May 11, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 1) - Part 2

Assalamualaikum...


Jumpa lagi kita untuk entry seterusnya mengenai "Light, Free & Easy Trip to Korea". My sis yang tak sabar-sabar nak baca entry seterusnya..ni dia!!! hahaha. Hari-hari chased saya suruh menulis..hahaha. Entry ini juga untuk pembaca2 semua yang maybe nak tahu camner pengalaman saya di Korea dan maybe juga ada yang ingin mencari pape info untuk reference..sila kan yerr.

Sampai jer Incheon Airport kami masuk ke toilet dulu. Time tu macam ada 2 flight yang turunkan passenger dlm masa yang sama. Dalam hati saya cakap kang lama pula nak tunggu turn kat immigration. Andaian saya tak betul rupanya, just tunggu 2 orang and then turn kitaorang. Anggota immigration pun cepat jer buat kerja dan kami dilepaskan tanpa apa2 masalah. Kemudiannya kami terus ke 7eleven beli T-Money. Harga card tu adalah 2,500 dan menambahkan nilai menjadi 30,000 bermaksud Won yer kawan-kawan yang mana nilai 1,000 bersamaan RM3. Kalau nak senang memahami nilai-nilai yang akan saya letak kat sini..sila darab nilai won tu dengan 3 dan bahagi 1,000 (? x 3 / 1000 = RM?). Kalau expert cam den..just darab 3 jer..tak payah nak divide2 bagai..muhahahahaha.

Kemudiannya kami keluar dari airport ikut exit 5 pandang kanan sikit terus station bus...setapak dua jer kawan-kawan..hehe. Tak sampai beberapa saat bus yang belum sempat ditunggu sampai. Saya tanya la sorang mamat yang ntah cina ntah korea tu nak beli ticket dalam bus atau counter ticket..dia cakap counter ticket. Kalut-kalut la berlari anak kami ke counter ticket sebab takut ditinggal bus. Counter ticket plak cakap beli kat driver..compius!!! hahaha. Kawan-kawan print voucher kat bawah ni dan tunjuk kat driver..nanti dia potong harga ticket dari 10,000 kepada 9,000. RM3 la save. Lebih kurang sejam kut atas bus.. macam2 view menarik sepanjang jalan..jom layan photo

Pandai-pandai la nak print voucher ni cmner. saya print 1 voucher dalam 1 A4 paper. Takde color. Driver tu accept jer..heehehe.Semua voucher saya print takde color. Make sure print 2 sets yer..untuk balik kang xde discount pulak. Dan banyar guna cash kat driver tu, jangan pulak touch T-money..kang takde discount.



Depan jalan ni la untuk bus ke Myeongdong



Kincir ni sangat lah besar..time flight nak landingpun dapat lihat..tak sangka boleh lihat real cmni...menakjubkan!!!



Tetiba nampak ni...saya kira itu adalah cherry blossom yang saya nak tengok sangat2 tu..banyak forumer forum Cari cakap time saya tiba di Korea bunga ni dah takde..my friend yang baru balik dari sinipun cakap bunga ni dah gugur dan hujan jer...tapi Alhamdulillah saya berkesempatan juga tengok dan sepanjang di Korea cuaca amat baik sekali..Syukur!!!


Kemudiannya nampak bridge ni..banyak betul bridge sepanjang jalan ke Seoul



 Traffic pun ok jer. Agak jem bagi jalan yang bertentangan..maybe nak balik office lagipun time tu jam sudah pukul 6pm camtu.

Bila sampai Seoul, bus tu akan stop beberapa tempat. Station yang akan saya stop adalah Sejong Hotel. Dari Sejong Hotel ni perlu berjalan kaki ke guesthouse. Lupa nak bagitau..Sejong Hotel dan guesthouse yang akan saya stay tu adalah di Myeongdong. Sebenarnya my sis yang deal hal book guesthouse tu. Owner guesthouse tu dan bagi map untuk senangkan kami. Jangan tak tau yang owner tu accept permintaan my sis untuk bilik di 1st floor disebabkan kesihatan my sis and dapat discount lagi...haha.

Bila sampai lorong ke guesthouse tu, kami macam tak confident jer nak terus ke depan lagi, tanya la dari pekerja restoran berdekatan, wahh..dia keluar dari restoran dan terus tunjuk guesthouse tu..hebat!!! Hmmm...jangan salah paham pulak yang guesthouse ni berada dilorong..hahaha..sebenarnya jalan 1 lane jer...macam 1 way gitu. Area saya stay tu memang penuh dengan restoran kiri kanan jalan..agak bz keadaan situ.


