December 16, 2013

Bandung - Part 3 (Day 2)

Assalamualaikum...

Ok..saya nak sambung entry untuk Bandung ni. Kita still dihari ke dua. Selepas puas visit kawah gunung berapi..Topan nak bawa kami ke ladang strawberry. Saya discuss la dengan my sis..patut ke pergi. Kami bukannya tak pernah petik strawberry...dekat Cameron pernah..dekat Melbourne pernah. So kami decide taknak ke situ. Topan ok jer..kami pilih nak terus ke Lembang Floating Market. Time tu my sis dah terketar-ketar lapar. Patutnya kami minta Topan bawak kami makan dulu..tapi bila difikirkan balik..kami patut makan dia Lembang Floating Market sebab situ banyak jual makanan. 

Floating Market ni saya fikir di pinggir bandar gitu..tapi sebenarnya di tengah2 bandar. Ianya seolah2 dalam sebuah taman. Nak masuk sinipun kena bayar fee untuk masukkan kereta yee. Time tu cuaca cerah sangat..nak kesini kalau hujan tak best lah. 


Lepas melepasi entrance..Topan turunkan kami di depan ni. Bila masuk dalam ni kita boleh tukarkan entrance ticket dengan welcome drink. Yang tak bestnya hanya hot drink disediakan. Dah la panas..nak kena minum hot drink pulak..tak sesuai :)


Macam-macam aktiviti boleh dilakukan di sini

Menikmati welcome drink


Sambil-sambil snap sana-sini


Dengan adanya tasik ditengah-tengah taman ini..suasana menjadi sejuk jer...oh tenang sekali. Sebenarnya di luar kawasan floating market ni adalah pekan yang sibuk..2 keadaan yang berbeza..


Bukan betul2 nih...nak tayang je :)


Tempat ni sangat bersih dan landscape semuanya menarik. Kalau duduk lama2 dalam floating market nipun takde hal...tenang sangat


Ada gerai jual tauhu susu yang saya teringin sangat nak makan...tapi org yang jual ni something wrong la..saya dok panggil2 nak beli dia wat tak tau jer padahal dia dah nampak saya menuju ke gerai dia...tul2 tak paham


I love flowers :)



Patutnya kami makan apa2 yang dijual di floating market, tapi my sis dah terketar2 tak tahan lapar. So kami singgah dulu di sebuah western restaurant. Saya try sehabisnya takmo makan..nak simpan perut nak makan kat floating market..haha. Nasib baik my sis dah siap2 makan di restoran tu..sebabnya di floating market tu saya tgk takde sangat makanan yang sesuai untuk my sis..kalau untuk saya ada banyak sekali makanan yang sesuai..hahaha. 


Selepas menyusuri tepian tasik tu..kami melalui floating market..oh gini rupanya floating market. Mostly orang indon jer yang visit tempat ni..orang yang menjual makanan ditempatkan di dalam sampan..dan di dalam tasik...sampan tu sama paras dengan permukaan lantai..so senang nak wat urusan membeli membayar menjual. Nampak kerusi dan meja yang cute tu?? Ohh..syok sangat duduk atas kerusi tu..hehe. Don't worry..tempat ni bersih sangat..layanan dari penjualpun amat baik. 

Sebelum nak membeli kat situ...perlu tukarkan duit dalam bentuk token. Kami tukar 50,000 IDR jer


Taraaa...sedap sangat pau coklat dan pau susu ni..lembut sangat. Harganya 20,000 IDR


Sedang saya melayan pau tu..my sis gi beli pisang Sangkuriang ni. Aduhh...sedap sangat. Pisang ni digoreng kemudiannya ditabur cheese, coklat dan susu cair. Pisang tu betul-betul ranum dan manis..terbaik sangat makanan ni. Harganya 20,000 IDR. Sampan yang jual pisang ni paling ramai customernya. Memula my sis jer dok beli pisang ni..tak sampai 2 minit orang kerumun sampai saya tak nampak dia..haha..


 
Taraaa...ini lah gerai atas sampan yang jual pisang sangkuriang tu


 Kami just spent 50,000 IDR kat sini...kami beli cendawan goreng untuk habiskan token yang bernilai 10,000 IDR. Rangup sangat cendawan goreng ni


 
  

 Selepas settle makan minum semua..kami sambung pusing tasik tu..layan view dan landscape yg menarik di kawasan tu.

