Assalamualaikum...
Sementara nak tunggu kek coklat dalam oven masak...berblog dulu lah..hehhe
Terima kasih saya ucapkan jika anda salah seorang pembaca blog saya yang tak seberapa ini..dan tahniah jika anda mengikuti cerita saya di Korea sehingga sekarang. Anda hebat kerana sabar menanti cerita seterusnya. Dibantu dengan gambar, Alhamdulillah saya dapat ingat apa yang saya lakukan di Korea..
Selepas kami selesai visit palace..makanya perutpun berdangdut. Kami plan nak makan ikan bakar di Dongdaemun Market. Kat mana tu?? Sabar yer..saya akan khaskan 1 entry untuk guide tempat-tempat makan dan sebagainya.
Driver cab berhentikan kami disini..
Depan ni kami jumpa lagi dua orang berpakaian merah yang merangkap tourist guide "jalanan" yang membantu kita seboleh yang mungkin..bagus betul. Kami tanya la restoran yang kami nak pergi tu..diorang bagi map area tu dan tunjuk camner nak pergi
Opss..jumpa lagi stream ni...inilah stream yang kami pergi pada malam ke-2 dia Seoul. Kami perlu berjalan hingga ke bridge tu dan belok kanan..restoran tu ada dicelah-celah bangunan depan tu. Tak mampu la saya nak jalan jauh gitu..hahaha. Tahan cab..baik betul ajjushi tu. Dia paham kami nak kemana sebab saya ada salin nama restoran tu dalam bahasa korea..Sampai jer area tu ajusshi tu cakap kedai tu close sambil cakap dan tunjuk tangan pangkah..tapi dia tunjukkan restoran lain yang sama macam restoran tu..ha hamik..dilorong tu semuanya restoran ikan bakar. Kamipun pilih la mana restoran yang sesuai then masuk.
Comot-comot dah kasut sebab jelajah negara orang..hehe
restoran tu ada 2 tingkat..memula kami duduk di floor bawah..tetiba satu family org malaysia masuk..adalah 5-6 orang gitu..kamipun mengalah la kat diorang supaya duduk tempat kami tu. Untuk tidak nampak kami ni tak berbahasa saya cakap la kat diorg..duduk la sini..boleh combine meja tepi ni..kami boleh duduk atas. Salah seorang dari mereka tu cakap takpe..macam nak suruh kami duduk sekali dengan dorang..segan lah..hehe. So kami duduk sini la. Boleh la duduk bersila.
Ikan tu dibakar diluar restoran..ni saya snap dari atas tempat makan kami
Taraaa...bila order ikan..dapat la semua ni free..yang saya boleh accept selain ikan bakar adalah seaweed soup dan kimchi taugeh jer..yang lain tak boleh..hehe
Zoom skit...grilled mackerel fish
Ada pelanggan bergambar dengan mamat korea ni..sayapun tumpang sekaki la..hahaha.
Air ais disediakan free. Lepas order, 1 family jepun tepi kami ajak borak-borak. Pakcik tu bagitau dia ikut anak dia honeymoon..siap bgtau anak dia ngandung. Ramah betul dia. Macam-macam la kami borak dan family member dia muka ceria-ceria jer bila dengar kami cerita..bagus betul.
Pekerja restoran tu letak kuali besar ni dan masukkan bawang, daun bawang dan sotong..pastu tinggal..kang hangit kami kacau2 la guna sudip tu..sekali pekerja lain pulak datang dan rampas dengan kasar..amboi..takut orang lebih terer masak dari dia kut..hahaha.
Kemudiannya orang lain pulak datang kacau-kacau..dan bergilir-gilir dengan pekerja lain sehingga masak..terbaik la..satu pengalaman yang unik
Taraaa...masak sudah!! Sedap sungguh nasi goreng ni..anda wajib datang sini kalau ke Korea yerr..berbaloi tau
Lepas makan kami gerak balik..sempat la jugak beli bekal untuk ke Nami Island esok tu..
Macam hari-hari sebelumnya, kami akan balik ke guesthouse dan rest. Petang tu kami plan nak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain. Berdasarkan website visitkorea.or.k. Memang hazab la plan yang saya buat ni..hahaha. Kesian my sis terseksa nak ke situ. Sebabkan salah saya, penat pun tak ingat..cemas jer sebab buat salah..hahaha. Angan-angan nak tengok air warna-warni keluar dari Banpo Bridge tu, sedih betul cara saya tu salah. Apa la salahnya naik jer cruise tengok rainbow fountain tu dari cruise tu..haish..time tu rasa tak guna sungguh. Apa kesnya? Memula driver cab tak paham kami nak ke mana tapi buat-buat paham. Dah tu tinggal kami jauh dari area tu..kena jalan plak..dalam 1km jugak rasanya. Nasib baik jumpa sorang dua orang area tu yang tunjuk arah. Sorang mamat korea ni suruh cross bridge untuk tengok view yang lagi cun..giler nak cross..mau 2km tu..hahaha. Last2 kami stay gak tunggu air dari bridge tu kuar. Saya lupa nak snap..rakam video jer. Memang best la..siap kuar lagu lagi dari bridge tu..dekat sangat kami dengan speaker tu..layan song yang berirama seperti pancutan air dari bridge tu..oh indah sekali. Yang paling tak tahan...sejuk mengedik..saya just ada cover nipis jer.
