March 12, 2012

MELBOURNE - Part 3



 Salam...

Seperti janji saya pada entry yang lalu, saya nak ceritakan my interesting experience...so, teruskan mengikuti my trip to Melbourne. For u all information, everytime saya menulis blog mengenai apa2 experience saya time travel, saya akan tersenyum sorang2..hehe. Menulis blog ni bukan saja dapat share info serta experience dangan orang lain, malahan untuk kita mengingati every moment. Dari itu kita akan mengucap syukur di atas segala kesenangan serta kesempatan yang Allah kurniakan. Dan juga membuka mata serta minda kita bahawa dunia ini penuh nikmat dan penuh keterujaan yang perlu kita terokai. 

Maybe orang akan cakap.."alah..ada duit boleh la nak travel mana2"...ok...no no no!!! Kalau kita nak..kita mahu..kita inginkan..kita impikan..semuanya boleh jadi kenyataan. Saya bukannya berduitpun...family pun sederhana jer. Tapi saya ada impian, ada keyakinan, ada kesungguhan serta ada keberanian nak travel. Semua sifat ni akan buat saya gigih untuk cari duit untuk travel. Nak rasa kepuasan travel..biar dari duit sendiri bukannya berhutang credit card atau personal loan..itu bukan sifat traveler yang sejati!!!! Tapi kat Melbourne saya "tergores dan kalah" untuk memory card camera..hahah!!! Itu jer saya terguna credit card...yang lain no no no!!!! Hehehe!!!So, kesejatian as traveler sedikit tercalar..hehehe. Memory card camera saya dah full. Punya snap pic tak sedar diri. 4GB 24 dollar..ok tak ek?? Sebabkan memory card ni tak ada dalam budget saya, terpaksa la guna credit card...hehe!! 

Opss...terlupa pula tujuan asal..hehe. Ok..saya sambung ek. Di Melbourne ni banyak betul travel agent yang offer untuk perlbagai tour. Antaranya 

1) Puffing Billy (kalau pergi sendiri lagi berbaloi, boleh tengok view sepanjang naik train ke sana)
2) Great Ocean Road (paling best)
3) Monington Peninsula (Country side yang sangat best)
4) Philip Island (boleh tengok penguin)

Banyak la..boleh refer detail dari pamplet di setiap hotel. Kalau nak book tour ni, just inform hotel dan diorg akan book kan untuk kita. Our plan 3rd day di Melbourne adalah nak ke Great Ocean Road. Plan asal nak drive ke sana. Bila tanya opinion pihak hotel, mereka cakap boleh save kalau drive sendiri tapi driver takkan dapat layan view di sepanjang perjalanan sebab view sangat cantik. Discuss punya discuss, my sis agree pakai tour. Banyak tour agent yang buat service ni..tapi the great one kami dapat adalah Bunyip Tours. Rupanya2 tour agent ni berapa lot dari hotel jer. So nice. More info pasal tour tu..click sini --> http://www.bunyiptours.com/

Nasihat saya, terus book takut full. Pihak hotel boleh tolong call dan bookkan..mudah kan?? Hati saya risau juga kalau2 that hujan macam 2nd day kami di Melbourne. Tour yang kami ambil ni included dinner. Disebabkan i love sunset, my sis book Great Ocean Road included sunset. tersenyum ke telinga la saya..hahaha!! Charges untuk tour ni kalau tak salah 90 dollar lebih per person. Dalam masa booked untuk GOR ni, kami juga booked untuk Monington Peninsula. Untuk tour ni agak mahal..100 dollar lebih. Hanya itu yang paling murah boleh dapat. Tour tu untuk the next day..iaitu 4th day kami di Melbourne.

