December 26, 2013

Bye Bandung..Hai Jakarta - Part 5 (Day 4)

Assalamualaikum..

Baru ada masa nak sambung cerita pasal Bandung nih. Apa taknya..ada jer masa saya dok layan cerita Korea...isk isk isk. Patutnya saya target nak habiskan entry Bandung dan Jakarta pada tahun ni jugak..takmo sampai tahun 2014 pun lom habis.

Ok..hari ke-4 kami akan bergerak ke Jakarta. Asalnya Si Topan supir kami tu offer 200k IDR untuk bawa kami ke Kartika Sari dan train station. Bila difikir2 balik macam tak berbaloi jer...makanya kami decide nak guna cab jer. pagi tu seawal 9am kami diambil oleh cab untuk ke Kartika Sari. Dalam cab kami nego2 la dengan drive tu untuk bawa kami ke train station dan sebelum tu tunggu sehingga kami settle di Kartika Sari yang tak jauhpun dari train station. Driver cab tu ketika nak bawa kami ke destination..dia banyak gunakan jalan di kawasan perumahan..seolah2 nak elak jammed la.

Ketika sampai di Kartika Sari, driver cab tu cakap tak kisah la kami nak lamapun dalam kedai tu dan dia boleh jer tunggu. Wahh..syok la kami..hahaha. Masuk jer dalam Kartika Sari...wahh sana..wah sini..wah situ..semua benda belek tengok..semua nampak sedap..hahaha. Saya ni tak berapa gemar pegang beg lain selain luggage beg..so saya tak berani nak borong macam2 makanan sangat sebab confirm tak boleh sumbat masuk luggage beg..berkecai beg tu..hahhaa.



 Kartika Sari yang menjadi kesukaan orang Malaysia :)


 Nyummyy!!!


Ni lah rupa brownies yang menjadi makanan wajib orang Malaysia beli bila ke Bandung..termasuk saya la..hahha. Dan rasanya memang sedapp...Nampak potongan kek yang kat atas tu?? Haaa...semua tu dalam bentuk2 yang kecik2..saya beli yang nampak sedap jer..hahaha. Kalo borong semua jenis brownies dan kek lapis..maunya usung kotak la saya..haha..so saya just beli yang sepotong2 tu jerlah


 
 Topan ada pesan..masa terbaik nak ke sini adalah waktu awal pagi sebab makanan2nya baru disediakan dan masih fresh. Mungkin maksud dia untuk makanan2 yang begini. Saya tak belipun la



Bila ditanya kepada pekerja kat sini apa yang  sedap...dia tunjukkan makanan yang bahagian atas yang ke-2 dari kanan tu. Dalam tu ada pisang dan cheese katanya. Terliur jugak la saya..hahaha. Boleh tahan selama 3 hari. Ikut hati nak jer beli...tapi takut membazir sebab saya dah pilih 5-6 jenis potongan kek yang kecik2 tu. So, kami terpaksa pandang saja..hahah



Selain kek dan pastries..ada jugak gula dan coklat serta biskut..semuanya nampak menarik


 Kami belum breakfast..so kami naik ketingkat atas untuk menjamu selera..ada foodcourt kat bahagian atas

Sambil-sambil tunggu order sampai..saya cubit2 dulu kek2 ni..hahaha. Yang paling sedap adalah kek lapis prune tu..masam manis rasanya. Susah sikit nak beli kek ni sebab kena simpan dalam fridge. 


 My sis yang pilih ni..kami patutnya try makan dulu time kat sana...sebabnya biskut mocha ni terlalulah sedap..kalo tau awal2 memang sesedap sangat tu..kami pasti beli extra..haish


Saya pilih brownies chocolate..memang terbukti terbaik!!! Patut la orang Malaysia suka :)



Taraaa...kami order ni..pisang sangkuriang..makanan ni memang buatkan kami jatuh cinta kepadanya..


