April 14, 2018

Balkan Trip - (Croatia - Dubrovnik) Part 2

Assalamualaikum..


Hmm…bila dah asyik travel 5-6 tahun kebelakangan ini, kalau beberapa bulan tak travel, rasa macam tak lengkap...mulalah tak senang duduk dan sebagainya. Penyakit travel addicted rasanya...hahaha. Sememangnya sedang mengumpulkan dana-dana yang patut untuk next destination. Kena pula sekarang nak masuk rumah baru, lagilah ongkos diperlukan...haish. Moga-moga increament tahun ini sangat awesome...aminnn. 


My manager pulak bagus betul orangnya walaupun kekadang agak annoying...dia support kalau-kalau saya nak cuti panjang untuk travel. Cuma dia asyik highlight jangan cuti time nak dekat-dekat CNY macam trip Balkan ritu..sebab time tu banyak sub-contractor claim yang perlu untuk payment process dari saya. Saya pun ingat sudah-sudah kut winter trip sebab tak tahan sejuk..hehehe. 

Dah dah dah...jom sambung kisah di Dubrovnik. Selepas dah kenyang makan nasi..kami siap-siap nak keluar. No rehat-rehat kata my sis. Senang betul duduk hotel ni..bus stop just depan hotel...cross jalan sikit jer. Senang jer nak naik bus dari Hotel Petka. Boleh naik city bus no.1A, no.1B atau no.3 dan stop di station paling last...Pile Gate



 
Bus stop dari depan hotel


 Turun jer bus di Pile Gate...terus boleh nampak City Wall


Bila bus dah stop di Pile Gate, just beberapa step jer dan boleh masuk Dubrovnik Old City. Saya perasan dalan Old City atau Dubrovnik City Wall ni, ada beberapa gate. Bagi saya, Pile Gate adalah gate yang sesuai untuk kita mulakan exploration. Masuk jer Old City dari Pile Gate, ada office yang jual entrance ticket. Dan bersedialah untuk panjat tangga selepas beli ticket tu...hahahahaha. Tapi...ha ada tapinya..the view is so great from the top. Wajib beli ticket untuk explore tempat ni, kalau tidak...just boleh jalan-jalan bahagian bawah jer lah.

Pengalaman di City Wall ni memang sesuatu yang istimewa. Sebabnya, saya tak pernah tahu pasal City Wall ni. Bila my sis cakap kitaorg akan ke Dubrovnik Old City, saya just ingat akan nampak building lama jer. Saya tak tahu pasal City Wall. Wall yang tinggi dibina sebagai benteng atau kubu dan panjangnya nak dekat 2km. Dalam 2 jam jugaklah nak berjalan sambil snap sana-sini. Fuhh...penat tau..tapi puas hati. Jom layan photo


Dah ready nak tengok tembok batu…hahahha. Bila tengok weather forecast, suhu that day dalam 17 celcius jer. So saya decide nak pakai light jacket. Memang boleh tahan....tapi sesekali angin sejuk menyapa..menggigil jadinya. Dan makin petang, suhu makin sejuk...padan muka....hahahha.


Sepanjang perjalanan pagi tu dari Mostar ke Dubrovnik...banyak giler saya tengok orang tanam pokok limau macam ni. Ada dijual di kedai serta market area Dubrovnik...tapi saya tak rasa nak makan.


For info


Lepas beli ticket..bersedialah panjat tangga ni...hahaha. Hap hap penat tau..


 

Penat tak habis lagi sebab naik tangga..terus kalut-kalut snap view ni..hahahha. Cantik betul view dari atas...gayat jugak lah tinggi-tinggi gitu.


Tengah syok-syok bergambar..tetiba ada anjing dok berlari-lari anak dengan tuannya makin nak dekat dengan kami. Bayangkan perasaan kami menghadapi anjing hitam itu dengan lorong sebesar ini. Dah la anjing tu tak diikat. Tiada jalan untuk kami berlindung…ohhh no. Hanya satu jer kami fikir time tu…LARI. Kami lari bak dikejar anjing....padahal anjing tu bermotifkan nak berlari-lari anak dengan tuannya..bukannya nak kejar kami. Apakah bodohnya kami berdua..haahha. Dipenghujung sana nu haa ada ruang besar sikit. Kami melepaskan lelah berlari kat sana. Minah salleh yang berlari-lari anak dengan anjingnya pesan kat kami...don't run...don't run. Kisah ini memberi kami peringatan..jangan lari bila jumpa anjing. Kena bertenang..jalan slow-slow. Dan kami guna pakai dalam next tragedy berdepan dengan anjing. Nantikan dalam entry-entry akan datang.



Walaupun baru jer lari dari anjing, maintain happy...hehehe. Lawa betul berviewkan bumbung bangunan. Tak ramai orang time ni..just kami dan couple dari Korea. Time summer sure tempat ni crowded.


Main street di Old Town...ada kedai souvenir dan juga restaurant area ni..


Dekat City Wall ni bukan saja boleh tengok keunikkan tembok batu ni...tapi keindahan air laut yang warnanya blue black campur hijau...boleh imagine??


