Souvenirs Bought From Europe

September 13, 2014

Assalamualaikum....


Lembab betul nak update blog kan?? Hehehe...yela..hidup saya ni 60% untuk career...35% for personal and 5% untuk menulis blog...hahaha. 

Entry kali ni saya share souvenir yang saya beli time kat Europe ritu. Memang rambang mata nak memilih. Kalau boleh setiap jenis souvenir saya nak beli...hehehe. Tujuan saya nak share souvenir ni adalah untuk reference kut-kut anda semua nak buat estimation cost for souvenir kalau nak ke Europe nanti :)


1st day kat Amsterdam saya dah terpukau dengan wallet ni..hehehehe. Untuk keychain tu adalah asing ye. Tak salah saya dekat 7 Euro saya beli dua ni. Kecik tapak tangan je wallet ni.



Poscard. Saya dah lupa harganya. Niat asal nak pos poscard ni kepada beberapa rakan blogger, tetapi takde masa pulak nak cari post office bagai. Makanya balik dari dari Europe baru post…hehehe


Tempat lapik mug...sepeket ni ada 6pcs. Harganya 5 Euro.


Agak susah nak dapat FM 1 Euro untuk 1 pc. Kebanyakannya 1 pc berharga 2 Euro ataupun 6 pc berharga 10 Euro. Saya memang tak beli banyak lah. Dalam minda ni time tu, nak beli souvenir untuk officemate biarlah sorg seketui ke dari mana-mana negara.


 Clog tu angan-angan nak bagi kat anak buah. Tapi sorangpun tak bekenan…hahaha. Dorang prefer Eiffel Tower yang berharga 25 Sen (Euro) hehehe. Clog 1 pack ni berharga 5 Euro. Suka sangat wat collection luggage tag…hehehe. Alang-alang dah jumpa..terus beli. Sori ye..saya lupa harganya :(


Di Belgium tak banyak sangat FM yang menarik. Just beli untuk diri sendiri, mak dan salah seorg kenalan blogger



Yang sebelah kiri tu saya beli sendiri dan sebelah kanan tu my sis belikan. Dia memang tahu saya suka keychain bentuk love...nasib baik dia dapat cari keychain secantik tu...yang saya beli tu tak berapa cantik..heeheh


 
Di Harrods pulak saya dah plan nak beli something untuk diri sendiri. Akhirnya terbelilah keychain gold color tu yang berharga 7.59 Pound. Suka sangat keychain ni..solid, agak berat dan paling penting tahan calar. Bag Harrods ni pulak, my sis hadiahkan. Tak salah saya harganya dalam 15 Pound. Saya guna bag ni untuk bawak bekal gi office..hehehe


Untuk dapat FM 1 Pound macam kat atas ni...boleh la ke Bayswater ye..


 
 Terjumpa luggage tag kat St. Pancras...harganya 10 Pound



 Beli untuk diri sendiri...hehee. Tertarik nak beli bag kat sini...tapi mak datuk mahaiii...lip balm tu bau rose yang sangat harum...


 
Teringat my officemate baru lahirkan baby boy..baju ni untuk baby 6 months..tapi baby tu sekarang dah 3 months tapi dah muat pakai baju ni...hehehe...sihat betul dia. Rasa appreciate sangat dia pakaikan baju ni kat baby dia :)

 
Hasil tangkapan di Poundland di Shakespeare's Birthplace. Jaffa cakes tu sangat sedap...my sis dah pernah makan time dia stay kat UK dulu. Bila dia jumpa cake ni, terus rekemen kat saya.


1 Pound keychain yang juga saya beli di Bayswater



Eiffel Tower keychain...rasanya saya macam beli banyak..bila tengok balik macam sikit pulak..hehehe. Setiap satu ni berharga 25 sen (Euro).



Kalau keychain yang berkualiti sikit di Paris agak mahal..5 ketui ni dah 10 Euro. Saya beli ni untuk adik beradik saya dan yang love tu ofcos saya punya....hehehe



Ni saya beli kat airport time nak balik Malaysia..just nak habiskan syiling



Saya banyak beli FM jenis gini..sebab cantik dan bila jatuh tak pecah


Beli pelapik mug ni sebab sukakan lukisan atasnya..menarik



Taraaa...inilah beg yang menjadi background souviner....hahaha. Harganya dalam 5 Euro ... dapat free keychain Eiffel Tower tu



Saya ni malas nak pilih-pilih baju untuk anak buah saya...hahaha...akhirnya beli semuanya sama jenis. Yang perempuan pink dan lelaki biru. 


