March 11, 2012

MELBOURNE - Part 2

Continue from --> Melbourne - Part 1



Salam...

Bertemu lagi kita untuk Part 2. Banyak lagi saya nak share kat sini pasal Melbourne. Hope dapat beri info serba sedikit kepada saper2 yang bakal ke sana.

Sebelum ke Melbourne, me and my sis dah susun activities kat sini. Untuk 2nd day ni, kami plan nak pergi ke Belgrave. Apa ek ada kat sini?? Hmm...biasa dengar Puffing Billy?? Kat sini lah kita berpeluang untuk merasa pengalaman menaiki old steam train..alah...train yang bunyi....pupppp...koceh koceh tekoceh terkoceh...pastu kuar asap...hahaha!!!

Pagi tu hujan daaa...kami risau juga la kalau train tu tak boleh naik bila hujan. Awan meliputi langit..saya agak that day hujan akan turun non-stop. Tapi hujan ni bukan lebat sangat, still boleh tahan. Tak perlu payung pun.


Hotel ni included breakfast. Macam sedap jer tengok berries2 dan peach ni...sekali makan,  masam la pulak.


Roti ni pula sedap!!!! Ada kismis yang manis..perut kena alas sebab nak jalan jauh ni..hehe!!



Tak berapa nak familiar lagi dengan Melbourne ni, kami patutnya just pergi Southern Cross Station untuk naik train ke Belgrave, tapi kami ke Flinder Street Station pula..so, we learn something that day. Card ni untuk daily usage. Boleh digunakan untuk train, tram dan bus. Time kami guna tram pergi dan balik  Belgrave, 2 kali kena check card ni dengan polis. So, hati2..jangan nak cilok2 masuk train.


Time dalam train


Macam mana ntah kami silap naik train. So terpaksa stop di Box Hill station dan naik train yang betul. Kat station ni banyak kedai macam shopping complex gitu, see apa saya dapat?? Muffin yang sangat sedap..hehe..boleh wat bekal ke Puffing Billy. Setiap sesuatu ada hikmahnya kan?? (",)



Belgrave station adalah station yang paling last. Kita boleh tengok rail train ni tamat kat situ. Berjalan dalan 2 minit, kamipun sampai ke Belgrave station untuk Puffing Billy tu. Cun betul kami sampai, dalam setengah jam steam train tu akan jalan. Just nak rasa pengalaman naik train ni, kami pilih perjalanan yang paling dekat..iaitu ke Menzies Creek. Dekat tak dekat,sejam jugak lah. Untuk more info pasal fares dan timetable Puffing Billy ni, boleh refer website ni --> http://www.puffingbilly.com.au/



Ni antara bunga2 yang saya snap di sekitar Belgrave station tu. 


Saya kesejukan tul ni. Ni la nasibnya tak nak standby sweater time datang. Perjalanan ke Menzies Creek ni sangat2 best..kita boleh tengok country side, hutan yang menghijau serta menghirup udara yang begitu segar. Keadaan tak begitu crowed time ni. Tenang jer rasa. Kalau nak teruskan ke next station, maybe kena spend satu hari. Kami rasa bazir pula takut tak dapat cover tempat lain di Melbourne. So, cukuplah setakat sampai ke Menzies Creek station. 









Souvenir mahal-mahal tul kat sini. Saya just beli pencil..hahaha. Tu jer murah.


Bunga-bunga di sekitar Menzies Creek Station. Kami just tunggu 5 minutes macam tu, steam train untuk balik ke Belgrave stationpun sampai. Dari Belgrave station, kami mendapatkan train untuk pulang ke town. Train tersebut sudah sedia ada dan jalan 2-3 minutes lepas tu..Alhamdulillah mudah semuanya. Tujuan kami adalah nak cari lunch...kami stop di Flinders Street Station.


 Makanan kat atas ni boleh didapati di Flinders Street Station. Saya makan Glazed Custard dulu sebab tak tahan lapar. Lepas tu kami cross ke sebelah kanan Flinders Street Station tu...


Rupa-rupanya jalan tu menghala ke Swanston Street..hehehe..baru tahu rupanya. Sepanjang jalan tu banyak sangat restaurant, souvenir shop serta butik. Sempat juga belek2 souvenir kat situ..huhhh..mahal. Better shopping kat Queen Victoria Market. Sebabkan tak tahan sejuk,saya terpaksa beli sweater..hehe. Nasib baik tak mahal sangat...20 dollar, ok la tu.