Pinjam photo ni dari web visit korea tu..nampak memang nampak tapi bila snap photo nampak tak best la
Time tunggu show Rainbow Fountain. Dalam sejam jugak la kami tunggu show tu nak mula. Time yang ada tu kami layan view..tengok orang jogging..berbasikal..dan time show bermula ada la 4-5 orang join kami so tak lah sunyi sangat. Sepanjang Han river ni..dijadikan tempat riadah..menarik betul lah kan.
Lepas siap tu..kami berjalan ke bus top yang tak berapa jauh dari tempat tu. Aduuhh..1 cab pun takde..last2 kami naik jer 1 bus ni. Sesaja cakap kat driver bus tu nak ke Myeongdong..saya paham la driver tu cakap 'bukan'..saya ada la paham sikit2 bahasa korea ni..hehee. walaupun dia cakap bukan...dia still sambung drive. Kami punya plan nak stop mana-mana tempat crowded untuk dapatkan cab. Tapi tak disangka-sangka..sorang amoi korea datang dekat dengan kami..dia explain dengan lancar dlm english yang bus tu tak lalu Myeongdong dan my sis explain camner plan kami. And lastly dia minta kami turun dengan dia dekat satu stop ni yang ntah mana. Dia tolong kami dapatkan cab..oh baik sungguh dia dan juga cun..hehee. Sebenarnya tu tempat stop dia..rumah dia area2 tu..Alhamdulillah..selesai masalah.
Lepas tiba di Myeongdong, kami nak makan!!! Dengan berpandukan info dari forum cari..kami nak cari restoran yukaney. Info tu kami dah ikut..tapi tak jumpa-jumpa. Tanya la amoi korea yang dok jual kosmetik tu..dia blur-blur tak pernah kenal restoran tu..kami pun blah la..tetiba dia panggil..rupa-rupanya nama restoran tu Yoogane..sebutan dah lain patutpun dia blur-blur..hehe. Rupa-rupanya restoran tu dah di tepi kami..fuhh..hehe
Nantikan entry seterusnya..kami akan ke Nami Island keesokan hari. Pengalaman menarik menanti kami..
Saya jalan kaki je dari stesyen subway Express Bus Terminal ke Banpo Bridge tu. Hampir satu km jauhnya, tapi petang tu suhu agak nyaman jadi tak terasa penatnya...
ReplyDeleteAssalamualaikum kak zila. subhanallah. cantiknya Rainbow Fountain! ok terliur sudah tengok nasi goreng tu. kehkehekeh kesian akak kena marah ek dek pelayan situ. hihi next entri pleaseeeeeee :)
ReplyDeleteBridge yang sama sperti blog En Mie..alah...rugi JM tak pergi sini dulu..ikan bakar tun pun tak sempat nak merasa :-)
ReplyDeleteNasi goreng tu pun tak mkn..huhu.nak repet lagi korea :-)
Mie --> Kami dah berjalan seharian kat palace..kaki dh sakit..lagi la jln 1km..bertambah2 la sakit..udara mmg nyaman
ReplyDeleteSheila --> a'a cantik rainbow fountain tu..menawan kalbu kecantikkannya..hehe. Tak la kena marah, maybe dorang nyer law tak dibenarkan costumer gorengkan..nanti bos nampak kena marah kut..hehe
JM --> a'a sama macam header blog mie..JM kena pegi lagi lah ni..hehe
serius zila, aku tak terfikir pun untuk pergi banpo bridge ni, tah macam mana tak masuk dalam itinerary pulak, taktau secantik macam tu, rugi pulak tak singgah...
ReplyDeleteCantiknya banpo bridge tu..rugi akak tak pergi pun dulu. Nak kena repeat nih !
ReplyDeleteOrga --> tu la..rugi tu..hahaha. Just 2 jam boleh spend untuk pergi balik dan layan water fountain ni
ReplyDeleteKak rozita --> a'a memang cantik dan plg best music yang ada untuk support show ni..terbaik lah.
tak tersampai pulak kat bridge tu. adeh. Kat myeongdong pun window shopping je. Tgk price, takdela murah sgt pun mcm yg dikata. haha.
ReplyDeleteYe..mahal sgt harga barang2 area myeongdong tu..
ReplyDeletememaszila, akk pun teringin nak gi nami island ni
ReplyDeleteada rezeki insyallah nak gijugaklah
nice photo
Akak kena pergi time spring baru boleh snap view yang cantik dengan camera baru akak tu..hehe.
ReplyDeleteSalam zila...
ReplyDeletebila tgk ikan bakar & nasi goreng tu terliur2 plak!hihihi
next time nak pegi jgk ke sini.in shaa Allah...
Waalaikumsalam Yani..hehehe..dah terliur pulak..kalau peknen kang jenuh hsbn nak bawak gi korea sebab mengidam..hahahah
ReplyDeleteAlhamdulillah sempat saya tengok show kat Rainbow Fountain tu. Terbaik untuk wrap up malam last kat Seoul. Naik subway je gi situ...kena jalan dalam 5 minit untuk sampai. Next time nak tengok show kat bridge lain pula.
ReplyDelete