May 15, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 2) - Part 4

Assalamualaikum...


Ok..saya nak sambung next destination pada hari yang sama iaitu 2nd day at Seoul. That day hati saya teringat-ringat untuk sambung visit palace yang belum habis lagi. Discuss punya discuss my sis cakap kita sambung untuk tengok palace keesokkan harinya dan petang tu kami decide nak ke Namsan Tower atau juga dikenali sebagai N Seoul Tower. My sis ada refer buku reference mengenai Seoul, menurut buku tu ada cable car dekat Myeongdong Subway Station. Saya tahu tempat tu kat mana sebab malam tu kami ada ke situ. Saya argue dengan dia, pe kejadahnya cable car kat situ..kahkah..dia tunjuk buku tu..memang dalam buku tu ada tulis cable car to Namsan Tower. Buku tu brand Formmer's yang bertajuk Seoul Day By Day. Ok tak per..nantikan kisah seterusnya. Argument tu tergantung camtu jer. 

Jom baca sikit "N seoul tower , alternative name for namsan tower The N Seoul Tower, officially the CJ Seoul Tower and commonly known as the Namsan Tower or Seoul Tower, is a communication and observation tower located on Namsan Mountain in central Seoul, South Korea. It marks the highest point in Seoul. Wikipedia" 

Kami turun dari bilik. Saya bertanya Don, ok tak kalau naik cab ke tower tu. Don tak rekemen guna cab untuk ke Namsan Tower sebab cab takkan naik sampai atas..perlu mendaki slope yang agak jauh. Jika guna cable car maybe kena naik tangga yang menurut dia better dari option lagi satu. Makanya kami decided nak guna cab untuk ke station cable car. 



Pokok ni penuh dengan bunga putih ni..rupa bunga ni seakan-akan bunga melur



Ketika lalu area Station Subway Myeongdong tu..ternampak 1 shuttle bus tulis "Cable Car" dan ada gambar cable tergantung kt body bus tu. Ternampak la sorang ajusshi separa botak menyumbat2 manusia dalam bus tu..saya tanya la "Ajusshi, this bus going to cable car station" dia bukan paham pun..tolak kami masuk tanpa kami tahu kebenaran kejadian itu..hahaha. Dan akhirnya si ajusshi tu berjaya memadatkan shuttle bus tu..fuh begitu terer. Penuh sampai berhimpit2. Canggih shuttle bus tu..seat boleh lipat2. saya duduk belakang driver tu. Setiap ruang dalam bus tu terisi seat. Cabaran tui ketika bus tu daki bukit. Kalau tak pegang betul2 boleh terhantuk dengan kepala orang sebelah..hahaha..memang syok betul. Dalam masa 10minit gitu kami smpai ke destinasi. Memang betul la bus tu ke cable car station..nasib. Free!!! hahaha..tul-tul tak caya. Makanya betullah buku reference my sis tu..maybe buku tu maksudkan shuttle bus tu sebagai cable car sebab di body shuttle bus tu tertulis cable car. Setel 1 hal..1 hal lagi..nak Q. Gila panjang. Kalau cuaca panas , tak hingin saya nak Q..hahaha.


Ni depan cable car station. Setiap floor building tu penuh dengan orang dok Q. Q pulak berpusing2 supaya space dalam building tu penuh. Kena naik tangga, tapi gerak sikit-sikit jer tak lah terasa seksa sangat naik tangga tu..hahah. Yg OKU atau bawak anak-anak kecik boleh la guna lift.


Saya snap bunga ni time dok Q..belum kembang lagi..maybe pepagi kut


Time tu tak sabar nak naik benda ni


Taraaa...berjaya beli ticket.


Ramai betul couple korea Q sama-sama kami. Ngada2 nak menunjuk dorang kasih sayang..porah..hahaha. Setelah 1 jam Q, makanya sampai lah turn kami. My sis dengan muka selamba potong Q dan tarik saya untuk berdiri di bahagian depan cable car..hahahaha. orang yang dipotong tu plak maybe orang Jepun atau Korea la..tak sure..dia senyum dan siap bg laluan lagi..maybe dia tau saya pendek..dia boleh nampak jugak sebab dia di belakang saya dan dia tinggi



Yeee..berjaya duduk depan..


