December 19, 2013

Bandung - Part 4 (Day 3)

Assalamualaikum...

Suka masuk hari ke-3 di Bandung. Bila sebut hari ke-3 macam full 3 days kami spent kat Bandung. Sebenarnya tak..just 2 days full kami kat Bandung. Ok...jom continue apa yang kami buat untuk hari ke-3 di Bandung. Malam sebelum tu kami dikejutkan oleh bunyi bising sangat. Rupa-rupanya budak-budak sekolah baru check-in. Bengang betul saya. Berdegang degung hotel tu. TV dibuka kuat2..pintu bilik diketuk2..bell dibunyi berkali2. Gelak ketawa..ngilai-mengilai..petikkan gitar pulakkk..tension. Jam sudah pukul 1 pagi. Tak tahu lah dorang tido ke tak sebab esok pagi tu..pukul 5am dah riuh-rendah. 

Pagi tu kami breakfast dengan makanan kami beli malam sebelum tu. Kami breakfast di cafe hotel tu sebab nak minum coffee. Baru lah kami tahu rupa-rupanya budak2 sekolah tu dari 1 trip pusing Indonesia..saya tengok banner dari bus dorang..2 bijik bus. Sebab tu la menggegar hotel tu semalam..grrrrrr. Nasib baik 1 malam je dorang stay situ. Seawal 8am kami start travel dari hotel ke Kawah Putih. Perjalanan ke Kawah Putih ni teruk sikit. Memula jammed kat Bandung..kemudiannya akan jammed kat 1 lagi bandar ntah apa namanya. Menurut Topan sebabkan jammed gitu lah orang Malaysia tak gemar ke Kawah Putih sebab masa terbazir kat situ. Kami oooo je lah..hehe. Dalan setengah jam nak sampai tu, kita akan melalui kawasan kampung. Kita akan disajikan view bukit-bukau yang indah..kebun yang menghijau..indah sekali. 


View yang sempat saya snap ketika di dalam kereta


Di bukit sana lah kita nak pergi..kata Topan. Kawasan tu dikenali sebagai Gunung Patuha. Kami perlu melalui kawasan kampung ni untuk ke kawasan Gunung Patuha..ketika ini boleh lah layan view deretan rumah yang padat serta kebun yang menghijau antara rumah2 tersebut. Kemungkinan pekerjaan utama penduduk disitu adalah bertani. Paling banyak tanaman yang ditanam adalah daun bawang. Ladang strawberrypun ada.


Yeee dah sampai...di kawasan ni banyak pokok yang tinggi2 dan kulitnya seolah2 mengelupas. Menurut Topan pokok tu boleh dibuat minyak untuk urut. 


Macam tempat2 yang lain sama juga Kawah Putih ni, kami perlu bayar entrance fee untuk kami berdua dan juga kereta. Entrance ticket tu boleh ditukar dengan welcome drink. Kami decide nak try welcome drink tu lepas dah setel visit Kawah Putih.

Dari entrance tu kami perlu melalui jalan yang agak sempit dan hutan belantara. Keadaan kesegaran tu macam kita nak naik Bukit Tinggi, Pahang. Agak jauh jugak melalui jalan tu..tak salah saya dalam 20minit jugak la. Sepanjang jalan sunyi tu, sesekali jer kami berselisih dengan kereta dari arah bertentangan..bila sampai ke location..wahh ramai betul orang. 


Payung2 tu macam untuk disewa. Cuaca sangat terik tapi tak berapa panas.


