United Kingdom (Cotswold) - Part 3

July 01, 2014

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua..bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan..syukur Alhamdulillah kepada Allah kita masih bernafas di dalam dunia ini dan InsyaAllah dapat menjalani ibadah puasa dalam sebulan ini. Puasa..puasa jugak...menulis blog jangan lupa...hehehe.

Ok..lepas jer puas bersiar-siar di Oxford, kami di bawa pulak ke countryside...Cotswold. Tak sabar betul saya nak tengok dengan mata sendiri keadaan rumah lama. Kalau tak salah saya, dari Oxford ke Cotswold ni lebih kurang 1/2 jam lah. Kiri kanan bus kami disajikan dengan view cukup menakjubkan.. awesome cakap ongputeh.




Kami melalui 1 pekan ni..ingat ka dah sampai..rupa-rupanya jauh lagi. View ni saya ada tengok dalam website sebelum ke sini..teringin nak jalan-jalan kat pekan ni tapi bus ni tak stop pun :(



See?? ternganga tengok padang rumput yang penuh dengan bunga kuning ni..kalau ke Cotswold, boleh saksikan keunikan stone walling. Scroll ke bawah lagi untuk tengok rupa stone walling tu...



Terpukau betul dengan keindahan view ni. Kalau pakcik tour guide kami tu dia panggil yellow field..dan sebenarnya yellow flower ni adalah canola flower yang mana boleh dijadikan minyak masak. Boleh tengok kat kedai..ada jual canola oil. Kalau dah sangat luas gini...kemungkinan tak tanaman ini tak perlu sangat dijaga?? kena pulak spring season..lagi senanglah bunga ni hidup..correct me if i'm wrong :)


Jalan nak ke destinasi kami ni kecik-kecik jer..traffic pulak jarang-jarang...memang lajulah driver ni bawak bus..



 
 
Taraaa...inilah stone walling. Menurut tour guide kami...stone ni disusun tanpa apa-apa mortar untuk lekatkannya..unik kan?? Tapi yang terpacak bahagian atas tu saya percaya diletakkan mortar..


 Kami sebenarnya dibawak ke Bourton on The Water. Salah satu tempat di Cotswold ni..rumah-rumah kat sini mostly dihuni oleh pakcik dan makcik pencen..



 Saya agak Saerah beli jacket kat sini ritu..haha. Harap-harap dia baca entry ni sebab dia sangat sukakan Cotswold.


 
Time ni perut dah berdangdut..oranglain semua dibawa masuk ke restaurant untuk lunch..kami pulak tak ambik package lunch sebab kami memang plan nak bawa makanan sendiri.


Dalam panas terik ni..cuaca masih sejuk tau..sukanya tengok sungai kecik ni..airnya mengalir tak berapa deras..itik-itik berenang-renang. Dan hati-hati dengan anjing..ramai orang bersiar-siar bersama anjing. Dan anjing tu pulak terjun dalam sungai tu nak kejar itik..bayangkan anjing tu terkena kita..jenuh pulak nak fikir macam mana nak samak.


 
Taraaa...our lunch. Seronok betul picnic tepi sungai..hehe. Saya dah prepare our lunch pepagi lagi..simple jer makanan kami..rendang daging berahim, sambal ikan bilis dan bawang goreng saya :). Bawang goreng yang digoreng sendiri lebih sedap rasanya daripada yang dibeli siap. Cumanya kena sabar kupas bawang merah tu dan potong lah. Time gorengpun kena hati-hati supaya tak hangit.


Bila dah kenyang...sesi bergambar lah..hehe. 


Disebelah sungai ni ada deretan cafe...tergugat betul tengok orang dok makan scone. Sejak ke Melbourne dulu2..saya ni dah menjadi penggemar scone. Banyak tempat saya try kat Malaysia..tak pernah jumpa sesedap scone di Melbourne. Adakah saya berkesempatan merasai scone?? Tungguuuu...next entry :)


See?? Betapa bersihnya tempat ni..air sungai ni pun jernih jer. Alangkah menariknya kalau kat Malaysia ada tempat yang lebih kurang begini. Nak ke sini tak perlu apa-apa entrance fee ye. 