Bestnya orang yang stay area sini...hari-hari boleh tengok sunset dan hirup udara segar


Entrance ticket yang kami beli tu boleh masuk sekali building atas bukit tu..keesokan haripun boleh guna lagi ticket tu....malangnya kami dah amat tired untuk berjalan hingga ke sana...tengok dari jauh pun jadilah...hehehe


 
Saya percaya, view dari atas building ni pasti awesome 



Terasa sangat tenang time ni...indah betul dunia ciptaan Allah. 



Bumbung kat sini standardise jer warnanya



Ada rumah orangpun di tepi wall yang kami lalu ni. Macam takde privacy pulak untuk relax kat luar ni sebab tourist dok lalu-lalang kat tepi rumah.



Ada port jugak kat sini.



City Wall ni sangat unik dan menarik sekali. Carilah peluang untuk visit tempat ni..2km berjalan takkan terasa 2 jam sudah berlalu. Setiap sudut nak stop untuk snap photo. Dekat 1 check point ni, kami berkenalan dengan pakcik yg jaga kat situ. Tugas dia adalah chop ticket kami menandakan kami dah guna ticket tu..maybe nak ulang masuk lagi dah tak boleh sebab dah ada chop..saya rasalah. Umur pakcik tu saya agak dah nak dekat 60 - 70 tahun. Bila dia tau kami datang dari Malaysia, excited betul dia bercerita. Dulunya time Bosnia dalam peperangan, tugas dia time tu menjadi cikgu english untuk tentera Malaysia. Bertuah kami dapat bersembang kejap dengan dia.



Kami berjalan ikut kaki dah akhirnya sedar-sedar kami dah berada di luar City Wall. Tujuan kami lepas tu adalah nak beli souvenir di main street Old Town tu. Jumpa sorang local ni..dia lah ajar macam mana nak masuk balik.


Inilah rupa City Wall di bahagian luar...gah dan kukuh.


Jalan yang ditunjuk orang Dubrovnik tu menuju ke arah lorong kecik ni. Baru lah saya sedar yang lorong bertangga ni adalah Kings Landing. Perlu turun ke bawah untuk ke main street.




Cantik pulak tengok lorong-lorong kat sini..




Time to shopping souvenir!!!


Kononnya menikmati architecture di Old Town...padahal, tengah pilih kedai mana nak masuk...hahahah!!!



Antara souvenir yang dijual. Saya just beli untuk diri sendiri...agak tak mampu untuk beli untuk orang lain. 

Setelah puas pusing-pusing di Dubrovnik Old Town, kami pusing-pusing cari restaurant. Hmm...agak hampa..takde restaurant yang sesuai. Kami naik bus dan kembali ke hotel. Kami stop di sebuah complex..just 2 bus stop dari hotel. Pusing-pusing dalam tu pun takde yang sesuai nak makan...kami berjalan untuk hotel..akhirnya jumpa sebuah bakery. Malam tu kami just dinner roti jer..



Boleh la nak lapik perut dengan croissaint ni...sedap jugak. Time ni kami berdepan dengan hotel kami stay tu. Ada sebuah kedai runcit menjual coffee area ni...hot coffee and croissant..good combination lah. Kena pulak layan view di depan port...so nikmat.



Ini antara keistimewaan stay di Petka hotel..bukan saja view cun...tempat nak lepak pun selesa. Dubrovnik ni betul-betul bandar yang aman tenteram...i really fall in love with this place.



Takde apa sangat nak dibuat walaupun time ni baru pukul 8pm kalau tak salah saya. My sis time ni bz record semua expenses kami. Saya pulak..layan movie...hehehe.



Tak puas dengan view ni..malangnya kami bakal meninggalkan tempat ni esok untuk ke next destination. Hanya badan meninggalkan sesebuah tempat yang kita dah sampai..hakikatnya, pengalaman dan memory pasti kita bawa sekali. Jangan nak main terjah sana-sini tapi takde apa yg kita bawak balik..bawaklah balik pengajaran sepanjang exploration kita..supaya kita akan rasa sangat bersyukur dan lebih matang..InsyaAllah.

Nantikan next entry....saya akan share sikit lagi pasal Dubrvonik!!!


6 comments:

  1. Waaahhh beruntung nya sis dpt melawat tempat2 yg sgt awesome...suka saya membacanya..cukuplah...nmpk semua building kat sana warnanya suram2 je kan...

    ReplyDelete
  2. maybe suram sebab cuaca gloomy that day. Kalau tengok photo orang lain pergi time sunny...cantik sangat

    ReplyDelete
  3. Woowwww best nya Zila.. Cantik semua foto dgn yg dalam foto tu jugakk..

    ReplyDelete
  4. sis paling suka lorong kecik tu... terus leh bayangkan zaman2 eropah zaman dulu kala.. sesuai sgt dh gmbr tu ngan cuaca mendung.. cantik! anyway, ni 1st time sis singgah sini, sis terus follow blog. =D

    ReplyDelete