September 5, 2014

France (Charles de Gaulle Airport) - Last Part

Assalamualaikum...


Akhirnya entry untuk Paris dah sampai ending. Berakhirnya entry ini bukan bermakna takde lagi entry berkisar tentang Europe..tapi masih ada entry yang perlu saya share. Walaupun trip Europe ni dah berbulan lamanya berlalu, setiap detik ketika saya disana masih terasa-rasa sampai sekarang. Mungkin juga ini disebabkan kepuasan pengalaman yang berbaloi dengan usaha yang dah dicurahkan.

Petang terakhir di Paris tu, pihak hotel arrangekan transport ke Airport dengan harga 15 Euro per person. Sebenarnya boleh jer naik public transport, tapi kami taknak ambik risk. Lebih-lebih lagi bila baca kisah Cik Z yang kawannya kehilangan bag yang mana dalam bag tu ada laptop dan passport. Lagipun Euro time tu masih ada dan kami agak tired untuk bersusah payah heret luggage bag.



Inilah rupa transport kami ke airport


Driver yang ambik kami tu boleh berbahasa Inggeris. Bag kami diambil oleh driver tu sebelum kami sempat nak heret keluar. Bagus betul. Cara cakap pun sangat polite. Bila masuk jer dalam kenderaan seperti van..eh ada 1 family melayu...hehehe. Suami isteri bersama anak dorang dalam umur 2 tahun gitu stay di Shah Alam. Dorang pun travel jugak. Bergebang sakan la kami...haahaha. Saling share pengalaman. Tak salah saya si isteri tu citer dorang di Europe cover France, Germany, Switzerland dan Holland. Di Germany dan Switzerland dorang drive kalo tak salah. 

Kami dan family tersebut diturunkan di terminal yang berbeza. Maybe Charles de Gaulle Airport tu terlalu luas. Jejak jer kaki kat airport, saya rasa sangatlah dahaga. Terus cari tempat boleh minum. Akhirnya saya memilih McD untuk membeli minuman. Punya la canggih McD tu..boleh gunakan satu mesin yang dikhaskan untuk order makanan dan minuman. Ala..mesin tu ala-ala mesin nak byr parking tu. Lepas setel kat mesin tu..just tunggu no. kita dipanggil untuk ambik order. Siap. Kemudiannya kami terus Q untuk check-in dan drop luggage. Masa yang ada sebelum naik flight saya gunakan untuk menghabiskan syiling Euro saya. 



Mesin untuk order dan juga bayar



 
Pamplet yang diberi oleh pertugas airport untuk reference mengenai airport tersebut



 
Cantik dan mahal



  
Warna kerusi dan macaroon ni seolah-olah sama jer..hehee..



Ketika sunset, kami mula memasuki ke perut flight Etihad. Ketika ni dah pukul 9pm rasanya.



Didalam flight kami pilih menu yang berbeza..boleh la rasa-rasa..hehe. Macam biasa la..saya tak pernah tido nyenyak dalam flight. Tak sabar-sabar tul time tu sampai rumah..i missed my bed..hahaha



 
Ketika nak landing kat Abu Dhabi, saya menyaksikan sesuatu yang hebat dibahagian luar flight. Ketika tu terdapat flight lain dimana-mana ruang udara. Bukan satu atau dua...tapi lebih daripada tu. Menakjubkan. Saya cuba snap..tapi tak berapa nak clear sangat. Ketika ni adalah waktu pagi.




Lebih kurang 3 jam kami transit kat Abu Dhabi. Masa yang ada tu kami jalan-jalan dan makan-makan area dalam airport. Penat betul transit2 nih. Dah la bila turun dari flight kena naik bus untuk masuk dalam area airport. Bila nak kena masuk semula flight untuk balik Malaysia, kena berjalan jauh untuk ke gate. Time transit dari Malaysia ke Holland ritu tak perlu sangat jalan jauh. Tapi semuanya smooth. Dah la jalan jauh...kena pulak Q yang panjang untuk melalui imigresen. Naik flightpun kena naik bus pulak. Grrrr...sabar jerlah. 



