March 23, 2018

Balkan Trip - (Bosnia and Herzegovina - Mostar) Part 4

Assalamualaikum...


Berjumpa lagi kita untuk sambungan kisah di Mostar, Bosnia and Herzegovina. Masih banyak lagi entry untuk saya tulis..sabar lah ye baca celoteh saya..hehehe. Selepas dah penat explore Blagaj dan Pocitelj, saya lelap sekejap. Lebih kurang pukul 3pm macam tu, kamipun keluar untuk ke Old Town. 

Dari Villa Park, kami perlu berjalan sejauh 1km untuk sampai ke Old Town. Dalam perjalanan, ada peminta sedekah kanak-kanak. Comel-comel jer...tapi comot sikit. Kesian tu memang kesian, kalau bagi duit kang, berderu-deru pulak ikut kami. Ada beberapa ibu beranak kecil pun meminta-minta kat kami...kesian.
  
 
Tak susah pun nak juma Old Bridge atau Stari Most ni...berjalan straight jer dan make sure Neretva River di sebelah kanan..maka akan sampai lah kat sini. Bila dah kaki start pijak permukaan jalan berbatu gini..maka itulah Old Town.



Inilah Old Bridge yang my sis asyik sangat sebut. Dia nak sangat ke sini. Akhirnya kami sampai jua. Gah betul bridge ni. Bridge ni terletak dengan megahnya selama 427 years sebelum dimusnahkan pada tahun 1993 ketika perang di Bosnia. Bridge ni dibina semula pada tahun 2004 dengan menelan belanja 15.5 million USD.



Nasib baik kasut saya agak tebal tapaknya..so, takde langsung masalah memijak jalan berbatu gini. 


Gigih betul menyusun sebegini rupa


Pengalaman berada di atas Stari Most jangan dilepaskan. Tapi agak siksa juga memanjatnya sebab bridge ni berbentuk curve. Bila dah sampai atas bridge ni...kita boleh tengok view yang sangat awesome..



View ketika di atas bridge..laju betul arus air dari Neretva River ni..ketinggian ini membuatkan saya berasa gayat.


Another view...nampak buiding ni buruk..tapi unik.



Di sini bukan saja Stari Most adalah attraction utama..malahan building di sini sungguh menawan hati. Seolah-olah berada di zaman lain



Akibat gayat, tangan saya asyik pegang railing besi tu..hahahaha.



Mostar...the historical city..protected by UNESCO



 
 Saya cakap kat my sis...area lapang bertangga tu adalah tempat cun nak bergambar untuk berviewkan Stari Most...ayuh..


Kami perlu berjalan melalui deretan restaurant dan souvenir shop.



Agak mencabar untuk ke area bertangga tu..kena pulak melalui tangga begini. Penat jugak tau!!!



Comel jer bridge ni...hehe



Kena melaui belakang building..time kami berjalan ni, saya jumpa beberapa hostel area ni..macam kami tarik luggage ni, tak sesuai nak stay area ni sebab susah nak tarik luggage. Maybe kalau backpack sesuai kut.



Taraaa...sampai juaaaa..sejuk sungguh time ni.



Asyik betul bunyi arus air sungai ni..sungguh tenang. Kalau berpicnic memang best sangat ni. Kami mampu duduk kejap jer sebab tak tahan dengan kesejukkan.



View ni saya snap ketika kami beredar dari tempat bertangga tu...time ni saya tengah panjat tangga yang agak tinggi untuk naik ke jalan raya. 

Bila sampai area jalan raya, tetiba kami blur nak ke arah mana. Nak guna internet pun, Flexiroam tak function di Bosnia. Saya agak-agak berjalan. Nak turun balik tangga tu macam tak mampu dah..hahaha. Syukur kami jumpa balik Old Town. Masuk jer area Old Town, terus jumpa restaurant. Bila tengok menu..wow..ada grilled trout yang kami nak sangat tu.



