus tu ada reply email saya dengan full info siap dengan map semua. cab ke Top Gol Park tu dalam 3,000 . Dalam 10.30am kami sampai di jetty untuk ke Nami Island. My sis dibuai mimpi dalam bus tu..saya pulak layan view sepanjang perjalanan yang dalam kehujanan.




Saya zoom..ni la Top Gol Park..tak besar sangat park ni..ada satu pagoda dalam ni yang ditutup dengan dinding kaca..gambar saya snap tu tak clear



Hujan masih bercurah-curah time ni..bus kami tu start journey pukul 9.30am dan sejam diperlukan untuk sampai di destinasi. Nampak org dalam tu? Rasanya tentera..nape ntah dok situ. Syok layan view sepanjang perjalanan ke Nami Island..sejuk mata memandang bukit yang diselaputi kabus. Cermin bus pula blur sebab wap sejuk diluar. Bila lap-lap sikit..clear la.



Hujan rintik-rintik time ni, saya sejuk menggeletar sampai nafas kuar asap..hehehe. Nampak bus yang dok park ni? Nasib baik bus kami duduk yang paling 1st so tak jauh la nak jalan ke jeti untuk naik ferry ke Nami Island..bayangkan kami dihujung sana nu!! Fuh...





Laluan yang perlu dilalui untuk naik ferry



Wahh ...bendera kita tuh!!! Bangga bangga..hehe



Ferry ni nampak besar bukan main..tapi seat ditepi-tepi jer..yala..bukan jauhpun jarah jetty ni ke jetty Nami island tu 5min jer...tapi saya sempat la duduk..hahaha. Tetiba nampak orang Malaysia masuk..sempat sorang akak ni tanya dari jauh..dua?? Sambil tunjuk jari 2..tahu la saya maksud dia yang kami ni datang berdua ke..saya senyum dan angguk. Macam mesra jer nampak..ada kisah sikit pasal akak tu yg datang bersama anak dia yang masih kecil, husband dan juga dua orang lagi perempuan yang saya tak sure apa hubungan mereka..


Ni la bentuk ferry saya naik tu..ferry ni on the way nak ke jetty bersebelahan. Sebenarnya kami bukan berada di laut tetapi di sungai yerr..

See?? Island tu berada di dalam sungai..ada info yang saya baca Nami ni bukanlah island tetapi terbentuk sebagai island disebabkan oleh air dair Han River naik dan ada related dengan construction Cheongpyeong Dam. Dalam Nami Island tu ada kubur General Nami & dats y tempat tu dinamakan Nami. Kira dia tu general terhebat zaman raja-raja dulu la..dia mati diumur 28thn sebab perang2 kut. Tempat ini dibeli oleh orang Korea dan dia yang bangunkan tempat ini menjadi sangat cantik dan sesuai untuk orang menghayati alam semulajadi




Bila keluar jer dari perut ferry..kita akan disambut mesra oleh burung yang berkecip-kecip, angin yang nyaman, lambaian pepohon yang mengalu-alukan pengunjung dan tupai yang terlompat-lompat seolah-olah gembira dengan kehadiran manusia yang datang dari pelosok dunia...oh indahnya



Tetiba nampak bus comei sangat..hehehe. Kami belum pun explore tempat tu so decide nak guna tour bus tu untuk pusing-pusing Nami Island. Larat nak explore island yang berdiameter 6km?



Ni resort..ada banyak chalet..saya snap dari bus tu..tak boleh keluar dari bus ni..nampak tak zip tu?? kami dicover oleh plastik dan tiada lubang untuk keluar. Kelopak cherry blossom terlekat kat plastik tu..




Time tu hujanpun dah stop..kami dapat seat yang terbaik..facing ke belakang..senang nak snap
Syok bila lalu bawah pokok yang condong-condong tu...


Lepas selesai pusing-pusing island dalam setengah jam gitu, kamipun berjalan-jalan bersama orang ramai..ramai sungguh orang..udara segar..permandangan cantik..oh..bestnya



Kemudiannya jumpa lorong yang yang terdapat pokok-pokok yang tinggi-tinggi..banyak orang perkatakan yang island ni tempat shooting Winter Sonata..saya pernah layan zaman dulu-dulu tapi boring lah..ngantuk..hahaha..saya ni suka layan drama action-action gitu..drama-drama tangkap lentok gitu saya kureng sikit. So nape saya datang sini? Dah tempat ni jadi tourist attraction saya pun nak jugak pergi..hahaha. Segala macam Winter Sonata punya gambar ke..patung ke..punya la ramai orang kerumun..fuhh..dasyat jer penangan cter tu..hahaha. Sambil jalan-jalan sepanjang tree terrace, asyik-asyik jumpa orang melayu..yang muda-muda ni senyum dan bertegur sapa..yang tua-tua sikit pandang pun tak..isk isk isk. 