Map Bourton on The Water


Tempat ni tak lah sebesar manapun..dalam setengah jam boleh jalan-jalan semua tempat. 


Ada satu garden yang kecik..


Saya ada nampak bus lalu area ni..maybe kalau datang sendiri boleh naik bus. Saerah tolong citer kalau nak datang sini macam mana ye :)


Nampak building macam buruk jer kan?? Tapi itulah trademark Cotswold. Bila tengok interior sesebuah kedai atau cafe memang menarik dan cantik.   


Pekena ice cream pulak..hehehe


Sesudah puas berpoya-poya kat Bourton on The Water tu…kamipun bergerak ke bus untuk ke next destination. Tinggikan stone walling ni?? 


Bye bye Cotswold..i hope will see you again :( 


Ok..komen saya sikit pasal Cotswold ni..hmm. Highlight saya untuk tour ni adalah Cotswold. Sebenarnya saya sikit terkilan dengan apa yang saya cover kat Cotswold ni. Sepatutnya saya cover lebih banyak tempat di sini...tak dinafikan dari dalam bus boleh tengok keadaan countryside serta rumah-rumah lama yang saya teringin sangat nak tengok..but i want more!!! The best way untuk kesini adalah by car. Boleh explore 1 Cotswold tu. Lagi saya puas hati kalau boleh stop tepi jalan dan bergambar dengan canola flower tu. Saya harap 1 day saya akan ke sini lagi!!!


Sumber : Google
Saya angan-angan jumpa tempat gini..tapi takde pun :(


Ok..see uols in nex entry. Banyak lagi untuk diceritakan di tanah ratu ini :)


You Might Also Like

19 comments

  1. Yellow Flower cantik tol!!
    Macan dlm crita Hindustan ja..tajuk lupa tapi SRK main dgn kajol...haha
    Ngah best baca..kua pic makan plak...aduh..sabar2..posa..haha

    ReplyDelete
  2. Cotsworld ni saya penah pergi rasanya masa belajar dulu... cantik tmptnya... aman dan damai kan...

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantiknya. Cotswold ni brp jauh dari london ya

    ReplyDelete
  4. English countryside memang cantik..harap2 dpt jejak ke sini..

    *cantik pinggan tu, tema countryside juga..

    ReplyDelete
  5. Aduuii.. Time2 puase ni tengok pulak bawang gorengggg... Perghhh Menetesss air mata... He He he...

    ReplyDelete
  6. Saya suka tempat-tempat lama macam ni. Cantik. Saya tak pernah sampai di sini. Bila Zila tulis pasal tempat ini, adalah idea nak merayau nanti.

    Teringin nak melihat sendiri kebun canola tu. Hari tu Mie tengok kebun canola di Korea. Ini Zila pula. Selama ini saya cuma tahu makan canola oil je.

    Bawang goreng tu macam mana nak buat dia rangup?
    Nampak sedap masakan Zila tu. Terliur dibuatnya. Puasa-puasa pula tu.

    ReplyDelete
  7. Salam

    ayat akhir tu kira "racun" dan penyebab utk Zila pi lagi bumi ratu ni hehehe

    England ni pun kalau nak rayau semua mau 1/2 tahun tak habis,besar dan byk tempat menarik

    Rindu pulak nak pi sana baca n3 Zila ni.

    Last kami lepak2 kat sana tahun 2006 rasanya, lepas tu sampai laaa ni tak pegi lagi pasal sebelum 2006 tu, saban tahun pi sana krn my sil kerja dan PR kat sana .Jadi ada port kira sebagai markas sebelum kami ronda2 tempat lain .

