April 1, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Dubrovnik) Part 1

Assalamualaikum...

Habis sudah kisah di Bosnia and Herzegovina. Sekarang bermulalah cabaran di next country iaitu Croatia. Sesungguhnya penjelajahan kami baru dikira separuh. Masih ada banyak lagi perjalanan serta pengalaman yang akan kami laluai sepanjang trip ini. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan setiap perjalanan serta urusan kami. 

Tarikh that day adalah 9 January 2018. Kami keluar dari Villa Park ketika hari masih gelap. Setelah meletakkan kunci di dalam letter box, dengan membaca beberapa ayat Al-quran yang saya hafal, kami memulakan langkah. Ketika itu lebih kurang pukul 6.30pagi. Dingin pagi yang ketika itu lebih kurang 5 - 6 degree celcius langsung tak terasa sejuk. Apa taknya, gabra sangat tau. Keadaan kawasan tu sangatlah sunyi. Orang lain maybe tengah sedap tidur lagi. Anjing pulak sahut-menyahut. Saya patahkan ranting pokok. Konon-kononnya kalau anjing datang, boleh ketuk. Mata menilau tengok keliling. Suspend betul sepanjang nak ke bus station. Saya boleh berpeluh ketika tu sebab gabra bercampur penat menarik luggage...hahahah.

Syukur sampai jua kami di bus station. Ada beberapa orang menunggu bus ketika itu. Nampak bus station tu ala-ala jer...tapi ada bus pergi sampai ke Germany...jangan main-main..hahaha. Bus kami untuk ke Dubrovnik delay sampai 1 hour. Kalau lah tahu delay sedemikian rupa..takyah nak keluar pepagi buta dalam keadaan ketakutan. Tak selesa sangat nak duduk atas kerusi concrete yang disediakan sebab sejuk bontot..hahaha. Sesekali duduk sesekali berdiri. 

Bus yang ditunggu sampai..kena sediakan duit kecik ye. Sebabnya, setiap luggage dikenakan charge sebanyak 1 Euro atau 2 BAM. Pernah saya baca dari..lupa dah dari mana, mat salleh ni luggage nya dihumban keluar dari bonet bus sebab dia takde duit kecik. So...beringat-ringat ye. Luggage kita akan diletakkan tag oleh drive selepas kita bayar.

Oh ye..about the bus ticket, my sis beli online dari website https://getbybus.com/en/ . Seminggu sebelum trip kami. Seminggu atau dua minggu sebelum trip tu, kami still tak memutuskan untuk ke Dubrovnik atau Kotor (Montenegro) atau terus ke Lake Plitvice. Paling kami nak elak adalah dari Mostar terus ke Lake Plitvice, sebabnya perjalanan dengan bus sampai 12 jam tak salah saya. Discussion kami untuk memilih Dubrovnik atau Kotor ini selalu berakhir dengan kebuntuan. Pada satu hari tu, my sis tetiba cakap.."ok..takyah dah serabut. Dubrovnik lah pilihan kita." My sis dapat flight dari Dubrovnik ke Zagreb lebih kurang RM300/seorang. Disebabkan itulah kami berada di dalam bus untuk ke Dubrovnik.



Bus ni melalui Pocitelj...bai bai Pocitelj



Sebelum sampai di sempadan Bosnia, co-driver mengutip passport setiap penumpang termasuk kami. Ketika melalui imigresen Bosnia, co-driver akan turun dan membawa passport untuk dichop oleh pegawai imigresen. Kami tak payah turun pun. Kemudian seorang pegawai imigresen akan naik ke atas bus dan menyerahkan kembali passport. Mungkin dia nk tengok muka kami semua match ke tak dengan gambar dalam passport. Mudah kan??



Tak lama lepas tu, kami kena melalui imigresen Crotia pulak. Berbeza dengan system imigresen di sempadan Bosnia. Kami perlu turun dari bus kemudian mengambil luggage dari bonet bus. Kemudianya, kami kena chop passport di salah satu counter imigresen (imigresen tu berada di dalam compartment biru yang paling kanan). Lepas dah chop passport, perlu pula heret luggage masuk dalam building sebelah jalan tu jer. Takde pun scan luggage. Pelik betul...just masuk dari satu pintu..pastu imigresen tu suruh keluar pintu satu lagi tanpa check pape. Keluar ke dari pintu ke-2 tu...terus jumpa driver yang sedang tunggu nak masukkan luggage kami dalam bonet. Sesimple tu jer...hehehe. Yang saya tak paham...beberapa jam lepas tu ketika nak dekat Dubrovnik, kami perlu melalui imigresen lagi. Time tu, pegawai imigresen collect sendiri passport kami semua. Lepas chop, co-driver akan pulangkan.



View sesudah melepasi sempadan Bosnia



Sampai jer sini, kami berdua dan tak tahan tegok view yang cun di sebelah kanan bus. Ketika tu kami duduk di sebelah kiri. Disebabkan penumpang tak sampai separuh bus, kami berubah tempat duduk. Kami duduk asing-asing sebab nak layan view. Remember...must choose seat sebelah kanan. Free seat yerrrr...Jom tengok lagi view yang lagi cun.