Si Topan nasihatkan kami pakai face mask sebab bau sulfur kuat kat Kawah Putih tu. Saya time tu agak riak..degil tak mo pakai..haha. My sis awal2 dah pakai. Dia dah siap2 beli sebelum ke Bandung. Bagi yang lom beli, boleh beli kat area Kawah Putih tu..ada orang jual. Untuk ke lokasi kejadian, kami perlu menuruti tangga. Excited sangat bila dari kejauhan sudah nampak air yang putih kehijauan. Saya perhatikan tempat sekitar kawah tu dijaga rapi. Kelihatan 5-6 pekerja membersihkan kawasan tu..daun kering dalam hutanpun disapu2..bagus. Berbeza di Tangkuban Perahu..tempat ni takde orang menjaja souvenir sebaliknya orang yang boleh snap gambar kita dan terus print. Dorang ni tak la polo sangat..cuma menjaja "ambil gambar langsung jadi" hahaha. 



See? Daun2 kering semuanya disapu



Ada sorang OKU ni main alat musik tradisional indonesia..sambil2 jalan ke Kawah Putih boleh la layan musik ni



Baca arahan ni betul-betul



Dari kejauhan..



Makin menghampiri...



Dan akhirnya aku di sini...



Kan saya ada cakap saya riak tak mau pakai mask kan? Memula ke tepi kawah tu takde apa-apa jadi la. Kemudiannya tetiba datang angin..asap2 dipermukaan kawah tu berderu menghala ke pengunjung semua..time tu semuanya terbatuk termasuk saya. Time tu la cepat2 mengenakan mask...hamik..riak lagi..haha. Angin tu rupa-rupanya menerbangkan asap yang terhasil dari sulfur..memang sesak nafas habis. Patut la burung yang terbang area tu jatuh..eh jatuh?? Apa cerita pulak nih?? Hmm..gunung berapi di Kawah Putih ni sudah tidak active..last meletusnya time masihi (diberitahu oleh budak yang wat bisnes snap gambar tu). Tempat tu dijumpai orang Belanda. Time zaman dulu2 penduduk sekitar tu percaya tempat ni adalah tempat bahaya untuk pergi..ada jin ke apa ntah. Tapi orang Belanda tak percaya..dan dorang gi la check. Bila check terjumpa lah oleh dorang tempat yang indah ini. Dan terjawab lah kenapa burung yang melalui kawah ini jatuh. 


Nampak lumpur yang kuning2 tu? itulah sulfur. Sulfur ni boleh sembuhkan penyakit kulit..tapi kalau kulit kita sensitive, lagi bahaya kalau gunakan sulfur ni...Topan lah yang cakap :)



Posing sikit..hehe




Subhanallah...hebatnya ciptaan Allah.
Elakkan menyentuh air ni..nanti tangan gatal.



Sedar tak sedar sejam jugak la kami kat sini



Terbeli jugak saya buah-buahan ni..hehe



Our welcome drinks @ goodbye drinks..hehe
Antara strawberry and teh o ais ni, yang paling sedap adalah teh o ais..mana2 restoran tehnya sama jer rasa..aromanya memang harum..ohhh


Macam2 lagi activity kat sini boleh dibuat..disebabkan kami takut tak sempat nak last minute shopping, maka kami terpaksa lupakan semua tu.



Topan suggest supaya kami makan dulu. 




Nampak restoran ni dari depan biasa jer..bila masuk..wow..OMG..menarik betul restoran tu. Seolah2 berada di kawasan desa Indonesia..alunan music gemersik tradisional Indonesia..tempat makan yang dibuat di dalam pondok by pondok dan boleh bersila sambil makan. Saya pasti material yang digunakan adalah buluh. Unik sekali. Di samping tu kita disajikan view bukit-bukau serta ladang strawberry disebelah belakang. Udara fresh sangat..tak perlu kipas angin pun. Sementara nak tunggu makanan siap..kami dihidangkan dengan kerepek ubi kayu serta air teh free. Waiter yang ambil orderpun polite jer..


