December 11, 2013

Bandung - Part 1 (Day 1)

Assalamualaikum...

Jeng jeng jeng..bermula sudah cerita mengenai trip ke Bandung..yeaahh!! Saya dapat ke Bandung nipun disebabkan my sis la rajin dok click2 web Airasia selepas 2 hari balik dari Sabah bulan 9 baru2 ni. Disebabkan murah sangat flight nak ke Bandung dan balik Malaysia dari Jakarta..makanya dia belanja saya..haha. RM101 dari LCCT ke Bandung (Airasia) dan RM125 dari Jakarta ke KLIA (Malindo). Murah kan? Tapi lagi berbaloi lah kalo free..hahaha. Tq beb lanjer wa :)

Trip ni bermula pada hari Selasa lepas..3 Dec 2013. Lepas jer opis dalam kul 6pm cmtu..saya terus pecut balik rumah yang just 5minit dari office tu. My sis dah bersiap dah ..tunggu saya jer nak siap sebab cab akan jemput kami ke LCCT pada pukul 7pm. NKVE that day memang jammed. Kami sampai LCCT dalam pukul 8.30pm..sempat la nak dinner semua. Flight kami sebenarnya asyik berubah2 departure time..memula booked pukul 11.30pm..pastu dapat email ubah ke pukul 10.50pm..kemudiannya dapat lagi email..pukul 10.00pm dan landing kat Jakarta..hah sudah. Hotel semua dah booked kat Bandung..mcm pelik pulak LCCT - Bandung tapi landing dekat Jakarta. Panic jugak la time dpt email tu. Dalam setengah jam gitu dapat lagi email. Fuhh..nasib baik pihak AA sebenarnya silap pasal Jakarta tu..dan flight kami akan landing kat Bandung..apa raaa.

Kali ni nak naik atas flight tak perlu jalan jauh...fuh..nasib baik..hehe. Kami landing dalam pukul 11pm waktu Indonesia. Immegresen form tidak dapat diedarkan ketika didalam flight sebab kehabisan. Form tu kami dapat ketika sudah masuk dalam airport. Mostly orang Malaysia lain datang dalam group yang besar seperti family gitu..kami just 2orang..my sis kejap jer isi form tu..dan kami kejap je dah boleh lepas immigration. Semuanya smooth. Selepas keluar dari pintu airport yang kecik sangat tu..terus saya nampak supir pegang nama saya. Hebat supir2 Bandung nih..ada dalam 10 orang supir dok tunggu customer masing2 dan semuanya berjacket kulit..hehehe. Kami dijemput macam VIP..supir yang namanya Topan gi amik kereta supaya kami tak perlu jalan jauh..macam hebat je kan..hahaha.

Perjumpaan pertama dengan supir ni buatkan kami kekok..nak bertanyapun tak reti..nak tegurpun tak reti. Hahaha. Disepanjang jalan ke hotel..jalan sunyi je..kekadang je jumpa orang naik moto. Sesekali la kami bertanya ituini dengan supir tu..ketika tu kami ada sikit tanggapan negative kat supir tu..kami takut kena tipu charge yang dikenakan. Takut dia ambik kesempatan charge yang bukan2 untuk kami. Sepanjang perjalanan dari airport yang just 15minit tu..si Topan ni explain la activity untuk keesokkan hari..dia betul2 bagi kami paham sistem company dia...

