Berjumpa lagi kita untuk
next part of "Light,Free & Easy Trip to Korea"..hehe. Untuk this
part, saya nak share activity saya untuk 2nd day di bandar Seoul. That
day kami plan nak visit semua palace dan garden. Hah..begitu angan-angan besar kan??
Hahaha..nape saya cakap camtu? Nantikan kisahnya
Kami breakfast di guesthouse tersebut..pukul 8am baru breakfast start.
Kitchen guesthouse ni terletak di tingkat bawah tanah. Tak nampak peralatan memasakpun..breakfast yang disediakan hanyalah roti dan cornflake. Ok la nak lapik perut. Itu jer 1st and last time kami breakfast kt situ..hari-hari lain breakfast kat cafe.
Saya
begitu yakin dengan persiapan saya camner nak dapatkan Seoul Tour
City Bus… hahaha. Sampai jer tempat yang patutnya bus tu stop iaitu depan Prince Hotel..eh..xde
papepun yang menunjukkan station atau signboard..hah sudah. My sis mcm
nak bengang kat saya..yer la.. tak boleh diharapkan.. hahhaa. Saya bg idea
kita naik cab jer lah. Nasib baik dia agree..dia suruh saya pilih nak
gi mana dulu. Terkial-kial pilih tempat yang saya rasa the right place
to go..time tu saya rasa memang saya tak boleh diharapkan..hahaha. Nasib
baik my sis cool balik bila tetiba cab tu lalu tepi 1 palace ni..dengan
yakinnya dia mintak cab tu stop kat situ..dia macam tak yakin tempat yg
saya pilih memula untuk pegi tu is the right place. And she
right..rupa-rupanya itu Gyeongbokgung..fuh nasib baik dia terer kalo tak
saya kena lagi..fuh.
1st time nak cab kat Seoul..hmm menarik cab tu..colornya oren..ada cctv
lagi. Pastu ada GPS. Driver cab kat Seoul ni susah nak jumpa yang tau
speaking London..haish.. Betul-betul kelakar nak explain supaya dia
paham tempat kami nak pergi. Kadang-kadang keluarkan map untuk dia
paham. Dan ada yang tahu baca bahasa korea jer..tu lagi haru..haha.
Kalau suruh saya cakap korea, saya tau sebut ajusshi, kasanhamida, anyohaseyo jer.
Kami sampai at the right time..dalam half an hour camtu akan ada show changing guard ceremony macam kat London tu. Manusia ramai betul kat situ..rombongan Cik Kiah dari Malaysiapun ramai...jom layan photo..
Berhampiran palace tu ada mende ni di tengah-tengah roundabout. Tak tahu lah ni untuk apa..ntah post guard ke apa..hahaha
Di keliling palace ni ada tembok batu ni..seolah-olah nak masuk satu dunia zaman dulu yang tetiba wujud di tengah-tengah kota raya..hehee. Saya ni peminat drama korea yang jenis zaman raja-raja tu. Yang drama-drama moden tu kureng sikit. Rasa cantik jer tengok pelakon-pelakon drama tu berpakaian tradisional, lebih-lebih lagi kerabat diraja.
Masuk jer area palace tu saya nampak ini!!!
Ketika dan saat itu keterujaan tak dibendung..hahaha..boleh tengok cherry blossom..
Rasa segar sekali bila angin dingin bersama-sama kelopak cherry blossom berterbangan gugur..suatu pengalaman yang sungguh menakjubkan!!!
Punya lama saya dok snap bunga ni..yang ni jer yang ok sikit..hahaha..kejap snap depan blur belakang clear..kejap smua blur...haish. Sebenarnya saya guna compact camera baru, camera lama tetiba lagi 1-2 hari nak ke Korea rosak pulak...sayang betul camera tu..dan 2-3 tahun guna, rosak pulak. Saya still beli brand and spec yang lebih kurang sama dengan camera lama dan ada la sikit-sikit fuction yang agak bagus seperti boleh wifi.
Dari pokok sakura tu saya snap view ni..luas betul kawasan tu..atas puncak bukit tu boleh nampak macam ada tembok atau tangga..maybe ada something yang menarik atas tu!!
Kami berjalan ke arah tempat jual entrance ticket...bayaran 3,000₩ dikenakan.
Ini 1st pintu gerbang yang perlu kami lalui...gah betul kan?
Nenek-nenek ni walaupun bertongkat tapi cergas. Ada yang tegur saya dalam bahasa dorang seolah-olah sebelum ni pernah jumpa saya..hahaha.
Kemudian saya jumpa ni...cantik betul bunga ni..ada putih dan pink..
Another pintu gerbang..
taraaaa....cantik kan??
Taraaa...sama tak macam entrance ticket tu?? Inilah Gyeongbokgung. "Gung" bermaksud palace. Boleh juga sebuk Gyeongbok Palace. Boleh belek-belek dari luar jer palace tu..Saya tak tahu sngat sejarah palace ni..kawan-kawan boleh baca history palace ni dari internet.
Another angle. Saya tak pernah alert shooting drama location..apa yang dapat saya katakan, saya rasa seronak dapat tengok semua ni yang selama ni saya hanya tengok dalam drama.