Taraaa...semua makanan ni hasil recommended waiter polite tu. Nak order sendiri2pun mana nak tau mana yang sedap..dah la nama pelik menunya...hehe. Jom saya introduce makanan2 kami yang enak ni..yang terbaring bersama strawberry tu adalah masak pedas ikan gurame dan yang digoreng cantik tu adalah ikan nila..saya order nasi merah. Menurut waiter nasi merah ni adalah nasi original bukannya diletak kolor merah..texture nasi ni aduhaii..lembut dan sedap sekali. Untuk sayur, kami order sayur kangkung. Kami lajer Topan..hahaha. Dia makan sikit jer. Time makan2 ni la kami mcm mesra sikit dengan dia..haha. Oh ye pasal ikan2 tu..ikan gurame tu pedas giler..my sis jer yang mampu makan..hahah..saya cuma rasa sikit2 isi yang tak terkena sos pedas tu. Ikan nila goreng pulak manis sangat isinya..memang puas hati makan kat situ. Dan paling best..harga makanan kami murah sangat untuk 3 orang makan..just 135,300 IDR. Kami sangat2 berterima kasih kat Topan sebab bawa kami ke situ :) 

Topan meneruskan perjalanan selepas kami siap makan. Next destination adalah Cibaduyut. Cibaduyut pemes dengan barangan kulit. Flow yang betul utk kami shopping hari tu adalah..Cibaduyut..Toko Tiga..FOS Jalan Riau dan Cihampelas. Disebabkan saya belum pun betul2 dapat apa yang sana nak..makanya saya nak gunakan masa yang ada untuk cari kut2 jumpa. Di Cibaduyut saya hanya belikan adik saya sepasang kasut..yang lain2 tu 1 pun saya tak bekenan..kasut ke..beg ke..semuanya takde taste saya. Di Dibaduyut ni..kedai2nya berlainan location..kena mintak supir stop dari 1 kedai ke kedai..kami hanya stop di sebuah kedai saja sebab macam tak best je shopping area tu.

Kemudian kami dibawa ke Toko Tiga. Yang ini saya suka..kedainya adalah 2 storey dan saya agak2 1 tingkat sebesar 2 buah office lot..tak besar sangat la. Banyak blouse saya suka tapinya kecik2 pulak...benci2. Sepanjang shopping saya takde snap pape..so xde la gambar ye. Yang bestnya kat sini, saya berjaya beli 1 jacket jeans..dah lama cari..akhirnya jumpa kat sini. Si Topan ada bagi kat kami voucher untuk ditukarkan dengan keychain bila kami beli apa2 barang kat situ.


Inilah keychainnya..harga jacket saya dalam 219,000 IDR

Topan bawa pulak kami ke FOS Jalan Riau..FOS kat situ macam FOS di Jalan Dago yang saya cerita di previous entry..Bosan lah..kami masuk 1 ke 1 FOS sebagai syarat jer..hahaha. Topan terkejut kami dah siap tak sampai 15 minit. Kemudian dia bawa ke Cihampelas pulak..lagi la tak best kat situ. Kami ke 1 oulet jer pastu terus ajak dia balik. Asalnya kami nak sangat ke Kartika Sari malam tu..tapi Topan advise esok sajalah sebab esok awal2 pagi baru fresh makanan2nya. Dia advise kami ke Kartika Sari area train station sebab kami akan ke Jakarta dengan train keesokkan hari.

Kami mintak dia bawa kami dinner dulu sebelum balik ke bilik. Restoran ni namanya "Raja Rasa" seafood restoran. Sebenarnya restoran ni dekat sangat dengan hotel tapi kami malas nak jalan makanya kami mintak Topan tunggu kami makan. Bila masuk dalam restoran ni..aduhai..exclusive nya..my sis ckp xper..ni malam terakhir kat Bandung..makan mahal sikit takpe..hahaha

Banyak menu seafood kat sini yang best2..malangnya saya tak boleh makan seafood :(


Kami order asparagus soup with crab meat..saya just makan asparagus dan isi crab sikit2 sebab teringin sangat..