Rasanya nipun salah satu dalam cter drama tu..


creative kan? 



Kami ke sini....restoran nasi goncang...lapar tau..



Taraaa...ini la makanan kami. Yang macam telur dadar tu adalah pajeon.. pancake korea la..sedap bukan main..ada sotong, kucai, bawang... basenya adalah tepung dan atasnya diletakkan telur dan bahan-bahan lain..rangup pulak tu. Saya ada la try buat..hehe..boleh tahan rasanya..hehe. Yang nasi tu..mengikut firasat saya..box aluminium tu diletakkan atas api..kemudiannya diletakkan kimchi dan telur. Lepas tu nasi. Ditutup dan di panaskan..bila dihidangkan kita perlu gongcang-goncang untuk ratakan bahan-bahan dalam tu. My sis punya ada additional tuna..sedap pulak rasanya walaupun saya tak suka kimchi. wajib ke sini kalau ke Nami Island yer. 




Kami terjumpa lagi group melayu yang terjumpa di ferry tadi. Si akak yang peramah tu bercakap lagi..haha. Dia ajak duduk makan dengan dia..tapi kami tolak dengan elok-elok la..dudukpun tak berapa jauh. Selang 1 meja jer. Dan kami jer dalam restoran tu. Dia cerita la yang dia terjumpa dua orang perempuan yang datang bersama-sama dia tu time nak ke Nami Island sebab nak share cab dari subway station ke Nami. Senang cmni la..saya buat dialog yerr...

Kakak : Stay mana kat Seoul?

Saya : Stay kat Myeongdong.

Kakak : Akak stay kat Itaewon, makan-makan halal banyak kat sana. Orang melayu pun ramai...akak semua orang akak tegur. Cuma hotel akak kena pajat bukit sikit, bilik pun tingkat 3. Korang ni datang sini macam mana?

Saya : Kami naik bus dari Seoul terus direct ke jetty 

Kakak : oh..ada bus ke sini? Akak tak tahu pulak ada bus ke sini. Berapa korang bayar?

Saya : 23,000 termasuk pergi balik dan ferry

Kakak : Uiihh mahal tu. Akak semua naik subway jer..dari airport ke Seoul semua naik subway..akak guna card ni ha (sambil tunjuk T-Money) guna dia macam TnGo..akak topup 30,000  tak abis-abis lagi. Murah naik subway ni..dalam 800  jer. Then jalan-jalan kat Seoul naik apa? 

Saya : Naik cab

My sis dah buat muka suruh stop cakap dengan dia yang layan kami ni macam kami bodoh. Macam mana saya nak stop kalau dia asyik tanya-tanya dan cakap banyak. Terpaksa la layan sambil makan. Maybe yang baca blog saya ni pun akan cakap saya bodoh sebab berhabis duit untuk transport. Hmm..ada sebab kami nak mudah gini, sebab my sis tak sihat. Dia takkan berupaya panjat tangga subway. Kami bukan tak pernah guna subway-subway ni..dulu time di London sepanjang disana kami guna subway tapi tak payah la bersusah payah panjat tangga..semua escalator. For me tak mahal manapun saya spent untuk transport..tak sampai RM200(sorang) pun termasuk cab sepanjang di Seoul, bus pegi balik airport dan bus ke Nami. Saya budget untuk transport adalah RM600 untuk kami dua orang la..tapi kami spent tak sampai RM400. Saya amat berharap yang akak tu akan jumpa blog saya ni dan baca kata-kata saya ni. She really under estimate us..dan dia bangga betul macam dia jer tahu semua. 



Pine tree terrace..ramai orang terlompat-lompat kat sini untuk bergambar..haha. Kalau saya yang lompat gamaknya jatuh macam nangka busuk..hahah 



Drama Winter Sonata tu saya dengar cter femes di Malaysia, Indonesia, Sinagpore dan Thailand. Memang terbukti betul lah..ramai betul warga negara tersebut



Dibawah rimbunan bunga ni ..kami berehat sekejap. Ada meja dan kerusi kayu bawah pokok ni..yela, dah tengah hari..nak balik ke guesthouse jauh lah pulak kan..hahhaa..so rest kat sini la.


Kami terasa nak minum coffee..ternampak ni..aikk apa ni? Penjual tu cakap tu sejenis kuih..letakkan nuts and brown sugar dalam doh dan goreng minyak sikit gitu..macam best jer tengok..saya beli la



Inilah rupanya time masak. Dan tengok resepi..nanti nak try buat..senang sangat tau!!