Dan kemudian kami masuk ke kedai menjual kudapan Bandung. Tergugat tul nafsu makan bila tengok makanan-makanan dalam kedai itu. Kalau tidak disebabkan kami akan ke Kartika Sari pada hari terakhir di Bandung, sure saya borong sakan dah kat sini..hehehe


Brownies...nyum2


Saya beli pisang ni...pisang ni dari pemerhatian serta deria rasa saya..ianya di potong nipis2..kemudian dicelup tepung dan di goreng..yang patern line2 tu adalah blueberry..sedap sangat..time beli ni saya tanya pendapat pembeli lain yang mana adalah orang indon..dia rekemen saya sangat saya beli..memang tak nyesal..just 20,000 IDR.


 Yang paling sedap adalah ini...my sis yang pilih. Rugi beli sebungkus jer. Bayam yang dicelup tepung..rangup sangat. Tepung yang menyaluti bayam tu ditambah sedikit chili flake..i think i know how to make it..inipun 20,000 IDR

Lepas puas makan apa yang patut area Lembang Floating Market tu..kami decide nak balik ke hotel untuk rehat. Masa masih awal..dalam pukul 1pm gitu. Sepanjang jalan jammed memanjang. Memang boring giler. Saya tertido tak sedar diri dalam kereta..haha. Masa banyak dihabiskan dalam kereta sebab jammed. Patutnya kami nak rest sejam dua terpaksa dibatalkan. Kami bgtau Topan dalam half and hour je kami nak rehat. Dia ok jer. Rugi la kalau kami nak bazirkan masa gitu. Saya time tu memang lemah abis la. Asyik nampak katil jer nak landing. 

Kami janji dengan Topan nak ke Rumah Mode..asyik2 baca ramai yang ke situ untuk shopping, so kami decide nak ke sana jugak. Ada 2-3 outlet berhampiran Rumah Mode ni. Bila masuk Rumah Mode..alahai..takde lah murah mana. Belek2 semua pakaian kat situ..1 jer saya rembat..lagging..haha. Brand Gap...ok gak la harga sebab tu saya beli. Baju2 semua not my taste. Ada lagi 2 outlet yang kami masuk..2 outlet ni lengang giler..takde orang langsung..Rumah Mode tu crowded giler nak banding 2 outlet lain. Rasanya tak sampai sejam kami spent kat area tu..saya tetiba lapar sebab lom dapat nasi. Kamipun pergi cari Topan yang melepak ngn supir2 lain..terkejut dia kami dah siap..haha. Maybe experience dia bawak orglain tak secepat kami. 

 
 Rumah Mode ni kecik sikit dari JPO di Johore
 

Saya minta Topan bawa kami ke mana2 restoran yang bersih dan selepas dan pastinya makanan yg disaji adalah panas2. Kami tobat takkan makan masakan Padang selepas experience di Medan dulu. So dia bawa kami restoran yang bagus sangat..The Stone Cafe. Kedudukan cafe ni adalah di puncak  bukit yang boleh nampak Bandung dari cafe ni. Menu yang terdapat di situ nampak sedap-sedap..ada indonesian food..western food..Saya order menu yang ada nasi dan my sis order western food. Jom layan photo..

 
Kalau waktu malam sure lagi cantik...time ni hujan rintik-rintik


Berjamu selera sambil duduk bersila..


Jom tengok menu...
 

 Saya pilih set nasi macam dalam gambar tu..nyum2


 Set nasi saya pilih tu sedap sangat..nasinya dikukus bersama petai dan juga cili padi..menarik betul rasanya. My sis makan ringan2 jer sebab dia tak berapa lapar. Nampak hot tea tu?? Besar kedabak cup tu..lebih pada cukup untuk kami 2 orang. Kalau ke Bandung, jalan lupa minum tea yeer..lain rasanya dari tea boh..earl grey dan sebagainya. Sedappp...


 Tayang sikit..hehehe...tauhu tu dibuat dari susu..sangat lembut tauu..sambalnya power giler..pedassss...


 Chocolate lava cake...waitress yang rekemen..dan saya pulak rekemen sekarang..wajib order kalo ke sini..sedap sangat!!!

