April 23, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Journey to Plitvice) Part 3

Assalamualaikum..


Masih kisah di Dubrovnik. Planning kami pagi tu, just nak relax jer sementara tunggu flight untuk ke Zagreb. Bilik kami di Petka Hotel adalah included breakfast. Best jugak breakfast yang disediakan. Ada pelbagai spread untuk dimakan bersama roti. I love bread so much!!!


Entah berapa keping roti saya ngap..hehehe


Lepas kekenyangan, kami keluar untuk ke mall berdekatan dengan hotel. Sambil berjalan ke mall tu, kami melalui open market. Terasa macam local people pulak...hehehe. Kami just beli lemon jer sebab my sis suka minum air dengan lemon slice. Sepanjang perjalanan ke mall...kami melalui port. Tenang jer keadaan area tu...


Open market...mostly penjual kat market ni adalah warga emas. 



 Menggayakan tudung yang dibeli di Sarajevo...hehehe


Keadaan that day lebih sejuk dari sehari sebelum tu.  


 
Nak lepak-lepak kat sini pun boleh sebab disediakan kerusi...air laut pun jernih...siap boleh nampak ikan. Patutnya saya simpan roti...boleh lah bagi ikan makan...haish.

Lepas dah shopping apa yang patut di mall..kami cepat-cepat balik ke hotel. Kami perlu ke airport untuk naik flight ke Zagreb. Tak salah saya time kami check-out tu around 10.30am. Untuk ke airport, ada shuttle bus...tapi kami perlu berjalan ke bus station. Itulah antara sebab kami memilih Petka Hotel ni sebab berdekatan dengan bus station. Kami tak dapat agak berapa lama masa diambil untuk ke airport..risau jugak lah kan terlepas flight. Sampai jer dekat bus station...so suspense bila kami diberitahu bus akan bergerak pada pukul 11.50am. Ya ampunnnn...panic la saya. Flight kami around pukul 1.20pm...sempatkah?? Menurut shuttle bus staff tu...kami pasti sempat untuk sampai ke airport sebab perjalanan around 1 hour gitu. Nak tak nak kami bertawakal jer lah. Tunggulah kami nganga kat station bus nak dekat 1 hour...hahahha. Kami tunggu betul-betul depan bus sebab nak ambil seat paling depan..hehehe.


 Ayuhhh...bus dah nak jalan. Yeaaaa dapat seat paling depan...syukur.


Best betul laluan bus ni untuk ke airport...view sepanjang perjalanan cun-cun belaka. Oh ya...bus ni ada stop ambil penumpang di beberapa tempat termasuk yang berdekatan Old Town.  




 Melalui City Walls...sempit betul tengok jalannya.


 
Makin meninggalkan Old Town...thank you Dubrovnik..i really enjoy the moment with you!!!


 Gerun bila bus ni lalu sipi-sipi gaung ni. Dah la laju pulak tu.


 
 
 Dah ala-ala dalam cerita Jurassic Park...hehehe.


Syukur Alhamdulillah...kami sempat. Macam kami berdua jer last yang check-in time tu...hahahha. Setel drop luggage semua...bersedialah untuk naik Croatia Airlines. Tak sabar saya nak sampai Zagreb dan kemudian ke Plitvice National Park yang saya idam-idamkan dalam sebulan dua sebelum trip...heehhe.
 

 
Taraaaa....tak sampai 1 hour nyer perjalanan..jangan berangan naik boeing  bagai...hehehe. Nampak trolley tu?? Kalau kita heret cabin luggage, dorang akan suruh letak dalam trolley ni. So,  tak payahlah susah-susah nak angkat sendiri letak atas cabin...


 
Bai Dubrovnik...


 
  
Muka bumi Croatia


 
 Syukur kami selamat sampai di Zagreb International Airport

Kami hanya breakfast pagi tu. Memang lapar betullah...tapi kami tak boleh nak berlengah untuk makan bagai. Agak gamble sebenarnya untuk ke Plitvice. Ok..saya cerita sikit kisahnya ye. Trip Balkan ni mengalami pelbagai dilema untuk arrange from place to place dan transport etc. Macam-macam cara kami discuss...selalu berakhir dengan kebuntuan. Untuk drive from Sarajevo to Mostar kemudian ke Dubrovnik dan terus ke Zagreb pula, the cost is very high sebabnya ambil dan return car rental di tempat berbeza. Ikut planning asal my sis, memang dia nak drive. Macam-macam factor kami consider...seperti nak cross boarder..rental car cost..kepenatan...limited time...bahaya..pelbagai sangat. Akhirnya kami ambil keputusan untuk tidak drive from country to country...kami pakai public transport seperti bus, train dan juga flight. Bukan saja save masa..malahan cost serta tenaga. 

