Salam..
Saya nak sambung entry pasal Melbourne ni. Hari ke-5 sudah...hmmm...keesokkan hari dah nak balik Malaysia. Rasa belum puas lagi. Hari ke-5 iaitu hari Selasa kami tak berapa rush sangat. Kami relax sikit. Plan nak bershopping souvenir di Queen Victoria Market. Sebenarnya 1st day sampai Melbourne kami dah bershopping serba sedikit t-shirt, so kali ni nak beli fridge magnet dan juga key chain. Dalam entry saya yang part 1 tu saya ada mentioned yang Queen Victoria Market ni seperti Uptown kan?? Memang betul, tapi ada juga kedai-kedai yang ada dalam building. 2nd time datang ni baru saya alert pasal kedai2 tersebut.
Before nak menghabis duit untuk bershopping, kami breakfast dulu. Tempat yang dituju adalah kios yang memula kami makan fish n chips 1st time sampai market ni dulu. On the way nak ke food court tu, kami melalui supermarket yang menjual seafood. Seafood pelik kami jumpa.
Snap jer..tak belipun :(
Our breakfast merangkap lunch..hehe. Ada fish n chips..udang..sotong..dan yang lain2 tu xsure seafood apa.
Snap jer..tak belipun :(
Our breakfast merangkap lunch..hehe. Ada fish n chips..udang..sotong..dan yang lain2 tu xsure seafood apa.
Agak terkejut kami, ada beberapa peniaga yang kami pernah beli t-shirt sudah tak ada.. kemana mereka?? Haisshh. Memula ritu t-shirt just 5 dollar jer..sekarang rata2 dah jadi 7-8 dollar sehelai. Aduhh!!! Saya masih tak cukup 4 helai t-shirt..so terpaksa la beli jugak. Untuk keychin, fridge magnet etc..make sure anda berjalan-jalan dulu..saya perhatikan, penjual yang jual bahagian dalam lebih murah dari bahagian luar.
Dalam market ni kita berpeluang mendengar music yang dihasilkan oleh org asli Australia. Alat music tu panjang setinggi orang gitu dan dihiaskan dengan warna-warni bercorak-corak. Alat music tu diperbuat dari dahan pokok..kami sempat bertemu dengan artis org asli Australia. Pandai betul dia cakap melayu..hehe. Kebanyakkan barang yang dia jual dihasilkan oleh orang asli...seperti boomerang etc.
Lama juga kami di market tu..kalau tak salah dalam 3 jam. Barang-barang yang dibeli penuh kedua belah tangan..hehe. Adik beradik saya ramai..setiap orang perlu diberi ole-ole...officemate lagi..hehe!!
Kami balik letak barang di hotel..then kemas-kemas sikit sebab esok dah nak check-out. Macam biasa la..bawa 1 beg sure akan beranak beg tu jadi dua..hehe. Semua yang nak dibeli sudah dibeli..nothing else. Bagi mengisi masa2 yang masih ada, kami just pusing2 Melbourne dengan tram..snap pic mana2 yang patut. Kami sudah standby untuk esok. Kami berdoa hari terakhir di Melbourne semuanya smooth..hope cuaca ok..hope tour to Monington Peninsula takkan cancel lagi..kalau tak, menangis la kami..hehe. Jom tengok apa saya beli!!!
Key chain..
Fridge Magnet
Untuk memudahkan saya memilih baju untuk anak buah, saya pilih sama jenis.. ini untuk anak2 abang saya.
Ini untuk anak2 akak saya
Ini untuk pengantin baru..adik laki saya dan wife dia..
Untuk ayahpun ada..hehe.
Purse ni di buat dari kulit kangaroo. Untuk mak dan akak saya.
Keychin koala bear ni untuk officemate yang pesan
Pencil je mampu beli fi Puffing Billy..hehe
For myself..beg tag.
This one also for myself
Lepas dah settle semua..make sure semua souvenir cukup seadanya..kami pusing2 lg Melbourne. Masa yang ada perlu diguna secukupnya..Jom layan pic
Ni la station tram. Saya perhatikan tiap2 malam ada orang cuci tempat macamni
Serupa London...ada service basikal camgini
Standby bekal untuk tour esok...hehe
My dinner...daging ayam saja dan salad. Sedap bila makan dengan BBQ sos...try la. 13 dollar...hentam jerlah labu...hehe. Saya beli ni kat City Kebab.
Seronok saya tengok gambar2 yang Zila tangkap...Mmg betul, kalau beli souvenir tu yg bhg luar/depan lebih mahal berbanding yg di dalam. Kena rajin jln sikit. Nama alat muzik tiupan org asli Australia tu ialah didgeridoo.
ReplyDeleteHehe..makaseh..biasa2 je gambar tu.
ReplyDeleteIngat ke saya sorg perasan hal tu, puan juga ek?? Saya tak banyak sangta spent untuk souvenir..bawa duitpun tak banyak.
Macam menarik alat music tu..panjang sungguh plak tu.
terima kasih...tengah baca blog anda.
ReplyDelete