March 10, 2012

MELBOURNE - Part 1

Salam...

Alhamdulillah..impian saya nak jejak kaki ke Australia akhirnya sudah tercapai. Sangat-sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Kena pula time lagi 1 week nak fly saya busy betul dengan kerja, dan nasib baik bos approved cuti..hehe. nak dibandingkan dengan travel-travel yang lepas, this trip..me and my sis planning very well. Flight ticketpun dah lama beli since last year. Almost everyday we study about Melbourne..hehe. Macam selalu2, pasal accommodation sure sangat2 my sis yang handle. Setelah 3-4 bulan tabung bencana travel kami full, my sis terus booked hotel. Kerja saya, search halal food..hehe. 

Meal kami dalam flight..nasi lemak dan juga vegie lasagna


Our flight malam tu pukul 10pm (1st March 2012). Melbourne cepat dari Malaysia 3 jam, lebih kurang 8 jam dalam flight. Dari bacaan blog, ramai cakap imigresen Australia sangat strict. Ada pernah sorg tu berjam2 kena soal siasat kt airport. Dan ada anjing jugak..takut juga dengar..suspen. Tapi time saya pergi ni, ok jer. Imigresen langsung tak tanya kenapa datang, bila balik, hotel mana etc. Macam London dulu, kena soal jugak..siap nak tahu kerja company apa, sebagai apa etc. 

Apa yang perlu buat before fly ke Australia??
1) Buat visa
2) Book hotel (normally kena pay full) 
3) Book transportation to hotel and back to airport (kena pay full juga)
4) Activekan ATM dan credit card untuk international (standby for emergency)
5) Activekan telephone line as well

Bila lepas jer imegresen, kami terus menghala ke Skybus. My sis pay by online for this bus. Untuk chargers, boleh refer website ni ---> http://www.skybus.com.au/


See!!! People Q...we no need..hehe. So belilah ticket online!!!


 Bus ni akan stop kt Southern Cross Station. Efficient sangat bus service ni, tunggu kejap jer, dah jalan..10 minit sekali. Dekat jer dengan entrance airport. Dalam 20 minit kami sampai di Southern Cross Station, dan dalam 5 minit jer jalan untuk sampai ke hotel. Lepas jer check-in, kami letak beg dulu kat hotel sebab nak masuk bilik kena tunggu pukul 1pm, time tu plak still awal pagi. Lepas jer gunakan toilet hotel tersebut, our journey begin..hehe. Perut berdandut minta diisi. Tidak jauh dari hotel ada satu donut shop mcm dunkin donut kita kt sini..siap ada certificate halal lagi. 


Glazed blueberry dan cinnamon donuts..harga sama macam JcoDonut tu. 2.50 dollar sebiji. Kalau tak salah ni saya beli 6 dollar lebih. 1 set ni ada 2 donuts dan 1 cappuccino.


Time tu suhu dalam 24 degree..rasa macam aircond lah kan. Saya memang langsung tak bawa sweater atau jacket. Pack baju dalam bagpun saya make sure ada space nak letak souvenir..hehe. Lepas siap breakfast, segar sikit lepas pekena cappuccino..tempat 1st yang dituju adalah tram station. Di Melbourne public transport tersangatlah efficient. Dari segi tram, bus dan juga train. Tidak perlu tunggu lamapun. Bila public transport seefficient tu, maka..xdelah jem. Ada free tram di Melbourne ni, tram ni macam buruk sikit, tapi still selesa untuk digunakan, di luar nampak buruk, tapi di dalam bersih wooo. Jalan raya di bahagikan laluan untuk tram dan juga untuk kenderaan lain. Station pun dia asingkan. Tapi traffic light jer share (",)

Tram yang dipanggil City Circle Tram ni, akan berpusing di sekitar Melbourne dan stop di setiap attraction places. Setiap station akan diterangkan oleh radio dalam tram tersebut. Sangat2 informative. Untuk more info boleh click kat sini --> http://www.metlinkmelbourne.com.au/route/view/1112



Inilah rupa City Circle Tram


Bagi membuang masa sambil menunggu waktu masuk hotel, kami turun ke Queen Victoria Market. Tempat ni macam Uptown gitu. Sini la nak beli souvenir. Mostly t-shirt boleh dapat 5 dollar sehelai. Kami lupakan penat travel dari KL ke Melbourne, kami hanya bershopping t-shirt dahulu. Niat nak datang balik nanti sebab nak buat budget dulu..kan dah survey harga semua kan...tak boleh la nak main beli jer. Kena budget. Namapun budget travel..hehe. Jom layan pic


Mostly barang2 kulit kat sini dibuat dari kulit lembu..moooooo!!!



