Assalamualaikum...
Hai semua..berjumpa lagi kita untuk mengikuti pengalaman saya di Bandung. Seperti semua orang tahu..Bandung ni syurga untuk shopping. Adakah sayapun bertanggapan begitu?? Hmm...teruskan membaca ye. Entry kali ni maybe saya banyak menulis skit..so..layannnnn..hahaha. Yang mana rasa boring..saya minta maaf..saya akan cuba buat supaya anda tak boring :)
Ketika di Bandung nih..pukul 6am dah cerah dah. Hotel kami stay tu lenggang jer..tak ramai guest agaknya. Breakfast included..dan breakfast yang disajikan amatlah menyedihkan. Kami hanya beralaskan sekeping roti dan juga beberapa teguk kopi. Si Topan sampai lebih awal daripada masa yang dijanjikan. Lupa nak snap muka Topan ni..ada la iras2 penyanyi indon :P
Malam ketika sampai ke Bandung, kami dah janji bersama Topan untuk ke Tangkuban Perahu. Oh..lupa nak cter..kami naik kete Avanza..dua2 orang kami duduk belakang ye..macam bos..haha. Terkejut beruk saya tengok traffic di Bandung..keluar je dari hotel terus terjoin deretan kenderaan yang sedang bergerak berlahan-lahan. Penunggang motor pulak berpusu-pusu kiri kanan laluan. Jalan pulak sempit. Bunyi hon sana-sini. Tapi muka setiap pemandu tenang je. Takdepun yang nak berebut-rebut masuk lane ke potong Q ke..wahh!!! Setiap pemandu mcm ada sefahaman je. Kenderaan dari simpang lain nak ke simpang utama main redah masuk je..dan kenderaan dibelakang xde nak hon tapi slowkan kenderaan..amazing!! Kalau kat Malaysia sure dah angkat tangan ckp "apa raaaa" takpun kejar sampai dapat. Jarak kenderaan pulak time jammed tu..dekat2 giler macam dah nak cium bontot kereta lain. Sandiwara apakah ini? Haha. Keadaan jalan pulak tak berapa elok..
Pemandangan disepanjang perjalanan dirakam oleh minda saya. Traffic di Bandung memang tak systematic..kadang2 ada "polis traffic" tak rasmi menjaga lalu-lintas. Bila si Topan ni melepasi "polis traffic" tak rasmi tu..dihulurnya wang yang saya tak sure berapa. Keadaan tu saya tengok berulang kali terjadi bila si Topan ni melalui simpang yang bz..simpang yang xde traffic light dan juga ketika dia nak keluar ke main road selepas kami siap shopping. Setiap tempat tersebut akan ada orang menjaga traffic seperti stopkan kenderaan lain untuk si Topan ni lalu.
Saya nak cerita mengenai penjaja gerai pulak. Dimana2 saja ditepi jalan ada gerai. Setiap makanan yang dijual diletakkan di dalam display kaca. Memang boleh nampak apa makanan yang dijual. Setiap gerai kecil2 comel2 jer. Bila awal2 pagi, boleh la nampak meniaga2 gerai ni tolak gerai2 dorang. Ada gerai yang diletakkan 1 kerusi panjang dibelakang gerainya. Customer dia pulak berhimpit2 dok makan sambil duduk dikerusi tu..hebat!!
Si Topan tunjukkan sebuah bukit yang gah didepan..menurut Topan bentuk bukit tu seolah2 perahu yang tertelangkup dan view tu hanya boleh dilihat dari Bandung. Saya tak sempat nak snap view tu sebab asyik si Topan ni tak stoppun untuk saya snap..lagipun asyik terlindung oleh pokok dan rumah orang. Sambil drive si Topan ni cter bahawa kawasan yang kami lalui itu iaitu Lembang amat terkenal dengan sayur-sayuran, susu lembu dan tauhu yang diperbuat dari susu lembu. Ketika dia cter hal tauhu susu lembu..saya dah telan air liur..hahaha. Teringin sangat nak rasa. Tangkuban Perahu ni terletak di kawasan Lembang ye..dari Bandung dengan keadaan jammed tu..kami sampai ke Tangkuban Perahu dalam sejam lebih.