Untuk ke Plitvice lain pulak ceritanya...saya asyik la nak my sis drive. Tension jugalah dia melayan kerenah saya tu..hehehhe. My sis cuba book car rental...tapi deposit yang diperlukan banyak betul...beribu-ribu RM...dah lupa dah saya. So my sis decide untuk gamble jer cari car rental di airport. Saya berdoa banyak-banyak supaya ada rezeki kami dapat car rental. Fuhh...berderet counter car rental...kami cuba tanya 3-4 car rental company..ada sampai nak deposit 1000 Euro...makkkk!!! My sis dah macam give up. Saya dah rasa harapan makin nak punah. Saya cuba convince my sis untuk cuba satu lagi company...syukur sangat ada rezeki kami. Dia offer Volkswagen Golf. Kereta idaman my sis tu....hehehe. Deposit pun tak banyak..around 100 Euro. Seingat saya rental untuk 1 day around RM150 gitu.


 Rental car company tu namanya ORYX. Oh ye...tak perlu buat international driving license bagai..just tunjuk driving license kita gitu jer. 


 Saya tengok my sis macam cuak jer...hahhaha..cian dia. Semuanya saya punya pasal...terukkan saya ni?? Parking yang tak jauh dari building airport ni just khas untuk car rental jer. Sebelum my sis sign form penyerahan kereta...staff ORXY ni akan tunjuk tempat-tempat body kereta ni yang dah calar etc. Tahu nape my sis cuak?? Sebab inilah kali pertama dia nak drive left hand side. Terkapai-kapai jugaklah memula tu...dia mulakan dengan bacaan beberapa doa pastu pusing-pusing dulu area parking tu. Tugas saya adalah tengok waze. Nasib baik Flexiroam function di Croatia. Bila sampai di simpang atau roundabout, saya akan beri arahan untuk my sis untuk ke side mana.


 
Syukur airport ni tak jauh dari highway, keluar sikit jer dah masuk highway. Bila dekat highway, saya senang lenang lah sikit sebab tak perlu nak tolong my sis pape. Bolehlah saya snap sana-sini..hehehe.


 My sis cepat jugak sesuaikan diri...lega saya.


Syukur tak hujan....i love this view

Kami stop kejap di R&R untuk beli coffee dan roti. Time tu my sis berkesempatan nak adjust seat yang lebih selesa. Jom layan view sunset sepanjang jalan...


 
 
  
Agak risau kalau kami sampai area Plitvice waktu dah gelap. Yela...tak tau macam mana keadaan tempat tu...bahaya ke tak drive waktu gelap semua..kami hanya berharap perkara yang baik-baik jer berlaku. Bila sampai di toll plaza...menggelabah jadinya...hahaha. Tak sure nak masuk lorong mana. Bila dah masuk lorong paling kanan...takde pulak orang jaga toll. Hah sudah...nasib baik ada security lalu area tu...dia lah tunjuk tekan mechine untuk keluarkan ticket...guna ticket tu untuk bayar bila nak exit highway...ohhh gitu...hahahha
 

Lebih kurang dalam 1 hour perjalanan di highway...dan lagi 1 and half hour adalah jalan biasa. 

Bila dah start masuk area Plitvice, jalan makin sempit dan lorry makin banyak. Bahaya untuk my sis drive laju sebab jalan bukan saja 1 lane, malah bersimpang-siur. Nasib baik bukan berbukit. Banyak kali jugak lah dia kena ketepi untuk bagi laluan kepada kenderaan lain yang laju-laju. Bila suasana makin gelap...makinlah kami risau. Tapi syukur sangat...kami akhirnya sampai di Room Jana, Slunj dengan selamatnya. Owner Room Jana tu memang tertunggu-tunggu kami...park jer kereta dia terus sambut kami. Dua-dua luggage bag kami dia bawak dengan relaxnya naik ke tingkat atas untuk ke bilik kami. Keluar jer dari kereta...aduhai sejuk mencucuk-cucuk badan. 

Room Jana ni my sis booked through booking.com. Kami pilih Room Jana ni sebab tak jauh dari main road dan biliknya nampak cantik serta bersih. Dari situ nak ke Plitvice National Park pun dah tak jauh.

Suasana malam tu sungguh indah sebab langit dipenuhi bintang. Lama sudah saya tak tengok bintang yang bertaburan bak belian di dada langit. Cantik sangat. Bunyi unggas memenuhi alam...gelap malam membuatkan saya tak dapat tengok keadaan hutan tebal berdekatan tempat tu. 


Perfect!!!


 Saya asyik selak curtain nak tengok bintang dan esok tu untuk tunggu cerah


 Refreshment...siap ada biskut dan gula-gula.


Cantik wardrobe ni


 Toiletpun sangat bersih


Owner Room Jana tu stay di tingkat dan bawah dan bilik untuk disewa adalah di tingkat atas. Tak salah saya dalam 4-5 bilik jugalah kat atas tu. Just kami berdua jer bermalam ni Room Jana tu malam tu. Berbeza betul malam tu dengan malam-malam lain sepanjang trip. Kami stay di countryside...memang hening dan sunyilah. Lepas dah masak nasi dan makan...saya just layan movie. Tak sabar nak tunggu esok untuk explore Plitvice National Park.

See u all in next entry...

2 comments:

  1. Best baca pengalaman sis.. Mcm saya pun turut serta travel...hehehehe.

    ReplyDelete
  2. Hey, akak nnt kalau teringin nak ke sana, i will look at your entries.
    macam best je tengok semua places ni.

    ReplyDelete