July 5, 2012

LoNDoN - Final

Assalamualaikum....


Saya nak habiskan entry London ni. Entry yang lepas saya ada ceritakan bagaimana nak balik ke hotel di Bayswater, so sekarang saya ceritakan penamatnya...


Alhadulillah tak terlalu lewat sampai di Bayswater. Kami perlu ke hotel untuk ambil bag. Sisa-sisa masa yang masih ada tu kami singgah sekejap souvenir shop nak beli pape yang patut. Pihak hotel tolong booked cab. Just 5 minutes dari hotel untuk ke Baker Street..nak elak sesat ke apa ke..better gunakan cab. Kami akan ke Stansted Airport dengan menggunakan Easy Bus yang sama kami sampai dari Stansted Airport ke Centre of London. Service bus ni adalah every 15 minutes 24 hours a day, 7 days a week (except Christmas day). 

Sesampai jer di airport..kami dinner dulu. My sis order baked potato dan saya order apple pai. Kami akan melalui sepanjang malam dan siang untuk sampai ke Malaysia..so my sis advise makan siap-siap..nanti tido jer atas flight. Dan dia tak belipun makanan atas flight time. 

Air Asia macam biasa ler..sure delay. Saya ada paham sikit2 pasal stituasi malam tu..saya ada dengar yang ramai dari penumpang-penumpang flight malam tu adalah penumpang dari flight semalam. Flight dorg terpaksa digunakan untuk membawa keluar student2 Malaysia dari Mesir...kalo tak salah disebabkan rusuhan yang teruk kat sana. 80% dari penumpang malam tu adalah orang Melayu. 

Menjadi kebiasaan my sis akan booked seat sebab lagi selesa duduk di sebelah org yang dikenali. Seat kami kali ni adalah sebelah kanan pesawat..my sis di sebelah tingkap..saya tengah dan tepi saya adalah seorang makcik. Sempat juga sembang-sembang dengan makcik tu. Baik dia..dia datang melawat sedara dia kat UK. Saya agak umur dia dalam 60an..sudah banyak negara dia jelajah. Suka dia bila saya bagi dia cherry yang saya beli. Saya memang tak boleh tidur..so saya bayar untuk tengok movie dari gadget yang lebih kurang mcm 7" galaxy tab tu. Kalau tak salah RM30. Sempat la tengok 1-2 movie lepas tu bateri kong. 

Time makanan diedarkan..saya lapar daaa. Sure semua org tahu yang kita perlu bayar mahal untuk meal yang tidak dibeli ketika beli ticket online? Saya memang tak kisahpun..tetapi steward melayu sorg ni betul-betul membuatkan my sis marah..dengan nada sinis dia cakap kami tak tahu nak beli meal tu melalui online yang mana lebih murah. Dan dia juga tanya adakah kami ni 1st time naik flight. Saya nak marahpun tak pandai...cakap dalam hati jalah.."heyy..ada aku pakai duit ko?? ada aku nyusahkan ko?? ko nampak benda alah 30 hinggit ni yang aku sewa?? duit aku berkepok lagi dalam purse ni..ada aku kisah kena bayar mahal??" Geram tul la..sudah2 lah tu zila :P

Semuanya smooth..selepas selesai semuanya kat LCCT airport..kami nak naik Skybus kami..Skybus ni akan stop kat KL Center dan bukanny One Utama..so dari sana kena pulak naik cab untuk balik umah. Macam leceh sikit la kan? Ketika di LCCT..ada mat salleh ni..diapun nak ambil cab untuk ke destination dia la..my sis ada la sembang skit2 dengan dia. Dia datang Malaysia sebab nak terus stay dan keje. Bag dia besar giler, kalau tak salah saya 4 kaki gak la tingginya. Sesuatu yang buatkan saya sakit hati telah berlaku..driver cab yang seorang Indian tak mau bawa dia disebabkan bag dia yang besar yang mana akan menyusahkan dia untuk masukkan dalam bonet. Tapi rasa2 saya...muat nak masukkan dalam cab tu walaupun tak muat bonet..aishh. Siap cakap mat salleh tu bawa satu almari..so dia nak kami naik cab dia. Serba salah gak la..ditambah lagi geram dan malu sikap driver cab tu. Rasa nyesal pulak kami naik cab tu..patutnya tak payah tapi fikirkan penat dan takut kena tunggu lama cab lain..kami naik juga la. My sis sempat say sorry behalf driver cab tu kat mat salleh tu. 


Saya kagun dengan transport system kat London. Service untuk easy bus 24 hours..manakan skybus nak ke One Utama hanya bermula dari pagi sampai petang jer...ditambah pula bus tu bukanya gerak ikut masapun. Sepanjang di sana driver cab layan penuh polite tetapi sebaliknya berlaku bila baru je jejak kaki kat bumi negaraku tercinta. Melihat sendiri warga negara di negara sendiri melayan warga negara lain..sedih!!! Cukup sedih dan pilu sekali. 1st time saya baru tahu yang kita perlu bayar driver cab kalau ada letakkan luggage dalam bonet dorang..aikkk..takkan kut kan?? Malas nak gaduh...bayar jelah..aiiishhh!!!