Kami jumpa stall roti ni..inti dalam ni semuanya berasas potato, vegie serta red bean. Masih panas-panas lagi..sesuai makan petang2 camtu..



Bila sampai guesthouse, 15 minutes diambil untuk pekerja guesthouse tu explain etika ketika stay kat guesthouse yang bernama Residence EO itu..antaranya adalah :
1) Kasut kena bukak dan letakkan dalam locker, pakai kasut yang disediakan. Bagus cara tu, kotor kasut kita tak ikut sekali masuk bilik, Kunci locker tu kita pegang la. So dun worry yer
2) Entrance door and room door hanya perlu touch jer satu card sebesar 2"x1". Kecik tul
3) Dia ajar guna oven and washing machine. Sebab semua tulis korea..tak paham
4) Dia ajar macam mana buang sampah. Sepanjang 5 malam tu, kalau bilik kotor, cuci sendiri..sampah buang sendiri ikut kategori kertas, plastic atau sampah biasa. Bagus betul kan?



Bilik ni ada aircon tapi takde remote dan plugnya di cabut..maybe spring pun agak sejuk..tapi saya panas..hahaha..memalam tido bukak tingkap tu..tingkap tu sebenarnya ada 2..dibahagian dalam dan luar.



See..semua ada..hahaha..ada guna jugak la semua tu



Toilet not bad



Lepas siap belek2 bilik...makan time!!! Orang asyik sebut2 susu pisang..akhirnya saya pun dapat merasainya..hahaha..sedap tau!!!


Pekerja guesthouse tu, Don dan Monica sangat pandai berbahasa inggeris. Kalau ada apa-apa masalah, anytime diaorang boleh bantu.

Lepas rehat semua..kami bergerak nak menjalankan motif ke Korea..hehehe. Kami berjalan ke area happening di Myeongdong..ternampak escalator ke subway..my sis cakap maybe boleh cross ke seberang jalan dengan escalator tu..saya pun ok jer...turun jer ke subway tu..fuhhh..banyaknya kedai kat bawah tanah tu..manusiapun ramai..heheh..belek-belek sikit2..kamipun sambung tujuan asal...




Barang2 yang dijual di station subway Myeongdong


Kami hanya round Myeondong. Happening sangat. Ramai betul orang keluar shopping sampai berlaga-laga bahu. Saya tak dapat nak banyangkan betapa besar tempat tu..fuhh!!! Banyak betul cosmetic shop. Salesgirl disetiap cosmetic shop tu pasti akan tarik customer dengan beri sample free..sayapun join sekali la..hahaha..ambil sample free and them masuk belek-belek jap barang dalam tu kemudiannya keluar..hahaha!! Syarat untuk sambil sample free. Cosmetic2 ni bukan taste saya..lipstic saya yg satu tu dah 3 tahun, lom abis2 lagi..masih panjang..hahaaha. Tak pandai la den. Myeongdong ni macam tempat shopping mahai gak la..tak sesuai la saya nak bershopping kat situ..hehe



 Sotong kering...tak lalu nak try..hehhe


Namsan Towe ni boleh nampak dari guesthouse kami..tak sabar nak naik atas sana..hehe


 Ni lah keadaan jalan ke guesthouse kami..lewat malampun area ni masih ramai orang



Selama 6 jam atas flight badan sakit-sakit..lepas makan saya terus tido. Keesokkan hari banyak energy nak guna..so kena rehat. Nasib baik kesihatan my sis beransur ok. Malam sebelum ke Korea, jari kaki dia pulak cedera. Barang terhempas atas jari kaki. Lebam. Nak pakai kasut payah sikit la. Asyik mengadu sakit jer sepanjang hari dari Malaysia ke Korea. Sebelum jalan-jalan area Myeondong, kami singgah farmasi. Dengan hanya spent 3,000 untuk ubat tahan sakit. Sepanjang di Korea Alhamdulillah dia boleh tahan sakit dan active dari saya pulak..hahaha.

Saya ni kalau berubah tempat tidur akan susah sikit nak tidur..nganga jer atas katil. Kalau bukak tv tak paham pulak orang cakap korea..tapi disebabkan maximum takleh tidur..makanya ngadap jugak tv. Boleh tahan show2 dalam tv korea ni..layan jugak saya satu sekmen camner kehidupan seorang makcik yg agak daif hidup dia..sesuatu yang berbeza..i love it. Sepanjang di sana..2-3 kali jugakla ada tv show camtu..dan layan jugak movie omputeh..

Ok semua..nantikan kisah yang seterusnya..bai bai!!!