Restoran ni tak jauh dari Jalan Dago. Di area Jalan Dago ni ada berderet FOS. Pandai si Topan ni..mcm plan nak bawa kami ke Jalan Dago ni sebab tu dia pilih cafe tu. Masa kami taklah terbazir kt jalan sangat. Giler betul la FOS kat Jalan Dago tu..banyak giler. Dua2 belah jalan berderet FOS. Yang menyedihkan adalah..setiap outlet tu bukannya shop lot yang bersambung2 tu..tapi berasingan. Boleh banyangkan deretan bungalow? Ha..gitu lah. Cumanya xde pagar. Nak ke outlet sebelah kena berjalan sikit la..macam tak sesuai gitu. Kalau pintu ke pintu kan bagus...ni penat berjalan jer..nak pilih kain bajupun jadi tak bersemangat. Penjual souvenir pulak dok tunggu jer kat luar outlet..setiap kali kami kuar sure dok paksa beli barang jualan dorang..nasib baik dalam outlet dorang tak masuk. Dorang ni terdesak betul..minta kurang giler2pun dapat...haha.


Antara outlet di Jalan Dago

Tak banyak outlet yang kami masuk..malas campur rimas campur penat. Kami jenis suka sightseeing dan bukannya bershopping. Sekali lagi si Topan terkejut sebab kami shopping kejap jer. Dalam kereta kami discuss dengan Topan nak kemana esoknya. Dia asyik cter pasal Pasar Baru. My sis saya kenal sangat dah..bukannya jenis nak beli kain ela semua tu..dan kami ni ada sifat yang sama. Baju raya saya abang belikan..dan saya jarang beli baju kurung atau kain yang belum siap..seriously tak reti. Telekungpun kalo boleh beli yang sehabis simple sebab saya ni tak suka kerawang..wat gatal kulit jer. Beli pape untuk family? Hmm..sepanjang sy dok travel ni jarang sangat saya nak membeli untuk family..just t-shirt tema tempat yang dilawati ada la dan juga souvenir..sebabnya bukannya saya kedekut, tapi saya tak tahu taste dorang. Dan saya ni tak pandai nak membeli untuk dorang. Kalo tak kena dengan taste dorang..tak ke rugi dan saya juga yang frust.

So kami decide Pasar Baru tak sesuai untuk kami. Sebenarnya kami nak ke Kawah Putih keesokan hari..si Topan ni asyik dok ckp kalau ke Kawah Putih kami takkan sempat ke Pasar Baru sebab tutup pukul 5pm. Kamipun cakap la memang kami xde niat nak ke Pasar Baru.

Si Topan ni agak terkejut dengan decision kami sebab setahu dia semua orang Malaysia ke Bandung takkan lepaskan peluang ke Pasar Baru dan kadang2 dorang spend 2 hari untuk ke Pasar Baru saja. Fuhh..dasyat tul orang Malaysia kan..hehe. Saya ke Bandung ni sightseeing adalah tujuan utama..yang keduanya nak cari blouse murah tapi tak jumpa. Nak cari kasutpun takde..handbag yang sesuaipun takde. Pendek kata apa taste saya semuanya takde.

Kami balik awal ke hotel. Malam tu kami dah kenyang..so kami hanya lepak dalam bilik. Saya memang tired giler..kalau tak salah, pukul 9pm dah tido. Rasanya saya tired sebab jammed yang teruk kat Bandung. Walaupun duduk dalam kereta jer..tapi tired sangat. Macam mana lah orang Bandung boleh hidup dalam keadaan gitu?? Saya tertanya2 sampai sekarang..haish. 

12 comments:

  1. floating market tu di kolam ke, zila??lain macam je rupanya hehehe...

    owh pau tu memang sgt cute..sure terpanggil2 nak makan, kan? :D

    ReplyDelete
  2. ye la zila, sy pun tak suka sgt shopping....masa sy pi dulu pun, masuk rumah mode tak smpai 30 minit!pak supir smpai tkejut cpt sgt!hehehe tp asyik la suh pak supir bwk pi tmpt mkn sedap2...kat bandung byk sgt tmpt best utk makan!hehehe pastu b4 balik pak supir buat ayat 'pertama kali sy jumpa org malaysia yg dtg nya ke bandung utk makan, bukan shopping'...hahahaha kena sekali!hehe

    ReplyDelete
  3. Kuih pau dan pisang sangkuriang tu menarik sesangat :D

    Floating market di bandung.. terbaru ni..