Cantik2 souvenir kat sini. 1st day ni, cuma pandang2 dan set sikit2 apa nak beli. Masa masih ada..hehe. Untuk information, market ni close hari isnin  dan rabu. Saya nasihatkan, pergi hari saya pergi ni, jumaat. Sebab apa? Sebabnya saya agak terkejut harga jauh mahal bila saya pergi hari selasa. T-shirt yang mana 5 dollar sehelai dah jadi 8 dollar. Nasib baik saya dah borong t-shirt banyak dah that day.



  Dah penat2 bershopping, perlulah lunch kan!! Lunch kami adalah fries, grilled fish dan tuna sushi. Sedap tul grilled fish tu..fresh. 1 set fish n chip tu memang mengeyangkan kami 2 orang. Dan sushi ni bawa balik untuk tea time..hehe. Sushi ni 3 kali ganda besar dari biasa...timun yang kat dalam tu rangup sangat..aduhh..terliur plak..hehe.


Lebih kurang pukul 2pm macam tu kami bergerak ke hotel. Hotel pilihan my sis ni memang menyelesakan. Kami akan stay 5 malam kat hotel ni. Untuk more info, boleh click kat sini --> http://www.8hotels.com/pensione

Lepas tidur sekejap, Petang tu kami keluar pusing2 Melbourne City. Tempat tujuan kami adalah Flinders Street Station. Crowded gila tempat ni. Station ni adalah train station yang terbesar dan tertua di Australia. Ada 1 website saya baca mengenai station ni, lebih kurang 100,000 orang menggunakan station ni setiap hari. Southern Cross Station pula station yang modem dan baru. 

Teruja saya dengan kemodenan Melbourne. Banyak betul building2 yang penuh keunikkan dari segi structure dan design. Di tepi station nilah laluan utama bagi tram2. Mostly building kat sini menggunakan curtain walling serta facade system. Sun louvres pula menyerikan building2 ni..memang menakjubkan. My x-boss Idris Kasturi kerap datang ke Melbourne untuk tujuan business. Tinggi betul cita2 my x-boss tu, dia nak propose Malaysiapun turut serta dalam facade building system dan dia nak jadi pelopor untuk tujuan tu. Last saya dengar cerita pasal beliau..beliau dah setup kan satu institute untuk facade system ni. Jom layan pic..



Yang sebelah kiri tu Eureka Tower..the tallest building in Melbourne. Nak tengok night view Melbourne, di sinilah tempatnya...dipuncak building ni..tower yg kanan ni saya xsure nama apa..hehe


Station tram..cantik kan??


Alhamdulillah, 1st day kat Melbourne cuaca cerah sangat. Sejukpun biasa2 jer. Kalo ikut weather forecast, sepanjang 6 hari kami di Melbourne, akan hujan sepanjang masa. Kaget jugak lah kan...tapi kuasa Allah, siapa boleh halang. Kami hanya mampu berdoa..Allah yang tentukan.




Huhuhu...our dinner..kebab. Memang terbaekkk!!!
1 meal kat Melbourne ni memang tak terlarat nak habis sorg. Saya share kebab ni dengan my sis pun still tak habis, apa tah lagi kalau makan sensorg...hehe.


Saya nak share lagi kat sini. Melbourne susah nak dapat free wireless. Semuanya kena bayar. Dalam hotel sendiripun kena bayar. Satu jam dalam 5 dollar. Nak senang kira duit kita, darab 3....aduhh. Sekali makan 10 dollar....dah RM30. Hehehe. Kalau dok main darab2,kebulur la..hahaha. Boleh dikatakan semua benda harga macam digit Malaysia gitu...tapi darab bukan lagi macam Malaysia. Mineral waterpun mahal, sebotol 3 dollar. Kalo di London, beberapa sen jer...bila darab 5 still leh dapat macam harga di Malaysia. Kami jenis tak berkira hal makanan ni, so kena pejam matalah semua cost2 ni..bila lagi nak rasa makanan yang lain sikit kan?? 

Melbourne 1 jer spoil, banyak kedai2 tutup pukul 6pm. Yang ada cuma restaurant2 jer. So, waktu malam kami tak banyak boleh buat. 1st night tu kami tidur cukup2 sebab keesokkan harinya ada benda lagi interesting nak buat..hehehe

Click sini for next part --> Part 2

24 comments:

  1. Melbourne...wah bestnya. Saya belum pernah lagi ke Australia. Ok..cepat cepat sambung citer yee..

    ReplyDelete
  2. Memang best sana. Saya amik masa skit nk smbung sbb nak pilih pic..hehe. Seribu lebih pic saya snap...jenuh nak pilih...haha

    ReplyDelete
  3. hi kak zila! tepat pada masanya akak pegi melbeourne. boleh la bwt rujukan sy nnt nk pegi insyaALLAH dlm bulan6 nnt. sume dh booked tp takde gmbaran ape yg best kat sana. keep on writing!!!