Bosnian food...gluppp



Kami diberi roti dulu...Subhanallah sedap betul roti ni...lembut sangat. My sis larang saya makan banyak-banyak, nanti kenyang....hahahaha. So saya target nak mintak tapau jer roti ni.



1st time makan veggies grilled adalah di Sarajevo. Kami berdua suka sangat...lagi sekali jumpa restaurant yang ada menu veggies grilled, terus order. Macam-macam veggies tau...saya paling suka zucchini dan mushroom. 


Taraaa....grilled trout!!! Syukur, dapat juga merasa menu ni yang kami tak dapat time di Blagaj. Meal ni adalah untuk seorang, kami just order lagi satu nasi dan share ikan ni sorang seekor. Nasi pulak sangat lembut dan sedap. Overall...kami sangat kenyang dan puas hati.



Dah pukul 6pm tak salah saya time ni...Old Town ni makin sunyi. Banyak kedai yang dah tutup. Saya ambil kesempatan time ni untuk habiskan BAM dengan membeli fridge magnet.



Thank you Mostar...I'm having nice moment with you.

Kami berjalan pulang ke Villa Park. Suasana gelap agak menakutkan di sini. Peminta sedekah masih berlegar. Bila masuk dalam bilik, perasaan gerun terasa...hahaha. Saya ni jenis tak suka tidur berlampu. Selalunya di rumah, cukup dengan lampu jalan yang sikit jer masuk bilik. Macam di Villa Park ni, takde lampu jalan sebab di belakang bilik kami adalah sungai. So my sis nak jugak bilik tu cerah..akhirnya saya agree buka lampu balcony. Hanya daylight curtain menutup pintu. 

Time nak tidur tu, saya make sure selimut saya cover pandangan saya yang direct ke balcony tu. Gerun tau tengok view kat luar tu. Berbeza betul pada waktu siang...hahahah. Heningnya tu lain macam betul..hahaha. Saya langsung tak cakap kat my sis ketakutan saya time tu...sebab dia lebih penakut dari saya...hahahaha. Sepanjang malam tu, macam-macam sangat jadi kat my sis. Berkali-kali saya terjaga disebabkan my sis mengigau...hahaha. Rasanya 5-6 kali. Sepanjang travel dengan dia..itulah 1st time dia mengigau teruk..hahaha. Yang saya pulak...bila dah terjaga...jadi takutlah tengok di luar balcony tu...hahahhaa. Dok asyik imagine ada benda bertenggek kat balcony tu...eiiiii. Esok tu baru lah dia cerita. Sepanjang malam tu di mimpi askar macam trojan tu cuba nak masuk bilik kami stay tu. Berkali-kali mimpi gitu jer. Saya agak lah kan..maybe sebab kami ke tempat-tempat ramai orang mati...maybe itulah kesannya.

Untuk next entry, saya akan share view yang awesome sepanjang perjalanan kami dari Mostar ke Dubrovnik. Bai.... 



7 comments:

  1. Seronok baca sis punya pengalaman travel..semua tempat yg awesome...tgk tempat yg u all pegi kali ni mcm suram je suasana n scary sungguh dgn bangunan2 yg kelihatan amat usang...patut lah mengigau ...huuuhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suram tu maybe sebab xde warna-warni dan cuaca gloomy..yg bab scary tu, bila sis cakap baru saya terdetik..ya scary...hahahaha. Time kat sana ritu x terfikir bab scary tu..scary bila mlm jer...eiiii.

      Delete
  2. Betul tu tak dapat nak lepak lama sbb sejukkk.. Seronok nya baca, nanti boleh refer sini kalau nak ke sana.. Thanx for sharing Zila..

    ReplyDelete
  3. Salam Zila..seronok baca entry awak..sangat detail..Zila pegi winter bulan berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Harraz, tq sudi spent masa membaca blog saya :)

      saya pergi ni time bln 1 last year

      Delete