Unik kan bekas nasi ni..hehhe



My sis order grilled prawn...sedap dia cakap..hehe



Dah lupa nama menu saya ni..sos kat ayam tu lazattttt....hehe



Kalau tak salah..ni ikan mas goreng tepung..aduhh rangup betul..
Dinner kami malam tu memang puas hati..kami spent sebanyak 276,400 IDR

Selepas siap makan...Topan hantar kami ke hotel. Saat akhir tu lah kami membayar Topan untuk servicenya selama 2 hari. Kemudian kami ke bilik untuk packing..esok tu kami nak ke Jakarta pulak.


Saya beli ni time lunch di kawasan Kawah Putih. Sedapppp!!!





Hasil shopping yang tak seberapa :(

Ok lah ouls..we see again in next entry :)

15 comments:

  1. Ada beza ke antara Kawah Putih dgn Tangkuban Perahu?

    ReplyDelete
  2. oh itu kah kawah putih cantik.. tak kisah la jalan jam ke .. tapi mmg berbaloi... hebat jugak makan .. kira murah la

    kita orng makan weekend lepas di pekan baru paling mahal 3 org 80,000.. tapi mmg heaven la makan :D

    ReplyDelete
  3. Budak2 tu mesti terlalu excited dapat tdo holte dan dh tak hiraukan penghuni lain...cikgu pun tak tegur ek..bukan asrama kan heee

    Subhanallah...cantik betul view di kawah putih tu..kalau lah boleh terjun mandi kan...

    Soup asparagus...festime dgr..

    ReplyDelete
  4. oo..igt bleh pegang air kawah tu coz nmpak membiru sgtt...

    ReplyDelete
  5. Cantik nya Kawah Putih tu. Akak dulu hanya sampai Tangkuban Parahu je.
    Akak tak berapa suka shopping je, boleh bikin pusing kepala...baik tengok view yang cantik dan takde kat tempat kita kannnn

    ReplyDelete
  6. lain macam view kawah putih tu zila, cantik jer...takper ke hidu asap sulfur tu banyak-banyak? risau jugak pasal kesihatan...

    ReplyDelete
  7. Jeff --> Dua2nya kawah gunung berapi..dari perbeza geology (ntah apa word yg sesuai) saya tak beapa nak sure. Yang saya nampak perbezaan antara kedua2 ni adalah..1st..perjalanan nak ke kawah putih adalah 3 jam dan Tangkuban 1 jam je. 2nd view di kawah putih lg cantik dan 3rd cost nk ke kawah putih lebih mahal

    Saerah --> a'a memang cantik

    TT --> 80,000? wahh lagi murah. Kami makan tu kawasan kmpg..so agak murah la..kalo bandar..double pulak harganya

    JM --> Nk kata budak tak budak sangat lah..org indon..dalam form 4 k3 form 5 gitu..geram..ggrrrr. Kalo mandi dalam kawah putih tu..kuar2 sure macam rupa mikel jekson..hahah.

    Kopi --> boleh pegang..tp ada la kesan gatal2 skit kut

    Kak Rozita --> Betul tu akak..memang pusing kapala mau pilih kain bj..hehe

    Orga --> Alhamdulillah takde pape yang berlaku

    ReplyDelete
  8. owhhh sedap nyer ikan gurame... mana nak cari kat mesia ni... mak mengidam noks!!!

    ReplyDelete
  9. Zila.. Cepat habiskan cerita bandung ni. Tak sabar nak baca hehehe

    Nak tanya, boleh ke kita cover Kawah putih + Tangkuban + Strawberry farm + Floating village dalam 1 hari?

    ReplyDelete
  10. DzuHata --> ada kut kat mana2 restoran indon..hehe

    f.m.y --> InsyaAllah saya try habiskan cepat2. Macam rush sangat kut kalau nak wat tu 1 hari sebab location kawah putih dan tangkuban adalah seperti utara dan selatan bandung. Hmm..cuba banyangkan..2 jam diperlukan pergi balik bandung ke tangkuban..2-3 jam nk spend masa kt tangkuban dan sbgainya..6 jam pulak pergi balik kawah putih..1 jam spend masa kt situ..totalnya adalah dalam 12 jam..mcm mustahil la saya rasa. Maafkan saya kalo saya tersilap ye

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum kak. haihh bestnya jalan Bandung. tempat air tu, subhanallah. cantik sungguh pemandangan situ :)

    ReplyDelete
  12. Cantik la tempat dlm gambar tu. Tak pernah tahu ada tempat menarik di sini.

