Seperti yang dijanjikan..ni dia sambungan entry untuk hari ke-3 di Korea. Ada sebab saya buat entry pendek di part 5, sebab takut terlalu panjang kalau disekalikan. Kang ada yang jemu nak scroll ke bawah sebab banyak sangat photo…hehehe. Selepas selesai breakfast kami bergerak. Tempat yang dituju oleh kami berdua adalah Changdeokgung atau Changdeok Palace.
Tunjuk kat cab driver map palace tu, cepat jer dia paham. Suka tengok reaksi driver2 cab ni..syok bukan main bila dia berjaya bawak kami ke tempat2 yang kami nak pergi. Bila sebut kamsanhamida lagi la diorg syok..hahaha.
Korea adalah tempat yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan negara2 yang saya pernah pergi sebelum ni. Sebelum2 ni saya dapat menghayati keindahan alam semula jadi seperti Great Ocean Road, menjelajah kota raya besar seperti London yang still mengekalkan senibina bangunan lama, melihat kehebatan Lake Toba yang berada di atas bukit, bergembira mandi-manda di pulau2 sekitar Krabi, melihat kesibukkan negara maju di singapore dan banyak lagi. Tapi this time saya menyaksikan negara yang mengekalkan bagunan-bagunan atau istana-istana tinggalan zaman raja-raja dulu. Gah sekali istana-istana tu. Walaupun diri saya ni jenis tak suka menghayati tinggalan sejarah..hahaha..tapi excited sangat visit palace sebab saya ni gilakan cerita korea berunsurkan zaman-zaman raja...menarik sangat.
Korea adalah tempat yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan negara2 yang saya pernah pergi sebelum ni. Sebelum2 ni saya dapat menghayati keindahan alam semula jadi seperti Great Ocean Road, menjelajah kota raya besar seperti London yang still mengekalkan senibina bangunan lama, melihat kehebatan Lake Toba yang berada di atas bukit, bergembira mandi-manda di pulau2 sekitar Krabi, melihat kesibukkan negara maju di singapore dan banyak lagi. Tapi this time saya menyaksikan negara yang mengekalkan bagunan-bagunan atau istana-istana tinggalan zaman raja-raja dulu. Gah sekali istana-istana tu. Walaupun diri saya ni jenis tak suka menghayati tinggalan sejarah..hahaha..tapi excited sangat visit palace sebab saya ni gilakan cerita korea berunsurkan zaman-zaman raja...menarik sangat.
Jom layan photo...
Kami beli 2 tickets iaitu untuk visit Changdeokgung dan Secret Garden of Changdeokgung atau Biwon Secret Garden
Perlu melalui palace dulu baru jumpa secret garden tu. Fee yang dikenakan adalah 3,000₩ untuk Changdeokgung dan 5,000₩ untuk Secret Garden..total 8,000₩ sorang, mahal kan? tapi don't worry, amat berbaloi!!!
Beli ticket kat sini yerrr
Boleh baca dari internet history palace ni..Secret Gardennya nun jauh ke belakang
Aktiviti wajib...hehehe.
Saat ini saya berjalan sambil diiring angin yang nyaman dan kelopak2 cherry blossom yang berterbangan..asyik sekali. Indah betul ciptaan Tuhan!!!
Activity jelajah palace bermula..boleh dapatkan buku sejarah ni kat entrance
Bila tengok balik photo ni...baru sedar drama Korea yang saya layan sekarang shooting kat sini..Jang Ok Jung. Kalau kat astro sekarang maybe baru episode 5 atau 6 tapi saya dah tengok episode 14...hahaha. Kalau tengok dari internet cepat sikit habis sampai tak sempat nak taip blog..haha. Jom layan OST citer tu...
Drama ni menceritakan kecekalan perempuan dari low class yang bernama Jang Ok Jung..tabah betul dia. Walau apapun dugaan..dia tempuh. Drama ni shooting time spring..boleh tengok keadaan sama ketika saya kat sana..kebetulan sugguh..hahaha
Dah sampai makanya kamipun pergi la lagi dekat. Nampak jer gah camgini...jom tengok apa dalamnya..hehehe
Singgahsana maharaja rupanya
My sis dok mengomel..mananya secret garden tu..hahaha..bukan main tak sabar dia
luas sangat tempat ni..berkali2 kami stop rehat
Tetiba jumpa souvenir shop...kami beli 3D puzzle kat sini
Lebih kurang camgini la 3D puzzle tu..tapi kecik skit
Sekitar palace
Tetiba jumpa bunga lagi..merimbun sungguh..nampak macam bunga plastic tapi sebenarnya original tau!!
Jumpa lagi bunga ni...bunga ni punya la banyak..merata2 ada
Dari dekat camni la rupanya...
Akhirnya kami sampai entrance untuk ke secret garden..saya suruh my sis duduk kat kerusi tu sementara nak tunggu masa masuk ke garden tu. garden tu dibukak setiap setengah jam kalau tak salah saya dan akan diiringi tourist guide. Kenapa saya suruh my sis duduk situ..ianya adalah untuk saya buat 1 project
Taraaa..inilah projectnya...saya jumpa pokok cherry blossom ni yang sungguh merimbun dan cantik sungguh bunganya
Daun sikit2 jer...semunya bunga..