Kemudiannya kami tengok changing guard ceremony..macam tengok tentera-tentera zaman dulu..hebat sekali. Pengunjung kat sini tak sehebat pengunjung time saya tengok changging guard ceremony di London. Saya ada rakam ceremony ni..
My sis that day tak berapa sihat, saya biar dia rest sekejap dan saya jalan-jalan area berdekatan dan jumpa bunga ini.
Ini bahagian tepi palace tersebut..ada taman kecik area tu..bersih sangat!!
Semua building lama kat Korea ni standard jer design camni
Kami keluar dari area palace tu. Rasanya kami spent dalam 1 jam lebih dalam palace tu. Kami duduk di kerusi area luar palace tu dan berbincang. My sis cakap dia tak berupaya kalau nak teruskan ke next destination dengan keadaan dia ketika itu. Bincang punya bincang, kami setuju ke Namdaemun Market.
Kami guna cab lagi, kalau guna T-money ni untuk bayar cab, ada la discount sikit. Boleh reload kat mana-mana 7Eleven.
Driver cab tu terus hantar dia depan-depan market tu. Saya cakap camni.. "ajjushi..Namdaemun Market" si ajjushi tu plak "Market..&^%" dia cakap apa saya tak paham la...hahaha. Bila sebut shopping baru dia paham..hahaha
Kalau jumpa orang berpakaian macam diaorang ni, kita boleh tanya apa saja..diaorang akan bantu. Siap provide map lagi. Bagus sangat..and yang penting ianya adalah free.
Tips untuk anda..silalah ke souvenir shop ini..best giler..owner kedai ni mokcik yer. Dia dok area mainroad market tu..mintak kurang senang jer dapat dan siap bagi saya fridge magnet free lagi...hahaha. Ada sorang customer dia, dia main amik apa2 jer souvenir and sumbat-sumbat dalam plastic bag orang tu. Bila saya nampak jer gitu, saya decide nak beli banyak-banyak kat situ...hahah.
Besar sangat market tu..tak terlarat nak jalan. Bincang punya bincang, kami setuju balik ke guesthouse dulu. Kan berplastic2 souvenir, tak selesa bawak barang lain kalau nak berjalan-jalan. Kami rest dulu kat bilik sebelum sambung ke next destination. Penat tau!!! Kan travel kali ni "Light" so no need takut kut2 tak sempat cover tempat-tempat lain. Sepanjang di Seoul gitu lah kami...pagi ke tengahari jenjalan..then balik rest..petang kul 4pm sambung balik..hahaha.
bestnya tgk cherry blossom....miss this place
ReplyDeletebestnya dan cantik sgt cherry blossom tu. x sejuk ke coz tgk x pakai jaket pun :-)
ReplyDeletenaper x naik subway
Leez --> Pegi la lagi sekali..hehehe
ReplyDeleteJM --> Memang sejuk..tapi saya ni jenis tahan kut..sebab org lain semua berjacket..hahaa. Sebelum sampai Korea kitaorg memang plan xnaik subway sebab tahu takde escalator.
Assalamualaikum kak zila. kesian akak tu sakit. still melancong ye. hmm FM tu comel2 belaka :)
ReplyDeleteWaalaikumsalam..a'a gigih akak kak zila tu..haha. Kak zila pun sama jer sebab sakit tumit bila jalan banyak. Tu belum menapak turun naik subway just jalan-jalan dalam palace smua..hahaha.
ReplyDeletemasa aku pi istana tu hujan renyai2 tanah semua becak. Walaupun jalan dengan payung gagah juga jalan kaki sampai ke insadong. Insadong murah juga nak shopping sovenir
ReplyDeletebestnya dapat peluang tengok cherry blossom zila...
ReplyDeleteFirdaus --> Berjalan ke Insadong tak jauh ka? Kami ada gak beli kat Insadong..kalo jumpa yg pandai cakap melayu..senang jer bg nak kurang harga..
ReplyDeletePM --> Alhamdulillah best...hehehe
Geramnya saya tengok fridge magnet tu, comel-comel. Bunga-bunga tu pun buat saya geram. Nampaknya kita punya minat yang sama: suka bunga, suka makan, suka travel, suka drama purba (raja-raja).
ReplyDeleteoklah tu, nama pun free and easy kan...watpe nak kalut-kalut jalan, itinerary pulak sesuka hati...rasa penat berehat, dah rajin baru sambung balik...
ReplyDeleteProf --> wahh prof sama betul minat kita..moga2 sayapun akan jd professor pada masa akan datang..amin
ReplyDeleteOrga --> yess you are right!!!
Cantik la..bunga2 tu...rasa cam nak petik wat balik kat KL..tanam sederet depan jalan masuk ke rumah...boleh feeling..feeling cam kat Korea..gitew!
ReplyDeleteZie --> kdg2 negara kitapun ada 1 jenis pokok ni berbunga sakan..mcm cherry blossom lagaknya..hehhehe.
ReplyDeletePart fridge magnet tu yang best.. huhuhuu...
ReplyDeletetengok harga pun lebih kurang mcm kat europe.. best best..
Yee...lebih kurang harga kat Malaysia pun..
ReplyDeletezila, nak tanya..awk pakai kamera dslr ke? brand ape?gambo sume lawa2..
ReplyDelete