    ReplyDelete
  4. Pada mulanya sayapun xdpt gambarkan keadaan kat sana..bila dh jijak kaki kat sana...sangat2 best!!!

    ReplyDelete
  5. Kalau nak shoppping souvenir, jangan beli di Victoria Market, kerana di sini mahal. Pergi ke Arthur's Dailey, depan Flinder Street Station, di Arcade. Kedai tu di basement. Jauh lebih murah. Atau pergi ke Oakleigh. Ada satu kedai Cina, barang2nya murah. Ikutilah entri saya di Melbourne; nota-kembara.blogspot

    ReplyDelete
  6. Oh...ada yang murah lagi ek?? Kalau t-shirt 5 dollar kiranya ada yang murah lagi?? Keychin 3 packs 10 dollar..fridge magnet 6 keping 10 dollar...kalo kedai cina tu kira macamaner??

    ReplyDelete
  7. Ya ada murah lg...di Springvale pun murah. Tapi kena naik train jauh sikit.Tambang lg. Murah lagi sebab di luar city..Di Victoria Market mahal sikit, sebab itu tempat tumpuan pelancong...Tp di Victoria Mrkt lebih byk choice. T-shirt AUD5 tu biasanya t-shirt budak kecik, kira oklah taklah mahal sgt. T-shirt dewasa AUD10.

    ReplyDelete
  8. Oooo..camtu ek. Tu la..t-shirt anak buah saya yang paling kecikpun kira 5 dollar..t-shirt saya yang besarpun kira 5 dollar.

    ReplyDelete
  9. Wah...seronokkan kalau berpeluang ke Melbourne. Pernah ke sana bawa team Bola Jaring MSSM KL untuk friendly game di sana. kalau ada peluang memang nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  10. Salam zila....best kan, Melbourne. I gi sana bulan 9 tahun lepas.tempat kebabbu beli tu sebelah je dgn hotel yg i duduk. Medina Apartment...selesa sgt.siap masak masak lagi. Paling rindu Queen Vic Market......eerrrmmmmm. Suka..suka..

    ReplyDelete
  11. Chazully...

    Memang kena pegi lagi..hehehe. Sekali pergi sure tak puas..mesti nak pegi lagi.

    ReplyDelete
  12. Wslm...

    Saya ada nampak hotel tu. Saya plak paling rindu taman2 kat sana..betul2 buat saya fresh..hehe

    ReplyDelete
  13. Hi Zila...Wah dah ke Melbourne ya.. Walaupon post ni dari bulan 3, tp la ni baru berkesempatan nak baca...ngeh..ngeh... sibok sesangat... nak kasik tau jugak.. saya x jadik roadtrip..huahhhaaa!!!! beria2 tanya2 hari tu kan..? last minit ada meeting 3 hari...cuti sek lak seminggu aja.. memang x da rezeki tp memang nak jugak teroskan plan roadtrip tu nanti...

    ReplyDelete
  14. Thank you so much for your comments on Pensione Hotel! We are so glad to hear you enjoyed your time in melbourne.

    ReplyDelete
  15. As they say that Melbourne has fabulous food, and is known in some circles as Australia's food capital. i like pictures that you have shared here..looking beautiful..
    Asia travel guide zone

    ReplyDelete
  16. Hi kak zila..
    I was google searching a name and i found it in ur blog. Can i ask you somethg through ur email?

    ReplyDelete
  17. Hi...boleh..email saya kat ziela62@gmail.com

    ReplyDelete
  18. Hi ziela. Ni nak tanya ckit psl tambang bus skybus one-way tue ke city utk saya dan isteri saya dengan 3 budak umur 17, 15 dan 8 tahun..Mcm mana dia kira ticket tambang tue? Beli ticket yang Family 2 – one-way $38 (2 adults and 1-4 children) ker ATAU 2 x Adult – one-way $17 + Family 2 – one-way $38 (2 adults and 1-4 children)? Sekian, TQVM..

    ReplyDelete
  19. Sori ye...saya agak igt lupa hal tambang ni..boleh refer kat http://www.skybus.com.au/

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Zila,

    Best blog zila akak juga tgh buat accomodation utk ke Melbourne. Jadi akak kena follow Zila. Jika x keberatan Zila pun follow la akak yg baru berjinak2 ngan blog ni. Thanks

    ReplyDelete
  21. Hi Ziela...nak tanya yg tempat makan fish and chips, sushi tu ingat tak kat mana dan nama kedai...

    ReplyDelete
  22. Waalaikumsalam Kak Jamaliah..InsyaAllah akak

    Elsa --> Dekat dengat victoria market..bhgian foodcourt..senang je nk cari.

    ReplyDelete
  23. Slam,nak tnye mcm mane nk aktifkan atm tok international

    ReplyDelete