Tak salah saya selepas 2 jam perjalanan gitu, kami dihidangkan dengan view cukup menakjubkan. Dubrovnik ni diberi nickname "Pearl of Adriatic". Yang saya share dalam entry ni maybe tak begitu jelas tentang kecantikkan perairan Dubrovnik ni...sebabnya saya snap dari dalam bus yang bergerak. In next entry...saya pasti anda semua akan lebih terpaku dengan keindahan Dubrovnik ni.



Saya perhatikan ombak di sepanjang perairan di Adriatic Sea ni amat tenang..mungkin sebab tu banyak rumah dibina berdekatan persisiran pantai.



Suasana that day sedikit cloudy, tapi saya perasan ada cahaya matahari memancar dicelah-celah awan tebal...cukup istimewa moment tu saya rasa. Satu keajaiban ciptaan Allah Yang Maha Esa.




Seperti perjalanan dari Sarajevo ke Mostar, begitu juga perjalanan kami kali ni...2 in 1....panaromic journey gitu...



Bus ni stop kejap di sebuah restaurant. Sempat lah nak ke toilet. Lama jugak dia stop, dalam 20 minit tak salah saya. Kami time tu lapar jugak lah sebab belum breakfast...just makan kacang. Dan sayangnya kami belum ada sesen duit Croatia Kuna...kami plan nak withdraw duit dari ATM di bus station. Dan malangnya, restaurant tu tak terima card...tak boleh lah kami nak minum hot coffee. Hanya mampu bau haruman brewed coffee...so sad.

Kami menyambung perjalanan...saya langsung tak sempat nak lelapkan mata sebab view di luar bus amatlah cantik.



Saya berkesempatan melihat cahaya matahari yang indah ini sekali lagi...


Driver bus ni memandu dengan laju walaupun sepanjang jalan adalah bergaung dan jalan bak ular dipalu...



Makin mendekati tempat tujuan kami...i love this view. Air laut sungguh biru dan bersih..i wish to stay at place like this.



Lovely view



Syukurnya kami sampai jua...perkara pertama yang kami buat adalah withdraw duit. Kemudian kami berjalan ke hotel.


Hotel Petka ni menjadi pilihan kami disebabkan jarak dari bus staion just walking distance. Kami hanya berjalan tak sampai 5 minit untuk ke hotel ini.


Syukur kami dibenarkan check-in awal. Time tu tak salah saya baru pukul 11am. Hotel ni nampak macam hotel lama..papepun kami puas hati...exspecially view di luar balcony.


Taraaa....bilik kami betul-betul facing Adriatic Sea dan juga port. The air so fresh dan yang penting, waktu malam tak scary macam di Mostar..hahahha. Weather time tu pun tak sesejuk di Istanbul atau di Bosnia. Average weather time tu around 17 degree celcius.
 


Toilet pun bersih.



Perkara pertama saya buat sejurus masuk bilik adalah masak nasik. Kami makan nasi berlaukkan daging masak hitam FBI. Boleh check IG FBI untuk contact agent yang jual daging masak hitam ni. Daging masak hitam ni sebenarnya jenis frozen. Saya main beli jer tanpa tau hal frozen tu. Agent FBI suruh saya masak balik bagi jadi kering...so tahan lah lama. 


Kami tak boleh berlama dalam bilik...masa kami di Dubrovnik hanyalah satu dua hari. Pagi esok tu kami akan naik flight ke Zagreb pulak. Planning kami that day adalah untuk ke Old City Walls. Tempat tu dikatakan tempat shooting movie Games of Throne. Tak pernah pun saya tahu pasal movie tu...hahaha. Dubrovnik pun baru dengar nama time nak plan nak pegi tu. Bukan tu saja...Croatia pun saya tak pernah dengar..hahahaha...haper lah. Inilah bukti kekuasaan Allah Taala..Dia bagi kesempatan untuk orang yang tak tahu menahu apa untuk lebih tahu dengan jelas..Subhanallah...

Terus terang saya cakap, saya tak berapa study sangat pasal Dubrovnik. Disebabkan itulah saya terkedu melihat keindahan tempat yang bakal kami explore. Ikuti pengalaman saya in next entry pasal Old City Walls yeee...



8 comments:

  1. Sgt kagum dgn perjalanan sis..i wish one day dpt juga spt sis..travel sana sini.. .dpt baca pengalaman sis pun dah cukup indah.. Tk dpt bayangkn awal pg anjing menyalak kat tmpat yg amat scary tuhhh... Serammmm nya...heeehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq seri sudi baca...lepas ni ada kisah yang lagi scary pasal anjing..sampai tahan kena polo dgn anjing..ngeri tau..hahaha.

      Delete
  2. tak sabar nak tggu next post frm u dik..post awak sgt membantu,Terima Kasih..InshaAllah plan utk ke balkan in Dec...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh akak nak ke Balkan ye..hope semua entry saya membantu :)

      Delete
  3. ya Allah bestnyer dik... rasa akak terbuai2 berada di sana... berharap juga suatu hari nanti akan dapat juga akak jejakkan kaki ke sana... ya Allah bantulah aku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnnn....moga2 doa akak termakbul. Akak angan2 dulu..pastu slow2 bg angan2 itu tercapai :)

      Delete
  4. Subhanallah cantikkknya.. Thanx for sharing Zila..

    ReplyDelete