Bila jer boleh duduk dalam flight baru rasa lega. Dah la ngantuk sangat. Tido 1 round, dijamu pulak. Sedap betul kekecang macam bentuk padi tu. 1st time rasa. 

Flight kami landing di KLIA kira-kira pukul 10pm lebih kalau tak salah saya. Bala menimpa time kami tiba di KLIA. Train untuk ke main building not function!!! Oh no..manusia time tu seingat saya beribu kut. Semuanya serbu pintu keluar untuk naik bus yang disediakan oleh pihak KLIA. Macam nak pengsan bila duduk dalam crowd camtu. Ada budak nagis..yang dewasa asyik terpekik-pekik. Yang cina ntah cina Malaysia ada China sana sampai tumbuk-tumbuk dinding. Yang lagi cerdik asyik la dok snap sana sini...isk isk isk. 

Ada yang bertanya kepada salah sorang staff KLIA adakah boleh kalau nak berjalan ke main building. Dia jawab itu adalah mustahil. Maksudnya memang jauh sangatlah tu. Ada yang tak sabar, menyelit-nyelit untuk ke depan. Rupa-rupanya bus yang disediakan maybe dalam 1-2 buah jer. Nasib kami agak baik sebab tak bawak bag besar. So senang sikit nak menyelit. Memang tak tahan sangat panas dan juga macam susah nak nafas. Selepas sejam lebih akhirnya kami sempat menyelit dan masuk ke perut bas walaupun bas tu dah sendat. Syukur sangat. Ketika nak ambik bag, lengang betul tempat tu. Maybe penumpang lain masih stuck. 

Lepas ambik bag, kami terus ke counter limosin. Bila tengok bag kami, staff limosin tu cakap bag kami banyak dan besar, perlu limosin yang besar..so kena bayar lebih. Kami dah tired sangat, so malas nak byk soal la. Bila keluar jer..aik..kena pakai limosin biasa jer. Sekali lagi tak byk soal sebab tired..fikir nak cepat2 sampai rumah jer. Si driver tu annoying sangat. Dia dok complaint bag kami banyak..dah tu malas nak mampus. Dok suruh kawan dia muatkan bag kami dalam bonet. Kami sabar jer. 

Bila exit jer toll Kota Damansara dia tanya.."Ni nak ke arah mana ni?" sepanjang jalan ke rumah tu memang saya la dok bagitau kiri kanan semua. Dan driver tu..satu perkataan ok..ye ke apa ke tak keluar. Bila dah sampai..dia bukak bonet dan macam nak suruh kami keluarkan bag sendiri. Time tu my sis dah membara. Dia heret keluar bag dengan kasar. Kami memang tunjuk yang kami tak puas hati kat dia. Memang malas giler driver tu. Lupa nak tgk plate no. Kalau tak dah boleh report.   

Selama seminggu my sis jet leg...hahaha. Saya?? Alhamdulillah ok. Kami takde rasa nak demam atau gatal kulit. Pernah dulu2 balik dari London kami demam dan gatal-gatal kulit serta bibir pecah. Maybe sebab time tu winter, sejuk sangat.

Ok lah..takat tu jerlah dulu citer pasal Europe. Jom tengok expenses saya kat Paris. Cost kat bawah ni merupakan cost me and my sis yang kami share. Untuk personal expenses, saya tak record..main berlanja jer..hahaha.


Ini expenses kami untuk 1st day di Paris. 



 Untuk 2nd day di Paris..semua hal makan jer..haha. Kami memang plan takkan spend untuk apa-apa entrance fee sepanjang di Europe.



Bila tengok balik cost makan di hari ke-3 ni...terkejut betui. Mahai giler. Padahal breakfast pagi tu mengecewakan..roti keras..waffle tak sedap. Untuk hotel, cost 200 Euro tu adalah untuk 2 malam. Untuk cab ke airport, pihak hotel yang arrange untuk kami. Harga asal adalah 18 Euro per person dan kami hanya perlu bayar 15 Euro selepas nego dengan pihak hotel. 