Ok..berbalik kepada Great Ocean Road yer. Our tour ni start pukul 10.30am. Kami berjalan ke Bunyip Tours. Transport yang disediakan adalah bus mini gitu..2 seats sebelah kanan..dan 1 seat sebelah kiri. Kalau nak senang layan view, better ambil yang paling depan. Bus mini tu boleh muatkan 20 lebih orang kalau saya tak salah. Berbagai bangsa dalam group tour kami ni..semuanya mesra. Ada dari Japan, France, Singapore, Hong Kong, Brazil, Australia sendiri dan tak lupa dari Malaysia (kami la..hehe) ..wahh..meriah betul. Our tour guide adalah driver itu sendiri, seorang perempuan yang umurnya lingkungan 30an. 


 
Alhamdulillah, cuaca cerah sungguh that day. Perjalanan sangat smooth. Driver tour ni extreme sungguh..bukan main laju drive. Sambil drive dia akan bercerita pasal tempat2 yang dilalui. Perjalan ke GOR (Great Ocean Road) sangat2 mengujakan..kita akan jumpa ladang menghijau yang luas dan ada juga ladang yang menguning. Di kiri kanan jalan..penuh dengan biri2 serta lembu. Awan pula berkepul2 seolah nak hempap ke bawah...menakjubkan. Walaupun kawasan ladang tu berbukit2, boleh nampak segala haiwan ternakan meragut rumput. Cannot describe bertapa indahnya view ni. Keadaan ni lebih kurang macam kawasan sawah on da way menghala ke Kedah bila guna NKVE. Rumah yang jarak jauh-jauh..ha..itulah keadaannya. Echeh..memandai jer..hehe!!!
 
Tengok awan tu...rendah sangat..sejuk mata memandang


Ladang ternakan


Sepanjang perjalanan, kita boleh jumpa beberapa pekan kecil dan juga perumahan. Saya perhatikan setiap rumah mesti ada pokok2 ditanam di laman..bersih dan sedap mata memandang. 1st stop kami adalah Bells Beach. Beach ni amat famous untuk surfing. Boleh la tengok macam mana org surfing dengan ombak yang tinggi2. Jom layan pic...
Wahh..itu yang terkeluar dari mulut saya..apa taknya...view amat cantik..sebelah kiri terbentang laut nan indah..sebelah kanan pula terbentang ladang luas dan berbukit2..udaranya jangan cakap la..amat fresh dan sejuk sekali. Lepas bergambar kami meneruskan perjalanan. 



Orang2 kaya jer bina rumah atas lereng2 bukit di facing beach


Tengok road condition, memang menakutkan...nasib baik tak drive sendiri. Boleh dikatakan amat2 bahaya. Jalan berganda2 bahaya berbanding Cameron Higland. Lebih kurang 2 kali ganda bahaya jalan Balik Pulau, Penang. Sebelah kiri gaung laut..sebelah kanan curaman gunung tanpa ada apa2 protection net ke..gabion ke..menakutkan. Jalan pula sempit..2-3 jam pula tu nak harungi jalan macam tu..nak muntah pun ada..hahaha!! 

 
Daripada pembacaan saya, GOR ni dibina selama 14 tahun iaitu start pada tahun 1919. Tanpa jentera digunakan..hanyalah hand tools. Pekerja2 pula hanya tinggal di dalam khemah2 di sepanjang jalan yang dibina. Bila jalan sudah siap, barulah GOR ni dibuka untuk tujuan pelancongan hinggalah sekarang. Dikatakan 8 juta pengunjung mengunjungi tempat ini. Kenapa ek terlalu hebat?? Teruskan membaca...


Antara tempat stop kami


Sepanjang jalan merbahaya tu..tour driver tu stop beberapa tempat. Kami tak perlu berebut-rebut dengan tourist lain untuk bergambar kerana that time hanya group kami jer yang ada. Setiap tempat yang distop, diberi masa 10 minit jer. Tak puas kan?? 

Untuk our lunch, kami kena cari sendiri di Lorne. Masa yang diberi hanyalah half an hour. Nasib baik pekan Lorne tu xbesar sangat, so senang nak cari makanan. Jom layan pic...


Surfing contest gamaknya di sini


Tak sangka kami jumpa restaurant menarik ni..makanan yang dijual disini semuanya seafood. Yang atas ni seafood salad..sedap giler..next time nak try buat. Isi crab memang sedap bangat...udang pula fresh. Sayur2 ni semuanya rangup2..ada carrot, celery, kobis..