    By the way sama lah kita tak suka shopping.. lebih nak site seeing jer :D

    ReplyDelete
  4. belom pernah sampai ke bandung lg sbb x terpanggil nk g sana. tp suka yg amat kat brownies dia. sedappp!

    ReplyDelete
  5. Makan...makan...makan...Memang mencuba makan best kat Indonesia, kan?
    Tapi saya tak pulak jumpa pisang sangkuriang tu...nampak sedap je...terliur dibuatnya. Bolehlah cuba goreng di rumah sendiri. Lepas tu tabur cheese, susu dan cokolat.

    Di Rumah Mode tu pun kami shopping sekejap je...baju dia tak sesuai dengan saya...kebanyakkannya saiz kecik...susah nak cari saiz besar.. Harga pun taklah murah.

    ReplyDelete
  6. Dah penah ke Bandung tapi tak tahu pulak akak kewujudan floating market ni..adakah akan ada misi repaeat heee..

    Comei pau tu...kreatif betul dorang..rasa syg nk mkn hee

    ReplyDelete
  7. Zilla --> a'a lebih kurang dalam kolam la..hehe. Pau tu memula terpanggil2 membelinya..pastu pasti terpanggil2 ngap..hehe

    DJ --> Lah..sama pulak kita ni kan..hehe

    TT --> Oh..inipun sama..hehe

    Henry --> Wahh..kena dipanggil2 pulak baru nak pegi..hehe..gurau jer. Sayapun suka broniesnya

    Prof --> Sepanjang di Bandung..yg pling saya puji makanannya dan orangnya yg polite2 belaka. Pisang sangkuriang tu nampak mudah untuk dibuat sendiri tapi kena pisang yg betul la. Rumah Mode tu dan FOS lain2 mmg ada bj kecik2 jer..bosan

    JM --> nampaknya JM kena pegi lagi nih..hehe

    ReplyDelete
  8. seronok baca entry, zila...
    akak dalam proses upload entry Bali..jemputlaa ke fayreenmizan.blogspot.com nanti yek..akak baru sgt terjebak berblogging nih.. :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum kak ziela. saya rasa banyak kali dalam satu post ada gambar makanan. haihhh saya takleh tengok pisang Sangkuriang tu. adoii teringin nak rasa :(

    ReplyDelete
  10. Nampak sejuk je semua pemandangan nya. Saya daha beberapa kali ke Indonesia tapi belum pernah sampai Bandung. Tengok gambar zila ni, rasa nak pegi skrg ni juga..hehe

    ReplyDelete
  11. fr mizan --> pasti saya gi jengok blog akak..makaseh luang masa baca entry saya :)

    Sheila --> makanan tu adalah wajib berada dalam post akak..hehehe

    JM --> Amboi JM..tgk gambar terus nak pegi sekarang..hehee

    ReplyDelete
  12. Salam Kenal

    Mohon maap ikut Share di Blogger Tuan/Puan

    JOM CUTI2 BANDAR BANDUNG-JAKARTA

    KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )

    call me CONTACT US

    Demi memperlancar semua aktifitas kita di bidang ini dan demi menjaga silaturahmi dengan kami disini kami berikan Contact Person kepada semua pelanggan setia kami dan kepada semua pengunjung online di website kami ini. Untuk keperluan dan pelayanan serta informasi lebih yang ingin anda dapatkan. Anda dapat menghubungi Contact Person resmi kami

    Di bawah ini adalah contact person resmi kami.

    KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )



    Make your holiday become FUN, FRIENDLY, and EASY. Provide: Transport Service, Rent Car, City Tour Travel. So, just pick up your phone or send e-mail to contact us!
    bobby kyran trans CONTACT US

    SITUS RESMI KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )
    http://www.kyrantrans.com
    http;//www.sewakeretamurah.com
    OFFICE PHONE
    022 – 92475958
    HANDPHONE
    +6281 312 767 300
    +6281 573 307 300
    BLACKBERRY PIN
    73 DC 15 F1
    WHATS UP
    +6281 809 692 300
    EMAIL Kyrantrans@gmail.com
    OFFICE KYRAN TRANS ( SEWA KERETA MURAH )
    JL. NYENGSERET NO 81 ( BANDUNG WEST JAVA – INDONESIA )
    TERIMA KASIH

    ReplyDelete