    Ni depa dah tanya2 byk kali bila nak visit mereka , nampak gaya kalau tak hujung tahun ni, tahun depanlah gamaknya kena pi dan jumpa ratu elizabeth sekali hehehe

    opssss, foto dalam n3 Oxford cantik2 dan menawan dan clear sungguh, cukup pencahayaannya

    ReplyDelete
  8. Cik Nun --> tau tau cter industan tu..ehhehe. Alah cik nun..lauk segera jer tuh..haha

    Farikica --> Betul tu..sangat aman damai

    Kausar Amin --> Kalau tak salah saya dalam 2 hrs jugak lah..

    Nohas --> InsyaAllah dapat jejak. Kebetulan jer pinggan tuh..hehe. Beli kat Daiso..ada mcm2 color 1 pack.

    SS --> Hehe..gi suruh HH goreng bawang goreng :)


    ReplyDelete
  9. Prof --> Bestnya..tak disangka-sangka terbagi idea untuk prof merayau pulak..hehe. itulah prof..saya memang teringin nk tengok canola ni..tercapai jugak tapi xde kesempatan tengok dekat2. Pasal bwg goreng tu...mak saya ajar goreng api kecik..bila dah kekuningan tu..kacau2 skit. Pastu angkat toskan guna tisu. Biar dulu dalam 1/5 hr..pastu baru simpan. Kalo buat serunding ikan bilis campur bwg goreng time mkn tu..fuhh sedappp!!! time raya mak saya selalu buat

    Rezeki --> Hehe..ikutkan hati nak duduk sana teruih. Kalo dah ada sedaqa kat sana lagi senang nak port..ntah2 sedaqa boleh bg kete untuk drive 1 uk. Pi la cepat2 dah depa dok ajak tu. Gambaq kami besa2 ja..tempat tu yg cantik sebenaqnya. Syok lah ada geng ckp utaqa :)

    ReplyDelete
  10. Part Lunch tu memang jeles giler, siap ada nasik ngan lauk pauk. huhuhu.

    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  11. UK ni kat ceruk mana pun cantik jugak.. sronoknya.. mudah2an CT ada rezeki nak ke europe lagi.. CT singgah sini follow sini..

    jemput jenguk blog CT www.sitiyangmenaip.blogspot.com

    SELAMAT BERPUASA :D

    ReplyDelete
  12. /terasa namaku dipanggil panggil haha...haha happy Zila dapat jugak datang ke Cotswold ni...memang one of my favourite places in the world. Kalau nak naik bas tu boleh beli discoverer card dekat pemandu bas dan for 10 pound dan boleh pergi merata...kalau untuk 3 hari pun boleh dan harganya dalam 25 pound. MAsa saya pegi buat base kat Moreton in Marsh sebab dia tengah tengah Cotswold ni...Memang teringin nak pergi lagi dan gambar yang Zila google tu nama tempatnya Combe Castle..dekat dengan Bath...teringin nak pergi sini jugak...

    ReplyDelete
  13. Nampak tenang dan damai jer cotswold ni...
    Besar sangat UK / England ni tak tercover semua ek...
    Betul tu zila...harap harap ada rezeki boleh ke cotswold pulak..
    Selamat berpuasa ...

    ReplyDelete
  14. Ren --> Amboi..sampai jeles..haha. Selamat berpuasa jugak :)

    CT --> Ye CT..saya dah visit blog awk sebelum2 ni dan akan dtg..dun wori ye. Selamat berpuasa

    Saerah --> Haa..perasanpun org sebut nama dia..hehe. Very appreciate ur komen and info. Takpe saerah..jadikan impian kita untuk ke tempat2 yang kita nak pegi..hehe

    Kak Rozita --> Ye akak..bak kata blogger kita Rezeki..setengah tahunpun tak mungkin abis cover seluruh uk. Selamat berpuasa akak :)

    ReplyDelete
  15. Bestkan picnic bersama rendang daging brahim..

    ReplyDelete
  16. Zila..nak tya boleh..pakej zila ambil termasuk entrance fee ke?

    ReplyDelete
  17. Cantiknya View, rasa macam nk main lari2 je kt dalam tu... Zila g dengan pakej ke ? blh share Itenarary x Sis noraza8828@gmail.com planning nk backpackers ke Europe hujung tahun nnt... :)

    ReplyDelete