Wahh...penuh sepenuhnya tokey kedai tu letakkan kat kami..dia suruh makan dulu sambil tunggu fish n chip kami siap..hehehe. Makanlah kami sehingga tupperware ni boleh ditutup...hehe


 Vegie salad ni saya tak minat..
 
 Taraaaa!!! Our fish n chip..ikan fresh sangat2..memang lain dari lain

I cannot sleep..and i don't want sleep takut termiss view yang cantik. Lepas melalui Lorne..kami melalui Appolo Bay..kemudian kami melalui rain forest yang mana pokok2 di hutan tu tinggi2 belaka. Ada 2-3 buah kereta stop untuk snap gambar koala bear..kesian tengok diaorg sebab koala bear tu jauh nun puncak pokok..hehe!! Destination kami adalah light house..out tour guide stop di kawasan yang banyak koala bear. Cute betul koala bear ni..ada yang tidor ada yang dok makan daun2 dari pokok tinggi. Teringin betul nak sentuh koala bear ni walaupun saya ni geli dengan binantang berbulu. Kami smua dah serupa beruk tergedik2 kat bawah..si koala bear relax jer..pandang kamipun sebelah mata jer..hahah!!! Sure dia fikir..pekejadahnya hampa syok tengok aku...hahaha!!! Ni bukan binatang dalam zoo..tapi binatang yang betul2 di habitatnya..amazing experience. 

 Rain forest 

Setakat ni jer camera kecilku boleh zoom..hehe. Inilah koala bear. Yang jer active, yang lain semuanya tidur.



Area light house hanya bus kami dibenarkan masuk melepasi gate..tapi kenderaan lain tak dibernarkan. Saya kurang pasti kenapa. So, kami tak perlu jalan jauh untuk menuju ke lighthouse tersebut. Angin bertiup kencang ketika itu. Tersegam indahlight house yang berwarna putih bersih. Tempat ni dipanggil Cape Otway Lightstation. Lighthouse ni merupakan the oldest light hosue in GOR. More info pasal light house ni boleh click di sini --> http://www.lightstation.com/

 Matahari memancar terik tapi keadaan sejuk..angin kuat sangat2.



Saya ingat just bergambar di depan lighthouse ni, rupa2nya boleh naik daaa. Saya gayat..my sis ajak juga. Hap hap hap juga la mendaki tangga light house ni. Saya agak ketinggian light house ni dalam 3-4 tingkat bangunan. Bila sampai atas..kita boleh keluar ke balcony gitu..cantik betul view situ. Angin memang kencang giler..mengigil saya ketakutan..rasa macam nak tercampak ke bawah jer dengan keadaan angin tu. Gerun tul..kalau angin ok..saya boleh ok lagi. Kalau tudung diluar jacket, sure tercabut beb!!! Caya lah wa beb!!!





Lepas puas kat light house, kami berkumpul untuk tea time. Tour guide kami sediakan beberapa termos berisi air panas, kopi, susu, gula serta tea dan juga biskut. Nikmat betul dah time tu sebab lapar. Lepas ni kami nak bergerak ke tempat lagi hebat..saksikan!!!

Our next destination adalah Port Campbell National Park. Ada apa ek kat sana?? Di sanalah kita boleh jumpa Twelve Apostle. Ada 3 tempat berbeza kami stop.

Kemuncak jelajahan kami di Great Ocean Road adalah di Twelve Apostle. Di sini kita boleh menyaksikan keajaiban structure batu kapur yang berbentuk tiang yang berada di persisiran pantai. Sebenarnya terdapat 12 ketul structure batu tersebut. Tetapi hanya tinggal 7 sahaja sekarang. Keunikan alam ini membuatkan seluruh dunia non-stop mengunjungi tempat ini. pembentukan batuan ni adalah disebabkan oleh hakisan. Hakisan maybe dari cuaca. Jom tengok pic mana2 yang patut (",)


Kita perlu berjalan dalam 5 minit dari parking dengan mengikut laluan jalan kaki yang disediakan. Sepanjang berjalan kaki tu, kawasan belukar dikekalkan keadaannya..kalau bernasib baik boleh la jumpa binatang2 liar seperti landak etc. 