Sikit lagi nak sampai..


1 more time duduk dalam keadaan penuh padat..hahaha. Nasib baik tak lemas. Best jugak la sebab boleh saksikan saat2 dari building cable car station tu ke bukit dimana terletaknya Namsan Tower. Time berada di atas, saya tengok Q makin panjang ke luar dan keadaan jalan yang jem. Wahh..ramai betul org nak datang. Lebih ramai daripada org yang visit palace..hahaha.



Bila keluar dari cable car..mai aiii...kena panjat tangga plak..haish. Patutnya kami beli sedikit makanan bawak naik atas tu..akhirnya melopong la tengok org tu makan eskrim..org ni makan kopok..sabar...sabar.

Berhempas pulas naik itu ini untuk ke Namsan Tower..berbaloi rupanya. Boleh tengok view satu Seoul..time saya ke puncak tu hari dah nak mendekati senja. Angan-angan nak snap la sunset..tapi malangnya awan tebal kut sebab matahari tak nampak rupa..sedih. Jom layan photo




Pulun snap tower ni arah sana arah sini..hahaha



Tempat minum air



Cherry blossom yang disinari matahari senja..



Tergoda betul dengan rimbunan bunga ni. Saya betul2 tenangkan diri nak snap bunga ni supaya tak buat kesilapan time snap bunga ni kat palace..dah pandai nak setting camera..hahah



Kegilaan manusia meletakkan padlock ni..mat cinta siti..ah chong syg ah lin..mutu love jotika..hahaha



Cute kan?



Vier bandar Seoul...Keadaan berkabus maybe lindung sunset :(



Dua orang couple ni dok pulun melukis something atas t-shirt



Gambar terakhir sebelum kami meninggalkan Namsan Tower



Selepas puas bersuka ria area Namsan Tower tu, kamipun nak turun ke bawah menggunakan cable car jugak. Malam masih mudanya, maka kamipun decide nak pergi stream yang entah di mana tu. Buku reference lupa bawak..blur la sesejap. Shuttle bus yang bawak kami naik tu tak nampak rupa. So, kami tanya la dekat driver cab sorang ni..memang kelakar la driver tu..saya rasa umur dia dlm 40an..my sis tanya.how much if we want go to stream. Dia tak paham. Saya terer handle driver2 cab kat Korea ni..kahkahkah. Saya plak take over..water water..beautiful..ada la isyarat tangan..haaa..terus dia exited paham..ekeke. Dia pun sebut la nama tempat tu "Cheonggyecheon bla bla bla"..then my sis cakap betul la nama tempat tu sebab dia mcm igt lupa sebab panjang sangat sebutannya..hahaa. Nak tanya berapa kena tunjuk, isyarat duit guna jari..haha. Dia ckp 30,000, mahai giler tu. 

Tetiba shuttle bus yang sama sampai. Terus kami naik bus tu dan naik pulak cab di station bus tu stop.



Inilah rupa shuttle bus tu



Dari dalam shuttle bus


Tak la mahai cab..mostly kami spent 2,400 hingga 3,000. Bila dah tau nama stream tu, boleh la bgtau kat driver cab tu. Cepat jer sampai. Cantik betul stream tu..bila dekat-dekat dengan air ni, sejuk sangat la. Ramai betul org berdating kat situ. Lampu-lampupun cantik. Kami relax kejap kat situ sambil dengar sorang penyanyi jalanan menyanyi lagu shahdu..hehe.  Jom tengok photo...



Macam air mengelegak



Stream ni sepanjang 8.4km...tapi saya berjalan-jalan adalah dalam 500m hahaha. Hebat la kerajaan Korea upgrade tempat ni menjadi tempat tumpuan orang ramai.




Lepas puas relax kat stream tu, kami bergerak for dinner. Kami nak try makan kebab kat Itaewon.