 Ni pulak t-shirt2 saya...1 negara sehelai jer saya beli untuk diri sendiri. Sebab budget adalah limited, untuk adik-beradik tak dapat saya belikan. Untuk t-shirt London, saya beli dengan harga 5 pound. Yang lagi tiga tu, harga sekitar 5 - 7 Euro


Taraaa....my keychain bentuk love. Yang belum ada dari negara-negara yang saya pernah pergi adalah dari negara Korea, Singapore, Thailand dan Indonesia. Saper-saper yang ada lebihan keychain bentul love dari negara-negara tersebut, saya sanggup membelinya. Saya dah cuba cari, tapi tak jumpa :(

Saya nak highlight kat sini, untuk dapatkan souvenir yang murah..boleh lah ke tempat-tempat seperti di bawah :

1) Holland - Flower Market
2) Belgium - Sorry tak dapat nak share tempat souvenir murah
3) London - Bayswater
4) Paris - Montmartre (tempat church yang atas bukit tu...yang namanya Sacre Coeur)

Ok semua..harap entry ni boleh beri gambaran kasar cost souvenir kepada anda semua yang plan nak ke negara-negara yang saya dah pergi ni. To my friends yang ada baca blog saya ni..terima kasih saya ucapkan. Disebabkan keadaan, kita tak dapat sangat nak spend masa chitchat. Saya rasa terharu sebab uols sempat spent masa baca blog saya dan bila kita jumpa, saya rasa syok uols komen pasal trip saya...I really appreciate it. To Nuraihana, sorry belum pos2 lagi hang punya souvenir...asyik lupa jer.

You Might Also Like

17 comments

  1. Byk jgk zila beli dan yang pasti jm dh teruma sobiner dari zila tu seronok sgt. Terima kasih atas ingatan. Wlaupun x pernah bersua muka, zilla mmg baik hati :-)

    ReplyDelete
  2. banyak juga koleksi sobiner zila beli buat kenang-kenangan

    ReplyDelete
  3. Banyak juga awak beli. Awak pergi Bruges ye? Cantikkan tempat tu. Saya sampai sana autumn 2012.

    ReplyDelete
  4. Cantik-cantik souvenir yang Zila beli tu.
    Banyak juga souvenir cantik dan mahal tu Zila bagikan pada saya. Kini menghiasi peti sejuk dan meja saya. Seronok sangat.
    Terima kasih banyak-banyak Zila

    ReplyDelete
  5. Best gila saya tengok semua itu fridge magnets, keychains, T-shirts and luggage tags. Semua saya suka beli masa travel juga. Menyesal tidak beli banyak masa pergi Europe 6 tahun yang lepas. Paling saya banyak adalah keychains sampai hampir 5kg. xP

    ReplyDelete
  6. Waa..banyak nya souvenir...cantik2.suka lihat pelapik mug tu. .

    ReplyDelete
  7. banyaknya sourvenier...smuanya cantik2..

    ReplyDelete
  8. JM -- > itu la JM, tak sedar pulak terbeli banyak..banyak lagi dalam simpanan saya ni..hahaha. Ala JM..biasa2 saja souvenir sy bg JM tu. JMpun ada igt saya, pastinya sayapun igt la JM :)

    Nieda --> Gitu lah gayanya :)

    Budak Kmpg --> Yessss, Bruge plg yang saya suka time kt Brussel...cantik sangat :)

    ReplyDelete
  9. Prof --> Alhamdulillah prof suka..sepanjang trip tu, saya asyik igtkan diri sendiri jer untuk beli apa2 souvenir dari setiap negara saya pergi :)

    Diana --> Kesalan mcm Diana saya pernah rasa time saya ke London 3thn lepas. So kali ni saya borong mana saya suka supaya tak raya kesal macam dulu :)

    Cik nun --> Cik Nun nak ke 1?? Saya ada extra 2..saya boleh bagi cik nun 1. Nanti emailkan add cik nun kat ziela62@gmail.com ye

    Cik viva --> Thanks :)

    ReplyDelete
  10. menarik dan cantik semua. Saya tak sempat nak snap souvenirs semua masa gi London hari tu...sebab dah bagi kat orang hehehe.

    ReplyDelete
  11. hi zila..seronok baca blog zila, nida baca kisah zila ke europe ni dari part awal ke amsterdam sampai la entry yg ni..hehe..zila nak keychain dari korea ke? Last time nida pegi sana ada lebih,tp dah lama pergi, xsure ada lagi tak, sebab ada bg sedara mara sket, nanti nida balik rumah, nida check, ada lagi tak ye, kalau ada, nanti nida bagi ye =)

    salam kenal dari nida =)

    http://nida-razak.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Leez --> Saya tak bg sangat kat org..tu sempat snap tu..hehehe

    Nida --> Oh TQ sebab spent masa baca cter saya yang tak seberapa ni. Kalau nida ada keychain bentuk love saya nak la..pastu kita saya pulak tukarkan dengan souvenir saya ni...hehhehe. Salam kenal.

    ReplyDelete
  13. Sedondon semua pkai baju paris..hehe. .. bnyk belik FM dn key chains zila....

    ReplyDelete
  14. Farikica --> Sedondon lagi senang...takyah pening paler nak pilih..hehehe

    SS --> :)

    ReplyDelete
  15. Zila..thanks sbb sudi share apa yg dibeli ..saya mmg suka betul kalau blogger sharekan especially ada harga sekali..senang nak plan nnt nak beli apa kan...inshaAllah saya pun suka share apa yg dibeli bila travel...info zila share mmg sgt berguna... :)

    ReplyDelete
  16. Sama-sama awk..saya share mana yang saya ingat dengan niat dapat membantu orang lain dan juga diri sendiri bila ke europe lagi :)

    Awak ada blog tak?

    ReplyDelete