    ReplyDelete
  13. Sheila --> Waalaikumsalam..a'a..akakpun kagum sangat dengan Kawah Putih nih

    JM --> lepas ni JM tahu lah mana yg patut pergi kalo ke bandung :)

    ReplyDelete
  14. Assalamulaikum Wr, Wb, Tuan / Puan

    Bandung Jakarta Sewa Kereta, Drop Off Airport Bandung, Drop Off Airport Jakarta
    Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.

    Anda boleh melawat beberapa tempat menarik di Bandung dengan menggunakan perkhidmatan yang menyediakan kereta yang dikhaskan untuk di sewa di Bandung, dan anda boleh memilih kereta yang sesuai untuk anda gunakan di Bandung. Anda hanya menulis e-mel kepada kami atau hubungi kami, pemandu kami dengan kereta yang anda perlukan akan mengambil anda di mana-mana di Bandung.

    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    Hubungi kami Bilangan +62 838 2178 9103 ( Whats app bersedia ) atau email: icanyorke@yahoo.com

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

    Kereta Taip Daily/14 jam
    Suzuki APV ( 7seat ) Rp 450,000

    Toyota Avanza ( 6seat ) Rp 450,000

    Toyota Innova ( 7seat ) Rp 600,000

    KIA Pregio ( 10seat ) Rp 650,000

    Isuzu Elf ( 11-15 tempat duduk ) Rp 750,000

    Isuzu Elf Long 16 tempat duduk IDR 950,000

    * semua dalam pakej termasuk pemandu, petrol, tol, makan pemandu.

    Pemandu Bandung Sedia Perjalanan dengan Anda. Pemandu Bandung berpusat di Bandung. Pemandu bersedia untuk menerima banyak pesanan. Mereka boleh menyediakan banyak jenis kereta. Dari minivan kecil sederhana sehingga bas besar. Harga kereta boleh dipratonton dalam harga kereta lengkap. Harga termasuk kereta, pemandu , petrol, letak kereta dan tol. Kebanyakan pemandu Bandung tahu sedikit bahasa Inggeris. Mungkin anda memerlukan panduan berbahasa Inggeris juga. Pemandu Bandung boleh menyediakan keperluan anda semasa perjalanan. Malah bagi pakej makan. Dengan Pemandu Bandung anda membayar harga hanya untuk menyewa kereta , perkhidmatan pemandu dan petrol dalam satu harga. Anda juga boleh hanya membayar kereta dan pemandu tanpa petrol jika anda want.Anything yang tidak disebut di sini boleh dibincangkan dengan lebih lanjut melalui e-mel jika anda memerlukan destinasi yang berbeza. pemandu berbahasa Inggeris yang tahu Bandung juga
    Anda boleh berbincang tentang di mana untuk pergi dan mencari hotel yang anda suka apabila tiba di Bandung. Jangan teragak-agak untuk menghubungi kami espescially jika anda kali pertama di Bandung.

    Harga murah untuk mengupah pemandu di Bandung adalah 450,000 WPI. Ia adalah untuk Bandung bandar pelancongan. Harga termasuk pemandu, petrol, tol, kenderaan , makanan pemandu dan lain-lain Anda membayar terus kepada pemandu apabila anda sedang duduk dalam kereta. Ini bermakna pembayaran pada hari pertama lawatan. Anda juga boleh membayar di akhir lawatan . Kadang-kadang pada akhir hari.

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.


    CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
    HP / SMS / CALL : +62 83821789103
    WhatsApp : +62 83821789103
    email: icanyorke@yahoo.com

    ReplyDelete