Semua meja berada di tengah panas..wahh best walaupun panas sebab tak rasa bahangpun..kami pun duduk sini sambil berjamu selera lagi sambil tengok-tengok pelancong lain..dari sini boleh la nampak patung pelakon Winter Sonata dan gambar juga. Sedap weh kuih tu..rasa macam pandan lagi..rangup pulak tu. Kat Seoul saya tengok orang Q untuk beli kuih gini


Nampak ini..tupai ni jinak tau. Makanan orang beri pun dia berani gi amik.



Saat-saat akhir di Nami Island..memang puas hati la. kalau dari info dari internet, tempat ini bertambah pengunjungnya selepas Winter Sonata ditayangkan sebanyak 4 kali ganda..hebat kan. 



Banyak patung bogel kat Nami ni..ntah apa motif ntah...hahaha..bai bai Nami Island



Pokok bunga ni tinggi sangat..saya zoom dan inilah hasilnya



Sementara nak tunggu masa naik bus pukul 4pm tu, saya makan snowman ice cream ni..lazat..wow!!! dan harganyapun wow..hahaha..dalam 7,000 ..


Makanya kamipun berangkat pulang..ada yang lambat 3min pun dimarahi driver..memang bagus driver ni..bawak bus pun kita rasa selamat, sangat berhati-hati. Bus ni stop area Insadong..just cross jalan kami terus start shopping souvenir. Kami memang tahu bus ni akan stop area tu so dalam itinerary kami memang ada plan nak ke Insadong selepas turun bus dari Nami Island tu..Saya nasihatkan pergi lah Insadong untuk shopping souvenir sebab tempat tu syurga souvenir..nantikan entry seterusnya mengenai Insadong..cukup lah disini..jumpa lagi....


You Might Also Like

9 comments

  1. Assalamualaikum kak zila. subhanallah.. cantiknya sana kak. nak pergi! nak pergi! saya tak bosan pun baca blog akak. even diberikan gambar bunga2 yang cantik ni. heheheheh nak bungaaaaa, tolong parcel pleasee! hahahaha

    ReplyDelete
  2. Saya ada terjumpa restoran tu, tapi tak yakin sama ada betul atau tidak sebab tak nampak logo halal macam yang saya pernah nampak kat blog orang yg dah ke sana...

    Betul tu zila, naik teksi takde lah mahal sangat, lebih2 lagi kalau naik ramai2 macam saya...

    ReplyDelete
  3. Saya ke Korea pun nak teksi je...mula2 je rajin naik subway..tp smpai 1 masa, bila buat comparison teksi n subway...teksi cepat + kdg lg murah if share2...subway ni, kalo kena yg ada transit, lama jgak la makan masa kita...hehehe lgpun sakit kaki laaa jln banyak!hehehe baik naik teksi...hehuuuu

    ReplyDelete
  4. Nasi goncang dan pancake korea wajib makan kalau ke nami island..btw cantik sangat gambar bunga-bunga tu

    ReplyDelete
  5. macam biasa, nami island tetap cantik, datanglah waktu bila pun...jeles aku tiap kali ko tepek gambar bunga sakura, huhu...

    ReplyDelete
  6. bertabah jela terjumpa jenis akak yg mcm tuh. cherry blossom tu cantekkk! ;)

    ReplyDelete
  7. Tidak pernah bosan menunggu setiap entry giteww..eheeh

    Ada bus di Nami Island..maybe baru kot, time JM pegi thn 2011 belum ada lagik

    ReplyDelete
  8. Sheila --> Waalaikumsalam..hehe. Pergi la syg wei..syok tau!!! nanti sendiri2 ambik bunga tu bawak balik..hehe

    Mie --> restoran camgitu ada 1 jer..kalau ada sikit keraguan dah takbleh makan kat restoran tu ataupun restoran2 lain. A'a nak cab ramai2 memang save..

    DJ --> betul tu..leh save energy untuk byk jalan2 kemudiannya..hehe

    Mrs Smile --> Yess betul tu..tq yerr hehehe

    Orga --> Pas ni nak tempek lagi byk..hahaha

    Henry --> a'a memang sangat bertabah dengan akak yg gitu..

    JM --> tak bosan? nanti saya nk tulis panjang2..hahaha. Tak tahu pulak saya bila startnya bus tu

    ReplyDelete
  9. Cantiknya bunga-bunga tu...

    Begitulah kuatnya pengaruh filem/tv. Selepas sesebuah filem itu meletup, lokasi penggambaran menjadi tarikan. Contoh yg lain boleh kita lihat melalui kejayaan Laskar Pelangi. Ia membuatkan Belitong dikenali pelancong.

    Saya telah tertinggal banyak entri Zila. Selama 2 minggu saya menyepi dari dunia internet sebab saya ke tanah suci.

    ReplyDelete