Nasihat saya, jangan la pakai sandal, aduhh!! sakit kaki tau. Better sport shoes. Nampak tak batu2 belakang saya tu?? Ada 5 kan?? kelihatan 2-3 batu dah collapse. 


Ni lah keadaan laluan jalan kaki. Kita boleh juga naik helicopter. My sis ada ajak, tapi saya taknak sebab keadaan angin yang menakutkan. Takut kang helicopter tu tak stabil..tak nak la!!!



See...sampai berlubang cmtu..


Another side ada 2..so 7 semuanya


Ini wildflower 


Lepas tu kami dibawa ke kawasan lain pula. Ini antara view kat sana..Indah sekali. Terdapat macam gua kan?? Ntah2 ada harta karun..hehe


Time ni saya betul2 tired and sakit kaki. Kalau saya kuat sikit sure dah boleh turun ke beach. Sebenarnya beach amat lah jauh ke bawah. Perlu menuruti anak tangga yang saya agak dalam 70-80 anak tangga.


Ni lah kawasan darat area tu


Kemudian kami di bawa untuk dinner. 


Saat yang saya nanti2kan..sunset di Great Ocean Road..Subbanallah..cantik betul


Sampai je di location, hujan pulak..dengan angin lagi. Niat di hati nak turun ke beach. Yang bawa payungpun, tercabut semuanya..hehe. Yang menakjubkan hujan ni tajam dan berkecondongan 180 darjah. Dasyat kan?? Saya terpaksa berlindung di balik belukar...haha..hujan tu kejap jer..tak basah pun. See that rainbow?? ada 2..perasan tak?? Kuasa Allah...


Nasib baik hujan tak lebat. Kalau tak, sunset ni langsung tak nampak. Tenang betul time ni


Macam sedap jer..ntah2 boleh makan..hehe



Semua group saya habis tidur time on the way balik. Maybe keletihan. Map atas ni menunjukkan perjalanan kami dari Melbourne melalui Geelong, Anglesea, Lorne hinggalah ke Port Campbell. Kalo shortcut, boleh melalui Winchelsea tapi tak dapat la tengok view yang cantik sepanjang Great Ocean Road. Shortcut tu kami guna time balik. Jalan lebih selamat. Kami sampai hotel dalam pukul 10.30pm. So tired. Bad news time sampai bilik. Our tomorrow tour cancel daaa!!! It's ok..we can chance it other day. Kami terpaksa pinda activity kami..rangka balik...hmmmm!! So, Monington Penisula tour kami pinda ke hari Rabu..our last day di Melbourne dan akan fly that night. So, teruskan bersama saya untuk part 4


8 comments:

  1. Gambar2 yg cantik...Seronok tengok Zila gembira di sini.
    Sy sedang menulis entri terbaru di Melbourne juga. Nanti singgahlah ke blog saya ya...

    ReplyDelete
  2. Cantiknya view kat tempat u pergi niii...

    ReplyDelete
  3. Naramas -> InsyaAllah saya singgah nanti

    Rozita -> Memang cantik..lebih2 lagi kalau tengok yang real. Saya just guna camera kecil saya snap pic2 ni smua..hehe

    ReplyDelete
  4. salam. Hi zila sy ana. bestnya baca blog awak ni. Urmm nak tnya klu perjalanan balik tu ambil masa berapa jam ye?

    ReplyDelete
  5. Salam zila...i pun dh sampai GOR ni..mmg indah ciptaan Allah...semua gambar mcm gambar poskad

    ReplyDelete
  6. salam zila, nak tanya ,nak masuk light house tu kena bayar tak?

    ReplyDelete
  7. Berapa harga tour agency tu perpersom

    ReplyDelete