Sepanjang di Paris, cost untuk seorang adalah around RM870 gitu. Semua cost tu adalah untuk hotel + makan + transport. Untuk personal expenses pulak saya rasa saya spent dalam RM300 - RM400 gitu. Untuk personal expenses tu, saya spent untuk beli t-shirt Paris untuk anak-anak buah dan sikit souvenir. Selain tu saya takde shopping apa-apa. Orang asyik tanya saya nape tak shopping bag branded kat sana. Jawapan saya, semua bag branded bukan taste saya. Walaupun ada yang brand taste saya, tak mungkin saya mampu membelinya..hehehe. Apa salahnya beli sebagai hadiah untuk diri sendiri?? Oh no..this trip saya consider hadiah untuk diri saya sendiripun dah rasa lebih dari cukup. 

Untuk next entry, saya akan share souvenir yang saya bawak balik. Kalau saya ingat saya bagitau harga untuk anda semua dapat buat budget kalau ke Europe. Untuk yang tertanya-tanya overall cost, yang rajin boleh totalkan satu-satu cost dari setiap negara saya visit. Yang tak berapa nak rajin total up..saya akan share jugak overall cost tu dalam 1 entry.

10 comments:

  1. Rasa mcm ok aje kan bayar 15 euro utk ke airport tu. Safe n easy.
    P/s: thnks quote blog cik z he he

    ReplyDelete
  2. Lawo pantai Abu Dhabi tu... Huh! Bila laa dapat jejak...

    ReplyDelete
  3. Cik Z --> i luv ur europe story :)

    SS --> Me too..bila lah dpt jejak..setakat transit je, tak best lah :(

    ReplyDelete
  4. Z.. menarik. Pendapat kita sama pasal branded. Travel lebih penting dari memiliki barang berjenama

    ReplyDelete
  5. Hi,

    tadi bukak blog cik Z, dan kemudian nampak title entri nih. terus bukak sebab ada kenangan di Charles de Gaulle nih sebab sayalah kawan cik Z yang hilang bag tuh. Huhuhu sampai sekarang teringat-ingat hihi

    ReplyDelete
  6. Adoilaaa...pergi travel jauh jauh, kat tempat sendiri terkena pengalaman teruk ye zila ! Kalau akak pun memang hangin satu badan la...

    ReplyDelete
  7. Budak Kmpg --> Sayapun budak kampung..saya ni jenis budak kampung tak pandai pakai barang branded :P

    Fizz --> Hi fizz..awk rupanya. Sy tumpang simpati nasib awk tu..mcm cik z ckp la..ada hikmahnya hilang labtop..kurang skit beban bag berat dan boleh mkn nasi lemak dan juga berkenalan org yang baik2.

    Kak rozita --> Tu arrr akak...kali ni kali keberapapun tak tau lah...nasib nasib

    ReplyDelete
  8. Canggihnya McD di sana. Kerusi yang warnanya sama dengan warna macaroon tu duduknya di dalam kedai macaroon ke?

    Saya dah pernah sampai Abu Dhabi, sorang-sorang dan seronok jalan-jalan di sana. Bandar Abu Dhabi tu tak jauh dengan airport, tapi kalau transit 3 jam mungkin tak sempat nak jalan-jalan. Kalau shopping di airport Abu Dhabi pun tak mengapa, barangnya tak mahal sangat. Saya pernah beli jubah, coklat dan barangan hiasan (lampu Aladin tu) di situ.

    Hmm tak pernah saya dengar pemandu teksi/limo KLIA yang tak mesra pelanggan. Sabar jelah Zila.

    Thanks for sharing the budget.

    ReplyDelete
  9. Perghhh byk jgk eh nk kena sediakn budget utk euro trip ni... #mengigiltengokduit hehe

    ReplyDelete
  10. I like the idea to note down of everything like what we spend in a trip can guide us to travel in budget.
    Gatwick airport cheap parking

    ReplyDelete