Alhamdulillah saya selamat pergi dan balik. Peringatan mak saya ingat selalu. Dari saya kecik sampai besar..mak selalu ingatkan saya supaya jangan tergedik-gedik syok sangat sebab nanti benda tak elok berlaku..hehehe. Sampai sekarang saya ingat pesanan mak tu. Saya sedih juga la time nak ke London sebab family tak berapa nak suka. Just my oldest sis yang support keinginan saya tu...macam-macam nasihat dia bagi. My bro lagi la tak bagi..penentang paling dasyat. Sejak tu bila saya travel mana-mana..saya halang mak inform dia. Just akan tahu bila tengok fridge magnet kt fridge mak..hahah. Tragis tul keadaan saya ni kan??? 


Duit belanja ada half lagi..saya betul-betul hadkan perbelanjaan saya. daripada 500 pound (1 pound = RM5) ada lagi balance...so saya tukar balik duit Malaysia. Tengoklah...saya bukan beli apa sangat pun...



Key chain kebanyakkannya berharga 1 pound. 




Ni semua saya bagi kat family..




Ni untuk kawan-kawan terdekat.


Sekian dulu enty pasal London trip ni..moga-moga boleh dijadikan panduan.

Untuk entry2 yang lepas..boleh click kat link bawah ni..


London ---> Day - 1
London ---> Day - 2
London ---> Day - 3
London ---> Day - 4
London ---> Day - 5
London ---> Day - 6




10 comments:

  1. sedih pulak baca cerita kali ni. bertabahlah...x semua org punyai minat yg sama. lain org lain pendapat. bagi saya, org yg menentang tu biarkan dia. lama2 dia akan senyap sendiri. kalo kita layan, lg kita sakit hati.

    papepun, semoga cita2 yg dihajati tercapai. insyaALLAH...

    ReplyDelete
  2. biar betul zila, letak luggage dalam bonet cab pun kena bayar, tatau la pulak..hm,cekik darah betul la camni..

    ReplyDelete
  3. salam dari msp Zila...
    seronok baca cerita org g jenjalan ni.. bila la giliran kita nak spi sana ye

    ReplyDelete
  4. Hi Zila

    emmm...rasa akak...kalau minat berjalan..dun wori dengan kata2 org..bajet cukup..angkat beg..jalannnn!Janji idak menyusahkan sesapa..!

    ReplyDelete
  5. setiap perjalanan mesti ada kenangan manis dan pahitnya...salam kenal dari kak CT.

    ReplyDelete
  6. salam Zila,

    Wah..easybus dah 24 hours ya...? bagos2... beberapa tahun dulu, cuma sampai midnight, pas tu start semula pukul 6... saya pon suka naik easybus pasal pemanduannya ala2 bas mini sket...(laju dan sampai cepat).. Apa2 pon, perhatian bagi yg nak naik bas dari airport, jangan naik nat express.. lembab kalah siput... dah la lembab, siap ambik kawanla, berenti kat sana, berenti kat sini... ehh..sori, ter emo plak..he..he..

    ReplyDelete
  7. Danny -> Sejak jumpa perkataan bertabah tu...saya menjadi sangat2 tabah..hehe. My bro garang sangat2..takut nak bangkang dia..so saya decide xnak inform dia apa2 kalo gi mana2..hehe.

    Orga -> Tu la..kena byr tu. Kalo tau kena byr..saya sanggup ribakan beg yang xberat mana pun..takpun letak kat sebelah ka..kalo limo takde kena2 byr bagai..aishhh..

    Mystorypic -> takyah tunggu giliran..ada 5-6k..jalannnn!!!

    Zie -> saya nak sedapkan ati..saya ckp..my bro risaukan saya..dats y dia bangkang..

    CT -> hai...salam kenal. yang manis tu senyuman..yang pahit tu tauladan..adat travel..camgitu la.

    Farikica -> saya tau 24 hrs operation tu dari web easybus..hehe
    driver easy bus tu selagi kita xpakai seat belt..dia xmo jalan. Tak teremo..betul ckp awk tu..

    ReplyDelete
  8. ZIlAAAAA!!!!

    I missed london so much.. Ok ni over. Tapi memang betul pun.. Tak sempat nak cover all tourist attractions kat sana.. Reason, shopping tak hengat.. huwaaa.. sedih tau...

    hehehe... love the garden tu walopon tak pi..

    ReplyDelete
  9. sayapun rasa xpuas hati...ada lagi tempat tak dpt cover...kalo travel..garden perkara wajib patut ditujui..hehe

    ReplyDelete
  10. wahhhhhhhhhh.. cantiknya souvenir...

    ReplyDelete