 Dan juga ini..malangnya ini tak best!!! Pisang yang dicelup tepung dan digoreng kemudiannya ditabut cheese dan brown sugar..tak menarik rasanya :(

Lepas spent dalam 45 minutes dalam Kartika Sari tu, kami cari cab kami. Mencuka muka driver cab tu..haha. Dia bengang sebab kami lama sangat. Padahal memula sampai tu dia sendiri yang cakap kalau kami lamapun takpe..sentap la tu sebab buang masa dia..haha. Untuk parking, si driver cab tu suruh kami bayar..5,000 IDR.  Tak sampai 3 minit dah sampai train station. Ikut persetujuan, kami just dikenakan 80,000 IDR jer..disebabkan dia tunggu lama, dia nak 100,000 IDR..hmmm..hentam sajalah labu..tak kisah lah. Masuk jer train station tu..ada la pekerja mengangkut beg dok offer2 nak angkat beg. Dorang ni pakai uniform dan dibenarkan angkat beg kita hingga ke dalam train. Tapinya kami tolak la dorang offer sebab barang kami tak banyak. Untuk info anda..upah untuk angkut beg tu maybe around 20,000 IDR sebab saya dah tanya pekerja di station tu..dia cakap gitu la upahnya.

1st thing yang perlu dibuat bila sampai train station adalah...

Ini train ticket untuk 2 orang yang dibeli oleh my sis melalui website. Tapi tak boleh la guna ini sebagai ticket, perlu ditukar original ticket di counter..


Inilah original ticketnya. Keistimewaan ticket ni, kita tak perlu tunggu lama untuk beli ticket..hanya perlu tukarkannya saja. Dan masa yang diperlukan untuk pertukaran ini hanyalah 2-3 minit. Ketika my sis book ni..dia ada cakap dia book coach executive..tak sabar tul saya nak naik..haha..ketika tu saya bayangkan coach tu sure terbaik!!! Teruskan membaca untuk mengetahui keadaannya..hehehe

Ketika kami duduk di kawasan counter tu..kami ditegur oleh seorang lelaki dalam umur 40an. Dia tanya kami nak kemana dan kamipun explain la nak ke Jakarta..kebetulan diapun nak ke Jakarta tapi sedang tunggu turn untuk beli ticket. Kami banyak bertanyakan hal Jakarta kepada dia..menurut lelaki yang berkerja sebagai navy tu..Jakarta lagi dasyat jammed..ternganga kami..haha. Dia cakap orang Jakarta suka datang Bandung bila weekend sebab kepelbagaian makanan di Bandung dan ketika tulah Bandung akan lagi jammed dan Jakarta kurang sikit jammednya. Macam berita baik untuk kami..hahaha. Kemudian dia explain mana interesting places yang patut kami visit di Jakarta. Banyak sungguh kami bersembang dengan dia sampai tak tercerita saya di sini.. kami berpisah dengan dia selepas ke counter untuk beli ticket. Baik sungguh dia :) 


Keadaan dalam station

Sedih betul tengok executive coach..haha..kami tak berapa nak selesa duduk sini. Bantal biru tu geli nak pegang..hahaha. Macam tak caya jer tempat ni dipanggil executive coach. Kami tanya pegawai bertugas betul ke ticket kami beli tu ataupun ada lagi coach yang terbaik. Dia cakap betul la...siap suruh kami gi check coach yang lain..ye memang semuanya executive coach digerabak lain adalah sama keadaan di gerabak kami..oh no!!!

See? Nasib baik kami tak dapat tempat duduk nih..dipertengah perjalanan crack ni berbunyi..seolah2 crack ni makin teruk..penumpang kat sini terus tarik curtain sebab takut


Saya tak sure adakah setiap gerabak dapat layanan ni..kena bayar lah ye. Makanan2nya adalah heavy..macam2 jenis nasi. Agak pelik untuk order makanan ketika dalam tu sebab takde meja..haha. Dengan keadaan tak selesa lagi la tak lalu makan..so kami tak order apa2pun.


Inilah moment yang saya nanti2kan..keadaan hujan ketika ni..hasil gambar yang saya snappun tak berapa bagus..syukur sangat sebab kami duduk di seat sebelah kiri..kalau sebelah kanan rasanya tak nampak semua ni. Apakah ini? Inilah view sawah padi yang ditanam dilereng2 bukit. Best sangat layan view yang indah ni..sejuk mata memandang..ada small stream lagi tu haa..


