United Kingdom (Stratford-upon-Avon) - Part 4

July 05, 2014

Assalamualaikum...

Citer pasal Oxford dah abis..Cotswold pun dah abis. Kalau gabungkan kedua-dua tempat tu, seolah-olah pada zaman dahulu kala..Oxford tu adalah kawasan bandar dan Cotswold tu kampung pendalaman gitu..hehe. Kalau ikutkan hari..tambah tolak kami cuma ada 3 hari setengah gitu kat UK ni. Memang tak sempatlah nak ke banyak tempat. Tour kami yang menggabungkan 3 tempat iaitu Oxford, Cotswold dan last sekali adalah Stratford-upon-Avon

So entry ni saya nak cerita pulak pasal Stratford-upon-Avon. Tempat ini adalah tempat kelahiran dan tempat membesar William Shakespeare (1564–1616). Sure semua orang kenal beliau kan?? Saya kenal gitu-gitu jer..tak lah teruja sangat nak kesitu tapi what to do..dalam tour ni dah ada kan..kena lah pergi. Tapi...ha ada tapi..hehe..best juga lah ke sini. Untuk more info pasal entrance fee sila click sini --> Sila click

Sebelum ke sini, saya tak pernah pun terlintas nak search apa2 hal pasal Strtford-upon-Avon ni. Bila dah nak menulis entry ni barulah terlintas nak tahu lebih. Sebenarnya..William Shakespeare ni ada 5 rumah serata Stratford-upon-Avon. Sampai gitu sekali rumah-rumah yang ada kaitan dengan beliau diperlihara dan dijadikan tourist attraction places. Jom saya listkan sikit...

1) Shakespeare's Birthplace - Tempat yang saya pergi ni2) Nash's House & New Place - Rumah dimana dia meninggal
3) Anne Hathaway's Cottage - Rumah dia tinggal bersama wife dia
4) Mary Arden's Farm - Rumah mak beliau dilahirkan. Kiranya rumah atok dia lah
5) Hall's Croft, Mon - Rumah anak dan cucu dia

Kalau anda pergi sendiri..boleh la visit kelima-lima tempat tu. Saya paling berminat yang Anne Hathaway's Cottage tu. Tengok dari website, cute jer cottage tu dan ada garden. Entrance fee untuk combine kelima-lima rumah tersebut adalah 22.50 pound. More info pasal kelima-lima rumah tersebut..sila click --> Click sini

Jom tengok saya buat apa..

Bila memasuki Stratford-upon-Avon...disajikan dengan keindahan sungai


Bersih sungguh sungai ni...sejuk mata memandang :)


Kawasan ni tak berapa crowded..memang tenang jer


Makin masuk kedalam..kelihatan banyak kedai-kedai dan orang ramai..


Maka..sampai lah kami ke tempat yang ditujui... 


Kami pandang group tour kami masuk dengan sebelah mata..haha..masuk la korang..bai bai


Info untuk tatapan pengunjung


Map kelima-lima rumah


Nampak rumah buruk ni?? Inilah rumah kelahiran William Shakespeare. Ini view belakang rumah Shakespeare. Hanya kami tak ambil pakej yang termasuk entrance fee dalam rumah beliau ni. Jadilah kan snap gambar bahagian belakang jer..hehe. 


Bukan semata-mata rumah Shakespeare ni jer kat sini..rupa-rupanya tempat tu adalah 1 pekan moden. Rumah beliau jer tak moden..hehe.

Cantik lah buat pokok bunga panjat dinding gini..


Souvenir..saya tak berminat nak beli 


Dalam masa sejam yang diberi..kami round pekan tu. Ahli tour lain semua masuk rumah Shakespeare. Tapi rugilah diorang masuk dalam rumah tu sebab takkan cukup masa nak explore pekan yg best ni. Bershopping sakan jugaklah saya...hehe 


Terjumpa pulak Poundland..fuh best giler. Semuanya dijual dengan harga 1 pound. Membeli sakan lah saya..haha. Boleh dikatakan semua benda dijual. Memang berbaloi-baloi bershopping kat situ.


Tempat ni ada banyak cafe. Bersesuaian dengan hari yang dah petang..makanya kami ber tea break lah. Dapat juga makan scone. Best betul minum tea dan makan scone di luar cafe dengan cuaca panas + sejuk = suam..hehe. 


Arca badut


Sebenarnya patut spend atleast 2 hours kat sini. Saya sebenarnya belum puas nak shopping barang kat Poundland tu. Tapi kalau kita memang stay area yang ada poundland ni..memang boleh jimatlah kos harian kita sebab sekecik-kecik bendapun dijual dan sangat lah murah. Ada barang yang dijual di negara kita jugak..tapi bila dibandingkan..lebih kurang half murah di Poundland. Best betul... 


Makanya..settle tour tu...dalam perjalan ke London..hujan agak lebat. Sebenarnya kami plan nak cover London hari jugak..tapi cuaca tak mengizinkan. Patutnya keesokkan harinya kami nak ke Leeds. Ticket buspun dah beli dengan harga 1 pound jer. Angan-angan nak teman my sis imbas kenangan dia time stay di Leeds dulu2. Plan tu terpaksa cancel..alah 1 pound jer pun..hahaha. Saper2 nak pergi luar London..boleh beli online tic Mega Bus..kalau nasib baik..boleh dpt murah giler...tapi kena beli awal2 lah.


