Assalamualaikum..
Hai semua..sebelum saya teruskan entry ni, saya just nak tekankan nama saya ZILA dan bukannya ZILLA ye..hehe. ZILLA tu dari blogger yang snap photo cantik-cantik tuh.. oh i like her photo & her travel experience (http://mystoriesmories.blogspot.com) Hai Zilla..gimi 5 :)
Ok..saya mulakan pengalaman saya ketika fly ke Holland ataupun Netherland. Flight saya adalah on 6 May 2014 pukul 3.30am dari KLIA ke Abu Dhabi. Inilah 1st time pegi sana naik flight yang lagi lama selain ke London dulu tuh. Disebabkan my sis dah check-in online, kami hanya perlu drop luggage jer. Pepagi buta tu memang mengantuk sangat. Sementara nak tunggu masuk flight, saya tido jap kat kerusi yang boleh lunjur kaki tu. Oh ye..saya baru tau yang Etihad Airways ni kita boleh pilih seat tanpa charge dan 30kg cargo free. Seat untuk bahagian tepi adalah double seat dan di tengah-tengah ada 4 seats. Saya make sure my sis book seat yang jauh dari tempat sedia makanan sebab nanti pening bau macam-macam sangat dari kitchen dan ofcos la jauh skit dari toilet takut bau yang tak menyenangkan..hehe.
Dalam flight tak berapa nak boleh tido..melayan macam-macam di screen yang disediakan disetiap seat nih..jap movie..jap tengop map flight dah lalu mana..jap main game..hehe

Dalam Etihad ni asyik-asyik bagi makan minum jer..jap biskut dengan air..jap air saja. Chicken pie ni tak salah saya diberi time 1 hour selepas berlepas..nyum-nyum ..sedap. Pepagi buta makan berat gini...hehe. Air boleh pilih macam-macam jenis..jus epal, oren, mango, hot drinks pun bermacam-macam.

