Entry ni sambungan dari cerita mengenai Jakarta. 2nd day di Jakarta kami perlu guna sebaik mungkin. Ikut plan awal..kami nak ke Taman Mini, tapi malangnya terpaksa di cancel sebab tempat tu terlalu jauh. So, kami decide nak cover area Jakarta city jer.
Boleh tahan sedap breakfast kami pagi tu..penghuni hotel tu mostly adalah orang Indon ala2 makcik2 semua..kami dua orang jer orang Malaysia.
Untuk memulakan activity nak explore Jakarta, kami menggunakan bajai untuk ke mana-mana. Terdapat banyak bajai di depan complex yang mana terletaknya hotel kami tu. Kena hati-hati ketika nak pilih bajai..agak terkejut kami sebab driver bajai yang kami cuba nego harga jadi kasar. Macam nak paksa kami naik bajai dia tapi kenakan harga mahal...akhirnya cepat2 kami naik cab yang berada tak jauh dari situ. Suspen betul saya time tu. Kami minta driver cab bawa kami ke MONAS. Dari hotel ke MONAS hanya 20,000 IDR dikenakan. Keadaan pagi tu tak berapa jammed..maybe hari minggu orang tak ke tempat kerja.
Perasan tak pintu bus ni? Tinggi kan? Sebenarnya lantai bustop pun tinggi satu level dengan bus ni. Yang terbaiknya bus di Jakarta ni, laluan special hanya untuk bus je.
Taraaa..ini lah MONAS (Monumen Nasional)
Entrance fee adalah percuma
Entrance fee adalah percuma
Keadaan pagi tu panas terik sangat. Area MONAS ni memang lapang selapangnya..tak banyak tempat boleh explore sekitar MONAS ni..just monument belakang saya tu jer..
Tempat ni dipenuhi pavement camgini..memang sakit kaki memijaknya sebab saya hanya memakai kasut yang agak nipis tapaknya. Nasib baik ada tempat yang ditengah2 ni tak bertexture..orang yang bersport shoespun menggunakan tempat yang tak bertexture ni..memang tak selesa memijaknya.
Dari kejauhan kami sudah nampak kubah Masjid Istiqlal ...Kami berjalan ke arah tersebut. Nampak kubah masjid tersebut macam dah dekat..tapi agak jauh sebenarnya...so, kami gunakan bajai nak ke situ...just 10,000 IDR jer. Kami suka dengan driver bajai tersebut..kami nak gunakan dia sebagai transport tetap kami untuk hari tu..tapi malangnya dia dah janji untuk dengan someone yang perlukan khidmat dia. Memang terbukti dia baik..kalo org yang pentingkan duit..sure takkan lepaskan peluang. Dia siap advise berapa kos kalo kami nak ke Kota Tua. Sikit sebanyak kami dah boleh bayangkan kos yang betul untuk ke satu2 tempat menggunakan bajai. Amat penting hal ni sebab takut ditipu.
Masjid Istiqlal..masjib terbesar di Asia Tenggara. Seorang pekerja di masjid ini bawa kami berjalan-jalan di sekitar masjid ni. Ketika itu ada sorang lagi mamat jepun..so dia join kami lah. Pekerja masjid yang merupakan tour guide kami di dalam masjid tu agak pelik melihat kami datang hanya berdua sebab dia cakap..selalunya orang Malaysia datang dalam group yang ramai.
Macam-macam aktiviti dilakukan di dalam masjid ni..ada yang mengaji Al-Quran dan ada yang mendengar ceramah dalam group yang kecik. Menurut tour guide kami, masjid ini boleh menampung 200,000 jemaah..dan kadang-kadang parking lot pun digunakan juga..
Setiap 1 structure pembinaan masjid ini membawa maksud tersendiri..contohnya..
1) Ada 7 gerbang utama untuk masuk ke dalam masjid ni, di namai dengan 7 nama-nama Allah yang Mulia dan Terpuji dan juga 7 lapis langit
2) Kubah pula..45m diameter..melambangkan tahun kemerdekaan Indonesia iaitu tahun 1945
3) 12 tiang yang dari gambar di atas tu...melambangkan hari kelahiran Nabi Muhammad iaitu 12 Rabiul Awal, juga melambangkan 12 bulan dalam satu tahun
4) Dan juga seperti gambar di bawah..ground floor dan 4 level balcony..melambangkan 5 Rukun Islam.
Structure yang melambangkan 5 Rukun Islam
Besarkan?
Diperkenalkan..inilah tour guide dalam masjid ni..Inilah tour guide kami. Dia akan minta sedekah bila di akhir taklimat..sekian :)
Ruang2 lain untuk solat
Our next destination adalah Kota Tua..kami menggunakan bajai untuk ke situ. Driver bajai tupun ok..dia advise kami gunakan cab untuk ke ANCOL..iaitu our next destination selepas selesai di Kota Tua. Kat atas tu..tu la rupa bajai..berlambak kat Jakarta.