View terakhir countryside..

Macam biasa..tour ni akan hantar semua orang ke hotel masing-masing. Disebabkan tour ni berakhir di Victoria Station, so kami decided nak jalan-jalan kat Bays Water. Bagi yang nak ke London, wajib ye datang ke Bays Water..sebabnya senang dapat makanan halal dan souvenir sangat murah berbanding Oxford Street. T-shirt boleh dapat serendah 5 pound dan keychain serta FM boleh dapat 1 pound. 


Sesudah shopping souvenir..kami makan kat restaurant yang pernah kami makan dulu. Saya order menu yang sama time saya datang 1st time dulu..hehe..my sis order nasi bersama ikan talapia..fuh..sedapp. 

Time tu walaupun dah malam sebenarnya tapi masih lah cerah seolah-olah pukul 6pm. Kalau tak hujan memang kami sambung la explore London. Bila dah perut dah kenyang..kami decide nak balik bilik jer. Dan ada kisah kelakar sikit malam tu. Time dalam bilik tu my sis lumur lipstick kat bibir dia..dah mcm badut pun ada...hahha. Sebabnya bibir dia dah kering sebab cuaca yang sejuk. 

Tengah2 nak tido tu tetiba smoke alarm bunyi..my sis terus sarung jacket dan bukak pintu sebab kat luar orang dah kecoh-kecoh. Dia sempat la tegur sorang minah salleh tu..what happen?? Then minah saleh tu ckp don't know..I'm going to see what happen..then my sis..okok..pls let me know then. Lepas tutup pintu tu saya pandang dia..pecah gelak..wakakaka. Dia tak sedar rupa dia yang mcm badut tu..hahaha. Ntah apa lah minah saleh tu fikir..hahaha. Memang kelakar sangat. Orang lain panik kami pulak dok gelak tak menahan-nahan..hahaha. Jatuh maruah dia..hahaha. 

Siap sudah our 2nd day di UK. Sekarang ni saya asyik dok google karya William Shakespeare. Tetiba pulak teringin nak tahu kenapa dia hebat sangat. 



Antara quote dari beliau yang memberi motivasi. Ternyata beliau suka berfikir dan menghasilkan kata-kata yang begitu mempesonakan..


Nantikan entry kami explore London in next entry...

You Might Also Like

8 comments

  1. OK jg dapat cover tiga tempat yg best dan menarik ni..Poundland..kalau semua harga satu pound memang borong sakan..ada jg yg murah kat UK ni kan..

    ReplyDelete
  2. kedua dua sungai tu ialah sungai Avon, tak round ke halaman rumah shakespear tu, cantik, ramai pelancong bergambar depan rumah dia tuu..

    ReplyDelete
  3. CT pun kureng minat sikit masuk masuk historical places kekeke. tapi sebab kat U dulu belajar pasal shakespears mendalam sangat rasanya kalo sampai tempat ni masuk jugak kot :P

    ReplyDelete
  4. Seronok kalau saya dapat ke tempat ini. William Shakespeare seorang penulis yang hebat. Peminat sastera, puisi dan teater pasti tak mahu lepaskan peluang melawat rumahnya kalau dah ke sini.

    ReplyDelete
  5. insyaALLAH akan ke sini nnt next week. day trip je. hrp2 x hujan. amin..

    ReplyDelete
  6. Dah sampai rumah ni, nak pulun habis baca entries Eu yang xsempat saya baca. Haritu saya gi sendiri tempat ni, lepas melawat Warwick Castle. Kunjungan yang xdirancang sebab kawan kata dah alang2. Sempat masuk birthplace dia & jalan2 kat taman dekat river Avon tu. Ada statues based on karya Shakespeare yang diorang letak kat sana. Anne's Cottage xsempat sebab masa saya sampai, dah tutup lah pula.

    ReplyDelete
  7. Nohas --> Ye nohas..dalam 1 hari cover 3 tempat tapi taklah cover serata tempat tu. Saya tgk banyak juga benda harga lebih murah dan lebih kurang dengan harga kat negara kita

    Bannister --> ooo sungai Avon. Saya tak masukpun rumah beliau..just round2 pekan tu jer.

    CT --> Ye CT..elok masuk lah kalo berminat :)

    Prof --> Prof boleh refer blog Bibie Karim..dia ada masuk dalam rumah tu..kalo kita kt mesia ni, mcm masuk rumah Allahyarham P.Ramlee lah.

    John --> Ada tgk photo kt ur FB..nanti share lah ur experience ye :)

    Bibie --> Amboi..lepas la penat travel to Bangkok tu dulu..entries sy ni tak lari mana2..haha. Saya baru perasan awk ada pegi kat sini bila bc komen awk ni. Patutnya tour saya tu termasuk Warwick Castle..disebabkan tour tu just lalu jer kt Cotswold, sy pun tukar tour lain yang lama sikit kt Cotswold. So terpaksa skip Warwick Castle..sygnya..kalo tak boleh jumpa Merlin :)

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak zila. alahaii bestnya. dapat baca pengalaman akak berjalan sana ~~~

    ReplyDelete