Dekat-dekat nak sampai tu...kelihatan pokok2 yang tinggi2 ni..hebat!!
Untuk beli ticket..tak perlu turun dari kereta..just beli disini. Kami perlu membayar untuk masukkan kereta. Entrance fee tak perlu untuk supir..nasib baik. Jangan pepandai xmo bayar untuk masukkan kereta..patah kaki nak jalan ke tempat nak ditujui tu..dan pasti pitam :P
Untuk mengetahui asal-usul Tangkuban Perahu..boleh baca di SINI. Tapinya cerita dongeng lah ye :)
Untuk mengetahui asal-usul Tangkuban Perahu..boleh baca di SINI. Tapinya cerita dongeng lah ye :)
Lepas dari entrance tu..kita akan start mendaki dengan keadaan jalan bengkang-bengkok dan bergaung disebelah kiri..just 5-10 minit gitu. Saya tiru si Topan untuk turunkan cermin pintu kereta..wahh sejuk dan nyaman..dan tetiba nak sampai ke tempat kejadian tu..kita akan bau macam kentut..uweekk..hahaha. Tapi yang peliknya bila tul2 sampai ke kawasan kawah..takde pulak bau gitu. Saya pasti ada lagi kawah lain disekitar jalan yang kami lalui tu.
Sebelum kami turun dari kereta, si Topan nasihatkan kami supaya jangan beli souvenir yang dijual oleh orang2 yang dok ikut kita tu..jangan beli strawberry dari orang dok ngikut tu sebab strawberry tu bukan lagi original. Dorang dah rendam strawberry tu dalam air gula untuk jadikan strawberry tu manis.
Turun jer dari kereta..fuhh macam artis pulak kami nih..hahaha. 3-4 orang penjual souvenir kurumi kami. Memang rimas. Saya cakap kt my sis..biar dorang..wat xtau jer. Dorang ni asyik dok tunjuk ID card dari government dorang yang dibenarnya berniaga. Saya hanya hadiahkan senyuman jer sambil angguk2.
Untuk bergambar di sini memang susah..orang nonstop nak bergambar. Tetiba peniaga souvenir 3-4 orang tu jadi bodyguard kami..cuba dapatkan peluang untuk kami bergambar kat sini. Tetiba hati saya tersentuh dengan kesungguhan dorang untuk dapatkan peluang untuk kami. Siap offer nak ambikkan gambar saya bersama my sis. Lepas 1 tempat..tempat yang lain pulak dorang tunjuk untuk bergambar. Saya sampai cakap.." ni dok guide kami gini ni..kena bayar ke?" then dorang cakap tak..pastu saya cakap tanya lagi.."xpe lah kami jalan sendiri..gi la sambung bisnes..nanti rugi pula masa ngikut kami..kami takmo beli nih" bersungguh2 dorang cakap takpe..dorang ikhlas nak jadi guide kami. Tersentuh betul hati saya time tu. Tapi saya kuatkan hati untuk tidak cair dengan kebaikan dorang tu. Tak dinafikan..kami sikit terhibur dengan kehadiran dorang..memula rasa rimas dan takut tak selamat..lama2 baru rasa ok. Dorang respect kami dan kamipun respect dorang. Bila laluan berbahaya..dorang tolong tengok2kan. Kami tahu dorang buat tu untuk ambik hati kami beli barang jualan dorang..tapi kami still appreciate kebaikan dorang.