Kesian kan ayam2 ni?? isk isk isk..saya snap ni ketika dalam bajai nak ke Kota Tua
Inilah rupa Kota Tua atau Batavia Lama...banyak stall2 kecik area ni.
ala-ala kat Queen Walk..kat London
Tengok jer..tak berani nak beli dan makan sebab tak yakin kebersihannya
Kami decide nak makan siap2 walaupun belum tengahari..Cafe Batavia ni adalah salah satu tarikan kat sini..mesti try
view bahagian dalam
Ice lemon tea...so fresh..
Saya order pancake..sangat lembut dan sedap..orang meja sebelahpun terbekenan dengan pancake ni..hahah
My sis punya..seafood porridge kalo tak salah..perasa untuk porridge ni adalah garlic yang digoreng sehingga garing dalam olive oil...walaupun simple tapi sedap
Inilah kos makanan kami
Lepas kenyang..kami round2 lagi area Kota Tua tu...boleh sewa basikal2 ni..
Saya beli 2 t-shirt Jakarta kat sini..kualiti kain sangat lembut
Diperbuat dari tanduk kerbau?? Hmmm..
Disebabkan entry ni agak pendek..saya campur sekali cerita sempena nak celebrate new year 2014..Untuk cerita Jakarta..maybe ada 2 entries jer lagi..
Alhamdulillah dah nak dekat 3 tahun saya menulis blog Travel & Food ni. Dalam 3 tahun ni sebanyak 200 lebih sikit jer entries yang saya tulis..hehhe..sikit sangat. Yela..saya menulis mengenai hal tertentu jer. Kalau blog ni dijadikan diari hidup..mau beribu-ribu entries dah publish macam orang lain tu. Papepun syukur Alhamdulillah saya rasa saya sikit sebanyak share info yang mungkin berguna kepada pembaca. Dan lagi amat bersyukur dapat mengenali beberapa kawan baru yang juga blogger dan juga bukan blogger.
Travel around the globe..I've never dream it before. Semua ni berpunca dari my sis yang suka buat benda baru in her life..dan now..saya ditariknya bersama. Sungguh tak sangka sebenarnya. Dalam banyak-banyak tempat yang kami explored..1 jer tempat yang saya bgtau dia saya nak pi..iaitu Korea...haha..yang lain-lain tu dia yang mula bagi idea dan kami sama-sama realitasikan. Dan incoming trips (InsyaAllah) pun dia yang bagi idea. Seriously...so far dia punya idea tak pernah mengecewakan..we enjoyed it!!!
Kalau ikutkan hati..saya nak lebih extream untuk travel. Tapi...apa yang saya buat sekarang my family tak berapa nak support. Bila saya bgtau family saya akan ke sana ke sini..asyik kena marah jer. Hmm..sebenarnya hati saya ni tak berapa nak tenteram bila kemana-mana. InsyaAllah saya yakin boleh survive kemana saja saya pergi..tapi my family tak yakin. So sad!!!
Saya akhirnya entry ni dengan gambar makanan ketika Christmas & New Year party kat office baru2 ni..
I'm fall in love with this cake..geram tengok cherry tu...makanya I'm the 1st person ambik cake tu...hahha. Turkey panggang tu dorang beli kat Cold Storage..saya tak rasapun sebab kenyang makan benda lain
Boleh agak berapa orang officemate saya?? Hmm..memang ramai.
Taraaa..my meal..Alhamdulillah
Dapat hadiah tupperware..semua orang dapat..hehe. But my one yang best..limited edition katanya
Ok guys...Happy New Year...
Bye bye.....
cantik susunan kek tu...elok2 utk semua staff kut
ReplyDeleteSelamat tahun baru Zila...sambut tahun baru kat mana mlm ni..
ReplyDeleteMenarik kek tu..belum pernah mkn turkey lg..
ReplyDeleteHappy New Year 2014..
Menariknya trip ni...
ReplyDeleteBeranilah Zila dengan sis Zila ke Jakarta sendiri.
Macam mana Zila boleh kurus?..Saya pula yang semakin tembam.
Happy New Year, Zila..
ReplyDeletesaya suka kota tua..dulu2 takde pula stall dan suasananya tidaklah semeriah seperti dalam gambar tu..emm mesti semakin kotor suasana di kota tua tu ya zila?
So, apa plan travel for this year?
ReplyDeleteMenariknya masjid tu. Selalu macam rasa tak berminat nak ke Jakarta, tapi baca entry ni rasa menarik tertarik la pulak..hehe. Anyway, happy new year to u sis!
ReplyDeleteNieda --> memang semua boleh dapat..hehe
ReplyDeleteJM --> same to you JM..mlm new yr tu saya layan fireworks kt the curve
Kak nohas --> Sayapun lom pernah makan..happy new yr to u too :)
Prof --> Jika difikirkan balik..mcm bahaya jugak kami dua org ke sana..tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Selepas puasa thn lepas berat sy turun..tp dah naik balik..haha
Zilla --> Happy new year to u too. ooo gitu..Nak kata kotor tu tak lah sangat..ok2 jer.
Saerah --> belum difikirkan lagi..haha
Kak Kiah --> Wahh kak kiah tetarik dengan Jakarta..ntah2 pasni solo lagi ke Jakarta pulak..hehe..happy new yr to u too :)
Assalamualaikum kak ziela. wahh sodapnya. nak makan nandos juga! heeeeeeee
ReplyDelete