Jalan punya jalan, akhirnya jumpalah restaurant Nelayan yang sering saya baca dari blog2. Lega!!!! Restaurant ni diusahkan oleh org Indonesia. Tapi agak mahal sini. Lauk saya letak ni berharga 8 dollar. 


My sis pula 9 dollar

Lepas kenyang, kami plan nak ke St.Kilda. Niat di hati nak bergambar di Luna Park dan St. Kilda Beach. Hujan yang mencurah2 tak kami peduli...mission harus jadi. Daily transport card tu harus digunakan sebaiknya. Dengan berpandukan buku reference yang my sis beli since last year, kami boleh tahu which tram yang lalu St. Kilda. Restaurant Nelayan ni berkedudukan di jalan utama Melbourne, memang senang nak dapat tram untuk kemana2. Baru jer keluar dalm restaurant tersebut, kami terus dapat tram no. 16. Tram dah betul, tapi laluan pulak salah..hahaha. Kami sepatutnya ambil tram yang arah satu lagi..tram tu sebenarnya baru balik dari St. Kilda. Tapi kesilapan tersebut still ada hikmahnya, kami terjumpa Norsiah Kitchen iaitu restaurant melayu. Wah!!! next time boleh makan situ pula..syukur2. Jom layan pic....




Rail roller coaster di Luna Park ni diperbuat dari kayu dan antara rail paling lama di dunia. Kalau tak salah sudah 100 tahun dan masih berfungsi sampai sekarang. Info ni saya dapat dari tourist guide untuk activity last day kami di Melbourne. Nanti saya akan cter kan lebih pasal activity tu..


I love flower...sorry lah ek kalau saya letak banyak sangat pic bunga..hehe. Bunga ni saya jumpa area Luna Park..

Ada juga info mengatakan St. Kilda Beach ni tempat penguin naik. Tapi kena tunggu malam la. Beach ni just belakang Luna Park jer.


Before balik hotel, kami singgah lagi di Swanston Street sebab nak beli kebab...ni kebab fesyen lain pulak,..hehe. Ni untuk our dinner..sharepun tak habis.


Habis sudah lagi satu hari kami di Melbourne. So far every hour and second masa kami terisi. Ada yang lebih interesting menanti untuk esok. 

6 comments:

  1. salam perkenalan..
    seronok baca blog ni..byk info
    neway,insyllh saya akan ke melbourne bulan 10 nih..
    ada apa2 tips x??mcm ke puffing billy ni,brp harga tiket dari southern cross station ke belgrave?

    ReplyDelete
  2. Ada train ticket yg saya snap tu. $11 lebih utk one day. Ticket tu boleh guna utk smua public transport.

    Enjoy ur trip :)

    ReplyDelete
  3. ouh,,metcard tu x kira hari apa pon ek kalau beli mmg daily usage?
    ok2,,tq :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum. saya dah baca zila punya blog 2x. kami akan ke melbourne insyaalalh dec ni...kakak nak tanya zila amik tiket d piffing billy ni just one way je ke? then you balik naik train (public transport) just guna tiket yg zila beli for $11.00.

    ReplyDelete
  5. salam sis..nak tanya, sis naik puffing billy dari belgrave ke menzies kul pe n patah balik dari menzies ke belgrave kul pe..sebab saya dah tgk time table kat website puffing billy tapi tak berapa faham sangat route dia..tq ya ;)

    ReplyDelete
  6. Tiera Azhar --> Wasalam. Gunanya untuk one day unlimited gitu. Naik la apapun yg boleh guna ticket ni. Sorry lewat reply ye. Saya guna ticket ni pergi balik balgrave, pastu mcm2 lg..mcm 2-3 kali guna gitu.

    CCA --> Wasalam..oh lupa nak snap schedule dia ritu. Yang saya igt2 lupa..dlm kui 12 tghari saya naik pastu patah balik tu tunggu dlm 5min utk patah balik sebab train yg memula tu nak gi lg jauh dan lg mahal la ticketnya..heheh

    ReplyDelete