March 17, 2012

MELBOURNE - Part 6



Assalamualaikum...


Bertemu lagi kita. Setakat ni adalah korang rasa Melbourne ni memang patut dilawati?? Bagi saya memang patut. Kepada yang belum ada kesempatan lagi nak pergi..saya akan try the best untuk menceritakan pengalaman saya ini hinggakan korang boleh bayangkan..boleh gitu?? Hehehe.

Ok..Dalam pukul 7am, kami check out. Beg kami simpan di hotel tu dibilik yang di khaskan. Sebenarnya ada hikmah juga tour to Monington Peninsula tu di batalkan..atleast boleh save hotel utk satu hari. Lepas selesai check-out, kami berjalan ke Holiday Inn hotel yang hanya 2-3 lot dari hotel kami untuk menunggu transport kami ke Monington Peninsula (MP). Kami bayangkan sebuah bus mini yang nak ambil kami..rupa2nya bus besar. Yang peliknya semua tourist yg dalam bus tu nak ke tour berlainan tapi same agent. Macamana tu?? Hmm...rupa2nya bus ni just kutip kitaorg then transfer ke tour center. Lepas turun dari bus kami buat payment di counter2 yang disediakan. Center ni tak jauh dari Flinders Street Station.



Dari tour center tu kita boleh nampak view cmni.



 Gray Line..itulah nama tour agency kami. Kami tak pernah tahu mana2 tour agency before datang Melbourne. Semuanya info dari pamphlet dari hotel. Boleh juga nak beli online..try visit --> http://www.grayline.com/Melbourne/Mornington_Peninsula_With_Strawberry_Farm#Highlights  




 
Inilah map Victoria. Melbourne ni berada di negeri Victoria ni...boleh bayangkan di mana letaknya Great Ocean Road dan Monington Peninsula?? Tengok kedudukan Melbourne..bukannya tepi laut, tapi teluk. Sebenarnya dari Melbourne kita boleh nampak daratan Monington Peninsula dan begitu juga kalau kita di Monington Peninsula.


Transport kami adalah bus mini. Hanya 8 orang yang join tour ni. Tak sangka ada 2 beranak cina Malaysia bersama2 kami. Tour guide kami adalah lelaki warga emas yang masih kuat. Dia sangat ceria dan informative. Sepanjang perjalanan non-stop bercerita. Saya dah terliur bila dia cakap pasal scone yang dimakan dengan jem dan cream..hehe..tak sabar nak try. Perjalanan kami melalui sepanjang pantai di St Kilda..terdapat deretan rumah2 yang boleh consider mewah. Menurut tour guide kami, ramai org sanggup bayar mahal bagi mendapatkan location rumah yang facing beach. Tapi tak berbaloi la..sebab pokok yang tumbuh di depan beach tak boleh di tebang. Memang law dorg dilalang menebang pokok..kalau tebang, orang yang report akan dapat award smpai 25 ribu dollar dan yang buat kesalahan kena bayar amount yang sama. Bagus kan law macam ni..hehe.




 
Saya perasan boleh dikatakan semua pokok di Melbourne yang besar, diikat dengan metal sheet seperti di dalam gambar. Saya tertanya2 juga la. At last, tour guide ni cakap..tujuan dibuat begitu adalah nak elak pokok2 tu dipanjat oleh binatang..



Kemudian kami masuk highway..sayup2 dan boleh nampak ladang anggur. Untuk pengetahuan semua, Monington Peninsula ni tempat utama penanaman anggur untuk wine. Untuk tour kami kali ini, apa yang dicover adalah 
1) Visit Sunnyridge Strawberry farm (ada 2 option, sama ada nak rasa wine atau pergi strawberry farm)
2) Visit Ashcombe Maze and Lavender Gardens
3) See the stunning views from Arthurs Seat’s Murray’s lookout

Bus mini ni mendaki bukit..1st stop kami adalah puncak yang paling tinggi iaitu Aurthur Seat. Kami breakfast di sini. Dulunya di sini ada cable car yang boleh duduk 2 orang 1 seat. Cable car ni akan bawa kita ke bawah sambil tengok view. Tapi sayangnya cable car tu dah stop service..tak tahu kenapa. Jom tengok picture..





Ni lah view yang boleh kita tengok dari puncak bukit ni...


 Our fee tak termasuk breakfast dan lunch. Saya just order roti dan juga hot choc. Sedap betul jem strawberry tu..hehe.




View di sekitar area tersebut.