Kawah terbesar di sini...Kawah Ratu. Saya tak sure kawah mana yang baru2 ni active. Nampak asap tu?? Kuarnya dari 1 lubang tu..lama kelamaan tempat ni jadi berkabus..xsure saya kabus sejuk atau asap yang keluar tu. Ketika dipuncak gunung ni..tak nampak apa 1 pun disekitar bawah sebab diselebungi kabus. Menurut tour guide tak rasmi kami 3-4 orang tu..kalo takde kabus boleh nampak jelas kawasan sekitar bawah gunung dan daerah yang dikenali sebagai Subang.
Ada beberapa kawah kat area ni..dan ianya ada nama..contohnya kawah Ratu (ini termasuk kawah yang paling besar), kawah Baru, kawah Domas, Kawah Jurig, Kawah Siluman, kawah Upas dan kawah Paguyuban Badang. Kawah-kawah disini masih aktif bahkan ada beberapa kawah yang dilarang didekati karana mengandung wap yang beracun..
Ada beberapa kawah kat area ni..dan ianya ada nama..contohnya kawah Ratu (ini termasuk kawah yang paling besar), kawah Baru, kawah Domas, Kawah Jurig, Kawah Siluman, kawah Upas dan kawah Paguyuban Badang. Kawah-kawah disini masih aktif bahkan ada beberapa kawah yang dilarang didekati karana mengandung wap yang beracun..
Port yang direkemen oleh tour guide tak rasmi..Dato' Siti pun pernah bergambar kat port ni kata dorang..haha.
Dipaksanya saya posing kt sini..hahaha. Dato' pun pernah posing kt sini kata dorang..asyik2 Dato' Siti jer..haha..suka sungguh dorang kat beliau
Disuruhnya saya makan pucuk pokok ni..awek muda katanya. Dato' Sitipun makan..hah sudah..semua yang Dato' Siti buat nak suruh saya buat..hahaha. Tak hinggin saya nak makan..
Inilah tour guide tak rasmi kami..
View dari tempat yang tinggi. Manusia memang ramai sangat.
Pokok2 sekitar kawah ni semuanya rupa gini..
Ada ramai orang bukak gerai kecik2 kat sini..tapi takut nak beli..takut tak bersih
Jagung bakar ni nampak mcm sedap..nyum2
Belerang yang diambil dari kawah
Saya tak berani nak cakap souvenir kat sini murah atau tak sebab saya tak beli kat sini. Si Topan ada nasihatkan kami kalau nak beli souvenir kt sini...beli di kedai2 dan bukannya dari orang yang suka follow kita tu..
Kami ingat nasihat Topan..so kami tak beli strawberry ni
Kami berpisah dengan tour guide tak rasmi kami..dorang ada jugak merayu soh beli barang jualan dorang..tapi kami tolak dengan lembut..dorang pulak tak terlalu memaksa..syukur..saya doakan semoga rezeki dorang murah. Kami masuk pula ke dalam information center. Dalam ni kami dilayan oleh seorang pegawai. Dia explain semua mengenai kawah gunung berapi. Menarik sangat. Don't worry ye..free je. Tanya je apapun soalan..pegawai ni akan cuba bg kita paham. Disamping melancong..ada juga ilmu pengetahuannya :)
Batuan hasil dari kawah gunung berapi yang terdapat di Tangkuban Perahu
Ini list tour guide yang boleh bawa kita visit kawah gunung berapi dari jarak dekat. Kawah tu bukannya di Kawah Ratu yang saya bergambar tu..ianya ditempat lain sekitar situ..perlu 1jam berjalan kaki. Saya terlupa bayaran yang dikenakan.
Kami tinggalkan Tangkuban Perahu ni dengan perasaan puas hati. Seronok rasanya datang ke sini. Nasihat saya..tak perlu stress nak berdepan dengan peniaga yang suka follow kita tu..dorang baik. Jangan disebabkan orang lain maka kegembiraan kita nak explore sesuatu tempat tu berakhir dengan kekecewaan..
Saya akhirkan disini dulu entry untuk day 2 di Bandung. Jika saya habiskan untuk 1 hari punya activity..takut panjang berjela..jenuh pulak anda nak scroll..hahaha.