Ni dah nak dekat-dekat sampai Abu Dhabi. Kami dijangka sampai Abu Dhabi dalam pukul 6.30am waktu sana.
Sejam sebelum landing...kami diberi breakfast pulak. Order berlainan makanan boleh rasa-rasa. Yang atas tu pancake dan yang bawah tu tak salah saya omelette.
Boleh nampak banyak sangat construction area Airport Abu Dhabi ni. Ini lah view yang menarik untuk di snap ketika landing.
Inilah tempat transit..lepas kuar dari flight..kena turun tangga flight tu pastu naik bus masuk ke dalam building ni. Manusia ramai sungguh..berlainan bangsa..berlainan warna kulit..semuanya transit kat sini..fuh..ada kerusi selesa sambil lunjur..terlena sampai la my sis kejutkan untuk naik flight ke Amsterdam.
Cantik kan?? Ini jer yang menarik untuk disnap ketika dalam airport ni..hehehe. Pada pendapat saya, agak leceh la transit-transit ni...3-4 jam gitu memang letih lah menunggu. Kalau lama sikit boleh la kuar jalan-jalan tengok apa yang ada di Abu Dhabi tu.
View Abu Dhabi dari atas flight
Melayan movie Frozen.."Let it go..let it go.." hehehe
Dapat snack..mango juice memang terbaik..
Tetiba..eh..apa tu?? adakah...
Ye betul..flight di luar jendela..wow..1st time for me..jakun sikit..hehe
Kemudiannya lunch..my sis pilih nasi arab
Saya pulak pasta with sweet potato..nyummy!!! Kami dilayan oleh stewardess indon..mesra betul dia.
Sejam sebelum landing...dapat pulak sandwich..tengok dari rupa macam tak menyelerakan..saya return balik kat stewardess tu tapi dia soh simpan makan bebila..hahaha
Dan lebih kurang nak dekat pukul 3pm waktu Holland..bumi Holland kelihatan...Subbahanallah cantiknya..kagum saya dengan bentuk muka bumi Holland ni. Tanah landai..sungai-sungai kecik kelihatan dimana-mana saja..sejuk betul mata memandang
Saya agak bawah ni padang golf
Alhamdulillah selamat sampai di Schiphol Airport. Yang peliknya..tak perlu isi apa-apa form untuk immigration. Time nak chop passport tu..pegawai immigration tu just tanya from where to where and how many days...
Kalo yang nak beli Holland Pass..sila lah ke sini ye..GWK Travelex office at arrival hall 4. Senang je nak cari..bukan besar manapun airport tu..kalau tak jumpa, boleh tanya kat information center. Saya nasihatkan beli lah online atau bayar guna cash dan elak guna credit card sebab dorang akan charge extra dalam 5%
Keluar je pintu airport tu..tercengang-cengang nak ikut bus stop side mana. Oh ye..lupa nak citer. Kami stay di Inner Hotel area big sign IAMSTERDAM tu..nama area tu adalah MUSEUMPLEIN. Kami dah tahu yang kami perlu naik bus no. 197 (Connexxion namanya). Nasihat saya...tunggu lah bus tu belah orang ramai tu ye.
Harga ticket bus tu adalah €5.00 per person. Ada satu kisah..ketika bus turunkan kami ke MUSEUMPLEIN, terkial-kial pulak nak cari arah ke hotel. Tengah-tengah nak cross jalan tetiba dengar orang bagi salam..rupa-rupanya seorang driver tram bagi salam..saya cross ke seberang balik untuk mendapatkan dia sebab dia bertanya yang kami nak ke mana dalam slang indonesia. Syukur sangat time tu…saya tanya arah nak ke hotel dan dia bagi kat saya map untuk tram service.
Dalam 2-3 minit berjalan..sampailah kami kat hotel. Hotel ni duduknya dicelah-celah apartment. Nampak tenteram kan?? Tak dengar bising apapun.
Taraaa...lega sangat time tu bila dah masuk hotel. Hotel ni ada 2 single bed. Satu berhampiran pintu masuk dan pintu toilet..
Dan lagi 1 dihujung sini...boleh bayangkan?? hmmm...di meja itulah saya masak sambil bukak tingkap dan juga on kipas untuk kuarkan asap..hehe. My sis dah sehabis boleh mencari hotel yang sesuai sebabnya nak bilik with private toilet serta ada lift..dan hotel ni lah dia rasa paling sesuai.
Tak lama pastu kami keluar nak explore Amsterdam..hehe..ni dia bunga pertama saya snap..hehe. Bunga ni di area hotel saya..oh ya..lupa nak cter pasal cuaca..ohh..segar sekali..sejuk sungguh tau. Jacket saya pulak nipis..menggeletar la sejuk...
Tempat pertama kami...hehee. Suka tengok padang ni..bersih sangat..menghijau. Dari hotel kami tak jauh sangat berjalan..tak salah saya 2-3 minit gitu. Area sini banyak museum..tapi saya tak minat masuk museum..hehe
Inilah keadaan paling tenang untuk bergambar kat sini..kalau tak, ada yang panjat sampai ke atas dan ada yang pelbagai gaya dan ramai giler..
Museum

Dengan sisa tenaga yang ada..kami naik pulak tram dengan menggunakan ticket 1 hour ni. Tempat pilihan adalah Dam Square.
Macam lukisan kan view ni?? Saya snap time dalam tram. Percayalah..banyak tempat boleh snap view ni sebab Amsterdam ni terlalu banyak bridge, canal dan basikal..hehhehe.
Keadaan jalan raya..sayapun tak paham macamana orang Amsterdam leh paham sistem jalan raya mereka..hmm..tapinya takde langsung jem sebab pengangkutan yang paling banyak adalah basikal..hati-hati melintas sebab orang berbasikal laju betul mengayuh..takut tak sempat brake jer
Dam Square...time pukul 6pm lebih gitu dah banyak kedai yang tutup
Sesampai je Dam Square, kami terus masuk souvenir shop..yeahhh saya jumpa nih..pack besar tu harganya €2.50 dan saya just beli 2pcs berharga €1 sebab nak rasa dulu..dan rasanya...aduhh manis betul caramel ditengah-tengah waffle tu...tapinya sedap lah :)
Di dalam souvenir shop yang mahal
Keadaan Amsterdam ketika pukul 8pm
Kami balik ke hotel dengan keadaan tired serta lapar sangat sebab 1 kedai halalpun tak jumpa..akhirnya kami merasmikan makanan-makanan yang dibawak..hehe..nikmat betul time tu dapat nasi panas.