Inilah bunga yang sama macam header blog saya ni..cmner ntah saya edit sampai jd cmni..hahaha
Sambil saya snap bunga ni..kelopak bunga ni berguguran..oh indahnya
Tengah2 relax kami berdua..saya nampak ni didepan..kamipun berjalan masuk ikut pintu kecik tu..rasa2 saya tu kediaman permaisuri..hehe
Cantik sungguh seni bina bangunan2 lama dalam mana2 palace di Korea ni..
padlock lama-lamapun digunakan lagi..
Pagar kayu ni akan dibuka ikut masa-masa tertentu
Masa untuk masuk ke Secret Gardenpun bermula..berkobar2 la ada tourist guide...sekali dia layan orang jepang jer..aduhh..cakap jepun mana nak paham..hahaha...makanya kami berjalan2 sendiri laa
Excited sangat time ni..kena lalu lauan ni dalam 200m kalau tak salah saya..hup hup jugak la penat..hahhaha. Jalan ke garden tu sebenarnya akan berbukit..seolah-olah macam mendaki la..hahaha. Bila tahu something special yang menanti di depan...penatpun tak rasa..hehe
Kalau nampak baca la..hahaha
Taraaaa...sampai akhirnya..
Tempat ni maybe maharaja dating dengan permaisurinya...tenang sekali tempat ni..
Building dari photo kanan tu tak dibenarkan masuk..
Makanya kamipun puas berpoya-poya di Changdeokgung
Dorang ni lebih lambat dari kami...kami dah kedepan..hahaha
Baca sikit yer : Changdeokgung’s rear garden was constructed during the reign of King
Taejong and served as a resting place for the royal family members. The
garden had formerly been called ‘Bukwon’ and ‘Geumwon,’ but was renamed
‘Biwon’ after King Kojong came into power. The garden was kept as
natural as possible and was touched by human hands only when absolutely
necessary. Buyongjeong, Buyongji, Juhabru, Eosumun, Yeonghwadang,
Bullomun, Aeryeonjeong, and Yeongyeongdang are some of the many
pavilions and fountains that occupy the garden. The most beautiful time
to see the garden is during the fall when the autumn foliage is at its
peak and the leaves have just started to fall.
Ini royal pavilion..kalau dalam drama korea..kat sini la raja makan-makan..sembang-sembang..di keliling pavilion dia ada la pengawal-pengawal berkawal..
Rumah orang gaji
Pavilion lagi..kecik sikit yang ni
Jumpa lagi cheery blossom...nun tinggi sangat pokoknya...
Bunga terakhir sebelum beredar dari Secret Garden
Bahagian sini tinggalnya gundik-gundik raja yang tak boleh beranak...
Puas betul hati saya bila niat di hati tercapai..langsung tak menyesal untuk ke Everland. Saya kagum sungguh tengok segala bunga..palace..pavilion..nature yang dikekal kan di dalam area palace dan sebagainya. Saya langsung tak tercari-cari dimana nak pakai pakaian tradisional korea..terlupa lah katakan..hahaha. Angan-angan nak la sangat berlagak sebagai minah korea...hahaha.
Kepada yang gigih srcoll ke bawah untuk baca entry ni..terima kasih saya ucapkan..harap anda semua tak menyampah kat saya sebab banyak sangat photo bunga.
Nak tahu saya berkesempatan try pakaian tradisional korea ke tak..nantikan entry seterus dan seterusnya..
Untungla masih ada banyak bunga, masa saya sampai minggu lepas semua dah takde dah...
ReplyDeleteAmboiiii banyaknya bunga ye zila. Kalau akak pon sure akan snap bebanyak gambar bunga cherry blossom tuh memang cantik sungguh.
ReplyDeletemasa pergi haritu cherry blossom belum keluar :'(
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zila. bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak bunga satu! hehehe
ReplyDeleterasa macam tak adil jer zila...sangat jeles okay tengok sakura banyak-banyak macam ni, cantik jer. besar jugak yer kawasan palace ni, memang berbaloi kalau datang sini, dengan sakura lagi, waduh~...
ReplyDeleteMie --> Alhamdulillah..hehee..Time saya pegi tupun bunga2 tu tengah gugur..maybe skrg dah penghujung spring then bungapun dah berkurang
ReplyDeleteKak Rozita --> Akakpun minat bunga..yala lumrah seorg wanita..hehe.
Yuslina --> Nak kena pegi lagi lah tuh..hehee.
Sheila --> Amboi kau dik..panjangnya bestnya tu..hahaha. Print la bunga kak zila snap tu..tampal dlm bilik...wakakaka
Orga --> Amboi..mamatpun minat bunga..hahaha. Sebelah palace ni ada lg palace yg moden skit..tapi kami dah sakit kaki nak jalan
lawanya cherry blosom tu zila
ReplyDeletekak zilaaaaaaaaaaaa, sheila nak bunga ori. hahahahhahaa ;p
ReplyDeleteWoww..mmg cantik betul view spring time..mmg untung lah org korea sbb mereka boleh alami 4 musim dan cantik2 pulak cherry blossom..arghh..kalau lah boleh menetap di koya kan best..verangan :-)
ReplyDeletePM --> memang lawa :)
ReplyDeleteSheila --> over kau jah..hahaha
JM --> kita ni verangan nak dok sana..dorang pulak maybe verangan nak dok sini..hahha.
hi zila,salam kenal...
ReplyDeleteteruja sgt bila tgk gambar2 bunga sakura tu.Subhanallah cantiknya...
Salam..
ReplyDeleteKalau tgk gambarpun teruja bygkan kalo kita dpt tgk yang real mmg sgt2 teruja..kuasa Allah memang menakjubkan...