Banyak betul ladang anggur di sekitar MP ni..menurut tour guide, bagi anggur yang dah masak, mereka akan tutup dengan net keseluruhan ladang tu untuk mengelak burung yang makan anggur. Dulunya mereka mereka alat seperti senapang untuk menembak pada masa2 tertentu bagi mengahalau burung...dan sampai satu masa burung2pun dah tak heran dengan senapang tu, akhirnya langkah menggunakan net digunakan. Next destination adalah strawberry farm. 




Kami dibawa ke strawberry farm yang terbesar di MP...iaitu Sunnyridge Strawberry farm. Di sini kita boleh mengalami pengalaman memetik strawberry..hehe. Charge memetik ni dah included dalam fee. Kami di guide cara yang betul untuk memetik strawberry oleh pemilik farm. Kami perlu memetik yang merah sahaja sebab strawberry bukannya seperti pisang yang bila dipetik hijau lama2 akan jadi kuning..hehe. Then perlu tinggalkan sedikit tangkainya supaya boleh tahan lama. Syok betul tengok strawberry2 ni..besar2 betul. Kami dinasihatkan supaya jangan makan, dan mereka boleh tolong basuhkkan jika nak makan kat sana..best!!


Pekerja di cafe farm tersebut sedang explain macamana nak petik strawberry.



Kosong kan??? hehe. Tengok la apa jadi pasni..


Agaknya nilah bunga pokok strawberry....


Nyummyy!!!
Agak lenguh nak mengutip strawberry2 ni sebab pokok2nya pendek2..hehe..kalau di Cameron Highlands, pokok2 strawberry ni diletak dalam kedudukan tinggi pinggang.


Taraaaa....penuh sudah!!! hehe...


Huhu...tak sabar nak ngap!!!



Masih kenyang..so tak makan apa2 kat sini. 


Inilah hasil petikkan kami..hehe


Antara yang dijual kedai farm ni..saya just beli jem.


Memang tak tahan2 lagi...hehe...jemput makan semua yerr...manis sangat!!!!


 
Sementara nak tunggu masa naik bus..saya snap lagi bunga...hehe..yang tak suka bunga sure dah nak muntah tengok pic yang saya snap..hehe


Ntah bunga apa ni..maybe rose kut, Saya petik sebab baunya wangi sangat..tak per, ada banyak lagi kat pokok..hehe. Bau macam sirap la...


Two of our group tak pilih strawberry farm..sebaliknya adalah wine testing. Selepas our tour guide ambil kami, kami dibawa ke ladang anggur untuk ambil yang dua orang tu. Tour guide tu beri kesempatan kepada kami untuk snap view di sekitar ladang anggur tersebut. Nampak tak net yang saya cter tu..ha..tu la.


Eh...ada pokok lavender pula kat ladang anggur ni..hehe

 
Our next destination adalah Ashcombe Maze & Lavender Gardens. Tempat2 yang kami visit ni just berada di area yang berdekatan, jaraknya hanya gap 10-15 minit perjalanan. Kali ni kami singgah agak lama. Puas sikit rasanya. Sampai jer tempat ni...wahh..wangi betul. Tempat ni penuh dengan bunga2 dan berbagai jenis garden. Memula kami di brief oleh owner tempat tu. Dia menerangkan semua jenis tumbuhan dalam taman dia. Maze, iaitu sejenis tour puzzle ni perlu jagaan rapi. Perlu di potong selalu, jika silap potong..pucuknya takkan tumbuh lagi. Yang ada cuma dahan2 pokok yang tiada langsung daun. Pokok yang dijadikan sebagai maze ni diberi nama cypress. Kemudian kami dibawa ke rose maze..then lavender garden. Lavender ni kalau dicium tak wangipun..rupanya kita perlu picit bunga ni then minyak yang keluar tulah baunya..oh...wangi sungguh..hehe. Jom tengok apa saya snap.


Setiap orang diberi map taman tu. 


 
 
Bunga lavender ni ada yang panjang ada yang pendek. Maybe lain2 jenis. Lebahpun suka bunga ni.



Stone garden.




 
Gila saya dengan bunga2 dalam taman ni...hehe



Ada katak yang bunyi kuat giler dalam tasik kecik ni



 Selepas owner tempat tu selesai dengan kami..me and my sis try maze tersebut..hehe. Tinggi sungguh pokok tu. Macamana lah kalau tak jumpa jalan keluar. Nak dekat 10 minit juga la kami cari jalan keluar..hehe. 


Sudah tengahari..perut perlu diisi..huhu. Ada scone yang tour guide tu cakap...wahh!!! I wanna try it. Jom layan pic...


My sis order vegie apa ntah namanya..hehe. Sedap!!!