Macam carpet yang rumah sayapun ada..hehe..padi ni kekuning-kuningan..macam dah masak. Ada 1 kawasan tu saya nampak para petani sedang menuai padi ni secara manual..yela..keadaan penanaman padi yang macam ni tak sesuai menggunakan jentera penuai. Saya nipun anak petani..dulu2 kecik2 pernah tengok macam mana ayah tuai padi..memang 1 process yang perlukan kesabaran serta tenaga.


Ini pulak macam dah tersedia untuk ditanam semula padinya. 


Gerun tengok jalan ni..tinggi sungguh kan?


Dah macam farmville dalam facebook tu kan?? Hehehe..

Kami sampai Gambir Station selepas 3 jam perjalanan. Keadaan station di Jakarta lagi bz berbanding Bandung. Nasihat saya..jaga beg elok2..gunakan Blue Bird cab jer. Station Blue Bird tu ada di luar station. 

Keadaan di Jakarta seolah2 keadaan di KL..bangunan2nya tinggi. Dari train station ke hotel kami iaitu Amaris Thamrin City Hotel adalah lebih kurang setengah jam..kalau tak jammed maybe cepat lagi. 


Taraa..bilik kami..my sis dah book ni dari booking.com. Hotel ni amat selesa..layananpun bagus dan breakfast yang agak ok

Yang penting toilet adalah bersih

2 malam kami stay sini..dapatlah benda yang kat atas ni 2 sets..

Hotel ni berada di dalam mall..untuk cari makanan memang mudah sangat. Ada banyak restoran dan foodcourt kat situ. Kami ada pusing foodcourt yang berada di 3rd floor mall tu..ada tak sesuai sebab mostly makanan yang disediakan macam sejuk. Dan banyak kedai yang jual ayam penyet dan nasi padang. Kami nak cari makanan yang panas..so kami jumpa 1 restoran di bahagian ground floor. Dah lupa nama menu yang kami order tu..

My sis order ikan mas..sayur asam tu memang sedap...

Lepas je kenyang..kami pusing2 mall tu. Banyak sungguh lot2 kedai dalam mall tu. Pakaian yang dijual semuannya ala2 indon..baju kebaya transparent smuanya..haha. Yang bestnya saya dapat beli shawl yang murah harganya..lepas puas pusing2 mall tu, kami berjalan ke mall yang lain pulak. Tak jauhpun mall tersebut. Mall tu macam The Curve. Saya tak bawa banyak baju sebab angan2 nak nak shopping kt Bandung..malangnya tak jumpa baju bekenan..so terpaksa la beli baju baru di Jakarta.

Kami kemudiannya nak pusing2 Jakarta waktu malam..hujan turun mencurah2 tapi kami tak peduli...haha. Kami dapatkan bajai iaitu transport yang muat2 untuk 2 orang. Keistimewaan transport ni, dia boleh lalu dia lorong2 kecik dan boleh cilok2 di dalam jammed. Driver bajai kami malam tu merupakan seorang lelaki yang agak kasar. Kami kautim 50,000 IDR untuk bawa kami pusing2 Jakarta. Memula laki tu agak kasar..lama2 terlebih ceria pulak. Siap jadi tourist guide...tunjuk itu tunjuk ini..cerita itu ini..bagus betul..haha. Yang menakutkan, dia bawa kami melalui lorong2 gelap dan kecik..suspen betul la. Yela..hujan lagi..jammed teruk sangat..dia macam pandai guna short cut road. 


MONAS..ketika snap ni tempat ni dah tutup..dah tak boleh masuk. Kami snap dari pintu pagar..hujan time ni. 

Malam tu kami tak buat banyak activity sangat..lepas si driver bajai tu hantar kami ke hotel..kami just relax sambil discuss apa nak dibuat keesokan harinya. Kami cuma ada 1 day full untuk cover Jakarta..sempatkah kami?? Dengan bantuan receptionist hotel, kami dapat sini gambaran mana tempat sesuai untuk kami cover keesokan hari. 