Oh ya..lupa nak bgtau macam mana saya boleh gunakan service supir ni. Saya terbaca dalam 1 blog mengenai Hayukka. Saya bayangkan Hayukka tu buat freelance supir gitu. Rupanya2 Hayukka ni nama company. Ketika deal hal supir ni..si Yudha iaitu admin company tu susah sangat nak bg feedback. Perlu tunggu beberapa jam untuk dia reply massage dari whatsapp ataupun FB. Disebabkan charge yang dikenakan berpatutan..kami tawakal je teruskan untuk guna service dari Hayukka ni. Alhamdulillah si Topan tu ada tunggu kami. Saya explain skit la apa yg kami deal mlm tu..antaranya :-
  1. Charge yang dikenakan untuk service supir 1 hari adalah 390,000 IDR (bersamaan RM140). Kami menggunakan service supir ni selama 2 hari.
  2. Masa bekerja si Topan ni adalah 12 jam..iaitu dari pukul 9am - 9pm
  3. Coverage untuk 390,000 IDR tu adalah sekitar Bandung, Tangkuban Perahu, Lembang Floating Market..dan juga termasuk parking di sekitar outlet dan tempat shopping lain serta petrol.
  4. Charge 390,000 IDR tu juga tidak termasuk makan, entrance fee customer, entrace fee transport untuk masuk Tangkuban Perahu, Kawah Putih serta Lembang Floating Market..semua tu customer yang kena kuarkan duit..ini kena paham betul2 supaya tak terkejut beruk ketika membayarnya..hehehe
  5. Untuk ke Kawah Putih..perlu bayar extra 50,000 IDR. Kami baru tahu hal ni ketika deal malam tu dengan Topan..agak terkejut la. Disebabkan Kawah Putih tu sangat2 kami nak visit...maka setuju aja lah..what to do :O
Deal sambil drive ke hotel..bagus Topan ni..hehe. Oh 1 lagi...si Topan ni ambik kat airport free ye. Citer pasal hotel yang my sis booked pulak. My sis booked dari booking.com. Tak perlu bayar time booked ye..cuma perlu credit card verification je. Kat hotel nnti, boleh byr cash. Suka sangat dengan Zodiak Sutami Hotel ni..locationnya macam di kawasan perumahaan elit. Bersih, selesa dan layanan staff hotel ni baik sekali. Tentang harga hotel smua ni saya share diakhir entry Bandung ye.



Bilik kami untuk 3 malam di Bandung


 
Beberapa hari di Indonesia..terlayan la satu show yang menarik..haha


Toilet yang bersih


View dari tingkap bilik...

Next entry saya akan share activity saya di beberapa tempat sekitar Bandung yang sangat menarik..nantikan next entry yee..

10 comments:

  1. Wah macam seronok je...macam best je...

    Kamipun punya pengalaman yang sama masa ke Indonesia...selalu AA ubah-ubah schedule...selalu juga delay...selalu dapat SMS...

    ReplyDelete
  2. Best lah Zila dpt kakak yang baik hati tu...dah la tiket murah...FREE pulak tu...

    Wah tulisan MERAH dan BIRU mata hitam ku

    Ish AA ni...kalau lah selalu buat hal mcm tu kan..mahu nk beralih kepada MALINDO AIR plak kan

    Kan..sampai ke parking dan petrol pun kita yg bayar

    ReplyDelete
  3. Prof --> Memang best prof..hehe. Ini 1st time la saya mengalami keadaan schedule AA berubah..kamchong jugak la..hahha

    JM --> My sis ni sukar dijangka..suka wat surprise..hehe. Alhamdulillah ada jugak org nak lanjer..hehe. Malindo sangat2 ok compare AA..boleh layan movie lagi dlm flight

    ReplyDelete
  4. Wah sampai kekok2 dgn supir.... mesti ganteng orangnya... hehe

    ReplyDelete
  5. Mie --> bukan cmtu la..hahah. Sy harap kak sy mulakan..dia plak harap sy..si supirpun harapkan kami berdua mulakan..makanya ternganga la semuanya..haha

    ReplyDelete
  6. Ha sedang elok Zila buat entry Bandung. Bb tengah godek info gak pasal tempat ni. Xsabar tunggu next entries.

    ReplyDelete
  7. Nieda --> amboii...hehe

    BB --> wahh..nak ke sana ke awk??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak. bestnya berjalan dengan sibling. dulu kita selalu terfikir tapi tak berapa ngam dengan sibling. jalan dengan suami pun jadilah. hehee. banyak betul tempat akak pergi. tak terjangkau nak ikut. heeeeeeeeee

    ReplyDelete
  9. If U need my service, U can call me or whast app topan hayukka bandung +6282126194747
    Or e-mail
    badai_ismail@yahoo.com
    taufanismail5@gmail.com
    Thanks

    ReplyDelete