Kami makan di Mr. Kebab. Kebab ni rotinya keras. Kami share berdua tupun tak abis..isi ayamnya sedap..tapi sedap lagi kebab kat Melbourne

Naik cab ke Itaewon agak mahal..kena pulak time tu jalan jem area itaewon tu..tak salah saya kami bayar cab lebih dari 5,000. Banyak kedai di kiri kanan jalan..restoran pun banyak. Boleh jumpa ramai foreigner area Itaewon tu. Dan lagi mudah berjumpa dengan orang Malaysia. kami just pergi makan and then terus balik. Sampai jer Myeongdong, my sis ajak lagi jalan-jalan area Myeongdong sebab malam 1st tu kami belum puas jalan-jalan area tu. 


Terbeli mask ni..1 pack ada 10 pcs yang berharga 10,000 dan dapat free lagi 10 pcs yg color putih tu..terbaekk kan? hahaha. Malam tu ber mask la kami berdua..hahaha.

Hari kedua kami di Seoul berakhir. Sebenarnya saya dah buat budget untuk cab adalah sebanyak 30,000 satu hari. Untuk 1 day full at Seoul, kami hanya bayar untuk cab half of it. Bagus bagus bagus. Walaupun kami balik relax 3-4 jam di guesthouse, tak sangka kami boleh cover dalam 4-5 tempat. Alhamdulillah.  

Untuk previous entry boleh click kat sini 
Part 1
Part 2
Part 3

10 comments:

  1. assalamualaikum kak zila, bestnya. subhanallah cantiknya pemandangan sana. kak zila, berhabis berapa kat sana? heee

    ReplyDelete
  2. Zila,

    JM tengah bayang mcm nmana cara Ahjussi menyumbat orang masuk ke dalam bas tu mcm sumbat beg ker..hihih..kenapa dia tak biar je org beratur naik bas..

    Mmg awesome view di sungai tu..cherry blossom..oh mai..nak pegi seoul lagik :-)

    ReplyDelete
  3. Sheila --> Waalaikumsalam wahai adikku..hehehe..mmg cantik..byk benda boleh snap..selalu2 kak zila wat 1 hari 1 entry..ini 1 hari 2-3 entry sebab byk photo kak zila nak tunjuk..haha. Kak zila habis maybe dlm RM2,500..tak kira sgt duit kuar..hahaha


    JM --> Ajjushi tu kasar sumbat org dlm bus dia..mcm nak cepat spt terkejar2 something..haha. sure spring next yr JM pulak pegi lg sekali..hahaha

    ReplyDelete
  4. Oo bas tu cuma sampai kat cable car. OK lah tu dari menapak... Kat Myeongdong tu nak tunggu di mana...

    ReplyDelete
  5. tgh cuba nak cari mood korea...kawan2 ajak tp jujurnya tak de rasa nak ke sana hehehe

    selalu travel dgn ur sis ke :)

    ReplyDelete
  6. Memang best tengok picture2 tu..
    Insyallah one day pun nak pi sana juga.. :D

    ReplyDelete
  7. Emy --> My sis pun xde ati sangat nak ke Korea..tp bila dah sampai sana..syok sgt dia kata..lain betul dari negara2 lain yg dh pernah pegi..cuba la. A'a memang dengan dia jer sebab 1 kepala..hehee

    Boy --> Alhamdulillah maybe sebab cuaca bagus gambarpun jd cerah2..mesti ke sana!!

    ReplyDelete
  8. Mie --> lupa pulak nk reply mie..hehhe. Dekat myeongdong sebelah subway station. Dari hotel saya jalan jer terus ke main road..nanti jumpa station tu..nak turun ke station tu akan ada escalator..tunggu jer tepi tu.

    ReplyDelete
  9. Bestnya...cantik-cantik bunga tu...cuaca nampak macam best je...kiranya ni Zila jalan-jalan dengan kakak berdua jelah ya...ikut pace sendirilah ya?

    ReplyDelete
  10. TQ Prof..hehehe. Kalo prof perhatikan entry2 dlm blog saya ni..mostly saya travel bersama akak saya. Memang kami sesuai travel sama2. Boleh dikatakan kami enjoy apa saja keadaan ketika travel :)

    ReplyDelete