May 21, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 3) - Part 5

Assalamualaikum...

Entry kali ini adalah cerita saya di Korea untuk hari ke-3 iaitu pada hari Ahad 28th April 2013. Exited betul saya time tu sebab my sis dah promise untuk sambung visit palace. Kembang hati seperti cherry blossom lagaknya bila hajat dihati akan tercapai..hahaha. Ikut itinerary, that day patutnya kami ke Everland untuk tengok tulip yang mana festival tu berakhir pada hari tu. Saya ni bertimbang rasa orangnya..bukan dekat nak pergi tu..kesian pula kat my sis yang tak berapa sihat tu. Dah la keesokkkan hari nak ke Nami Island yang juga jauh perjalanannya. My sis punya niat untuk ke sanapun adalah untuk saya supaya dapat tengok tulip. Then saya cakap..takyah lah, dah banyak bunga saya tengok..hahaha. Dia ok jer.

That day kami tak rush papepun..nak terkejar2 kan apa kan? Hari yang ke-3 di Seoul baru tergerak nak snap area guesthouse tu. Jom layan photo..


Ni lah cara nak masuk dlm guesthouse ni..touch card tu jer. Nak masuk bilikpun touch gitu jugak.



Landscape yg simple but nice


Tong sampah yg disediakan untuk buang sampah sendiri..senang lenanglah owner guesthouse ni sebab xyah ambil ramai pekerja..heehehe


bunga di depan gate guesthouse tu..geram tengok



Yang building coklat tu la guesthouse tersebut



Ni jalan depan guesthouse tu..kalo panjat ke atas nu..jumpa la bukit yg terletak Namsan Tower..sanggup jalan? Saya tak sanggup...hahaha. Ramai jugak orang lalu lalang area ni..maybe ada lagi guesthouse di belakang sana.



Kami kesini..cafe ni terletak di seberang main road..cross guna subway Myeongdong Station.



Pepagi tak selera sangat nak makan walaupun byk makanan menarik..



Selepas order apa yg patut..tunggu la kat meja sendiri..bila mende ni vibrate..maknanya makanan yang di order dah siap..best kan?


Tergedik-gedik saya bila benda tu terdegik-gedik..eh sama tergedik-gerdik..hahaha. Bukan tergedik apa la..berlari gi kat counter amik makanan jer hahaha. Ni waffle yer..nampak cam best..kat bahagian dalam macam tak masak..rasa pelik.



Blueberry muffin..pun tak best..hahaha..komplen memanjang!!! 
Yang best cuma drink 


Nantikan entry seterusnya apa yang ada disebalik pagar kayu ni..hehehe

Saya tak sabar nak habiskan entry pasal Korea ni. Skrg nak upload gambarpun lambat sangat jalannya..penat menunggu. Saya dah half way upload photo tempat yang saya pergi hari ke-3 tu..so nantikanlah sambungannya yer!!! 

11 comments:

  1. assalamualaikum kak zila, nampak kemas guesthouse ni... cepat update! tak sabarnya nak baca... hehehe bunga tu nampak segar sangat dan lawa!

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam..ha..sabar tunggu..pasni ada byk la bunga cantik2..hahahha

    ReplyDelete
  3. salam.zila yang bunga biru tua tu cantik sangatlah....macam baldulah...bersihya bandar dia orang.

    ReplyDelete
  4. kalo pegi korea, sy suka lepak kat coffee shops dorang. saje nak try sbb dorang ade macam2 tema coffee shops. yg kecik2 pn best! suka makan waffle! hahaha

    ReplyDelete
  5. dh lupa lah apa nama guesthouse tu eh mahal x rate per night last year JM tdo kat seoul backpacker drkat ngan pintu masuk namdaemun klau x salah 55k won per night

    manalah tahu ada rezeki nk ke sana lg leh try guesthouse lain pulak :-)

    ReplyDelete
  6. Anonymous --> Sertakan lah namanya..boleh la berkenalan..hehe. A'a cantik betul bunga tu. Bandar dorgpun bersih jer.

    Henry --> Yala..byk giler coffee shop kat sana sampai bertingkat2..rasa coffee tetapnya sama..haha.

    JM --> Guesthouse tu namanya Residence EO..65k Won 1 malam.

    ReplyDelete
  7. Bunga kat header zila tu cantiklah...cherry blossom ke ? Guesthouse apa tu zila ? Macam best jer

    ReplyDelete
  8. wah...kena buang sampah sendiri? untunglah tuan punya guesthouse macam ni, tak yah susah-susah. tapi best jugak, pengalaman lain bila stay sini...

    ReplyDelete
  9. Kak Rozita --> Makaseh..ehehhe..A'a cherry blossom..nama hotel tu Residence EO

    Orga --> Tu arr pasal..memang best. Bukan hari2pun nak buang sampah. Dan bukannya ada sampah apa sangatpun..hehe

    ReplyDelete
  10. Hi Zila...suker sgt baca travel blog u. bole dapat full details pasal guesthouse ni tak...saya nak travel this coming october. really appreciate. thx.

    ReplyDelete
  11. Hi Queene...boleh refer web ni https://www.residenceeo.com. Nak book dari agodapun boleh kut. Enjoy ur holiday :)

    ReplyDelete