Ok guys..nantikan cerita saya di Jakarta dalam entry seterusnya..

13 comments:

  1. bagelen mocha tu memang sgt sedap..manis & rangup ..arghh..gambar2 makanan disini membuatku lapar..*drooling*

    ReplyDelete
  2. Suka tengok sawah padi yang bertingket2 tu :D

    Nasib la train staion dekat dengan hotel kan.. xde la kene redah jam..

    Gambar makanan yang memukau :D

    ReplyDelete
  3. saya ternanti2 kalau lalu di jn raya jakarta -bandung nak tengok jln keretapi yg tinggi itu.....mcm mana depa buat ....tinggi sungguh.

    ReplyDelete
  4. wahh, naik keratapi, pernag bercadang nak naik ketapi jugak waktu kesana hari tu, tapi pegi dengan orang tua, terpaksa diabaikan.
    mesti bantal tu ada bau yang kurang enak, kan? ;b

    ReplyDelete
  5. Kak Nohas --> wahh akak pun tau ek..hehe.

    TT --> Sayapun suka sgt tengok padi tu. Hotel tu nk kata dekat tak lah jugak..cumanya driver cab tu cilok jalan2 perumahan dan masuk jammed sikit

    Nieda --> Jalan keretapi yg tinggi? Maksud awk jambatan tempat laluan keretapi ke??

    Den --> Yela..kama dalam keretapi tu..kecian la kalo bw org tua :)
    Bantal tu mcm tak basuh...hahha..nasib baik ada seat kosong kt depan..so kami buang kt seat tu..hahha

    ReplyDelete
  6. Argghhh that Kartika Sari brownies. I heard that there's another good cake shop in town which is The Harvest, tapi kat Bandung ada satu outlet jek. Tapi di Jakarta banyak.

    That executive coach train look kind of scary. I mean the glass. Tapi selalunya itu laminated glass. InsyaAllah takder apa2. Tp biasa lar, kita mesti sceptical kan? Igt leh jatuh berderai.

    ReplyDelete
  7. salam
    parents dgn adik2 saya pon pergi Bandung last week. Pergi jugak kartika sari tu. ada la bawak balik brownies. dengan bagelen cheese dgn butter. memang sedap

    ReplyDelete
  8. Zaraab --> Eh..nape saya tak tau ada cake shop Harvest..hehe..kalo tak sure dah terjah. Memang scary tgk glass tu..takut pecah berderai dan terkena kaca jerr..

    Fazleyatul --> Wsalam..product Kartika Sari semua nampak best..org indon pun ramai yg suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pegi kartika sari tanye menu sankuriang.....malangnya semua kata xtau atau xdeee...haha kuciwa xdpt try xde rejeki saye...rupa2nye kartika sari ada byk outlett..hahaha..yg kak zila pegi ni yg mana 1 pun saye xtau..kikiki

      Delete
  9. Assalamualaikum kak ziela. bestnya! nak jalan sini gak tapi takut2 berani. hehe nape ntahhh

    ReplyDelete
  10. Pre order bagelen atau brownies kartika sari dan amanda fresh from Bandung,Indonesua
    whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete
  11. Salam, nama saya Mohd Irsan from BANDUNG AMANAH TOURS AND TRAVEL
    Jom pegi bandung 235rm per person for 3day 2night (included hotel, transport, and entrance fee)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba di airport Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,
    Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The
    Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Lunch
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, Natural, etc)
    *Dinner & kembali ke Hotel

    Day3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *Check out Hotel
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    * cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *Airport transfer

    Term and condition
    *included transportation for 3day2night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *included entrance fee tangkuban perahu sahaja
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *rate 6 pax~239rm, kalau 4 pax~289rm, kalau 2pax~349rm
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung
    *valid until 23 desember 2014
    **after 23 desember rate naik 40rm per person

    whatsapp : +62838 2178 9103
    email : icanyorke@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. wow,, culinary travel.. I like it..'ahiiiiiissssssss sangat menyenangkan sekali ya...

    ReplyDelete