 
  My scones...sedap sangat...perlu belah dua scones ni then sapu dengan jem strawberry and then letakkan cream..oh no!!! Sedap sekali...kemanisan jem..lembut dan lemak scones dan keenakkan cream yang bila masuk ke mulut..seolah2 makan vanilla ice cream..hehe..amboi melampau2 pulak..hehe. Tapi serius sedap!!! 

Mat salleh ni tak pahan apan saya nak...saya dah try explain nak coffee pastu bagi asing susu sebab saya xsuka foam. Rupa2nya foam dia tak paham daaa...dia cakap foam diorg sebut camlain..then saya order la air ni..long black. Pemende ni?? Hemtam jerlah labuuuu. Sekali datang macam pahit jer..so saya minta air panas. Letak susu letak gula...haaa..ni la saya nak..coffee susu.  


Terlalu panjang sangat entry pasal Monington Peninsula ni..so saya sambung di entry satu lagi ye.




14 comments:

  1. Cable car di Arthurs Seat tu stop service sebab ia pernah patah & org jatuh. Dah repair byk kali tp masih rosak. Masa kami pergi dulu cable car tu ada, tp tak berani naik, takut accident....saya suka tengok Zila di ladang lavender, maize, strawberry, dll. Sy senyum tengok Zila. Teringat saya masa saya ke sana dgn anak2. We had so much fun :)

    ReplyDelete
  2. wow....lavender...kebun dia mesti wangi...
    dah baca sume episod...
    best kan?
    hehe
    keep up update lagi..

    ReplyDelete
  3. Puan Naramas -> oh..cmtu ceritanya. Tengok cable car tupun mcm tak selamat kalau naik..

    Memang semua experience tu..kagum saya tengok taman2 tu. Angin yang nyaman..cuaca yang cerah..bau yang wangi..alangkah indahnya kalau belakang rumah saya ada taman camtu..hehe. Ditambah lagi strawberry yang manis dan fresh..juicy betul. Nanti puan ceritakan pula experience puan di sana yer.

    ReplyDelete
  4. Anas -> lavender tu xlah bau apa2 kalau tak dipicit bunganya tu. My sis letak dalam beg dia bunga tu..wangi beg dia tu..hehe

    ReplyDelete
  5. Ok sy sedang menulis entri terbaru ttg Melbourne, tapi ada gambar yg hilang jadi sdg tercari2 ni..Bunga yg Zila tak pasti apa tu (dlm gambar di atas, yg color pink cerah tu, kalau tak silap saya ialah Briar Rose. :)

    ReplyDelete
  6. Terjumpa blog ni waktu baca link Naramas Aman (my senior at Monash).. seronok baca dan tengok blog both of you.. insya-allah sayapun nak buat blog juga nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. hi zila..hehe i think the best pics and travelog u pasal melbourne coz detail and gambar cantik ;) aritu ada bagik nama kat fb tapi ramai sangat orang nama tu..susah nak carik hehe..maybe one fine day kita bley g roadtrip ke new zealand lak dgn my friend and ur sis hehehe anyway just joking :p tapi klu jadik bagus jugak kan ..teringin sgt nak carik travel partner yang sekepala and happening :)

    ReplyDelete
  8. Hi ismail...kalo susah cari saya kt fb..try guna ziela62@gmail.com. Pujian gambar cantik tu perlu diberi kepada Maha Pencipta. Cantik alam ni akan cantiklah gambar2 kita snap..kan?? Yes..my next destination adalah New Zealand...Ya, InsyaAllah kalo ada kesempatan travel sekali pasti gempak gitu :)

    ReplyDelete
  9. salam zila..wah, dah bersiap nak ke new zealand rupanya! hehe naik MAS ke? berapa tambangnya n backpack ke? atau ada nak sewa kete buat roadtrip? hehe banyak soalannya di situ ;) bila nak g?

    ReplyDelete
  10. Baru plan la en ismail..travel saya ni bukan jenis backpack..xpandai rasanya nak berbackpack..hehee. Opsss..lupa pulak..saya xsuka heboh2 dulu baru pergi..kalo xjadi gi kuciwa nanti..hehe. Saya just plan dalam hati jer bila nak gi..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. usha dari part 1 sampai part 6.menarik,insyaALLAH ke aussie nov nie.

    bile tgk blog sis,rasa cam tak sabar sgt.hehe.

    thanks 4 the usefull infromation

    ReplyDelete
  12. Bestnya nak gi ausie..hehe. Alhamdulillah kalo info kt sini dpt membantu..enjoy ur trip!!!

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum sis..
    seronok baca blog sis ni. In sha allah sy dan kwn awk ke sana bln 11 nnt. Sgt xsbr. N for sure akan refer blog sis ni nnt. Full of info. Tq so much!

    ReplyDelete