June 6, 2013

Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 4) - Part 9

Assalamualaikum...

Hai berjumpa lagi kita untuk sambungan cerita "Light, Free & Easy Trip to Korea (Day 4)". Sabar yer..lagi 2-3 entry maybe saya akan habiskan. Previous entry saya cerita kisah saya di Nami Island..kali ni cerita saya di Insadong pulak. Jangan tak cayer..2 jam me and my sis bershopping kat sini..heheh. Insadong ni saya tengok banyak jual souvenir jenis craft yang mana tali yang berwarna-warni membentuk bentuk-bentuk yang menarik serta sulaman yang sangat cantik..cakap banyak tak mau yer..jom tengok photo yang saya sempat snap


Terlalulah banyak hasil craft yang camni..boleh sangkut kat henpon ni


Punya la fikir untuk apa mende ni..rupa2nya korek taik telinga..hahaaha..oppss


Berkenan giler dengan keychain ni..dibuat dari kayu dan ada sulaman dalamnya..sekali tanya tokey..6,000 Won satu, bukan 4 ni...tanpa sempat saya nak kata apa..si tokey tu terus cakap "it's ok you don't want" sangat2 rude tau..mentang-mentang la bisnes dia mcm laku belagak pulak..hahha. Takper..kami keluar dengan seribu makian..opsss..hehe..takdela gurau jer..kami mengomel sikit2 jer

Kalau kita kat Malaysia macam jual kerepek la..hahaha. Ni macam snack Korea yang saya dapat rasakannya adalah manis, crunchy and delicious..haaa see..tengok jer boleh tau..hahaha..gurau jer


 
Macam orang Malaysia yang lain, sayapun jumpa makanan ni..keunikan pembuatannya menggamit orang untuk mencubanya..dan jangan tak tahu..pandai tau penjual ni cakap melayu..terbuktilah orang Malaysia banyak yang berkunjung disini..Saya ada baca experience Leez..dia beli bawak balik Malaysia benda ni cair. Sayapun tak berani la nak try. Macam kes Orga..saya followed..hehehe...lepas rasa semua flavour..I say wow delicious..thank you..bai bai..hahaha


 
Macam kacang tumbuk pun ada kan?? semua ni adalah nuts..rasa nak beli tapi sayang duit..balik sini nyesal pulak tak beli..isk isk isk


Pening nak ambik yang mana..hahaha. Murah sangat tau..ada yang sampai 2,000Won


King and queen dan bermacam-macam lagi couple


 
Uittt ada bunga..apa lagi...snapppp!!!



kawan-kawan semua..kalau pergi Insadong cari amoi ni yerr...dah la pandai cakap melayu..bagi pulak harga murah-murah giler..terbaek lah. See?? perbezaan orang Korea tulin dan melayu tulin?? haa..camgini lah..hehehe


 Dalam kedai amoi ni ada kipas ni..ingat ke kipas..rupa2nya heater..jakun sekejap..hehe. Dat day memang agak sejuk

Lepas dah setel semua...kamipun balik guesthouse nak simpan semua barang yang dibeli. Kami keluar semula selepas 1-2 jam dalam bilik. Kami nak pergi makan..dengan reference dari forum cari..kamipun cari restoran tu di Myeongdong. Saya akan share tempat makan di entry yang akan datang.


Taraaa...seperiuk pulak dah..malam sebelum tu sebelanga..haha. Ni macam seafood soup yang pedas..terbaik tul!!! Ada macam-macam seafood..muscle..sotong..lupa dah..apa ntah lagi. Lepas kenyang kami balik guesthouse dan bincang apa pulak esok tu kami nak buat..hmmm


Saya dah silap percaturan..hmmm...souvenir saya beli tak cukup da..haish. Niat saya nak bagi kepada kawan2 blogger terpaksa dikorbankan. Untuk family dah 90% dari semua ni..untuk diri sendiripun dah terlupa asyik ingat kat oranglain.  Untuk info..yang keychain tu 1 set 10,000Won, Fm 4 pcs tupun 1 set 10,000Won, rubber FM tu dapat free, yang sudu dan chopstik tu harga dalam 5,000Won hingga 2,000Won..Hmmm.

Ok guys..see uols again pasni yee..paipai!!!

8 comments:

  1. Cantiknya pengorek telinga tu. Ingatkan cucuk sanggul tadi.
    Sebenarnya menurut doktor, tak perlu korek korek telinga ni, biarkan wax itu keluar secara natural.

    Nampak cantik fm getah tu :)

    ReplyDelete
  2. Memang lebih murah barangan souvenir kat Insadong ni terutama T-shirt, mungkin disebabkan orang tidak seramai di Namdaemun...

    Tapi amoi tu rasanya cakap Melayu slang Indonesia...

    ReplyDelete
  3. prof --> A'a cantik kan prof..hahaha. Memula saya xtau pedia...tokey tu dok tunjuk2 macam korek telinga tu..haaa baru tau..hehehe..

    Mie --> Betul agaknya tu. Mie pun jumpa amoi tu ka??

    ReplyDelete
  4. Memang murah harga souvenirs kat insadong ni ek...akak beli kat namdaemun agak mahal sikit harganya

    ReplyDelete
  5. Best nya!
    Tak sempat nk jenjalan cari souvenir dulu... Tingin nak gi lagi ni..

    Eh yg bende putih mcm rupa pau tu apa ek?

    ReplyDelete
  6. Kak Rozita --> mcm namdaemun saya ada beli gak..dapat free lagi tu yang best tu..kalo insadong if we got the right shop memang berbaloi la..kena rajin keluar masuk compare harga. Macam saya tak kisah semua tu sbb sy tak spent byk duit untuk souvenir..kalo bekenan dihati saya amik jer..hehehe

    Anakomak --> ala..kena gi lagi la..hehee. Yg putih tu kalau xsalah saya dibuat dari sejenis tepung..mcm org buat mee tarik tu..ianya ditarik2 sampai mcm benang gitu..then dimasukkan inti coklat, mango, kcang itam then lilit2 gitu...saya agak la gitu..hehe

    ReplyDelete
  7. apa nama kedai noona yang pandai ckp melayu tu..nanti leh la try carik heee

    Arghh..sedapnya seafood soup..pana2 lagi..terliur dehhh

    ReplyDelete
  8. JM --> Xsure la nama apa..yang saya pasti, dia dihujung2 nak ke palace apa ntah..hehehe. Seafood soup tu dah la panas..pedas pulak tu..

    ReplyDelete