23 comments:

  1. jangan kata my sis jer, kitorang pun tertunggu-tunggu ni, hehe...besar betul bilik korang zilla, harga lagi murah dari namsan GH ke? jeles dah aku...

    ReplyDelete
  2. besarnya bilikkk! siap ada washing machine tu lagi. kira besarlah kalo standard kt korea nih. hehehe.

    susu pisang tu sodap~ dulu sempat minum skali je. takut sakit perut lepas tu.

    ReplyDelete
  3. Orga --> hahaha, sy xsure la namsa gh beapa tp hotel ni 1 mlm 65k.

    ReplyDelete
  4. Henry --> ada cabinet tinggi 2pintu jugak, mmg puas ati la bilik cmni. Sy sempat minum susu pisang tu 6 botol sepanjang kt sana..haha

    ReplyDelete
  5. Hebat guesthouse ni, hotel pun takde kemudahan camtu. Zila, cepat2 update lagi. Orga pun sama...

    ReplyDelete
  6. Mie --> Biasa la my sis tu..dia utamakan keselesaan bila travel. Dia ckp kalo bilik ok, penat2 balik dari jln2, leh la tenang skit..hehe

    ReplyDelete
  7. best kan dpt trsvel ngan kakak sendiri sbg partner travel x lsh fening kepala coz ada keserasian

    Cepat update x sabor nk tgk cherry blossom tu :-)

    kat mana nk print voucher tu Zila

    ReplyDelete
  8. JM --> My sis tu mcm akan sendiri, macam pengganti arwah akak saya. Sifat dorang memang tak banyak beza, saya syg dia macam akak saya sendiri. Kalo nak print right click kt voucher saya boh tu..then click print..maka print lah dia..hahaha..cer try!!!

    ReplyDelete
  9. zila harap serta kos kesuluruhannya tau....

    ReplyDelete
  10. Yerr..InsyaAllah di akhir entry saya akan share

    ReplyDelete
  11. Pink..pink..pink...cantiknya bunga Sakura tu :)

    Susu pisang ni mesti lemak berkrim ...sedapnya boleh saya bayangkan.

    Orang Korea ni sangat menjaga alam sekitar, bersih dan canggih, kan? Saya tak pernah ke Korea tapi anak saya pernah...dia yg ceritakan.

    ReplyDelete
  12. Hehe..ye prof, cantik betul bunga2 kat sana..gila jadinya saya.

    A'a susu tu sedap dan likat..di korea ni banyak taman dan setiap landscap tu kekalkan konsep tradisional..menarik sekali. Saya nak tunggu prof pulak jelajah korea..hehe

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum kak zila. bestnya. subhanallah. baca entri ni buat saya terasa cam tengah berada kat sana lah. hihi :)

    ReplyDelete
  14. zila jeles kat hang sebab aku pi sana 2 hari hujan tapi renyai2 jela. aku dok kat nana resident kat myeondong sebelah subway je. Cerita 1st day kat sana lawak sangat sebab aku ter book bilik dalam sauna. Dalam sauna tu semua org bogel bogelan, kejutan budaya betoi aku kat korea ni

    ReplyDelete
  15. lupa nak tanya berapa harga bilik tu semalam

    ReplyDelete
  16. Ada gak hujan sekali..time tu nak pi Nami island..sepanjang jalan nak ke Nami tu hujan..risau gak la kalau sampai nami hujan lagi..nasib baik hujan stop dan panas..mcmana leh silap book..hahaha. 1 malam bilik tu 65k.

    ReplyDelete
  17. best betul siap ada mesin basuh.. fridge.. microwave.. semalam 65k.. not bad untuk dua orang.. :D

    ReplyDelete
  18. Salam....
    Hahaha best kan seoul?

    Susu pisang tu wajib tau...saya dulu tiap2 ari minum smpai kdg2 3 botol satu ari...addicted wehhhh....

    Best baca u nyer journal....menarik with excellent photo...

    ReplyDelete
  19. salam zila,

    seronok la baca citer awk g travel..heheh..
    awk g korea bl ehh?
    tq..

    ReplyDelete
  20. Salam liza, Mmg best seoul. Byk org ckp wajib try susu pisang tu..sayapun apa lg..itu benda pertama yang saya nak wat..beli susu pisang....hahahaha

    ReplyDelete
  21. Assalam,
    1. Boleh bagitau macamana nak book Residence EO tu?
    2. Bila tarikh travel ni? Bulan apa? saya nak travel next year hujung May 2014. Agak2 blossom ada lagi ke time ni?

    ReplyDelete
  22. zilla..which one is ok..guesthouse or hotel?
    thanks

    ReplyDelete