Ye,..setuju begitulah traffic di Jakarta dan Bandung..lebih kurang HCM pun ada..mmg respect cara dorang memandu..wlpun keadaan mcm tu..eksiden still kurang
ReplyDeleteYe tangkuban perahu antara salah satu destinasi yg Wajib pegi kalau ke Bandung..
Polis tak rasmi tu memang akan bagi laluan kat kereta yang bayar kat dia. Yang trafik sebenar tau, diorang xbuat keje pun gaji tetap jalan. Tulah info yang kawan bagitau, dulu dia study & duk lama kat Bandung.
ReplyDeleteDulu saya gi Tangkuban, xdelah semeriah macam cerita Zila ni. Dapat jugalah merasa naik keldai pink. Xtau apa motif naik tu. Haha.
JM --> Betul tu JM..gerun bila ingat2 balik keadaan traffic kat sana..haish.
ReplyDeleteBB --> Ohh gitu ek BB..mcm sumber pendapatan utk org menjaga traffic pulak gaya org yg bg laluan tu. Memang meriah kt tangkuban tu..hahaha
Saya beli tanglung di kedai kat situ. Zila beli tak?
ReplyDeletesubhanallah cantiknya ciptaan tuhan...kagum tengok benda yang takdak kat tempat sendiri macam tu
ReplyDeletemmg strawberi sgt manis , rupppppanya dah boh gula.
ReplyDeleteCantik view di Tangkuban Parahu tu...
ReplyDeleteMemang peniaga kat situ suka ikut orang..kalau tak kuat iman memang cair lah dngn budi bahasa diaorng tu. Saya dulu akhirnya beli juga 2 ketul FM selepas habis tawar dah harganya..sebab kesian tengok diikutnya kita dari turun bas sampai naik bas semula
xbole blah dgn ayat zila 2, sume yg dato' wat nak suh sy wat!! hahaha..mgkn awk ada iras2 dato' siti kot,tang pipi!!! hahahaha,, jgn marah yer!!
ReplyDeleteProf --> Saya takde beli pape kat kedai2 situ..tengok2 jer sikit2
ReplyDeleteFirdaus --> Betul tu..menakjubkan betul
Nieda --> kalo supir tu tak bgtau..sayapun tak tau..tapinya mmg plan nak beli tapinya terus tak jadi
Kak Rozita --> A'a memang cantik area tu. Time saya soh org ngikut tu gi niaga kt org lain..dia ckp mmg gitu kt situ..kalo once dah polo org..kena polo sampai abis la...mcm gitu cara dorang..kesianpun kesian jugak..tp nak wat cmner kan..
Zaza --> Kalo iras2 tang pipipun jadi la..hahaha
salam..
ReplyDeletewow seronoknya pergi bandung..
saya pun tgh plan nak pergi sana..tambah2 x sabar nak melawat kawasan gunung berapi..maklumlah kat malaysia x de :)
tgok gmbar yg diuplode lg smnagat nak p :)
Wsalam Sobri..
ReplyDeleteYe memang best Bandung..wajib melawat kawasan gunung berapi tu :)
Suka baca coretan zila.. penuh info..mmg tgh mencari2 maklumat nak berjalan ke bandung ni ^^
ReplyDeletenak ke bandung jugak? bagus2..
ReplyDeletesy ni menulis biasa2 je..suka2
Assalamualaikum kak. sebab tu kita tak berani lagi nak jejak indon. ramai org cakap peniaga paksa2 beli barang mereka . kesian betul. ehh yang pasal Dato Siti tu kelakar okeyy. famous Dato Siti kat indon. heeeeeee ;p
ReplyDeleteWsalam Sheila..jangan stress bila dipaksa..itu jer. Tak guna kita herdik marah dorang..buat penat jer..caranya adalah..senyum jer. Org indon mmg suka sgt kat Dato' Siti..hehe
ReplyDelete